Buku yang dikaitkan dengan Deepak mula beredar
| Harakahdaily, | 31 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: Buku yang berkaitan dengan penukaran Akuan Bersumpah P Balasubramaniam (PI Bala) dari SD kepada SD-2 mula tersebar hari ini dengan tajuk "The Black Rose - Black Rose 1.0"Harakahdaily mula menerima buku itu hari ini.
Sebelum ini, peniaga karpet, Deepak Jaikishan berjanji akan menerbitkan sebuah buku selepas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menerbitkan bukunya.
Namun ketika dihubungi, Deepak enggan mengesahkan buku ini ditulis dan diedarkan oleh beliau.
Buku kecil 26 muka surat yang ditulis dalam Bahasa Inggeris itu menamakan Spirit of Altantunya's sebagai penulisnya.
Dengan menggunakan nama samaran bagi setiap watak yang terlibat yang skandal ini, buku ini menceritakan bagaimana SD-2 PI Bala boleh dikeluarkan.
Sehingga kini, Deepak telah membuat beberapa pendedahan melalui media alternatif termasuk Harakahdaily.
Setiap kali temubual beliau dengan Harakahdaily disiarkan, Deepak akan menerima tindakan dari pelbagai pihak.
Selepas wawancara disiarkan Harakahdaily buat pertamanya pada 27 November lalu, Deepak terpaksa meletakkan semua jawatannya dalam 66 buah syarikat.
Selepas wawancara kedua disiarkan dalam Harakahdaily pada 22 Disember, Deepak menerima surat dari sebuah syarikat guaman terkenal, Shane & Delamore bagi pihak sebuah bank.
Salah seorang adik Perdana Menteri, Datuk Johari Abdul Razak adalah pemilik utama syarikat guaman ini.
Wawancara dalam bentuk video itu disiarkan pada tengahari, manakala pada sebelah petangnya Deepak menerima surat yang melibatkan wang sebanyak RM30 juta itu.
Pada hari yang sama, Deepak memberitahu Malaysiakini, beliau akan menerbitkan buku bagi menjawab buku Datin Seri Rosmah.
Namun, dengan pelbagai tekanan ini, menurut sumber, Deepak masih bertahan dan melawan balik.
Beliau dikatakan akan membuat satu lagi sidang media penting petang esok.

Rombongan ini juga disertai oleh Bendahari DPPM Ir. Haji Khairil Nizam, Ketua Lajnah kebajikan DPPM Adram Musa, Pengarah Jabatan Penerangan dan Media Baru Nurul Islam Mohamed Yusoff dan Pengarah IPS Syahir Sulaiman.
Projek Pembangunan Empangan Paya Peda ini terletak di daerah Besut kira-kira 17 kilometer dari Bandar Jerteh.
Keesokan harinya rombongan DPPM dibawa ke Kampung Pasir Raja, Kemaman untuk menziarahi mangsa banjir disana.
Menurut Penolong Pengerusi Persatuan Penduduk Puncak Setiawangsa Fauziah Jamaludin, dianggarkan 20 banglo terdapat di kawasan puncak bukit Setiawangsa yang runtuh baru-baru ini.



Pilihan raya semakin hampir. Najib dan kumpulannya dalam UMNO sedang berperang menutup keterlaluan perbuatan dan Deepak sedang menjadi orang yang sedang menggemparkan negara sekarang ini. Isu Altantuya dan Scorpene kini merebak kepada isu bagaimana Kementerian Pertahanan, LTAT dan Raja Ropiah telah diketahui umum. Semua pihak yang bergaduh akan mendapat habuan, jika dicampur-campurkan ia melibatkan ratusan jutaan ringgit.













