ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Khamis, 6 Jun 2013

Mahathir nak tutup penipuan yang dilakukan oleh SPR.

APABILA MAHATHIR BERSUARA... APA KATA MACAI UMNO?

ORANG MELAYU SUDAH MELUAT DENGAN UMNO......

KATA MAHATHIR...."orang Melayu sudah meluat dengan Umno... tetapi hanya sebut selepas pilihan raya selesai..ramai orang Melayu sudah merasa MELUAT dengan Umno dan mengganggapnya TIDAK RELEVAN DAN PERLU DITOLAK kerana parti itu tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair.

“Umno ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja. Umno berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri,”

Puasa di bulan syaaban



أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ ، قَالَ : قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، لَمْ أَرَكَ تَصُومُ مِنَ شَهْرٍ مِنَ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ ، قَالَ : ” ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبَ وَرَمَضَانَ ، وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ ، فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ ” .

Usamah Bin Zaid Radiallahu ‘anhu berkata: Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: Ya Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa pada bulan-bulan lain sebagaimana (kerapnya) engkau berpuasa di bulan Sya’ban. Baginda Sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Bulan tersebut merupakan waktu manusia lalai iaitu antara Rejab dan Ramadhan. Ia merupakan bulan yang mana pada bulan tersebut amalan diangkat kepada Allah. Aku suka amalan aku diangkat ketika aku berpuasa [Imam an Nasaie di dalam as-Sunan al-Kubra: 2642, Shaikh al-Albani menyatakan ia hasan di dalam Sahih an-Nasaie]

Rabu, 5 Jun 2013

Peristiwa yang Mahathir tak gemar

Gambar tidak dihebohkan, Nurul Izzah dan Marina Mahathir

http://omakkau.blogspot.com,05 Jun 2013

RAKAMAN GAMBAR YANG TIDAK DI HEBOHKAN OLEH MEDIA ARUS PERDANA MALAYSIA...NURUL IZZAH ANWAR DAN MARINA MAHATHIR DUDUK SEMEJA DAN MINUM BERSAMA!!!!!

Inilah yang dikatakan pertelingkahan kedua bapa tidak semestinya mengheret anak turut serta.

Suatu rakaman gambar yang cukup menyentuh kalbu antara YB Nurul Izzah Anwar dengan Dato' Marina Mahathir.. Taubat lahom ianya tidak diterbitkan oleh mana-mana media arus perdana di negara ini.

Apakah Tun Mahathir sanggup bergambar sedemikian rupa dengan DSAI?

DSAI dalam mana-mana siri ceramahnya sering mengatakan bahawa beliau telah pun memaafkan Tun Mahathir atas apa jua tindakan ke atas dirinya oleh Tun Mahathir.. Suatu bersikap murni yang ada pada pemimpin yang berjiwa besar.

Bila lagi Tun Mahathir dengan bergambar dengan DSAI?

Memahami asas perjuangan PAS

Memahami asas perjuangan PAS

YB Ir. Iskandar Abdul Samad,05 Jun 2013
Ustaz Haji Hassan Shukri kerap menerangkan di dalam ceramah atau kuliah beliau bahawa PAS juga merangkumi sebuah gerakan dakwah, gerakan massa dan gerakan kebajikan. Di dalam buku “Ke Arah Memahami Perlembagaan PAS” (Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor - 2002), beliau telah menegaskan bahawa;

“Terdapat sebahagian ahli PAS dan orang ramai yang keliru dengan penubuhan Parti Islam SeMalaysia. PAS bukan ditubuhkan kerana didorong oleh tuntutan politik tanah air. PAS bukan ditubuhkan kerana tidak puas hati dengan kepincangan yang berlaku di dalam Umno. PAS juga bukan ditubuhkan kerana kehendak individu pemimpin tertentu.”

“PAS telah ditubuhkan atas tuntutan Islam. Selain daripada tuntutan dakwah dan tuntutan menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran, para alim ulama dan cendekiawan Islam yang awal telah bersependapat dalam memutuskan perlunya wujud sebuah Harakah Islam di negara yang tidak menjalankan hukum Islam dan negara yang tidak menjamin keselamatan akidah serta kebajikan umat Islam.”


“Hendaklah ada satu golongan daripada kamu yang menyuruh kepada kebajikan. Menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran. Itulah golongan yang mencapai kemenangan.” (Surah Ali-Imran : ayat 104)

Bagi melaksanakan tanggungjawab ini, golongan yang peka dan bertanggungjawab ini atau dikenali dengan gerakan Islam atau Harakah Islam tidak boleh hanya bergantung dengan lisan semata-mata (ceramah dan kuliah). Sebaliknya Harakah Islam perlu mendapat "kuasa" bagi memastikan bahawa tuntutan Islam ini dapai dilaksanakan dengan sempurna. Dalam konteks bernegara, "kuasa" yang dimaksudkan ialah "kuasa politik".

Tetapi buku itu menyebut, “PAS tidak menjadikan medan politik sebagai satu wasilah semata-mata untuk menyampaikan risalah Islam.”

Oleh itu seperti yang dinyatakan lagi oleh Ustaz Hassan;

“PAS bukan sahaja terlibat dengan politik tetapi juga dalam ekonomi, pendidikan, kebajikan, hubungan antarabangsa dan kemasyarakatan.”

Ahli-Ahli Yang Keliru

Ramai yang menyertai PAS setelah berlakunya ledakan Reformasi dalam tahun 1998 dan menganggap PAS semata-mata sebuah parti politik dengan segala gerak kerja ditumpukan kepada pilihan raya dan berhenti setelah berakhirnya pilihan raya.

Mereka tidak boleh persalahkan kerana gelombang rakyat yang berlaku akibat dari pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menjana program-program seperti ceramah umum dan demonstrasi jalanan sehingga menggelamkan program-program tarbiyyah “tradisional” seperti kuliah dan usrah.

Semua ini berlaku sama ada kerana Kawasan-Kawasan dan Cawangan-Cawangan adalah terlalu sibuk di dalam menghadapi pilihan raya di mana Barisan Alternatif dijangka berupaya mencapai kemenangan atau oleh sebab “bekalan” ustaz yang tidak mencukupi untuk mengendalikan usrah atau menyampaikan kuliyyah.

Suasana Revolusi Bukan Evolusi

Pertambahan ahli dan Cawangan PAS terutamanya di Lembah Kelang adalah hampir empat hingga enam kali ganda ketika itu. Di Ampang Jaya dalam tahun 1999, pertambahan tersebut adalah lebih lima kali ganda.

Suasana ketika itu adalah amat bergelora dan mungkin hanya sesuai untuk satu “revolusi” dan bukannya untuk “menadah kitab”. Ceramah-ceramah umum walaupun tidak menampilkan pemimpin-pemimpin “lima bintang” ia akan tetap dihadiri oleh ribuan manusia. Di Lembah Kelang, Ampang Jaya dan Gombak menganjurkan ceramah umum hampir setiap minggu. Suasananya cukup “panas” dan adalah hampir mustahil untuk mengumpul ahli-ahli di dalam rumah atau markaz untuk membaca teks-teks usrah. Mereka lebih berminat kepada kerja-kerja praktikal di luar daripada majlis-majlis ilmiah dalaman.

Oleh itu, suasana ketika itu adalah saat yang paling hampir di dalam sejarah negara di mana pertukaran kerajaan boleh berlaku melalui “revolusi” atau di dalam ungkapan para reformis perubahan melalui “jalan raya” bukan “pilihan raya”. Parti Komunis Malaya pimpinan Chin Peng pun tidak pernah mendapat peluang keemasan seperti itu.

Kakitangan kerajaan, mahasiswa, para profesional, para intelek, para karyawan, golongan pekerja dan rakyat secara menyeluruh adalah bersama Barisan Alternatif. Walau bagaimanapun, parti-parti pembangkang menghormati akan undang-undang dan masih yakin kepada sistem pilihan raya di Malaysia. Tetapi Mahathir tidak bergegas meninggalkan Malaysia seperti Marcos meninggalkan Filipina atau Shah Reza Phalavi meninggalkan Iran dan suasana dan gelombang rakyat seperti itu tidak mungkin akan berulang lagi.

Pertunangan Yang Tidak Berakhir Dengan Perkahwinan

Apabila laungan “jalan raya dan bukan pilihan raya” bergema kembali setelah Barisan Alternatif ditipu dan dimalukan selepas pilihanraya 2004, sebenarnya laungan itu telah terlambat. Malah pimpinan Barisan Alternatif ketika itu tidak menunjukkan kesungguhan untuk mencabar kesahihan keputusan pilihan raya umum 2004 apabila perhimpunan raksaksa yang dijadualkan di Padang Merbok. Kuala Lumpur telah dibatalkan tanpa sebarang alasan kukuh.

Jerayawara (roadshow) yang diadakan di seluruh negara, wang ringgit yang dikumpulkan dan nama-nama yang dipungut seolah-olah bagaikan satu pertunangan yang tidak berakhir dengan satu pernikahan.

Cadangan memboikot pilihan raya setelah Barisan Nasional menang besar sememangnya tidak akan “mencederakan” Barisan Nasional tetapi maruah pimpinan dan gagasan Barisan Alternatif telah tercalar akibat kekecohan pembatalan demonstrasi raksasa itu.

Ahli-Ahli Yang Telah Terduduk

Oleh itu, setelah berakhirnya pilihan raya umum 2004, amatlah payah untuk meyakinkan ahli-ahli baru pasca Reformasi untuk sama-sama menghadiri usrah atau kuliah di dalam keadaan ramai yang telah “terduduk” dan patah semangat akibat dari kekalahan yang dialami.

Mungkin jika perhimpunan raksaksa di Padang Merbuk diteruskan dan ramai pimpinan Barisan Alternatif terpaksa menjadi tetamu Seri Paduka Baginda, gelombang rakyat mungkin akan kembali walaupun tidak sehebat tahun 1998-99.

Pada kebanyakan mereka yang kecewa, PAS adalah hanya sekadar sebuah parti politik. Mereka boleh berjaga malam untuk menampal poster atau menggantung bendera untuk tujuh hari berturut-turut tetapi tidak berupaya untuk menghadiri usrah atau kuliah yang sekadar satu jam setengah.

Budaya Masyarakat Melayu

Di dalam hal ini, perlulah kita mengkaji budaya masyarakat Melayu. Salah satu daripada kelebihan orang Melayu adalah apabila mereka dijemput ke kenduri sama ada ke majlis perkahwinan atau majlis tahlil, mereka akan hadir walaupun berlaku ribut atau taufan.

Pada lazimnya, orang Melayu lebih suka hadir di majlis-majlis di mana mereka tidak perlu berbuat apa-apa. Kalau disebut majlis usrah ramai akan lari tetapi kalau dikatakan majlis tahlil mereka akan datang. Tetapi jangan tersilap kerana jika disebut majlis membaca Yaasin sekalipun, ramai juga yang akan menguzurkan diri kerana masih terdapat mereka yang tidak dapat membaca Yaasin selaju Tok Imam yang dijemput!

Maka buat permulaan, anjurkanlah majlis-majlis tahlil untuk ahli-ahli bagi menarik mereka untuk hadir. Tetapi penuhilah majlis-majlis itu dengan pengisian-pengisian yang sama seperti di usrah-usrah.

Satu cara lain untuk memastikan kehadiran ahli-ahli adalah dengan meminta pertolongan dari mereka tetapi permintaan itu hendaklah yang sesuai dengan kemampuan mereka. Contohnya, “Che’ Mat saya dah terlupa nak beli pisang untuk malam ni, tolong belikan dua tiga sisir, jangan tak datang sebab Ustaz Daud nak bawa tahlil”. Ataupun. “Kak Yam, minggu depan kami nak dengar pengalaman Kak Yam melawat Beijing, kami dah tak sabar-sabar nak dengar cerita-cerita Kak Yam jadi jangan tak datang.”

Merubah Imej Atau Prinsip?


Tetapi adalah diharapkan di dalam usaha untuk menarik lebih ramai orang kepada PAS, janganlah kita terpaksa merubah perkara-perkara yang merupakan dasar kepada PAS.

Ramai ahli-ahli PAS yang kagum dengan transformasi Parti Buruh (Labour Party) di Britain yang telah kalah di dalam empat pilihan raya berturut-turut (1979, 1983, 1987 dan 1992) tetapi telah menang besar di dalam 1997. Mereka mahu PAS mencontohi perubahan imej yang telah berlaku kepada Parti Buruh. Tetapi sebenarnya. Parti Buruh bukan sahaja telah menukar imej mereka!

Parti Buruh telah ditubuhkan pada 27 Februari 1900 pada Kongres Kesatuan Sekerja (Trade Union Congress) di London. Parti ini ditubuhkan untuk menyelaraskan calon-calon pilihan raya yang bertanding mewakili kesatuan-kesatuan sekerja.

Walau bagaimanapun, “New Labour” atau Parti Buruh yang berimej baru telah beberapa kali berbeza pendapat dengan kesatuan-kesatuan sekerja. Terdapat pemimpin kesatuan sekerja yang tidak bersetuju dengan “New Labour” telah bertindak menubuhkan partinya sendiri.

Kerajaan Parti Buruh pimpinan Tony Blair telah juga mengekalkan banyak undang-undang yang menekan kesatuan-kesatuan sekerja. Undang-undang ini telah diperkenalkan oleh Margaret Thatcher ketika Parti Konservatif berkuasa.

Di dalam persidangan tahunan Parti Buruh dalam tahun 1992, ketuanya ketika itu, John Smith, telah mengehadkan hak kesatuan-kesatuan sekerja untuk menentukan calon-calon pilihan raya. Nampaknya parti yang telah ditubuhkan oleh kesatuan sekerja akhirnya telah meminggirkan kesatuan sekerja!

Kita berharap PAS tidak akan mengikut jejak Parti Buruh yang telah melupakan golongan yang mengasaskannya di dalam keghairahan untuk mendapatkan kuasa.

http://www.tarbawi.my

2 standard


Kerajaan Umno hina Agong bila tolak IPCMC

Abdul Aziz Mustafa,05 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Kerajaan Umnolah yang pertama sepatutnya didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong kerana keengganannya melaksanakan Suruhanjaya Bebas Salahlaku dan Aduan Polis (IPCMC) bukannya individu yang membuat melalui facebook pribadi mereka, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Jangan hanya sibuk menghentam dan mendakwa pengguna Facebook sahaja sedangkan yang lebih terang-terangan menghina Agong dan mesti didakwa sebelum yang lain ialah kerajaan Umno yang menolak cadangan Suruhanjaya Diraja Untuk Mempertingkatkan Operasi dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia supaya ditubuhkan IPCMC.

"Itu suruhanjaya diraja di bawah Agong tetapi kerajaan Umno menghina suruhanjaya itu dan melayan mereka seperti kumpulan tepi longkang apabila membakulsampahkan begitu sahaja cadangan suruhanjaya itu.

"Menghina suruhanjaya diraja di bawah Agong sama seperti menghina Agong," kata beliau sambil membangkitkan cadangan suruhanjaya itu bukan sahaja ditolak malah kerajaan membiarkan sahaja mereka dikecam dengan begitu terbuka oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Akibat penghinaan kerajaan Umno terhadap suruhanjaya diraja itu, kata Mahfuz (gambar kanan), kesannya kini ditanggung oleh rakyat dan mereka merasa semakin dianiayai.

"Tidak putus-putus kita dilaporkan dengan kematian demi kematian ketika dalam lokap polis.

"Belum sempat mahkamah jatuhkan hukuman, sudah mati dengan cara yang begitu dipertikaikan dalam lokap polis," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz sependapat dengan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Abdul Samad yang berkata, sepatutnya balai polis adalah tempat paling selamat.

"Sepatutnya balai polis jadi tempat yang paling selamat bagi mana-mana orang kerana ia tempat yang dijaga mengikut undang-undang," kata Khalid.

Bila berlaku kematian orang yang ditangkap di dalam lokap polis dan Menteri Dalam Negeri tidak mengambil tindakan tegas, perkara itu menjatuhkan imej dan reputasi polis serta menghilangkan kepercayaan rakyat pada polis, kata Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Bagi Mahfuz, apa yang berlaku itu kian membuktikan dengan jelas perlunya IPCMC.

"Lebih baik tubuh segera IPCMC sebelum rakyat menuduh balai polis sebagai pusat penyembelihan mereka yang ditangkap.

"Kita sama sekali tidak mahu perkara itu berlaku. Walaupun kita menentang tindakan memperalatkan polis untuk kepentingan Umno, tetapi kita amat menghormati peranan polis membanteras jenayah," katanya lagi.

IPCMC salah satu daripada 125 cadangan pembaikan pasukan polis yang dikemukakan Suruhanjaya Diraja Untuk Mempertingkatkan Operasi dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia pada tahun 2005.

Suruhanjaya yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaidin Abduullah itu mencadangkan IPCMC ditubuhkan sebelum 31 Mei 2007.

Sehingga kini, IPCMC masih belum terlaksana dan penangguhannya terus didesak oleh rakyat setiap kali terdapat berita tentang salah laku atau keganasan polis terhadap orang awam.

UMNO diam bisu.


Tarian separuh bogel: Pemuda MCA Johor pula tolak pandangan PAS

Harakahdaily,05 Jun 2013

KUALA LUMPUR: Selepas MCA Segamat, Pemuda MCA Johor pula menolak bantahan yang dibuat oleh PAS Segamat terhadap persembahan separuh bogel di sebuah pusat membeli belah di Segamat.

(Ini sebahagian gambar persembahan tarian belly dancers di sebuah pusat membeli belah di Segamat...gambar yang lebih buruk tidak disiarkan Harakahdaily untuk menjaga laman ini)

"Ketua PAS Segamat, Firdaus Masod telah menafsirkan tarian dari perspektif agama dan menyifatkannya sebagai menghina Islam dan badan agama.

"Tetapi tarian jenis ini perkara biasa di negeri yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi seperti Tuki, Iraq dan Mesir," kata Haw Chin Teck, Ketua Pemuda MCA Johor itu.

Beliau mengulas bantahan PAS Segamat ke atas 'tarian belly' (tarian ala padang pasir) yang berpakaian separuh bogel yang dipersembahkan di sebuah pasar raya di Segamat.

(Di Mesir, Turki dan Iraq, tarian seperti itu tidak diadakan di pasaraya tetapi di kelab-kelab malam dan kawasan khas di sana - editor.)

Bagi Pemuda MCA Johor, bantahan PAS ini adalah tindakan menghakis hak-hak bukan Islam secara perlahan-lahan ke atas seni yang liberal dan  persembahan kebudayaan.

"Bantahan dari PAS Segamat terhadap belly dancers di Segamat mall membayangkan tindakan PAS mahu memaksa pandangan kerasnya terhadap aktiviti kebudayaan dan ke atas orang bukan Islam," kata Chin Teck dalam kenyataannya.

Sebelum ini, MCA Segamat turut memberikan pandangan yang sama.

Harakahdaily sebelum ini menyiarkan pandangan PAS Segamat terhadap persembahan separuh bogel di tempat awam itu.

"Kami amat menyesali penganjuran tersebut diadakan secara terbuka yang ternyata menyalahi tatasusila adat dan budaya masyarakat Malaysia," kata Haji Firdaus Masod, Yang Di Pertua PAS Kawasan Segamat dalam kenyataannya.

Rata-rata yang menya

Selasa, 4 Jun 2013

kalau umno pun dah tak percaya ......

Sokong desak Pengerusi SPR, timbalan letak jawatan

Harakahdaily,04 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyokong keputusan pemimpin Pakatan Rakyat yang mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan.

DPPM berpendapat, keputusan PR adalah langkah terbaik bagi meredakan kemarahan rakyat yang merasa tertipu dengan perjalanan pilihanraya yang dianggap sebagai suatu ‘silap mata’ paling besar dalam sejarah negara.

“Dengan jumlah petisyen yang dikemukakan kedua-dua pihak, sama ada Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional sebanyak 85 buah kerusi, sudah cukup membayangkan bahawa kesemua pihak tidak berpuashati dengan perjalanan sistem pilihanraya yang diadakan di negara ini,” ujar Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor.

Selain itu, katanya hampir setiap hari ada pendedahan bagaimana penyelewengan atau kecuaian dilakukan oleh SPR di kebanyakan tempat.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, paling rakyat tidak boleh lupakan adalah bagaimana SPR boleh menipu jutaan rakyat Malaysia dengan penggunaan dakwat yang tidak kekal.

Bagi DPPM, ujarnya kesalahan yang dilakukan oleh kedua-dua pemimpin SPR ini amat besar dan sukar bagi rakyat memaafkannya.

“Mereka ini telah menjadikan SPR sebagai badan yang tidak profesional, cuai, tidak amanah serta tidak bertanggungjawab semasa mengendalikan pilihanraya ke-13,” katanya.

Malah, tamba beliau Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR telah menjatuhkan kredibiliti negara di mata dunia.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita merasa malu apabila nilai demokrasi serta perjalanan pilihanraya negara dipertikaikan banyak pihak termasuk negara-negara lain.

“Apakah rakyat akan memberikan satu lagi peluang dan kepercayaan kepada kedua-duanya berkhidmat untuk PRU14 setelah prestasi buruk yang dipamerkan oleh SPR semasa PRU13?,” tanya beliau.

Percayalah, katanya selagi kedua-duanya masih di situ dan selagi sistem pilihanraya tidak dirombak keseluruhannya mengikut kehendak dan tuntutan rakyat, sistem pilihanraya tidak akan berubah malah semakin banyak penipuan dilakukan.

Menurutnyas, jalan keluar yang paling selamat adalah dengan mendesak kedua-duanya meletakkan jawatan di samping suatu siasatan bebas dibuat bagi menyiasat secara menyeluruh penipuan dalam PRU13.

“Sekiranya kukuh dakwaan tersebut mereka perlu diheret ke muka pengadilan,” tegasnya.

Beliau berkata, hukuman berat sekalipun terhadap kedua-duanya tidak mampu membayar kesedihan, penat lelah, masa serta wang ringgit yang ditaburkan oleh rakyat bagi memenuhi tuntutan demokrasi di negara ini.

Arah tuju PAS

TG Nik Aziz tunjuk arah yang tepat

-,04 Jun 2013


Dua hal sangat mengharukan mengenai langkah Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pertama pengundurannnya sebagai Menteri Besar Kelantan beberapa hari selepas PRU, kedua penegasannya tidak akan membenarkan sebarang usaha PAS ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup.

Tidak ada siapa yang tidak sedih dengan pengunduran Tuan Guru dari jawatan MB, tetapi memandangkan kesihatannya yang selalu terganggu dengan umurnya yang begitu lanjut, maka rakyat Kelantan dan mereka yang mendukung perjuangannya memahami mengapa beliau berundur.

Perubahan ini sama sekali tidak mengurangkan kasih sayang rakyat kepadanya justru sepanjang hayatnya beliau telah mendambakan perjuangannya kepada Islam melalui wadah PAS. Beliau adalah legasi yang akan terukir dalam sejarah, bahawa seorang tokoh yang menjalani kehidupan dengan serba sederhana, bersuara lembut, tetapi tegas telah mengambil peranan penting mewarnakan perjuangan politk Islam di tanah airnya.

Memang hanya sesekali dalam sesuatu zaman, seorang tokoh unggul sepertinya muncul untuk mewarnakan sejarah tanah airnya, mendambakan politik Islamnya bukan saja untuk kepentingan ummah, tetapi juga anggota masyarakat seluruhnya.

(TG Nik Aziz bercakap buat pertama kali kepada media selepas beliau tidak menjadi MB Kelantan lagi)

Pada awalnya memang ramai tokoh yang berbaris untuk menyertai perjuangan sepertinya, tetapi tidak semua mampu menghadapi cabaran. Ada yang tewas dengan umpan politik dan kemewahan, tidak tahan menanggung ujian dan pelbagai lagi. Maka mereka ini ada yang ‘gugur’ dalam perjalanan perjuangan yang getir ini.

Tinggallah sejumlah kecil yang meneruskan perjuangan dan dari jumlah yang amat kecil itu termasuklah Tuan Guru sendiri bersama pimpinan PAS yang lain meneruskan kafilah perjalanan perjuangan ini.

Walaupun Tuan Guru Haji Nik Abd Aziz sudah melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar sebuah negeri istimewa yang kecil molek, namun beliau masih bersama saf pimpinan PAS. Ia masih memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Mursyidul Am PAS, sebuah jawatan simbolik yang setakat ini, pada pendapat saya, belum ada tokoh yang dilihat mampu menggantinya.

Kekuatan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz terletak kepada istiqamah perjuangannya, ketegasannya mempertahankan PAS dari serangan musuh, menyuntik semangat perjuangan kepada generasi lama dan baru, wawasannya yang sangat jauh ke depan – melampaui zaman – serta kemampuannya menterjemahkan kesyumulan Islam di tengah politik baru Malaysia.

Untuk selama puluhan tahun, sepanjang perjuangannya, Tuan Guru menentang habis-habisan assobiyah (perkauman) kerana baginya perkauman itu adalah sebuah kejahatan, menentang kemanusiaan dan menjadi musuh Islam.

Tuan Guru Nik Abd Aziz menjadi penghalang utama yang berada di tengah jamaah PAS dari sebarang usaha untuk menggabungkan PAS dengan Umno, atas nama apapun.

Kerana itu, Tuan Guru berpesan:

“Saya tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi saya masih hidup.”

PAS, katanya, adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli khususnya melalui muktamar.

“Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli. Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup, saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan,” ujarnya tegas ketika ditemui Harakahdaily baru-baru ini.

Menurut Tuan Guru, Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS. Selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka.

“Untuk itu, tidak ada sebab kita ingin bersama mereka dan saya peringatkan pada yang lain jangan ada usaha ke arah ini,” ujarnya lagi.

Ini peringatan yang sangat jelas dan tegas dari pimpinan utama parti dan sewajarnya semua pendukung PAS mematuhinya, bukan saja semasa beliau masih ada hayat, tetapi lama selepas ketiadaan beliau nanti.

Memang nature politik berubah mengikut masa dan keadaan serta keperluan semasa, tetapi dalam hal penggabungan PAS dan Umno mesti dilihat dalam konteks dasar perjuangan Islam yang menjadi asas PAS.

Sebelum ini, Tuan Guru berkali-kali mengingatkan bahawa selagi Umno tidak mengubah dasar sekular dan perkaumannya kepada dasar Islam dan menerima Islam sepenuhnya, PAS tidak akan menerima Umno. Ini sangat jelas diucapkannya berulang kali.

Oleh itu, berdasarkan ketegasannya ini, tidak mungkin ada sebarang ijtihad untuk menggabungkan PAS dengan Umno atas hujah demi untuk perpaduan ummah.

Bagi Tuan Guru, perpaduan ummah hanya boleh dibina aras dasar semua pihak menerima Islam sepenuhnya, membuang sifat perkauman yang ada dalam Umno dan bersatu atas nama Islam dan menerima Islam sepenuhnya, bukan atas nama perpaduan Melayu.

Dalam suasana PRU yang lalu, isu perpaduan Umno-PAS semakin disemarakkan oleh sesetengan pihak, mujurlah pimpinan PAS tidak mempedulikan ajakan ini, justru mereka sangat memahami maksud politik di sebalik seruan yang dilihat sangat molek, tetapi palsu.

Oleh itu bagi PAS yang telah mengambil peranan penting dalam Pakatan Rakyat dan berjaya, serta berusaha memperkukuh Pakatan, maka usaha sesetengah pihak untuk mengabungkan PAS dengan Umno adalah tidak mungkin.

Sementara itu, Muktamar Tahunan PAS pada November ini di mana ada pemilihan pimpinan, maka sewajarnya pesan Tuan Guru Nik Ab Aziz supaya PAS dan Umno tidak bergabung akan menjadi stand yang kukuh bagi pimpinan dan semua pendukung PAS.

Hendaknya tidak akan ada sebarang sikap apologetic dan alasan palsu yang direka-cipta untuk menjustifikasikan sebarang usaha menggabungkan PAS dan Umno.

Mesti singkir.

Mengapa Pengerusi, timbalan SPR mesti singkir?

-,04 Jun 2013

PILIHANRAYA bukanlah segala-galanya dari erti demokrasi. Sesungguhnya demokrasi mempunyai pelbagai juzuk penting selain pilihanraya. Namun pilihanraya berkala yang adil, bebas dan bersih adalah sangat mustahak bagi rakyat selaku pengundi, mengangkat atau menurunkan sesebuah kerajaan.

Pilihanraya yang adil, bebas dan bersih juga adalah penentu kepada keabsahan sekaligus memberi legitimasi kepada kerajaan yang memenangi sesuatu pilihanraya umum (PRU). Dengan kata lain ditakuti, andainya pilihanraya itu tidak adil, tidak bebas dan tidak bersih, sebaliknya sarat dengan kepincangan serta penipuan, maka keabsahan (atau kehalalan) kerajaan yang di'pilih’ tidak dapat dijamin. Kerajaan terpilih akan berdepan dengan status ‘tak sah taraf’ macam anak luar nikah juga.

Malangnya, PRU ke-13 yang dilalui baru-baru ini telah pun menjadi semacam yang ditakuti ini!

Sejurus selepas debu perang mendap dan euporia kemenangan mula berlalu, Perdana Menteri DS Najib tampaknya faham benar implikasi yang parah ini lantas bergegas bertindak mengelakkan krisis legitimasi ini.

Mentelahan kini hampir semua rakyat tahu, bahawa kerajaan Najib hanya disokong oleh minoriti rakyat seluruh Persekutuan Malaysia yakni hanya 47% sahaja, meskipun beliau mempunyai 60% kerusi di Dewan Rakyat.

Justeru kerana Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah ‘Constitutional Guardian’ atau ‘Penjaga Amanah berperlembagaan’ kepada segala tata-kelola serta tadbir-urus pilihanraya, maka SPR adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penjalanan sesebuah pilihanraya.

Terkini bukan sahaja pelbagai petisyen dimajukan oleh calon-calon Pakatan Rakyat, bahkan lebih dari 50 petisyen katanya akan dihadapkan ke mahkamah dalam pelbagai dakwaan salahlaku oleh pihak Barisan Nasional sendiri. Petisyen terbanyak dalam sejarah negara. Amat malang!

Apakah Najib benar-benar bersedia untuk mengambil tindakan ke atas pasukan SPR kali ini? PM Najib tampaknya tidak punya pilihan kalau mahu selamatkan kerajaan ‘minoriti’nya yang sangat mahukan ‘Reconciliation’ atau ‘Genjatan bagi menumpukan kebangunan semula negara’.

Pihak Pakatan Rakyat pastinya akan tolak ‘agenda’ Najib ini, andainya syarat utama yakni penambahbaikan sistem pilihanraya tidak dijamin Najib terlebih dahulu. Bagaimana untuk disusun-atur dalam satu ‘construct’ baru SPR boleh difikirkan bersama secara ‘bi-partisan’ dalam perbahasan di parlimen.

Yang pentingnya Pengerusi dan Timbalannya mesti di'pecat' dan disingkirkan dahulu! Sebabnya?

Mereka telah ternyata GAGAL melaksanakan dan menjaminkan sebuah PRU yang ADIL, BEBAS dan BERSIH. Tanpa membazir wang pembayar cukai untuk mengadili mereka atau ditribunalkan, cukup dengan rakyat dan pengundi mempertikaikan satu persoalan sahaja di sini yakni tuntutan ‘Capaian media secara ‘adil’.

Sebuah pilihanraya yang ‘adil’, antara yang erpentingnya, memerlukan parti-parti yang bertanding mendapat ‘capaian atau akses kepada media’ yakni media arus-perdana yang dibiayai oleh pembayar cukai. Pilihanraya adalah proses rakyat selaku pengundi membuat keputusan berdasarkan maklumat. SPR wajar mempastikan maklumat tidak dikekang dan dikongkong.

Ini ditegaskan dalam tuntutan Bersih 2.0. Paling mutakhir sebelum pembubaran parlimen Pengerusi SPR telah menjamin bahawa beliau telah pun berbincang dan meminta Menteri Penerangan memberi laluan ‘air-time’ yang ‘adil’ (tidak minta sama pun) kepada parti-parti bertanding dan laporan yang ‘balanced’ atau berimbang (3 Mac, 2013, The Edge).

Pengerusi SPR mesti dipertanggungjawabkan tentang kegagalan ini. Kepincangan dalam memberi parti-parti bertanding dalam sesuatu pilihanraya dikategorikan sebagai amalan sebuah demokrasi ‘pilihanraya autokrasi-kukubesi’ atau ‘electoral authoritarianism’ oleh disiplin ilmu Sains Politik contohnya oleh Professor Andreas Schedler. Sifat-sifat negara itu adalah seperti berikut:

“..privileged ruling parties oppress the opposition, elections are unfair, the judiciary is biased and citizens lack freedom of assembly, speech and access to the press”. Malang Malaysia masih digolong dalam kelompok ini seperti juga Singapura, Kemboja, Vietnam dan Myannmar. Indonesia tidak lagi tersenarai dalam ketegori ini.

Satu laporan kajian kerjasama (21 April, 2013) yang dibuat oleh University Nottingham dan Centre for Independent Journalism (CIJ) dalam projek “Watching the Watchdog” tentang hal trend media dan pola pelaporan seluruh media di antara pembubaran parlimen dan hari penamaan calon, merumuskan perkara berikut. “Rakyat Malaysia (pengundi) adalah ternafi dari mendapat maklumat tentang parti-parti yang bertanding secara adil dan objektif dalam media perdana. Sementara media on-line portals membuat liputan hampir sama untuk kedua-dua koalisi kerajaan (BN) dan pembagkang (PR)”.

Cukup ciri ini sahaja untuk melayakkan pentadbir SPR digantung untuk disingkirkan dalam waktu sesegera mungkin bagi memberi laluan penubuhan sebuah Suruhanjaya Pilihanraya Baru sesuai dengan semangat Rekonsialiasi Najib.

Tentunya ramai masih lagi tidak berpuas hati selagi tidak dihukum Pengerusi dan Timbalan SPR atas pelbagai kepincangan penjalanan pilihanraya. Isu dakwat kekal yang tidak kekal, dakwaan tentang pemberi kerakyatan kepada warga asing yang belum layak tetapi menjadi pengundi, daftar pemilih yang belum BERSIH termasuk nama pengundi-pengundi akibat Projek IC Sabah yang sedang dalam siatan RCI, kaedah berkempen yang paling kotor mengheret pertentangan kaum dan agama serta penggunaan keganasan sekaligus tidak memenuhi kriteria pilihanraya yang BEBAS- dari intimidasi termasuk takut-takutkan pengundi dengan rusuhan ala 13 Mei dan Negara kristian dan pelbagai yang lain.

Yang jelas dan muktamadnya, Pengerusi dan Timbalan SPR mesti meletakkan jawatan segera kalau tidak mahu dipecat oleh PM Najib ataukah mahu sahaja disingkir melalui sebuah Referendum atau Tribunal Rakyat!


* Penulis adalah Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Pas Pusat.

Memang wajar Pengerusi SPR dan Timbalan letak jawatan.

Petisyen PRU13: BN Perak juga ragui peranan SPR

Harakahdaily,04 Jun 2013
KUALA LUMPUR: PAS Perak melihat cadangan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Khas di bawah Parlimen bagi memantau Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah secara langsung memperakui kelemahan dan ketidakbolehpercayaan badan tersebut dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah bagi mengendalikan sistem pilihan raya di Malaysia.

“Tindakan BN untuk memfailkan petisyen untuk lebih 50 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) juga dilihat secara terangan sebagai satu bentuk protes dan bantahan terhadap kredibiliti SPR dalam menguruskan proses pilihanraya yang adil dan telus,” ujar Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Malah, ujarnya BN negeri adalah antara yang paling awal meragui ketelusan SPR bilamana Pengerusinya, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, telah mengesahkan pihaknya akan memfailkan petisyen mencabar keputusan PRU13 sejak23 Mei lagi.

Katanya, ia jelas menunjukkan bahawa BN Perak turut meragui peranan SPR dalam mengendalikan PRU yang lalu dan bersetuju dengan Pakatan Rakyat bahawa badan itu tidak cekap menjalankan pilihan raya yang perlu dicabar keputusan tersebut di mahkamah.

“BN Perak secara tidak langsung percaya bahawa keputusan PRU13 yang lalu tidak 'tepat' dan sewajarnya dicabar sepertimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia,” ujarnya lagi.

Beliau berkata, ia juga kegagalan SPR menjalankan tugas yang sewajarnya dan selama ini menjadi pertikaian banyak pihak di atas ketelusan dan kemampuannya.

Tambah beliau, justerun ramai yang mendesak agar diwujudkan satu Suruhanjaya Diraja bagi mengkaji peranan dan kebolehpercayaan SPR untuk mengendalikan PRU akan datang.

Isnin, 3 Jun 2013

Rakyat mengetahui penipuan yang dilakukan .....

Mitos kejayaan Umno

Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz,03 Jun 2013
Sukar kita hendak percaya bila Datuk Najib kata UMNO muncul lebih baik selepas PRU13. Macam mana dia sampai kepada konklusi demikian? Jika kita lihat angka dari SPR, UMNO mendapat 3.2 juta undi. Jumlah ahli UMNO sahaja sudah melebihi 3.2 juta undi. Bagaimana Datuk Najib dakwa sokongan Melayu kepada UMNO meningkat?

Undi yang UMNO dapat lebih kurang jumlah ahli UMNO. Ini bererti, perkara yang UMNO berjaya lakukan ialah meyakinkan ahli UMNO yang tidak menyokong UMNO dalam tahun 2008, menyokongnya kali ini. Jika demikian, tidak adalah berlaku penambahbaikan kepada UMNO. Tidak ada pertambahan sokongan orang Melayu yang bukan ahli UMNO kepada UMNO.

Jika Datuk Najib berkeras berkata ada tambahan sokongan dari orang Melayu, maka itu bererti sokongan dari ahli UMNO sendiri kepada kepimpinan Datuk Najib berkurang. Kalau ahli tidak percaya kepada kepimpinan presidennya, maka apa lagi yang mereka tunggu?

UMNO hanya boleh mencapai angka 3.2 juta hanya jika ada sebahagian besar ahli UMNO tidak menyokongnya, dan deficit tersebut ditampung oleh sokongan Melayu bukan ahli UMNO. Jika semua ahli UMNO menyokong UMNO dalam PRU13, maka tidak ada sokongan Melayu bukan ahli UMNO kepada UMNO.

Jadi di mana letaknya kejayaan UMNO yang didakwa Datuk Najib?

Datuk Najib kata Umno muncul sebagai parti yang paling popular pasca PRU13 kerana Umno menang 88 kerusi. Semua orang tahu UMNO bertanding dalam kerusi yang jumlah pengundi dalam kawasannya jauh lebih kecil berbanding jumlah pengundi dalam kawasan parti lawan. Jika PAS bertanding dalam kawasan di mana jumlah pengundi secara purata berjumlah 77,000, UMNO bertanding dalam kawasan di mana jumlah pengundi secara purata adalah 36,000.

Maka jika kita lihat dari sudut ini, dengan membuat penyamarataan, nilai 88 kerusi UMNO itu hanya 44 kerusi parlimen. Kerana 2 kerusi yang dimenangi oleh UMNO bersamaan 1 kerusi PAS. Dan nilai sebenar 21 kerusi yang dimenangi oleh PAS itu ialah 42 kerusi. Ini bererti PAS dengan mudah menjadi parti pilihan selain UMNO. Demikian juga dengan PKR. PKR bertanding dalam kawasan di mana jumlah pengundinya secara purata ialah 75,000. Nilai sebenar 30 kerusi yang dimenangi oleh PKR ialah 60 kerusi.

Jadi di mana letaknya kejayaan UMNO? Kemenangannya ialah kemenangan kosong.

Dalam tahun 2008, Umno telah mendapat 2 juta undi orang Melayu. Ketika itu jumlah pengundi Melayu ialah 5.7 juta. Lebih ramai orang Melayu sejak 2008 sudah pun menolak Umno. Erti nya, ketika itu Umno hanya memperolehi 35% dari undi orang Melayu.

Berapa jumlah pengundi Melayu kali ini? Jika 70% dari 11.2 juta pengundi dalam PRU13 ialah orang Melayu, maka jumlah pengundi Melayu ialah 7.8 juta.

Buatlah perkiraan sendiri. Jika semua undi yang di perolehi UMNO semuanya pengundi Melayu, maka jumlahnya 3.2 juta. Tapi jumlah pengundi Melayu semuanya ialah 7.8 juta. Ini bererti 4.6 juta orang Melayu tidak menyokong UMNO.

Tapi kita tahu bukan semua 3.2 juta undi yang diperolehi UMNO itu datang dari orang Melayu. Orang Cina dan India masih menyokong calon UMNO. Katalah 15% sokongan untuk calon UMNO datang dari pengundi bukan Melayu. Ertinya, pengundi Melayu yang menyokong UMNO adalah sebanyak 85% atau 2.72 juta sahaja.

Sekali lagi buatlah perhitungan. Jumlah pengundi Melayu ialah 7.8 juta. UMNO hanya dapat 2.7 juta pengundi Melayu. Ertinya, 5 juta orang Melayu tidak menyokong UMNO dalam PRU13.

Jadi apalah yang hendak dibanggakan dengan 88 kerusi parlimen yang UMNO dapat? - http://sakmongkol.blogspot.com/