ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Isnin, 30 Mac 2009

Gambar dihari penamaan calon


Gambaran perpaduan dan pakatan

Selasa, 24 Mac 2009

Tahniah MB Nizar


Tahniah untuk DS Nizar semoga beroleh kemenangan.

Sabtu, 21 Mac 2009

Ujian dan Cabaran dalam PR DI 3B

Dalam menghadapi ujian di 3 B iaitu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang ai ini kita akan berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran. dalam rakyat telah matang ketika ini sentimen akan memainkan peranan yang utama. nampaknya yang jelas beberapa harini isu kononnya perbezaan pendapat antara Ustaz Hadi senga di mainkan dikaca TV dan media. kenyataan tanpa suara yang bertujuan mengelirukan rakyat.
Rakyat yang bijak perlu sedar keadaan ini. pastinya rakyat akan terus meluat dan menyampah dengan tindakan media TV dan akhbar pengampu yang sengaja mencari dan membesarkan isu yang yambodohkan rakyat.
semakin galak media utama dan TV membodohkan rakyat makin semakin tebal kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada PR dan kepimpinan. Boleh dilihat dalam keadaan yang ditekan rakyat memberi sokongan yang tidak berbelah bagi dalam ceramah DSA di taiping 2 malam lalu.
Tahniah rakyat yang bijak. Biarkan mereka dalam agenda mereka yang bangang. tak ramai dah yang nak tengok berita TV. di semua saluran. begitu juga dengan akhbar perdana mereka.
di Penang NST tak payah baca. ditempat lain termasuk nst sinar pun dicurigai.
Pemimpin PAS harus hati-hati kerana puak UMNO sedang pelaga kepimpinan utama kita.
di terengganu depa mampuh dengan isu hudud. di bukit gantang depa mainkan perbezaan pendapat antara TGNA dengan TGHA.

Ahad, 15 Mac 2009

GMP PAS sokong dan practik

Ketika mengadap Sultan Perak DS Nizar memohon sembah derhaka dalam bahasa melayu. Dan umno memainkan isu derhaka. Jika DS Nisar mempersembahkan perkara itu dalam english macam mana? DS Nizar belajar di England, Tuanku Raja Nazrin juga belajar di England. malah Tuanku Sultan dan Tuanku Permaisuri juga belajar di England. Pronounce DS Nizar in english lebih tepat dan amat mudah difahami oleh Baginda Sultan. Tetapi kerana adab bertatasusila beliau mengguna bahasa ibunda bahasa melayu. penyudahnya beliau dituduh derhaka.
DS Nizar tidak derhaka malah UMNO yang menderhaka kepada bangsa dan bahasa sendiri. UMNO sebenarnya yang menghina Sultan Perak dengan bertindak mengepung Baginda dalam "Penjara" Istana Baginda sendiri. Flash back ke filem P Ramlee, filem Panca Delima lakunan J Samsudin. Sultan terpenjara angkara permaisuri durjana. anakanda menjadi ular disiang hari.
Terima Kasih di atas lawatan dan penerangan DS ke lenggong.
Semoga ALLAH memberi kekuatan dan kesabaran ke atas DS dan semua pemimpin dalam PR.
Teruskan perjuang.
Rakyat menyokong dan mengiringi sokongan dengan doa.

Khamis, 12 Mac 2009

DS Nizar akan ke lenggong


DS Nizar akan ke lenggong untuk memberi penerangan,
jemputlah ramai nanti.
tolong hebahkan kepada kengkawan
tarikhnya tanyalah kepada sapa-sapa.
Datanglah beramai-ramai.

Rabu, 11 Mac 2009

Disini juga ada cerita tersembunyi

Musa, Gani tidak palsukan bukti mata lebam Anwar

Mar 11, 09 10:47am

Ketua polis negara dan peguam negara didapati tidak terlibat dalam kesalahan jenayah berhubung isu memalsukan bukti dalam siasatan kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Keputusan siasatan terhadap Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Gani Patail dimaklumkan dalam sesi soal jawab di Parlimen hari ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Menjawab soalan Gobind Singh-Deo (DAP-Puchong) mengapa tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa selepas Anwar membuat laporan polis dan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu, terhadap Musa dan Abdul Gani Julai lalu.

Berikutan itu, BPR - kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) - menubuhkan sebuah panel bebas untuk menyiasat kes tersebut.

Anggota panel tersebut terdiri daripada Datuk Kadir Sulaiman, Datuk Wira Mohd Nor and Datuk Ahmad Nor Abdullah - kesemuanya bekas hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Rayuan.

Menurut Nazri, siasatan panel tiga angota tersebut bermula pada 2 Julai tahun lalu.

Panel tersebut, katanya, menyiapkan siasatan dua bulan kemudiannya kerana ia dianggap sebagai satu kes sensitif dan berprofil tinggi.

Selepas siasatan terperinci dijalankan, kata beliau, mereka mendapat Musa dan Abdul Gani tidak melakukan sebarang jenayah berkaitan dengan kes yang didakwa oleh Anwar.

Anwar membuat aduan polis terhadap kedua-dua pegawai tinggi kerajaan itu pada 1 Julai tahun lalu sewaktu mantan timbalan perdana menteri tersebut disiasat berhubung dakwaan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dalam laporannya itu, Anwar berkata kedua-duanya memalsukan keterangan serta menyembunyikan fakta dalam siasatan serangan fizikal terhadapnya oleh bekas ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor daripada pengetahuan umum sehingga matanya yang lebam didedahkan di mahkamah olehnya sendiri.

Pada masa itu Musa seorang pegawai penyiasat, manakala Abdul Gani pula merupaka ketua pendakwaan terhadap kes rasuah Anwar.

Dalam laporan polisnya, Anwar memohon supaya siasatan dijalankan terhadap Musa dan Abdul Gani atas dakwaan pemalsuan bukti apabila kedua-dua mereka dikatakan telah secara aktif terlibat dalam penyediaan laporan perubatan kedua yang menyimpulkan kecederaan yang dialami Anwar tidak konsisten dengan pukulan secara langsung, sebaliknya menyimpulkan kemungkinan kecederaan itu disebabkan oleh kemalangan.

Berikutan itu, pada 21 Julai tahun lepas, Musa memfailkan saman malu terhadap Anwar berhubung laporan polisnya terhadap ketua polis negara itu atas dakwaan memalsukan keterangan dalam kejadian "mata lebam".

Dalam pernyataan tuntutannya, Musa mendakwa perkataan- perkataan berunsur fitnah sebagai tidak berasas, dan tidak benar, dan merupakan satu pemfitnahan yang teruk terhadapnya.

Musa menafikan beliau berkomplot mereka-reka keterangan palsu dan menyembunyikan fakta Anwar berhubung insiden serangan itu daripada masyarakat umum dan menyatakan beliau tidak pernah pada bila-bila masa mengarahkan supaya laporan perubatan kedua disediakan.

Tambahnya, laporan polis itu juga dibuat bagi memusnahkan kredibiliti bukti-bukti dan keterangan yang dikumpulkan pihak polis dan juga memusnahkan kredibiliti saksi-saksi sekiranya Anwar dituduh atas pertuduhan meliwat Mohd Saiful.

dari harakah. anda boleh cari

Ada cerita dalam ceritani

Oleh kerana ketakutan, “Pokok Demokrasi” pasti ditebang BN
Dilulus terbit pada Wednesday, March 11 @ 04
:13:17 MYT oleh TokPenghulu

Oleh Amin Iskandar @ Black
Pokok Demokrasi” yang kini telah menjadi simbol perjuangan rakyat Perak mempertahankan demokrasi pasti akan ditebang oleh kerajaan Barisan Nasional tidak lama lagi.

Menurut seorang teman aktivis mahasiswa tahun 1974, sebuah pokok dihadapan Perpustakaan Universiti Malaya tempat dimana “Sudut Pidato” mahasiswa dijalankan telah ditebang selepas gerakan mahasiswa dipukul oleh pemerintah Barisan Nasional yang dikepalai oleh Tun Razak pada ketika itu.

Kini, “Pokok Demokrasi” menunggu masa untuk ditebang oleh pemerintah Barisan Nasional yang akan dikepalai oleh anak Tun Razak tidak lama lagi.

Ketakutan pada bayang-bayang sendiri akan menjadi faktor utama diatas tindakan ini. Tunggu dan lihat sahajalah. Kepada rakyat Perak, jika pokok tersebut ditebang nanti, ambillah gambar dan videokanlah agar generasi akan datang akan dapat lihat bagaimana pokok juga turut ditakuti oleh pemerintah BN!

Selasa, 10 Mac 2009

Hikmah Dari Kemelut di Perak

Dari satu perspektif ujian keatas PR di Perak ini memperlihatkan beberapa hikmah. Kerana itu kepimpinan PR di peringkat kebangsaan perlu berwaspada. Usaha yang dilakukan dengan merampas kerajaan PR Di perak bertujuan memecahbelahkan perpaduan dan kesepakatan parti-parti dalam PR. BN akan berusaha sedaya upaya untuk memecahkan kesepakatan yang erat terjalin kini.


Sejarah dari PRU 10 BA menambah negeri pemerentahan di terengganu mereka ganggu sehingga BA tak padu sehingga pada PRU11 terengganu terlepas dan kelantan nyaris dan cemas juga. Akibat kesepakatan secara tak resmi parti PAS, DAP dan PKR dan dengan penonjolan personality bagus pemimpin baik dalam PAS, DAP mahupun PKR menjadikan ramai rakyat nampak bahawa ketiga parti yang kini bergabung dalam PR boleh dipercayai dan diyakini mampu mentadbir negara. kerana itu PR diberi kepercayaan yang menakjubkan.


Dalam dua pilihan raya kecil rakyat telah memperlihatkan keyakinan tersebut. Keadaan ini sebenarnya amat membimbangkan BN. Kerana itu mereka berusaha untuk memecahkan kesepakatan pakatan rakyat caranya dalam pelbagai.


Kebelbagaian cara itu antaranya ialah


1. Isu liwat DSAI - akan dibincangkan kemudian.


2.Isu Hudud dalam prk Kuala terengganu- telah banyak diperkatakan dan akan dibincangkan kemudian juga.


3. Kemelut rampasan kuasa dari kerajaan PR di Perak.


Dalam kemelut ini antara isu yang dominant yang sedang dimainkan ialah derhaka dan menghina Raja.


Satu hikmah yang sekarang ini dapat dilihat hasil dari kemelut ini ialah munculnya seorang pepimpin PR yang dapat diterima oleh semua parti PR. DS Nizar telah dapat diterima dengan 100% oleh kepimpinan atasan parti dalam PR yang terdiri dari DAP dan PKR. Sememangnya DS Nizar telah diterima sebagai pemimpin PAS. Ketokohan DS Nizar telah merentasi kaum dan ugama. Semua kaum disemua peringkat kepimpinan atasan dan akar umbi telah dapat menerima bukan sahaja DS Nizar malah semua kepimpinan dalam PR.


Bila disebut DS Nizar semua penyokong PR akan kata itu pemimpin kita,


Bila disebut TS Khalid semua juga kata begitu


Bila sebut YAB Lim Guan Eng katanya begitu


Bila disebut YAB Ustaz Azizan juga begitu


Bila disebut YAB Tok Guru lagilah hormat mereka itu.


Kepimpinan atasan lain seperti Ustaz Hadi, DSA, Lim Kit Siang, DS Wan Azizah dan ramai lagi sudah sebati dalam pemikiran rakyat dan penyokong. kalau nak dikirakan kepimpinan PR yang dapat diterima sememangnya ramai mungkin lebih dari 50 orang. Kalau di ambil setiap parti sepuluh orang bilangan sudah mencapai 30 orang. Dalam PAS sahaja boleh dikira lebih dari 10 orang.


Antara


Tok Guru


Ust Hadi


Ust Nasaruddin


Dato Haron Din


Dato Kamarudin


Mohammad Sabu


YB Husam


Ust Azizan


DS Nizar


YB Mahfuz


YB Salahuddin


YB Hatta


YB Dr Hassan Ali


ramai lagi dalam PAS


Kalau dalam DAP


YB Lim Kit Siang


YB Karpal Sing


YAB Lim Guan Eng


YB Dr Tan


YB Ngeh dalam kemelut di perak melonjakkan nama beliau


YB Tresa Kok


dan ramai lagi


manakala dalam PKR


DSAI


DS Wan Azizah


Dr Husin Ali


TS Khalid


Azmin


Tian Chua


Gobala Krisnan


dan ramai lagi.


Kini rakyat sudah melihat kesepakatan yang jitu dalam PR. Cuma perlu di ingat jangan leka. kerana BN akan sentiasa akan mencari jalan memecahkan perpaduan PR. Kerana itu berhati-hatilah dan pelihara persefahaman ini dengan baik.


Kami tidak bermusuh dengan Sultan - MB Nizar

KUALA KANGSAR, 6 Mac (Hrkh) � "Jangan sekali-kali tuduh kami mengkhianati Sultan. Kami tidak pernah memusuhi baginda, oleh itu tiada sebab kami menaruh kebencian terhadapnya.
"Musuh kami bukan Sultan. Musuh kami bukan Istana, tetapi Najib Tun Razak,� kata Menteri Besar Perak, Dato� Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semasa berceramah dalam rangka lawatannya ke seluruh negeri Perak di Sayong Tengah dekat sini kelmarin.
Tegasnya, Najib bersama Umno-Barisan Nasional yang telah mengkhianati Sultan menggunakan "kuasa Istana" untuk merampas Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang sah dari tangan rakyat.
Katanya, Najiblah yang merobek, merompak tiga orang Adun Pakatan Rakyat dan menimbulkan kemelut krisis antara Sultan dengan rakyat Perak.
"Padahal semasa kami memerintah hampir sebelas bulan Pakatan Rakyat Perak, hubungan saya dengan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah cukup intim di mana pada setiap minggu saya datang mengunjungi baginda. Begitu juga kemeseraan saya dengan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah cukup baik," tegasnya.
Kerana itu, kata Nizar, mereka cemburu. Mereka tidak sanggup melihat pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak menguruskan kerajaanya dengan baik yang dapat diterima oleh Sultan dan pelbagai keturunan rakyat.
Katanya, Umno-BN tidak sanggup melihat kempimpinan kami begitu menarik diterima rakyat berteraskan konsep tugasan dengan keadilan, ketelusan dan kebajikan.
Sehubungan itu Nizar menyeru saki-baki ahli Umno supaya keluar daripada kerajaan haram sekarang dan masuk Pakatan Rakyat, kerajaan yang sah di sisi undang-undang. "Jangan sokong kerajaan haram, Dun haram, Exco haram," tegas Nizar. - mns_ dipetik dari Harakah

Selasa, 3 Mac 2009

Semua Orang ada Tanggungjawab

Semu orang yang hidup ada tanggungjawab masing-masing.
Setiap orang mestilah melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
Negara China diperintah oleh parti kominis melaksanakan tanggungjawab membangunkan negara China itu. Cuba pun begitu. Yang tidak membangunkan negara yang diperintah ialah Amereka US dia takluk Iraq dan Afganistan dia hantar askar dan tembak rakyat kedua negara itu. depa kaut segala hasil mahsul dalam negara itu. Lain pula di Perak BN rampas kuasa secara lanun dan perompak juga nak bangunkan negeri perak. dulu depa perintah 50 tahun depa kaut hasil untuk mengayakan kroni BN. sekarangni bila PR bawa kes kemahkamah dan menggunakan pelbagai saluran depa marahkan dan tipu rakyat dan depa kata nak utamakan pembangunan untuk rakyat. nak bangunkan negeri dengan cara merompak wakil rakyat.
Semoga Allah menghancurkan rancangan jahat UMNO dan BN

Politik Perak: Dam aji atau catur?

Mohon keizinan dari ustnik untuk diterbitkan
"Saya bukan penggemar dam atau catur. Tetapi yg saya tahu ialah dalam permainan dam aji kena makan banyak untuk dapat title 'aji'.(kalau haji tu kena ke Mekahlah). Title 'aji' nampak baik tetapi kena korbankan dan makan orang lain dulu baru dapat.Dalam permainan catur pula, yang paling best ialah bila kena 'checkmate'. Yang ini tak payah makan banyak tak apa, yang penting dpt dia punya kepala. Tetapi asas persamaan kedua-dua game ini ialah kebijaksanaan mengatur strategi. Politik Perak kelihatan lambat untuk reda, bahkan semakin 'menarik' untuk dianalisis. Saya sendiri bukanlah gemar sangat dengan suasana yang berlaku, tetapi Najib telah menjadikan politik Perak menjadi begitu kacau-bilau.Barangkali Najib menyangka dengan melompat sahaja si katak-katak tak bermaruah itu menyokong BN, lalu BN mendapat majoriti, dan menjadi KERAjaan maka tugasnya menjadi Pengerusi BN Perak dengan mudah diselesaikan.Tetapi selepas melalui beberapa fasa pasca-lompat, kelihatannya tidak semudah begitu. Peguam Zambry sehingga ke luarnegeri meminta pandangan perundangan. Amboi, dah tak ada tokoh dan sarjana lagi nampaknya kat dalam Malaysia ni. Kenapa tak tanya Prof Aziz Bari ke, Tun Saleh Abas ke, atau dah tak yakin dengan tokoh negara sendiri.Sidang DUN Perak akan datang cukup menarik untuk dilihat. YAB Dato Seri Nizar sendiri menjangkakan suasana panas terutama di awal persidangan nanti.Justru, game di Perak ini lebih hampir kepada dam aji atau catur ya?p/s; TABIK untuk seorang NIZAR!"

Isnin, 2 Mac 2009

Sejarah Penderhakaan UMNO Terhadap Raja-Raja Melayu

Untuk tatapan semua, catatan ini disedut dari
http://kerajaanrakyat.com/?p=4879 dipohonkan keizinan.
Sejarah Penderhakaan UMNO Terhadap Raja-Raja Melayu
Posted by: Kerajaan rakyat // Category: Sundal, UMNO
Oleh mNasir
Bismillahir rahmanirr ahiim..
Assalamualaikum kepada semua pembaca terutamanya dari kalangan penyokong Umno. Berikut saya sertakan beberapa fakta sejarah mengenai penderhakaan Umno kepada raja-raja melayu.Dalam fakta ini saya tidak boleh mengingati tarikhnya dengan tepat. Akan tetapi insyaAllah kepada semua pembaca yang mengikuti dengan rapat perkembangan politik tanahair sejak dari tahun 80an lagi akan ingat peristiwa-peristiwa ini semua.Juga sekiranya ada kesilapan dalam fakta-fakta ini harap ada pihak tampil untuk membetulkannya.Dan kalau saudara-saudara sekelian ada penambahan,digalakan juga untuk menambah.Kita sebarkan agar generasi muda sekarang tahu akan siapa sebenarnya Umno ini.Saya susun mengikut negeri-negeri.
Kelantan:
Tan Sri Mohammad Mohammad Yaacob yang juga Menteri Besar Kelantan pada era pemerintahan BN di Kelantan (1978-1990) sentiasa lari ke Kuala Lumpur apabila ada majlis rasmi di istana di Kelantan.Ini adalah kerana beliau sentiasa tidak sebulu dengan Tuanku Sultan Kelantan.
Dato’Annuar Musa pernah pada sekitar tahun 90an dahulu ketika krisis imuniti raja-raja melayu meledak,telah menabalkan Tengku Ibrahim (kalau tidak silap saya sepupu kepada Tuanku Sultan Kelantan) sebagai Sultan Kelantan yang baru.Majlis pertabalan itu telah disempurnakan di bawah sebatang pokok gajus di sebuah padang sekolah di Kelantan.Ini kerana beliau ingin menunjukkan kuasa beliau kepada rakyat dan Tuanku.
Namun segalanya gagal malah beliau pula didakwa terlibat dengan kes kehilangan wang PPRT yang sehingga sekarang masih menjadi misteri.
Tun Mahathir pula pernah cuba memalukan Tuanku dengan penyiarkan berita beserta gambar oleh akhbar-akhbar utama negara tentang Tuanku yang dikatakan telah melarikan kereta Lamborghini Diablonya dari simpanan kastam. Peristiwa ini juga berlaku pada ketika kemuncak krisis imuniti raja-raja melayu.
Dalam satu Persidangan Agung Umno,kalau saya tidak silap Dato’Alwi Che Ahmad (Ketua Penerangan Umno Kelantan sekarang) telah melafazkan kata-kata berikut kepada Tuanku “Raja Adil Raja Disembah,Raja Zalim Raja Disanggah”sebagai amaran kepada Tuanku agar tidak mencampuri urusan politik di Kelantan.
Negeri Sembilan :
Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebelum perlantikan baginda kejawatan Yang Di-Pertuan Agong juga telah dimalukan oleh Tun Mahathir dengan penyebaran berita bahawa baginda menyimpan minuman keras di istana beliau.Hal itu juga disebarkan oleh seluruh akhbar utama negara ketika krisis imuniti raja-raja melayu sedang berlaku.
Selangor :
Menteri Besar Selangor ketika itu Tan Sri Mohd Taib telah melukakan hati Almarhum Sultan Selangor iaitu Sultan Sallahuddin Abdul Aziz dengan “kisah” beliau dengan puteri Tuanku (Ku Yah).Sehinggakan dalam satu siaran berita apabila ditanya wartawan tentang suatu perkara berkaitan dengan menteri besarnya ketika itu,Tuanku menjawab “Kalau bagi kat Mamat tu habislah dengan-dengan saya kena pindah kat Pulau Ketam”Jawapan itu cukup menyerlahkan kekecewaan baginda kepada Tan Sri Mohd Taib yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pada masa itu.
Pahang :
Walaupun Tuanku diketahui ramai bahawa Tuanku adalah seorang penyokong kuat Umno dan BN akan tetapi sokongan itu tidak bermakna bagi Tun Mahathir ketika krisis imuniti raja-raja melayu kerana baginda juga tidak terlepas dari dimalukan oleh Tun Mahathir.
Baginda digambarkan sebagai seorang sultan yang mempunyai harta kemewahan yang melampau dan membazir kerana baginda mempunyai kapalterbang peribadi pada ketika itu.Disiarkan juga kepada seluruh rakyat kapalterbang baginda itu.

Perak :
Tuanku Sultan Azlan Shah,sultan yang tercerdik dan terpintar yang lahir dikalangan sultan-sultan yang sezaman dengan baginda.Baginda adalah bekas hakim dan diangkat menjadi sultan setelah kemangkatan sultan Perak Raja Idris Syah dan Raja Muda Perak yang tarikh kemangkatan kedua-duanya adalah hampir jaraknya.
Ketika itu baginda menjadi Raja Dihilir Perak.Oleh kerana kecerdikan bagindalah maka Tun Mahathir rasa tercabar dan ingin menghapuskan imuniti raja-raja melayu ketika itu.Pelbagai cara jahat digunakan untuk menundukkan Tuanku dan akhirnya Tuanku mengaku kalah dan tunduk kepada Tun Mahathir.
Johor :
Baginda juga menerima nasib yang sama seperti Tuanku Sultan Pahang iaitu seorang yang kuat menyokong Umno.Akan tetapi amat malang sekali kerana baginda juga termasuk dalam senarai sultan yang dimalukan Mahathir.
Pelbagai skandal dan cerita dikeluarkan oleh Umno yang diketuai oleh Tun Mahathir tentang baginda.Ini termasuklah juga kisah anakanda Tuanku,Tengku Majid yang ketika itu mewakili pasukan hoki Johor di SUKMA 92 telah memukul penjaga gol pasukan Perak selepas perlawanan.
Berita itu disensasikan sebegitu rupa.Memang ianya satu kesalahan,akan tetapi jika tidak kerana krisis imuniti raja-raja ketika itu,adakah kisah itu akan disebarkan?atau sekadar didiamkan seperti kisah Prebet Adam?
Kerana tekanan Umno jugalah maka Pasukan Timbalan Setia Negeri iaitu pasukan askar peribadi Tuanku dibubarkan.
Terengganu :
Almarhum Tuanku Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Syah telah diugut oleh Mahathir untuk diturunkan dari tahta dengan menggunakan Tengku Ali.Tengku Ali telah mengemukakan tuntutan di mahkamah agar dikembalikan kuasa sultan kepadanya yang mana didalam dakwaannya pemecatan beliau sebagai sultan pada zaman pemerintahan Jepun adalah tidak sah.Sehingga beberapa sesi perbicaraan berjalan,kes itu kemudiannya digugurkan oleh mahkamah.
Begitulah antara beberapa kisah dan senarai penderhakaan Umno kepada raja-raja Melayu.Bagi yang tidak tahu tentang krisis imuniti raja-raja,ianya bermula kerana ada beberapa akta yang tidak persetujui oleh yang Di-Pertuan Agong yang mana ketika itu Agong mempunyai kuasa untuk menolak akta yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Dek kerana tercabar dengan kebijaksanaan Sultan Azlan Syah (Agong ketika itu) maka Tun Mahathir telah memaksa semua raja-raja melayu menandatangani akta yang menyatakan bahawa setiap akta yang telah dipersetujui di Dewan Negara dan juga enakmen yang dipersetujui di Dewan Undangan Negeri akan digazetkan selepas beberapa tempoh walaupun tidak ditandatangani oleh Agong dan sultan.
Hanya Kelantan dibawah kekuasaan PAS satu-satunya negeri yang mempertahankan kedaulatan raja-raja melayu walaupun Umno yang menguasai negeri-negeri lain ketika itu mengaku bahawa dialah juara dalam mempertahankan bangsa melayu.Demi untuk mencapai maksud itu,maka Tun Mahathir telah menggunakan segala ugutan-ugutan yang saya nyatakan diatas kepada raja-raja melayu.
Pada ketika itu jugalah RTM dan TV3 iaitu dua pemutar belit utama Umno telah menyiarkan dengan banyaknya cerita-cerita perihal raja-raja melayu yang mana kesemuanya berkisar tentang kezaliman raja-raja melayu.Antara yang sempat saya ingat ialah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.Cerita ini pada waktu itu telah disiartayang beberapa kali dalam jarak masa yang dekat.Demikianlah dahsyatnya kelakuan Umno sekiranya mereka tidak mendapat apa yang mereka kehendaki maka akan mengamuklah mereka dengan gilanya.
Maka satu perkara yang amat penting bagi kita semua ketika ini,ialah kita seharusnya sedar bahawa Umno adalah penderhaka kepada raja-raja melayu yang tiada tolok bandingnya.Saya yakin dan percaya seluruh raja-raja melayu masih ingat akan peristiwa itu.Betapa hinanya raja-raja melayu diperlakukan Umno.
Pernah juga disiarkan didalam akhbar ketika itu dimana tempat duduk diraja di Stadium Merdeka bagi perlawanan bolasepak telah digunakan oleh jurugambar untuk merakam perlawanan.Ini untuk menunjukan kepada rakyat bahawa raja sudah tidak dihormati lagi.Itulah yang dilakukan oleh Umno kepada raja-raja satu ketika dahulu. Jahat bukan?
Jadi,adakah anda semua hairan dan terkejut dengan segala apa yang telah berlaku sekarang ini?Perkara yang saya sebutkan diatas pada pandangan saya adalah lebih dahsyat daripada apa yang berlaku sekarang kerana ianya melibatkan perlucutan kuasa raja-raja melayu.Alhamdulillah Umno tiada majoriti 2/3 hari ini di parlimen bagi menggubal akta baru yang mungkin memberi kesan yang lebih teruk kepada institusi raja kita.Apatah lagi dengan berlakunya peristiwa seperti sekarang ini.Kalau tidak,mungkin jawatan Yang Di-Pertuan Agong akan tinggal sejarah sahaja kerana amukan Umno…siapa tahu…?
Dan apabila mereka merasa tersepit,maka raja-raja melayu akan dijadikan tunggangan mereka bagi melepaskan diri.Contohnya seperti gesaan Umno bagi mengharamkan penggunaan nama Islam kepada semua parti-parti politik.Umno dengan selambanya menggunakan Majlis Raja-Raja untuk tujuan politik mereka itu.Bagi saya ini adalah wajah sebenar Umno dulu,kini dan selamanya.Sejarah adalah sejarah.Ianya tetap akan diceritakan secara benar walaupun Umno cuba membohonginya.Yang benar pasti datang dan yang batil akan tumbang.Renung-renungkanlah semua.