Cadangan Pakatan Rakyat untuk memberi pendidikan percuma terus dikritik kerajaan apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan menyifatkannya sebagai politik berterusan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muhyiddin berkata lebih sejuta orang rakyat mendapat faedah melanjutkan pelajaran menerusi hampir RM43 bilion kemudahan pinjaman yang disediakan kerajaan melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN).

NONE"Anwar Ibrahim kata nak hapuskan (PTPTN). Tuan-tuan nak sokong dia? Dalam erti kata (lain) dia nak bagi percuma.

"(RM) 43 bilion itu datang dari mana? Orang kata dulu ada tongkat sakti, 'kun faya kun'. Dia ada tongkat sakti ke tuan-tuan? Ada lampu ajaib ke tuan-tuan?

"Kalau dia kata nak hapuskan (PTPTN) wang itu datang dari sumber mana nak sediakan peluang pelajaran? Datang dari langit?

"Saya tak tahu apa tujuannya kalau bukan politik semata-mata" katanya dalam program lawatan kerja bersama aktivis NGO yang terdapat di Kuala Lumpur.

Kerajaan sebelum ini membekukan pinjaman PTPTN terhadap Universiti Selangor (Unisel) milik kerajaan Pakatan Rakyat dengan alas mahu menguji sama ada gagasan pendidikan percumanya mampu dilaksanakan.