ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Sabtu, 31 Januari 2009

Penerangan PR di Kampong luat

Tarikh 6hb.2.2009
tempat Kampong luat
datanglah beramai-ramai
tetapu
Ustaz Nasarudin Daud dari kelantan bersama Ustaz Zulkifli

PAS for all
PAS UNTUK SEMUA

PAS MENERANG
PAS TIDAK MENYERANG

Khamis, 29 Januari 2009

Dato Tajol dah letak jawatan

Dato tajol telah berkhidmat dalam kerajaan dan umno sejak tahun 70an. yang seangkatan dengannya kalau adapun macam dato najib dah nak jadi presiden. tapi dato tajol dok sekadar mt yang dilantik. itupun sebagai ketua perhubungan umno negeri perak. kalau tidak sebagai ketua bahagian biasa saja.
macammana negeri perak nak maju kalau datok tajol sendiri tak berani untuk membuat perubahan. nak bertanding untuk naib presiden umno pun takut. tengok zahid hamidi tu dia tu orang anwar dulu tu bukan cerdik manapun. tapi bodoh sombong. berani dia nnak bertanding untuk naib presiden.

Tahniah ADUN BOTA


Pas lenggong mengucapkan tahniah ke atas adun BOTA

Ada cerita bila Dato Nasarudin menyertai PR

Ceritanya dapat difahami dari cerita-cerita para adun lainnya. mudah sahaja difahami dan untuk memahaminya. Yang baru kita dengar dari zahid hamidi baruni, Rengkasnya ialah peruntukan diberi kepada ketua bahagian. untuk apa itu, ketua bahagian berkhidmat kepada parti sedangkan adun berkhidmat kepada rakyat. Jadinya peruntukan dari kementerian tadi untuk siapa? bukan untuk rakyat tetapi untuk parti. bagus benarlah kalau ada adun yang mengikut Dato Nasarudin tu.
Zahid yang bagi peruntukan itu bukan kerana rakyat tetapi kerana bulan mac nanti dia akan bertanding naib presiden UMNO jadi dia bagi lah kepada ketua bahagian sebab ketua bahagian akan menjadi perwakilan dan akan mengundinya.
keadaan yang sama juga akan dilakukan oleh menteri pembangunan luar bandar mat taib, kerana mat taib juga bertanding sebagai timbalan presiden. mat taib dan zahid akan pulun sakan dinegeri-negeri pakatan rakyat jadi kalau gitu gaya mat taib ada peluang jadi timbalan presiden dan zahid pasti akan jadi naib presiden.
Jadi pakatan rakyat dan rakyat yang telus dan cerdik perlu buat laporan polis terhadap gejala rasuah cara baru ini. dalam keadaan perstasi polis yang tercemar sekarangni pastinya polis akan mengambil tindakan yang tidak berat sebelah.
prestasi hamid albar juga sudah tergugat dengan keadaan prestasi polis kini.

Rabu, 28 Januari 2009

Cerita kelas tadika di lenggong

Cerita dari zahid hamidi diseluruh perak
di lenggong, adun kota tampan pun ada juga. tapi ketua kampong tu bijak dan tegas orangnya dalam memberi jawapan. termangulah dato tu.
jadi kalau jujur berjuang taklah jadi macamtu. dia dah lama jadi yb disitu,
dah tiga penggal, dan dah jadi exco pula. patut dah ada dewan orang ramai yang baru. kelas tadika patut ada bangunan sendiri. tapi dasar tak ambil kesah itulah penyudahnya.
patut dia juga ikut dato nasarudin.
tok dia tu dulu orang kuat PAS. tak percaya tanya dato omar.

Selasa, 27 Januari 2009

Tahniah Dato Nasarudin ADUN BOTA

PAS lenggong mengucapkan tahniah kepada dato, dan mengambil ulasan Dato MB Perak yang menganggap Dato sebagai Beriman, berilmu dan berpengalaman. Kehadiran dato amat bermakna dan memberi pengertian yang mendalam terhadap sikap Dato. Jiwa yang murni tidak harus dicampurkan dengan golongan yang bersikap berdolak-dalik.
congratulation to Dato'

Solat Hajat Di Surau Hulu Talong Luat

Solat dan bacaan yasin yang akan diadakan pada malam 30hb. January bertujuan
untuk memohon pertolongan Allah agar
1. Gajah-gajah liar yang merosakkan tanaman pertanian dapat dihindarkan.
2. Dapat menolak Bala penyakit seperti chikungunya dan fitnah-fitnah.
3. Rakyat palestin gaza mendapat kekuatan dan pertolongan Allah dalam menghadapi kezaliman yahudi laknatullah.
sekelian muslimin dijemput hadir.
Sejauh mana ikhtiar kita, kita tidak harus melupakan kaedah mengharapkan pertolongan Allah

Isnin, 26 Januari 2009

Yahudi tak iktiraf Kerajaan Hamas

Apabila Hamas menang dalam pilihanraya kira-kira 4 tahun lalu sehingga berjaya menubuhkan kerajaan palestin israel tidak mengiktirafnya dan juga US. mereka tidak berunding dengan hamas sebalik menjadikan fatah sebagai tunggangan mereka. mereka mengadakan berbagai sekatan dan membuat pelbagai perkara sehingga mahmud abas juga melucutkan kuasa perdana menteri Ismail Haniyeh. menjadikan palestin ada dua kerajaan iaitu di gaza dan tebing barat. itulah perangan yahudi israel di asia barat.
Bila pilihanraya ke 12 malaysia pada 8 mac, lima negeri berjaya diperintah oleh pakatan rakyat. kerajaan pusat tak boleh tak iktiraf kerajaan negeri dalam pakatan rakyat. adalah menyalahi dari segi undang-undang jika kerajaan tidak mengiktiraf kerajaan bagi lima negeri ini,
Tetapi apa yang berlaku menteri dijabatan perdana menteri zahid hamidi kata kerajaan pusat tidak mengiktiraf kerajaan pakatan rakyat ini. Pegawai kerajaan pusat jika menghadiri majlis kerajaan negeri boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Pas lenggong dalam mukaddimah dengan cerita perangan yahudi jadi sesiapa sahaja boleh buat andaian terhadap peristiwa yang sama.
Pas Lenggong menyeru semua pihak dalam pakatan rakyat di lima negeri terutama rakyat negeri perak supaya buat laporan polis akan penghinaan yang dilakukan oleh zahiid hamidi ini. perlu dilaporkan kepada polis kerana zahid hamidi ini telah menghina kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat dan diperkenan oleh DYMM sultan. Boleh saman zahid hamidi atas dasar menghasut, menghina kerajaan negeri dan menghina perlembagaan negara dan negeri. juga menghina ketua kampong lantikan kerajaan negeri.
Kuasa melantik ketua kampong adalah kuasa kerajaan negeri dan termaktub dalam perlembagaan. ketua kampong persekutuan tiada dalam perlembagaan dan lantikan tersebut adalah haram, pusat bayar gaji itu juga haram. jadi zahid hamidi dan mat taib menggalakkan orang melayu makan haram.
kerana itu semua ahli dan penyokong Pakatan rakrat segera mengadakan solat hajat dan baca yasin semoga Allah memelihara Kerajaan Pakatan rakyat dari gangguan orang-orang yang jahat seperti zahid hamidi dan mat taib ini.
Satu ketika dahulu zaman ramli ngah talib nak ambil sekolah izudin dan takyah, para ibubapa murid bagi sekolah berkenaan mengadakan solat hajat dan bacaan yasin merata tempat dan beberapa kali. hasilnya kedua-dua sekolah itu dapat diselamatkan. tetapi ramli ngah talib tahun 99 pergi ke pusat jadi timbalan menteri. tahun 2004 bertanding jadi speaker. tahun 2008 bungkus dan tiada siapa yang kenang beliau.
jadi dengan perangai jahat dan busuk hati si zahid ini kita perlu buatkan seperti yang dilakukan oleh ibubapa palajar izudin dan taayah. mohlah sama kita baca yasin dan solat hajat serta qunut nazilah. dalam penghinaan yang bertubutubu dari si zahid perlu kita tidak menaruh rasa malu untuk menadah ke Hadrat Allah.

Sabtu, 24 Januari 2009

Lenggong meriah

Dalam dua hari ini lenggong agak meriah. ada 4 majlis diadakan dilenggong.
pertama Solat hajat untuk palestin di gelanggang takraw 9.45 hari khamis malam.
Kedua Maal Hijrah di Bukit Sapi Khamis malam
Ketiga ceramah Ustaz Kazim di masjid Gua Badak
Keempat ceramah ustaz Jamnul di masjid jami' Lenggong.
Ilmu penyuluh iman
raikanlah

zahid menghina perlembagaan Perak

Kenyataan zahid berhubung keesahan cop ketua kampong kerajaan negeri tidak sah boleh dianggap menghina kepada Kerajaan Negeri dan juga DYMM Sultan oleh beberapa pihak. Kerana itu pihak terbabit diharap akan membuat laporan polis terhadap kenyataan itu dan mengheret dia ke mahkamah.
Berita tersebut boleh didapati dalam berita harian

Ahad, 18 Januari 2009

Tahniah Pengundi Kuala Terengganu

Raikan kemenangan ini dengan takbir,selawat dan hadiahkan surah Al fatihah kepada Rasullullah, para sahabat sekelian muslimin dan muslimat khusus kepada arwah pemimpin,pejuang ,ahli PAS dan pakatan Rakyat dan yang utama kepada arwah-arwah keluarga pengundi di Kuala Terengganu.
Semoga yang hidup gembira dan bertambah azam takwanya manakala arwah keluarga yang telah pergi mendapat keampunan dan pahala.
Al Fatihah
Takbir.

Khamis, 8 Januari 2009

Hj Mohd Sabu di Lenggong

Berbanding BN,Pakatan Rakyat cemerlangdi 5 negeri
19 Dis 2008
LENGGONG, Hrkh - Naib Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu yakin lima negeri yang diperintah Pakatan Rakyat akan membuktikan prestasi yang lebih baik selepas menunjukkan kecemerlangannya selama sembilan bulan bermula pilihan raya 8 Mac lalu.
Katanya, selepas sembilan bulan berlangsung, bloger-bloger, ahli-ahli akademik dan golongan intelek mengakui pemerintahan bagi lima negeri Pakatan Rakyat paling baik berbanding negeri-negeri yang diperintah Barisan Nasional.
Malah, katanya diakui pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan jauh lebih baik berbanding semasa dikuasai Barisan Nasional (BN) dulu.
"Bila kita dapat perintah lima negeri, walaupun kita buat sekadar yang termampu, tetapi prestasinya jauh lebih baik dengan apa yang dilakukan BN sebelum ini.
"Ini diakui para bloger, ahli-ahli akademik dan golongan intelek," katanya ketika berceramah di Padang Majlis Daerah Lenggong di sini baru-baru ini.
Turut menyampaikan ceramah di depan lebih 2,000 pendengar itu ialah Wakil kerajaan negeri Perak yang juga Exco Dewan Pemuda PAS (DPP) negeri, Mohd Tee Wai Tiang Abdullah dan Ketua DPP Perak, Ustaz Mohd Nor Azli Musa.
Hadir sama Yang diPertua PAS Kawasan Lenggong yang juga Penyelia Dewan Undangan Negeri (DUN) Kenering, Ustaz Shukri Ahmad, Penyelia DUN Kota Tampan, Haji Hamzah Mat Zain dan pimpinan DAP Lenggong.
Mohamad berkata, walaupun pelbagai pembaharuan bertepatan dengan konsep 'Negeri Berkebajikan' dilaksanakan oleh kerajaan lima negeri berkenaan, masih banyak perubahan yang perlu dilakukan.
Katanya, rakyat sentiasa menunggu pembaharuan-pembaharuan seterusnya yang akan memberi manfaat kepada seluruh rakyat dan semua itu perlu dilaksanakan oleh semua peringkat pimpinan lima negeri terbabit.
Menyentuh mengenai keadaan kucar-kacir dalam BN serta pemilihan kepimpinan dalam Umno sekarang ini, beliau mengingatkan pimpinan Pakatan Rakyat, khususnya PAS di seluruh negara supaya tidak bergantung kepada kelemahan orang lain.
Sebaliknya, beliau bimbang sekiranya Umno yang menjadi tonggak kepada BN, yang sekali lagi menggunakan isu perkauman sebagai taktik mengatasi kelemahannya akan pulih semula selepas ini.
"Saya takut mereka akan pulih semula, oleh itu isu perkauman yang mereka mainkan sekarang ini jangan sampai sekali lagi memerangkap kita," katanya yang turut menjadi mangsa Operasi Lalang akibat mainan isu perkauman oleh Umno dan komponen BN lain pada 1987 lalu.
Mohamad berkata, sebaliknya Pakatan Rakyat dan PAS khususnya perlu mainkan isu yang akan terus menjadi relevan pada masa akan datang, iaitu isu rasuah, pembaziran, penyalahgunaan kuasa dan hak asasi manusia.
Isu ISA, katanya adalah antara isu yang semakin hangat diperkatakan termasuk oleh beberapa komponen BN sendiri, malah masyarakat Cina paling marah dengan akta zalim itu.
Beliau seterusnya menyeru rakyat menyertai perhimpunan paling aman yang akan diadakan pada Mac tahun depan dalam usaha mendesak kerajaan BN menghapuskan terus ISA.
-Dipetik dari Harakah-
-Oleh : Mohd Syamil Azhar-

Sedutan berita harakah

Perak akan jadikan Kelantan sebagai model pentadbiran - Menteri Besar
Salmah Mat Husain Sun May 18, 08 8:11:28 pm MYT
KOTA BHARU, 18 Mei (Hrkh) ? Menteri Besar Perak, Dato? Seri Ir Muhammad Nizar Jamaludin, berkata Kelantan akan menjadi contoh dalam pentadbirannya, memandangkan kerajaan negeri itu telah berjaya memenuhi hasrat rakyat pelbagai bangsa selama 18 tahun.
Katanya lagi, selain itu Perak juga akan mengutamakan konsep kebajikan dan amanah yang menjadi teras Pakatan Rakyat (PR), memandangkan rakyat di negeri itu begitu ?haus? dengan konsep tersebut hasil kegagalan kerajaan terdahulu melaksanakannya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra dan sesi dialog bersama pemimpin kerajaan negeri di Bilik Gerakan, Kota Darulnaim, di sini tengahari tadi sempena lawatan rasminya ke Kelantan hari ini.
Nizar dalam rangka lawatan kerjanya turut ditemani Pengerusi Jawatankusa Perpaduan, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Pengguna, Chen Fook Chye, Adun Selising, Husin Din, Adun Semanggul, Ramli Husin, Setiausaha Politik dan akhbarnya, Ustaz Misbahul Munir Masduki dan Anuar Hashim.
Dalam rangka lawatan selama empat jam ke negeri Cik Siti Wan Kembang itu, Nizar turut diraikan pada majlis makan tengahari bersama Anggota Exco kerajaan negeri dan Adun sebelum mengadakan pertemuan rasmi dengan Tuan Guru di pejabatnya.
"Untuk kita, pihak kerajaan akan berusaha sedaya mungkin untuk memikul amanah itu sebaiknya dan akan melaksanakan konsep kebajikan dan beramanah sebagaimana yang rakyat inginkan.?Dalam masa yang sama, Perak memerlukan sokongan semua pihak termasuk rakyat seluruhnya mendoakan kesejahteraan kerajaan kita agar sentiasa berada di bawah lindungan Allah," ujarnya.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato? Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyambut kedatangan Nizar bersama 10 orang deligasi lain kira-kira pukul 12.30 tengahari tadi di kediaman rasmi JKR 10, di sini.Sebelum mengadakan sesi ramah mesra dan dialog, Nizar diraikan pada majlis makan tengahari di JKR 10.
Turut hadir dalam majlis makan tengahari itu, Timbalan Menteri Besar, Dato? Ahmad Yaacob, Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nasharuddin Daud, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Adun dan lain-lain pimpinan.
Selepas itu, beliau mengunjungi Tuan Guru Nik Abdul Aziz di pejabat Menteri Besar kira-kira pukul 2.30 petang.Kehadiran Nizar buat pertama kali ke negeri itu, menjadi perhatian para media termasuk RTM, TV3, TV9 untuk membuat liputan.
Tegasnya lagi, kerajaan Perak juga akan menjadikan Kelantan sebagai model dalam semua hal termasuk pentadbiran memandangkan kejayaan negeri itu telah menerajui perubahan sejak 18 tahun lalu.Turut berucap pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato? Ahmad Yaacob./wann.

Welcome to lenggong

Anda akan mendapat maklumat tentang lenggong.