ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Khamis, 26 Januari 2012

Baca

Confirmation By Malaysian Institute of Economic Research (MIER) That Malaysia Will Go Bankrupt By 2019 (en/bm/cn)

Published on January 11, 2012, 3:21 pm in Economy. 0 Comments

Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 11.1.2012

Confirmation By Malaysian Institute of Economic Research (MIER) That Malaysia Will Go Bankrupt By 2019 With Debt To GDP Ratio Of 100% Demonstrates The Importance Of Change Of Government At The Next General Elections For PR To Save Malaysia From Bankruptcy

Malaysia will become a fully indebted nation before the end of the decade at the current rate of massive borrowing and irresponsible spending by the BN Government.

The Federal government debt to GDP (Gross Domestic Product) ratio has increased yearly from 53.1% in 2010, 53.8% in 2011 and 54.8% in 2012. This is extremely alarming and nearly touching the national debt ceiling of 55%.

According to Malaysian Institute of Economic Research (MIER) fellow Mohd Ariff Abdul Kareem, if the Federal Government continues to borrow at the current rate, our debt to GDP ratio will be 100% of GDP by 2019!

In absolute terms, Federal Government debt rose by 71% in 4 years to RM456 billion at end 2011 from RM266 billion at end 2007. At the same rate of expansion, our national debt will be RM780 billion by 2016, and RM1.3 trillion by 2020.

Mohd Ariff also noted that what is more worrying is that our rate of borrowing is far outpacing our economic growth, so much so that he was quoted as saying, “If nothing is done to reverse the current trends in government expenditures and revenues, extrapolation suggests that Malaysia’s national debt will explode to 100 per cent of GDP by 2019.”

This is extremely dangerous, and even more disastrous when coupled with statistics from Bank Negara’s Annual Report 2010, which revealed that Malaysia ’s household debt at the end of 2010 was RM 581 billion or 76% of GDP, thus giving us the dubious honour of having the second-highest level of household debt in Asia, after South Korea . In addition, the Malaysian household debt service ratio stood at 47.8 per cent in 2010, meaning that nearly half of the average family’s income goes to repaying debts.

Not only are Malaysians debt-laden, cost of goods are also skyrocketing while income and salaries have stagnated. While infant milk powder has risen by nearly 50% in recent times, other basic commodities have also gone up by leaps and bounds, such as:
1. Sugar: RM1.45/kg (Jan 2010 ) to RM2.30 (May 2011) – 58% in 18 months.
2. Eggs: B grade RM9/30eggs (sept 2010) RM10/30eggs (now).
3. Electricity tariff: average increase of 7.12% in June 2011.
4. The tarik and kopi susu: increase RM0.10 to RM0.20 (9.1% to 18.2%.
5. Gardenia bread: 5%-14% hike (2011).
6. Service tax increase 1%: additional RM720 million in taxes to Federal Government.
7. Onions: price up 17% (Dec 2010).
8. Milo : up 5% 1st half 2011; 4% 2nd half 2011.
9. Nescafe: price went up further 6% in 2nd half 2011, when price is already >RM20 per 300gm
10. Favorite food items like roti canai, char koay teow and nasi kandar have become smaller even portions at the same price.

In contrast, Pakatan Rakyat-managed states have successfully managed their finances and not overburdened the people with debts. In fact, Penang managed to reduce state debt from RM630 million at 8 March 2008 to only RM30 million as at end of October 2011. This represents a debt reduction of 95% or RM600 million, which is the highest debt reduction of any state in Malaysia ’s history!

Clearly, Malaysians who wish to have a better life for themselves and their future generations must make a choice between a government that is spendthrift and that borrows irresponsibly without being able to make the pie grow bigger, or a government that is prudent and transparent that will put the concerns of the rakyat first.

Confirmation By Malaysian Institute of Economic Research (MIER) That Malaysia Will Go Bankrupt By 2019 With Debt To GDP Ratio Of 100% Demonstrates The Importance Of Change Of Government At The Next General Elections For PR To Save Malaysia From Bankruptcy.

LIM GUAN ENG

—– BM Translation—-
Kenyataan Akhbar Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng Di Kuala Lumpur Pada 11.1.2012

Pengesahan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Bahawa Malaysia Akan Bankrap Menjelang 2019 Dengan Nisbah Hutang Kepada KDNK 100% Menunjukkan Keperluan Untuk Menukar Kerajaan Dalam Pilihan Raya Umum Akan Datang Supaya PR Boleh Menyelamatkan Malaysia Daripada Kemuflisan

Malaysia akan menjadi negara penghutang sebelum akhir dekad ini jika Kerajaan BN meneruskan cara-cara perbelanjaan dan peminjaman yang tidak bertanggungjawab.

Nisbah hutang Kerajaan Persekutuan kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) telah meningkat setiap tahun dari 53.1% pada tahun 2010, 53.8% pada tahun 2011 hingga 54.8% pada tahun 2012. Kadar hutang ini amat membimbangkan kerana sudah hampir mencecah siling hutang negara iaitu 55%.

Mengikut felo Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Mohd Ariff Abdul Kareem, sekiranya Kerajaan Persekutuan terus meminjam seperti sekarang, nisbah hutang kepada KNDK negara akan mencapai 100% ataupun menyamai KDNK menjelang tahun 2019!

Secara mutlak, hutang Kerajaan Persekutuan telah meningkat sebanyak 71% dalam tempoh 4 tahun kepada RM456 bilion pada akhir 2011 daripada RM266 bilion pada akhir 2007. Jika kadar peningkatan yang sama diteruskan, hutang negara akan meningkat kepada RM780 bilion pada tahun 2016 dan RM1,300 bilion pada tahun 2020.

Yang lebih menrunsingkan, Mohd Ariff juga menyatakan bahawa kadar pinjaman negara adalah jauh lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan ekonomi. Beliau dipetik berkata: “Jika tindakan tidak diambil untuk menyongsangkan trend dalam perbelanjaan dan pendapatan kerajaan, ekstrapolasi menunjukkan bahawa hutang negara Malaysia akan menjadi 100% KDNK menjelang 2019.”

Ini amat berbahaya, dan lebih teruk lagi jika ditambah dengan data Laporan Tahunan Bank Negara 2010 yang mendedahkan bahawa hutang isi rumah Malaysia pada akhir 2010 berada di tahap RM581 bilion atau pun 76 peratus daripada KDNK, lantas “menobatkan” Malaysia sebagai negara dengan hutang isi rumah yang tertinggi di Asia selepas Korea Selatan. Tambahan pula, nisbah bayaran hutang isi rumah Malaysia berada di tahap 47.8 peratus pada tahun 2010, atau dalam erti kata lain, setengah daripada pendapatan isi rumah digunakan untuk pembayaran hutang.

Rakyat Malaysia bukan sahaja dibebani hutang piutang, tetapi kos barang-barang harian juga sedang melambung sementara pendapatan dan gaji tidak meningkat. Susu bayi pun telah naik harga sebanyak 50% baru-baru ini. Antara kos barangan harian yang meningkat adalah:

1. Gula: RM1.45/kg (Jan 2010) kepada RM2.30 (Mei 2011) – 58% dalam 18 bulan.
2. Telur: Greg B RM9/30biji (Sep 2010) kepada RM10/30biji (sekarang).
3. Tarif Elektrik: kenaikan purata 7.12% pada bulan Jun 2011.
4. Teh Tarik dan Kopi Susu: Kenaikan RM0.10 hingga RM0.20 (9.1% hingga 18.2%).
5. Roti Gardenia: Kenaikan 5-14% (2011).
6. Cukai Perkhidmatan: Kenaikan 1% (cukai tambahan RM720 juta untuk Kerajaan Persekutuan).
7. Bawang: Kenaikan 17% (Dis 2010).
8. Milo : Kenaikan 5% pada suku pertama 2011, 4% pada setengah tahun kedua 2011.
9. Nescafe: Kenaikan 6% pada setengah tahun kedua 2011, di mana harga sudah >RM20/300gm.
10. Semua makanan kegemaran ramai seperti roti canai, char koay teow dan nasi kandar makin kecil bahagiannya walaupun harga tetap sama.

Sebaliknya, negeri-negeri Pakatan Rakyat telah berjaya mengurus kewangan supaya rakyat tidak dibebani hutang. Di Pulau Pinang, hutang kerajaan negeri telah dikurangkan daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir Oktober 2011. Ini merupakan pengurangan sebanyak 95% ataupun RM600 juta, iaitu pengurangan yang paling besar dalam sejarah mana-mana negeri di Malaysia !

Adalah jelas bahawa rakyat Malaysia yang menginginkan kehidupan yang lebih baik hari ini dan untuk generasi masa depan hendaklah membuat pilihan di antara sebuah kerajaan yang boros dan meminjam secara tidak bertanggungjawab di samping gagal menjana perkembangan ekonomi, dengan sebuah kerajaan yang berhemat dan telus serta mengutamakan kepentingan rakyat.

Pengesahan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) bahawa Malaysia akan bankrap menjelang 2019 dengan nisbah hutang kepada KDNK 100% menunjukkan keperluan untuk menukar kerajaan dalam Pilihan Raya Umum akan datang supaya PR boleh menyelamatkan negara daripada kemuflisan.

LIM GUAN ENG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan