ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Selasa, 30 Jun 2009

Najib Ikut Mahathir pula

Pilihanraya Penanti Mahathir kecewa kerana Najib tak dengar pandangannya. Tapi bile PAS ajak debat Mahathir tak percaya dan najib ikut kata mahathir. ikuti sedutan harakah,
Selasa 30 Jun 2009 7 Rajab 1430 Hijrah
Debat: Surat tawaran belum dihantar, namun PM sudah tolak
Salmah Mat Husain Tue Jun 30, 09 12:45:09 pm MYT
KOTA BHARU, 30 Jun (Hrkh) - Belum pun surat rasmi tawaran debat dihantar kepada Dato? Seri Najib Razak, namun perdana menteri dari awal lagi menolak pelawaan tersebut.
Sedangkan surat pelawaan debat oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz akan dihantar Khamis ini. Bagaimanapun semalam Najib menolak pelawaan debat terbuka dengan Mursyidul Am PAS, sebaliknya mencadangkan diadakan musyawarah bagi menyelesaikan kekalutan politik di antara PAS dan Umno.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, surat berkenaan tidak akan menyebut tempoh atau waktu yang sesuai untuk diadakan debat, sebaliknya ia terbuka dan boleh diadakan bila-bila masa sahaja.
Menurutnya debat yang dicadangkan bukan berniat untuk tujuan politik, sebaliknya ingin mengetahui sebab sebenar kenapa Umno menolak Islam.
"Nak mengangkat diri (Umno) sebagai pejuang Islam macam mana perjuangan parti itu tak ikut Islam. Dan pada masa yang sama menentang PAS yang bersungguh-sungguh mendaulatkan Islam," katanya di sini, petang semalam.
Menurutnya timbul idea debat kerana Pemuda Umno membuat laporan polis berhubung kenyataannya sebelum ini yang menganggap Umno membawa ajaran sesat kerana memisahkan agama dan politik.
"Umno sepatutnya tak perlu buat report polis. Ada masalah sikit terus report kepada emak dan bapak. Itu tak betul.
"Kalau kita bertengkar sikit-sikit nak panggil emak, ayah, nampak sangat kita lemah. Bila betul biarlah kita berlawan secara berdepan, tak payah buat report polis, kita berdebat," ujarnya.
Ketika ditanya masalah perpaduan di kalangan Melayu yang kini dikatakan semakin retak, beliau berkata, Islam mengajar perpaduan melalui agama.
"Kalau ingin perpaduan atas dasar bangsa itu bukan cara Rasulullah saw, bahkan Rasulullah saw melawan bapa mentua dan bapa saudara sendiri kerana memperjuangkan Islam.
"Kalau kira nak bersatu gengstar pun nak bersatu, ah long pun nak bersatu, semuanya nak bersatu, tetapi atas dasar apa," katanya.
Ketika ditanya penolakan debat oleh dua bekas perdana menteri iaitu Tun Mahathir Mohamed dan Tun Abdullah Ahmad Badawi beliau berkata, perbincangan telah berlangsung sejak sekian lama antaranya perbahasan di parlimen.
Malah katanya perbincangan, nasihat, ceramah dan usrah sudah lama dilakukan, dan sekarang ada baiknya debat pula digunakan bagi menyelesaikan masalah umat Islam.
Sementara itu dalam perkembangan lain katanya, PAS tidak pernah mengubah manifesto pilihan rayanya iaitu mendaulatkan Islam sejak dahulu sehingga sekarang.
Beliau berkata walaupun pihak lawan memperkenalkan pelbagai manifesto, namun PAS tetap dengan dasarnya, iaitu mendaulatkan agama Islam dalam kehidupan. - mj _

Isnin, 29 Jun 2009

Oh Mufti Perak Berpeganglah Kepada Kebenaran

Dengan berita ini pula akan menyerlah wajah sebenar Harussani Zakaria
Dengan kemegahan yang dikurniakan kepadanya. Beliau boleh bersuara dan rakyat perak terutamanya amat mengetahui. sedutan dari harakah.
Isnin 29 Jun 2009 6 Rajab 1430 Hijrah

Royalti Minyak: Umno-BN tipu rakyat Kelantan!

Harakahdaily Sun Jun 28, 09 8:06:57 am MYT
KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh) - Pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) terus berbohong dalam kempen pilihan raya kecil DUN Manek Urai dengan mengatakan tidak wujud minyak dan gas serta industrinya di negeri Kelantan.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan beliau sendiri telah pergi ke pelantar cari gali minyak dan gas di perairan Kelantan sebaik sahaja mendapat berita tentang wujudnya 'emas hitam' itu di negeri tersebut, sedikit masa dahulu.
"Kebetulan saya duduk tepi pantai, bersama orang ke laut (nelayan) (saya telah pergi) melawat pelantar minyak, tengok pelantar minyak (dan) pelantar gas di situ.
"Dalam kawasan (perairan) Kelantan, bukan dalam perairan Siam dan perairan antarabangsa,"jelasnya ketika berucap dalam majlis perisytiharan calon pilihan raya kecil DUN Manek Urai, di Kampung manek Urai Lama,kelmarin yang dipetik Buletin Online.
Sehubungan itu, beliau berkata, Petronas wajib membayar royalti minyak sebanyak 5% kepada negeri Kelantan sebagaimana perjanjian di antara syarikat minyak itu dengan kerajaan-kerajaan negeri pada tahun 1975.
Sebelum itu, Pengarah Pilihan raya KeADILan, Saifudin Nasution berkata pengundi Manek Urai mesti menolak Umno-BN sekiranya mereka bertanding dalam pilihan raya kecil DUN tersebut.
Beliau berkata demikian, kerana kerajaan BN bukan sahaja tidak membayar royalty minyak, malah telah berbohong dan menipu rakyat Kelantan dalam Parlimen mengenai kewujudan minyak di Kelantan.
"Kita kemudian mendapati, bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak bercakap benar, dalam bahasa kasar, mereka telah memberikan jawapan bohong dalam Parlimen.
"Hasil kajian kita mendapati dalam buku Jabatan Perangkaan Kerajaan Malaysia yang dikeluarkan pada 2007 mukasurat 187, jadual 5.3 menyebutkan dengan jelas negeri-negri pengeluar minyak di Malaysia,"tegas Saifudin yang juga ahli Parlimen Machang.
Katanya Umno-BN hanya menipu rakyat Manek Urai dengan memasang papan tanda 'Rakyat di Dahulukan, Manek Urai Di utamakan', sedangkan mereka tidak membayar royalti minyak yang telah berjumlah RM 1bilion sejak tahun 2002.
Oleh itu katanya rakyat mesti menolak calon Umno-BN pada pilihan raya kecil Manek Urai pada 14 Julai depan.
"Rakyat didahulukan, Manek Urai diutamakan? Dia boleh pasang papan tanda banyak-banyak (dalam kempen pilihan raya),tetapi bukti ini (telah) menunjukkan bahawa kita (Kelantan) ada minyak, Umno tak bayar royalti minyak.
"Sebab itu kita mesti tolak calon mereka (Umno-BN) pada pilihan raya kecil Manek Urai pada 14 hari bulan nanti,"katanya. - mks._

Harussani tak akan kata apa kepada UMNO

Berita berikut kalau ditanya kepada mufti perak harussani dia tak berani kata apa.
Isnin 29 Jun 2009 6 Rajab 1430 Hijrah- sedutan dari harakah.

Jabatan Perangkaan, EPU sahkan Kelantan pengeluar minyak

Lanjusoh Mon Jun 29, 09 1:14:04 pm MYT
KOTA BHARU, 29 Jun (Hrkh) - Sekiranya Kelantan tidak layak menerima royalti petroleum mengapa disenaraikan dalam Bank Data Malaysia sebagai salah sebuah negeri pengeluar minyak di negara ini.
Selain itu, berdasar kepada laporan Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (EPU) bertarikh 16 Mac 2009 Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Kelantan dalam sektor perlombongan meningkat secara mendadak kepada 22.4 peratus.
Sedangkan sebelum itu, sektor berkenaan hanya menyumbangkan sebanyak satu peratus sahaja kepada KDNK Kelantan.
"Ini seolah-olah menggambarkan EPU telah menyenaraikan Kelantan sebagai negeri pengeluar minyak sama seperti Terengganu, Sabah dan Sarawak.
"Jadi mengapa ada menteri menyebut Kelantan tiada hak untuk mendapat royalti minyak," kata anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Husam Musa pada persidangan Dun hari ini.
Isu royalti minyak menjadi topik menarik perhatian ahli-ahli Dewan apabila Haji Abdul Fatah Harun (PAS - Bukit Tuku) membangkitkan perkara itu berikutan soalan asal ditanya Dato' Noor Zahidi Omar (BN - Pengkalan Kubur).
Menghurai panjang lebar perkara itu Husam berkata, Laporan Band Data Malaysia 2007 pada muka surat 187 secara jelas menyenaraikan Kelantan sebagai negeri utama dalam industri petroleum di negara ini sejak 2004.
Data tersebut menyebut nilai pertumbuhan industri petroleum di Kelantan, Sabah dan Terengganu sebanyak 62.5 peratus berbanding Sarawak (37.5 peratus).
Manakala nilai ouput (pengeluaran) tiga negeri berkenaan iaitu RM46.8 bilion berbanding Sarawak (RM14 bilion).
"Kita menuntut royalti daripada bahagian yang diterima Malaysia kerana kawasan pengeluaran minyak terbabit terletak di lokasi tuntutan bertindih dengan Thailand dan Vietnam.
"Kelantan tidak menuntut bahagian yang diterima Thailand, sebaliknya agihan diterima Malaysia selepas pembahagian dibuat antara tiga negara," katanya.
Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Mustapa Mohamed dilaporkan memberitahu kerajaan Kelantan tidak berhak menuntut bayaran royalti minyak dan gas kerana hasil petroleum itu diperolehi di kawasan bertindih.
Malaysia dan Thailand menandatangani perjanjian persefahaman pada 1979 berkaitan kawasan pembangunan bersama (JDA) yang diteroka kedua-dua negara.
Malaysia dan Vietnam juga bersetuju mengusahakan secara bersama cali gali minyak di kawasan berkenaan.
Husam berkata, sekiranya kawasan pelantar carigali minyak dan gas tersebut terletak di sebelah Thailand sudah tentu pelantar tidak dinamakan dengan nama Melayu iaitu Kekwa, Cakrawala, Seroja, Bintang dan Lawen.
"Sekiranya diukur jarak pelantar tersebut dengan pantai Kelantan hanya 170 km berbanding dengan Terengganu 220 km. Dan nilai pengeluaran gas dan minyak dari pelantar tersebut sejak 2004 sehingga tahun lepas berjumlah RM46.8 bilion.
"Sedangkan di perairan Terengganu sebanyak RM36 bilion manakala Sabah (RM5 bilion). Ini bermakna jumlah pengeluaran dari perairan Kelantan lebih besar," ujarnya.
Oleh itu beliau berkata, kerajaan pusat sewajarnya membayar royalti sebanyak 5 peratus setahun seperti termaktub di bawah Akta Petroleum yang dianggarkan melibatkan sebanyak RM850 juta sehingga RM1 bilion sejak 2004 sehingga sekarang.
Beliau juga berkata, Kelantan masih mengharapkan pertimbangan sewajarnya kerajaan pusat bagi membayar royalti petroleum tersebut.
Menurutnya biar pun ada cadangan supaya tuntutan itu dibuat melalui perundangan, namun kerajaan negeri masih memilih menggunakan kaedah rundingan.
"Kita berharap ketua pembangkang di Dun Kelantan, Dato' Md Alwi Che Ahmad membantu menyelesaikan tuntutan tersebut.
"Sekiranya ia menjadi kenyataan hasrat Adun Paloh, Dato' Nozula Mat Diah untuk mendapat kenaikan elaun boleh dipertimbangkan," katanya.
Manakala Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman (PAS - Mengkebang) mencadangkan kerajaan negeri menjemput alim ulama bagi menunaikan solat hajat dan menujat bagi melembutkan hati perdana menteri menimbangkan royalti minyak kepada Kelantan. - mj _

Sabtu, 27 Jun 2009

Gerakan Mansuh PPSMI ( GMP)

ada puak negeri temanni udah tiada modal diambil huruf itu untuk pertubuhan deme pula. apa nak dikatakan tak berakai. Memangpun. puakni nuduh orang pandai tapi sebaliknya deme yang nipi dan bodohkan orang. penyudah dema malukan orang. yang terakhir kena malu ialah Tun Mahathir. Mahathir tu orang kedah dipanggil resmi pertubuhan curi nama orang perak. memalukan saja. maknanya orang perak takde anu kena cari orang lain. Tapi dengar ke labun puak-puakni demeajele. tapi penakut. kalau deme berani moh bubar DUN perak.

Taklimat Pengurusan PAS Lenggong.

Hari ini diadakan taklimat pengurusan PAS kawasan Lenggong. Semua ajk kawasan dan cawangan hadir dalam taklimat. Tahniah kepada semua atas keperihatinan untuk menguatkan parti. Komitmen yang berterusan akan membina kekuatan.

Jumaat, 26 Jun 2009

Cerita Mufti Harussani

Rakyat perak kenal dato ni, Beliau bersuara lantang bagi pihak umno. ada pasalnya. Beliau haram sure heboh tapi jomheboh tak mengapa kerana apa rakyat perak tahu banyak. suara beliau digunakan oleh media untuk menutup kekecewaan umno. beliau ialah tunggangan umno.

Rabu, 24 Jun 2009

Terharu dengan Tok Guru Nik Aziz

Harakah melapurkan Tok Guru menarik balik kenyataan terhadap Timbalan Presiden PAS sungguh mengharukan sebahagian pendukung. Kenyataan menarik balik kenyataan itu sebenar terbit dari jiwa besar seorang tokoh. Pada ahli dan penyokong, kenyataan tersebut sebenarnya tidak salah langsung malah ada ahli mengira sebagai tepat. Tetapi kerana jiwa besar dan mulia Tok Guru kitani menyebabkan sebahagian kita tergamam dan terpesona. Tok Guru adalah model dan idola kepada kita. Kata pepatah ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Sesungguhnya politik Tok Guru Kitani amat luar biasa. Ahli dan penyokong amat kasih kepada Tok Guru.
Sebaliknya pula akan sang putera katak yang juga menyuruh Ust. Nasarudin letak jawatan bagaimana pula. Dahlah dapat kerusi parlimen dengan menipu tok guru sekarang pula dan menyerang PAS pula. Sang itu juga kata bulan jun ini dia nak buat keputusan untuk kedudukan parti tapi tarikh sekarang sudah 24hb jun. Jadi sang itu membawa watak politikus yang hina dan jijik dimata awam.
Peringatan kepada golongan sepertinya. Menipu orang hari ini, disuatu hari nanti anda akan mendapat keji.
BUBARKAN DUN PERAK.- SUARAKAN DAN CATATKAN.

Selasa, 23 Jun 2009

Tahniah Kepimpinan Pakatan Rakyat

Kenyataan dari kesepakatan berkat dari muafakat Pakatan Rakyat melegakan ahli dan penyokong Pakatan Rakyat. Suatu keputusan yang bijak. Bijak bagi kepimpinan membiarkan polimik beberapa ketika dan bijak membuat keputusan dalam bersama. Tahniah dan tahniah namun ketika mengulas pernyataan tersebut merah padam muka dan wajah najib. huru hara dan haru biru jadi segala media.

Isnin, 22 Jun 2009

MB Kudeta perak melawat lenggong esok

Tempat di dewan merdeka lenggong.
tinjauann kepada persiapan dan pandangan orang ramai nampaknya kakitangan kerajaan meluat dan menyampah menengokkan puak-puak tu.
Kalau benar-benar ikhlas bubarkan DUN perak. kembalikan hak pemilihan kepada rakyat.
jangan jadi penipu dan pengacau.

Ahad, 21 Jun 2009

Menghadapi Fitnah Media-media yang beragenda

Sebagai ahli dan penyokong Pakatan Rakyat amnya dan PAS khususnya perlu sentiasa berwaspada terhadap serangan jahat musuh iaitu yang utama dan pertamanya ialah umno dan bn. Kita kenal depani. tapi yang sukar dikenali ialah anjing-anjing mereka. kerana anjing mereka boleh membuat pelbagai penyamaran. Jika kita tidak berhati-hati kita akan terjerat dan terperangkap. Jika terperangkap kita terpaksa mengambil masa yang lama untuk pulih kembali.
Lihat kepada sejarah silam. Sejarah PAS bersama dalam bn pru 1978 tinggal 5 kerusi parlimen.tahun 1999 dah pulih sebok pasal muzakarah masa tu tinggal 6 kerusi parlimen. Sekarang sebuk pula dengan kerajaan perpaduan. berhati-hatilah semua pihak terutama pemimpin. Pastikan ahli dan penyokong mendapat maklumat yang segera. Jangan biarkan ahli dan penyokong terkeliru dengan ketandusan maklumat. Harakah perlu segera menyalurkan maklumat yang dapat menenangkan ahli dan penyokong.
Semua perlu memahami sikap musuh dan anjing-anjing musuh.
Sekarang ini anjing-anjing umno dan bn yang paling jahat dan licik ialah media. Media elektronik seperti radio dan tv terlalu ghairah dengan dakyah jahat mereka. Semua tv dalam negara tak boleh dipercayai. RTM dan TV3 berada di ranking pertama. astro dan bernama berlumba-lumba untuk diranking pertama. Jadi ahli dan penyokong jangan ambil percaya terhadap media tersebut. kalau boleh tak payah tengok berita lagi bagus dari mendengar pembohongan. Akhbar pula kecuali harakah, keadilan dan roket yang lain ada agenda masing-masing. Simpan RM1 sehari dari membeli sinar harian. sinar harian juga sama seperti berita harian.
RM1 lebih bermakna dari beli sinar harian.
Kita mesti bijak melihat perancangan musuh.
Bubar DUN Perak.

Road show bubar DUN Perak

Peringkat Parlimen Lenggong
Diadakan malam ini
tempat di Markaz PAS Lawin
Dijemput hadir

Sabtu, 20 Jun 2009

Membaca ucapan pemimpin melalui harakah.

Kepastian diperolihi yang menggusarkan ahli dan penyokong PR khasnya PAS ialah adu-domba media-media. Penjelasan segara yang menyatakan pendirian perlu disegarakan untukmenangkiskan segala tohmah dan fitnah media berhiden agenda. kita tidak boleh mengharapkan mereka akan menulis dan membawa berita kita dalam kaadaan kita tidak berkuasa penuh. sehingga sekarang mereka akan denga pelbagai cara menjahanamkan PR. Bila kita telah berkuasa nanti mereka akan berusaha akan menghancurkan dengan lumat pula umno. jadi media beragenda ini umpama orang munafik. Jangan biarkan mereka mempengaruhi kita. jangan beli akhbar itu, walaupun akhbar sinar yang ada juga menyiarkan berita mengenai kita tetapi mengelirukan.
BUBARKAN DUN PERAK

Kempen cara hidup sihat di lenggong

Kempen ini anjuran majlis Daerah Lenggong. Dirasmikan oleh MP Lenggong. umno terpaksa bergantung kepada agensi kerajaan untuk mengumpulkan orang ramai. Kempen tersebut diadakan di dewan merdeka lenggong (pameran) manakala perasmian di dewan sekolah jenis kebangsaan cina yang berdekatan.
Rakyat bijak menilai keadaan.
BUBARKAN DUN PERAK

Rabu, 17 Jun 2009

Serangan Media terhadap semakin hebat

Ekoran dari lontaran idea kerajaan perpaduan. Semua ahli dan penyokong PAS dan PR mestilah tidak terikut dan terpengaruh dengan laporan media yang mempunyai agenda tersembunyi. Perlu diingat sekali lagi dan ingatan seperti akan deberi berkali kali bahawa hanya 3 media bercetak yang boleh dipercayai iaitu harakah, suara keadilan dan rocket. akhbar lain dan radio tv semua mempunyai agenda tersendiri. Jangan bazirkan wang anda. Jangan terikut cara tindakan dan budaya umno. Ingat satu perkara harimau yang sedang sakit nak mampus sekali mengaum melumpuhkan segala sendian monyet. Jangan terikut dengan umno yang sedang tenat. Tak payah nak tunjukkan keegoan masing-masing.

Interview TV China dengan Najib

Kenalan tu dah lama tak lama tak tengok berita tv, menyampah katanya. dalam pada itu tertengok juga semalan di astro awani, menayangkan wawancara cctv dengan najib. Kenalan itu terpelengong (bukan terpelenggong) bila pula najib ke China, yang dia tahu 15hb jun PM ada di kl takkan hari isnin ada di kl hari selasa pike china. atau orang tv tu di panggil datang ke KL. kalau di China depa tanya macam-macam susah nak jawab. jadi panggil dan depa akan tanya yang skrip telah siap sedia. itu telahan si teman tadi. mungkin benar mungkin tak benar. tapi temantu kata tentu benar. kalau diwawancara di china waktu lawatan tempoh hari pastinya telah dieditkan semua pertanyaan dan jawapan tersebut. Siteman tadi tidaklah pulak tengok wajah najib merah padam atau ceria. tapi katanya dia pimpin kerajaan rakyatlah.
lantaklah dalam rakyat hilang keyakinan dia nak kata apapun akan menambahkan kedalaman jurang ketidak keyakinan itu.
Untuk mengembalikan keyakinan rakyat ialah mudah bubarkan DUN Perak adakan PRK Dun perak. baru rakyat boleh percaya.
BUBARKAN DUN PERAK.

Kerajaan Perpaduan - PAS ikhlas- Najib

Perdana Menteri kata semalam PAS ikhlas, sememang diakui benar. dan PAS dari dulu lagi ikhlas dalam perjuangannya. Sebelum Najib jadi PM, PAS dan semua MP Pakatan Rakyat juga ikhlas minta Najib bersihkan nama beliau dari terpaut dan terpalit dengan pembunuhan terhadap Atanthuya. Tetapi najib tak kata PAS ikhlas. jadi macam mana dia kata yang ini ikhlas yang dulu tak kata apa. sekarang pula kata. makna kata sekarangpun najib tak ikhlas.
yang malang ialah PM puchong kena gantung setahun tanpa dibayar gaji.
Sekarangni ramai sangat pemimpin umno nak sangat kepada muzakarah sedangkan muzakarah dah ditutup. manakala yang dibuka ialah muqabalah. tapi mereka sengaja bercerita nak muzakarah. tujuannya hendak mengelirukan rakyat. mereka sengaja mencari peluang untuk menimbulkan kesangsian rakyat. mereka menganggap rakyat tak mengerti tingkah laku mereka. kerana itu mereka sanggup menggunakan semua media cetak dan elektronik untuk tujuan tersemut. tetapi yang jelas rakyat telah mengetahui segala tektik jahat mereka.

Hujah TV9 Semalam

Nampak gayanya penerimaan umno jelas sangat. Najib kata PAS ikhlas, tapi dalam masa berhujjah mereka komplain pasal syarat.
Kalau lontaran asal sebelum najib jadi pm, yang sokong dan setuju hanyalah Tengku Razaliegh sahaja tetapi sekarang dah ramai. dunia sudah terbalik agaknya. Tapi siapa tak kenal umno.
Dipenghujung rancangan hujah itu dato tu kata masyarakat islam akan tidak menyokong PAS di perak. kalau gitu gaya patut benarlah umno bubarkan dun perak bagi membukti kata orang melayu islam tidak akan mengundi PAS perak lagi.
Tetapi yang amat jelas sekarangni ialah kenginan yang bersangatan dari kalangan kepimpinan umno yang dah terlucut jawatan. Syed Hamid masa dia jadi menteri seorang tahanan isa yang anak sedang koma akibat terjatuh mohon hendak menziarahi anaknya itu tidak dapat menatap wajah sianaknya itu. Tahanan isa itu juga hanya sempat melihat tanah kubur anaknya yang malang itu. Apakah prinsip islam yang hendak diperjuangkan oleh syed hamid albar? sesungguhnya mangsa-mangsa isa amat bersyukur najib menggurkan beliau dari jawatan menteri.
Lagi yang jelas dari hujah itu nampaknya sekarang ini baru umno nak mula memperjuangkan islam. kerana itu dirasakan kalau tiada perundingan dengan umno, umno akan kalah dan bila umno kalah, umno akan bangun memperjuangkan islam dan umat islam. Kerana itu banyak pihak mengharapkan supaya tiada muzakarah antara PAS dan umno tanpa syarat.
Kalau nak muzakarah bubar syarat utamanya dun Perak dan lepas PRK DUN Perak baru bincang nak muzakarah.

Selasa, 16 Jun 2009

Sah Polis Heret Speaker Perak

Pengesahan tersebut diakui oleh Menterinya Dato Hishamudin di loby Parlemen semalam. Polis dapat perintah dari mahkamah menghalang rakyat menghampiri DUN perak sekitar 500m. sebaliknya polis yang masuk dalam dewan dan mengheret Speaker Perak. Sahlah kini Polis sendiri yang menghina mahkamah. tapi siapa yang akan mendakwa polis. tidaklain rakyat sekelian dan rakyat terus hilang kepercayaan. Masa samsing umno serang yb Karpal Singh dikatakan polis tiada kuasa tetapi kini polis ada kuasa pula. alahai

Sabtu, 13 Jun 2009

Media-media yang menggusarkan rakyat.

Baik media elektronol atau cetak. catatan dan semaran mereka kebanyakan dengan harapan untuk menggusarkan gati ahli dan oenyokong PR. Sesiapa yang kurang keyakinan dan mudah terpengaruh akan mudah terlatah dan melatah. Kerana itu sekarang telah sampai masanya ahli dan penyokong mula memboikot media yang berencana ini. Tak payah beli akhbar mereka yang beragenda itu. Tak payah tengok berita tv dari siaran tv itu. tunggu keluaran akhbar harakah atau keadilan atau roket. Jangan kita biarkan keti membayarkan RM1 sehari untuk penipuan keatas kita. Tiada akhbar yang memihak kepada kita melaikan harakah, suara keadilan dan roket. Tiada radio tv yang tidak berniat serong pada PR. Bernama dan Astro juga memiliki niat yang tersembunyi terhadap kita (PR)

Jumaat, 12 Jun 2009

Kepimpinan PAS 2009-2011

AHLI JAWATANKUASA KERJA PAS PUSATDAN PESURUHJAYA PAS NEGERI-NEGERI/WILAYAH PERSEKUTUANSESI 2009 – 2011

PRESIDEN :
YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
TIMBALAN PRESIDEN :
YB USTAZ HAJI NASHARUDIN MAT ISA
NAIB PRESIDEN
(1) : DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MANNAIB PRESIDEN
(2) : YB SALAHUDDIN AYUBNAIB PRESIDEN
(3) : YB DATO' HJ MAHFUZ OMAR
KETUA DEWAN ULAMAK :
YB DATO’ USTAZ HAJI HARUN TAIB
KETUA DEWAN PEMUDA :
USTAZ NASRUDIN HASSAN THANTAWI
KETUA DEWAN MUSLIMAT :
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH

AHLI JAWATANKUASA KERJA
(1) : YAB DATO' SERI IR. MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN
(2) : USTAZ HAJI IDRIS HAJI AHMAD
(3) : YB DATO’ KAMARUDDIN JAFFAR
(4) : YAB DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABD RAZAK
(5) : YB DATO’ DR. HAJI HASAN MOHD.
(6) : YB DR. HAJI MOHD. HATTA MD RAMLI
(7) : USTAZ HAJI ABDUL GHANI SAMSUDDIN
(8) : DATO’ USTAZ HAJI ABU BAKAR CHIK
(9) : MOHAMED HANIPA MAIDIN
(10) : YB DATO' IR. AMIRUDDIN HAMZAH
(11) : YB DR. LO’ LO’ HAJI MOHAMAD GHAZALI
(12) : USTAZ HAJI ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN
(13) : YB DR DZULKEFLY AHMAD
(14) : YB DR. SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI
(15) : YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN
(16) : MAZLAN ALIMAN
17) : YB USTAZ HAJI TAIB AZAMUDDIN MD. TAIB
(18) : YB DR. MUJAHID YUSOF RAWA

PERLANTIKAN-PERLANTIKAN MENGIKUT FASAL 22 (4) PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) (PINDAAN 2001)
JAWATAN-JAWATAN UTAMASETIAUSAHA AGUNG :
DATO’ HAJI MUSTAFA
ALIBENDAHARI PAS PUSAT :
YB DR. HAJI MOHD. HATTA MD RAMLI
KETUA PENERANGAN PAS PUSAT :
USTAZ HAJI IDRIS HAJI AHMAD
KETUA PENGARAH PILIHANRAYA :
YB DATO’ USTAZ HAJI ABDUL HALIM ABDUL RAHMAN

PERLANTIKAN-PERLANTIKAN MENGIKUT FASAL 22 (5) PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) (PINDAAN 2001)
TAMBAHAN JAWATANKUASA KERJA PAS
PUSATAHLI JAWATANKUASA KERJA
(1) : YB DATO’ HAJI HUSAM MUSAAHLI JAWATANKUASA KERJA
2) : HAJI MOHAMAD SABUAHLI JAWATANKUASA KERJA
(3) : HJ MOHD ANUAR TAHIRAHLI JAWATANKUASA KERJA
(4) : HAJI ASMUNI AWIAHLI JAWATANKUASA KERJA
(5) : YB MOHAMAD TAUFEK ABDUL GHANIAHLI JAWATANKUASA KERJA
(6) : YB DR. HAJJAH SITI MARIAH MAHMUDAHLI JAWATANKUASA KERJA
(7) : YB WAN UBAIDAH WAN OMARAHLI JAWATANKUASA KERJA
(8) : HAJI AHMAD DOLLAH

PERLANTIKAN-PERLANTIKAN MENGIKUT FASAL 34 (4) PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) (PINDAAN 2001)
PESURUHJAYA PAS NEGERI
PESURUHJAYA PAS PERLIS :
YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN
PESURUHJAYA PAS KEDAH :
YAB DATO' SERI USTAZ HAJI AZIZAN ABDUL RAZAK
PESURUHJAYA PAS PULAU PINANG :
USTAZ MOHD SALLEH MAN
PESURUHJAYA PAS PERAK :
USTAZ ABU BAKAR HUSIN
PESURUHJAYA PAS KELANTAN :
YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
PESURUHJAYA PAS TERENGGANU :
YB DATO’ USTAZ HAJI HARUN TAIB
PESURUHJAYA PAS PAHANG :
DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
PESURUHJAYA PAS SELANGOR :
DATO’ DR. HAJI HASAN MOHD ALI
PESURUHJAYA PAS W. PERSEKUTUAN :
HAJI MOHAMAD NOOR MOHAMAD
PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN :
HJ ZULKEFLY MOHAMAD OMAR
PESURUHJAYA PAS MELAKA :
USTAZ HAJI ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN
PESURUHJAYA PAS JOHOR :
DATO’ DR. HAJI MAHFODZ MOHAMED
PESURUHJAYA PAS SABAH :
HAJI MUHAMAD ABDULLAH
PESURUHJAYA PAS SARAWAK :
USTAZ HJ OSMAN MUSTAPHA
Semoga dalam binbingan ALLAH

Tahniah Kepada Saf Kepimpinan PAS

Doa dan harapan ahli dan penyokong. Jangan biarkan ahli dan penyokong dalam kebingongan. dengan isu yang sukar. Pereratkan perpaduan Pakatan Rakyat.
Bagaimana umno buat kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Perak,
Nizar Dinafikan Hak Untuk Mendapat Hujahan Bertulis Mahkamah Rayuan
Khamis, 11 Jun 2009 22:19 Kelab Greenboc

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Sri Nizar Jamaluddin tidak dapat memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan untuk menyemak balik keputusan Mahkamah Rayuan, mengistiharkan Zambry Kadir dari UMNO sebagai Menteri Besar Perak.
Ini adalah kerana pihak Nizar masih belum menerima penghujahan bertulis daripada Mahkamah Rayuan.
Hakim Mahkamah Rayuan Md Raus Sharif sebelum ini berkata penghakiman bertulis akan dikeluarkan pada 29 Mei tetapi sehingga hari ini hujjahan bertulis itu gagal dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan.
Banyak pihak melihat ia sebagai satu usaha dari institusi kehakiman untuk menafikan hak Nizar untuk mendapatkan pembelaan dari Mahkamah Persekutuan.

Pada 11 Mei Panel Hakim Mahkamah Rayuan dalam penghakiman lisan mereka mendapati keputusan Mahkamah Tinggi lepas bahawa Mohammad Nizar adalah Menteri Besar yang sah adalah salah, dan mengetepikan keputusan itu.
Mahkamah mendapati hakim Mahkamah Tinggi berkenaan telah gagal menilai dengan betul dan secukupnya kesemua keterangan yang ada padanya sehingga membuat keputusan yang salah.
Nizar hanya mempunyai 30 hari untuk memfailkan rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan.
Mahkamah Rayuan yang sehingga ini yang diragui penghakimannya oleh banyak pihak termasuk bekas hakim mahkamah rayuan sendiri NH Chan, telah cuba melengah-lengahkan hujjahan bertulis bagi meletakkan tekanan kepada pihak peguam Nizar agar Nizar gagal membuat rayuan tersebut.
NH Chan mempersoalkan rasional keputusan Mahkamah Rayuan berhubung pengesahan Dr Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak. Keputusan kontroversi itu mengundang pelbagai reaksi, antaranya "shotgun judgement" kerana mahkamah hanya mengambil masa lima minit untuk mengumumkan keputusannya tanpa sebarang alasan bertulis yang kukuh diberi untuk menolak keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei lalu yang mengesahkan kedudukan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah.
Ini berbanding berbanding dengan Hakim Abdul Aziz Abd Rahim mengambil masa 1 jam 27 minit untuk membaca ulasan penghakiman beliau yang sarat dengan hujah-hujah kukuh berhubung keabsahan Nizar sebagai Menteri Besar.
Dalam artikel beliau bertarikh 26 Mei hakim NH Chan menyatakan sekiranya Mahkamah Rayuan menolak hujah-hujah Mahkamah Tinggi maka ia perlulah mengemukakan alasan bagi tindaknya itu. Tanpa penghakiman bertulis keputusan mahkamah tersebut tetap akan dipersoalkan rakyat kata beliau
Dikomen oleh Ahli PAS seumur hidup , June 12, 2009
UMNO/BN jelas sama sekali tidak dapat duduk semeja dengan PAS.. Segala hak PAS/Pakatan Rakyat dinafikan dan ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa ianya hanyalah suatu usaha yang sia-sia ibarat bercakap dengan tunggul kayu...UMNO/BN tidak akan menghormati PAS..segalanya bagi UMNO/BN Malaysia ini ibarat harta mereka dari kroni ke kroni.

Membaca dari reaksi ramai

Ternyata terlalu ramai yang takmahu PAS berunding (muzakarah) dengan umno. Banyak sangat bahayanya. Pepatah melayu ada menyebutkan satu perkara ' bagai melepas anjing tersepit' berunding(muzakarah dengan umno bererti seperti itu.
Kalau dah begitu takpayah berunding. tutup buku dan tutup cerita. Jangan biar orang kita marah kat kita. Mula-mula idea kerajaan perpaduan yang sokong Tengku Razaligh, yang lain termasuk najib tak sokong tetapi sekarang semua dalam umno pakat dah sokong. jadi baca sejarah yang diperkatakan oleh YB Khalid Samad. Kepimpinan PAS perlu bijak. Khalid samad tu semua orang kenal dengan dia. Beliau adek kepada Shahril Samad. dan mereka merpakan sepupu kepada ds najib. Seharusnya kita boleh baca keikhlasan yang tinggi yang ada dalam diri saudara kitani.

Khamis, 11 Jun 2009

Lega dengan kenyataan DS Anwar dan TGHH







Kenyataan DS Anwar melegakan ahli dan penyokong Pakatan Rakyat.

Setelah melihat sedutan dalam youtube Ustaz Hadi ahli dan peryokong PAS dan PR merasa puas. Jangan biarkan mereka (umno dan bn) memecahbelahkan kesepakatan PR. Boikot juga akhbar sinar harian

Kebersamaan Pakatan Rakyat Lenggong.

Sepakat kuat, muapakat Erat.
Bulat air kerana pembetung
Bulat masyarakat kerana muapakat
Pakatan Rakyat.






Rabu, 10 Jun 2009

Dari Parti Keadilan Rakyat

09 Jun
Kenyataan Presiden KeADILan Berhubung “Kerajaan Perpaduan”
By Anwar Ibrahim 53 Comments
Categories: Demokrasi, Hebahan, Isu Semasa, Malaysia and Pakatan Rakyat
KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—8hb Jun 2009
Saya bagi pihak Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) merakamkan ucapan tahniah kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) kerana berjaya melangsungkan muktamar tahunan kali yang ke-55 di Shah Alam baru-baru ini. Syabas juga saya ucapkan kepada barisan pimpinan PAS yang baru sahaja terpilih di dalam muktamar tersebut.
Muktamar PAS tahun ini menyaksikan isu kerajaan perpaduan menjadi perhatian umum. Pelbagai spekulasi dan andaian telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu berikutan dari ucapan dasar Presiden PAS.
KeADILan berpendirian adalah sebaiknya untuk kami menunggu penjelasan dari pimpinan PAS berhubung isu kerajaan perpaduan mahupun sebarang bentuk perbincangan dengan Umno.
Sungguhpun begitu, kami tidak menghalang mahupun mempertikaikan hasrat mana-mana pihak untuk berbincang isu-isu yang membabitkan kepentingan nasional.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengulangi komitmen KeADILan untuk memastikan Pakatan Rakyat sentiasa berada di dalam keadaan kuat dan utuh. Kami yakin rakan-rakan kami, PAS dan DAP juga mempunyai iltizam yang sama demi memastikan agenda perubahan terlaksana di Malaysia.
WAN AZIZAH WAN ISMAILPresidenParti Keadilan Rakyat

Sokong Cadangan YB Mahfuz

Sememangnya suatu cadangan yang amat tepat. Malah bukan sahaja untuk Mat Sabu dan Husam saja, Ustaz Hassan Shukri dan ramai lagi yang pernah berada dalam saf naib presiden dan Jawatankuasa Pas Pusat. Wujudkan suatu lujnah tawarkan kepada tokoh-tokoh ini untuk merangka plan tindakan bagi lujnah ini. Lepas tu kita boleh tengok pelbagai kerja boleh dilakukan. Dengan memberi tempat dan membuka ruang kepada tokoh-tokoh PAS ini bermakna PAS memamfaatkan dan meraikan (istilah yang biasa digunakan oleh DS Nizar) segala anugerah dan keistemewaan yang Allah kurniakan kepada semua manusia khusus kepada tokoh-tokoh tersebut dan lebih spesifik lagi kepada Abang Mat Sabu dan Dato Husam Musa. Rugi benarlah dan teramat rugi jika peluang ini dibiarkan begitu saja.
Lihat bagaimana Abang Mat kitani menjadi sastrawan dengan sajak atantuya pastinya memukau perwakilan muktamar malah barangkali SN A Samad Said, Dinsman dan lain-lain tokoh sastrawan. Datok Shahnon sememang dah lama terpukau dengan gaya Mat Sabu.
Dato Husam sememang pintar dalam hujah yang dilengkapi dengan data dan fack boleh memukau lawan. Debat dengan khairy menelanjangkan keegoan khairy yang dianggap tersohor dalam pemuda umno. ketelanjangan itu menampakkan ketesohoran khairy sebenarnya kerana beliau menantu PM dan lawan ramai. kalau lawan seorang iaitu Mukhriz, Khairy akan tersungkur. Kerana itu kita meletakkan pengharapan yang tinggi dan keyakinan yang penuh kepada pucuk pimpinan dan san saf kepimpinan.
Atau barangkali menjadi wakil tetap dari PAS dalam saf kepimpinan Pakatan Rakyat. Misalnya setiap komponen dalam Pakatan Rakyat menghantar 10 orang wakil dalam majlis Pakatan Rakyat yang misalnya ada 30 orang keanggotaan. Dan PAS hantar 10 orang yang terdiri dari Presiden-1 , Timbalan Presiden-1, Naib Presiden-3, Setiausaha Agong-1, Ketua Pemuda dan Muslimat-2, Mat Sabu dan Dato Husam 2 jumlah 10. Kepimpinan tertinggi DS Anwar dan Tok Guru Nik Aziz. Jika anganan ini menjadi real akan gementarlah seluruh sendian tulangan umno dan BN.
Atau PR juga ada Dewan harian tersendiri yang mana kedua-dua tokoh ini ada dalam dewan tersebut dari PAS. Wassalam

Selasa, 9 Jun 2009

Kerajaan Perpaduan,-Antara belum memahami konsep dengan hilang kepercayaan kepada umno dan bn

Kerajaan Perpaduan,-Antara belum memahami konsep dengan hilang kepercayaan kepada umno dan bn
Meneliti dari catatan bloggers dan hantaran komen kepada blog pemimpin kedua-dua isu itu mendominasi pemikiran ahli dan penyokong PAS dan PR. Ada ahli dan pemimpin peringkat bawahan masih tidak jelas dan tak nampak langsong struktur dan fungsi kerajaan perpaduan. Bila ditambah dengan dakyah media umno ahli dan pemimpin peringkat bawahan ini bertambah keliru. Jadi pelbagai soalan dan pertanyaan disuarakan dan soalan tersebut berlegaran dibawahan menyebabkan timbul kerisauan dan kecurigaan. Ahli yang matang diperingkat bawahan juga terpengaruh dengan dakyah media. Berita sinar harian isnin 8.jun 2009 yang difahami dan dilihat cuba melagakan Tok Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi tidak kurang member I kesan negative kepada ahli dan penyokong PAS dan PR.
Faktor kedua ialah menifestasi hilang kepercayaan rakyat kepada umno dan bn. Barangkali ada yang memahami konsep tersebut tetapi kerana hilang kepercayaan kepada umno dan bn ditambah dengan perasaan meluat dan menyampah kepada gelagat dan tindakan kelakuan pemimpin umno dan bn menyebabkan ahli dan penyokong PAS dan PR memperkatakan dengan nada tidak suka. Mereka melihat akhlak dan tingkah laku pemimpin umno dan bn. Mereka nampak akan jenayah yang dilakukan oleh pemimpin umno dan bn. Mereka dapat melihat dan mengetahui amalan rasuah yang dilakukan olen kepimpinan umno bn.
Rakyat muak meluat dan menyampah dengan hipokrasi pemimpin umno. Peristiwa-peristiwa dalam Negara memperlihatkan kejelekan pemimpin umno dan bn. Rampasan kuasa kerajaan pakatan rakyat di perak melalui pencolekan 3 adun PR disamping pengheretan istana dalam kancah rampasan ini memuakkan citarasa rakyat kepada umno dan bn. Kelangsongan krisis yang tiada penyelesaian menyebabkan rakyat bertambah kebencian kepada umno dan bn.
Rakyat mempunyai mata dan telinga untuk melihat gelagat dan kelakuan pemimpin umno dan bn. Penggunakan pengaruh dalam kehakiman dan polis serta sprm menjelakkan perhatian. Rakyat boleh membaca sendiri dan rakyat boleh merenung dengan mata dan hati. Berbekalkan kepada sumber informasi alternative. Mereka mendapat segala maklumat. Mereka boleh menghuraikan ketiadaan kekejian hemah pemimpin unmo dan bn.
Kes perundangan politik mereka faham. Kes rasuah sprm mereka faham. YB karpal Singh diserang di parlimen polis kata mereka tak boleh masuk parlimen. Tetapi speaker Perak diheret oleh samseng dari dalam dewan yang berani membawa senjata pula. Rakyat melihat dan mendengar itu dengan geram dan kemarahan yang meluap-luap. Keruntuhan stadium yang baru setahun digunakan angkara siapa kesalahan yang hendak ditudingkan. Orang yang dikatakan menghina sultan perak disegerakan pendakwaan. Orang yang membawa sepanduk kami mahu deris …… tak dengar berita. Orang yang hantar sms bunuh kepada adun Terengganu tiada hebohkan. Banyak lagi yang rakyat Nampak walaupun cuba disembunyikan.
Dari pemerhatian sepintas lalu ini rasanya kemeluatan rakyat kepada umno dan bn mendominasi penerimaan dan persepsi rakyat terhadap kerajaan perpaduan. Tuan Guru Ustaz Hadi perlu melihat keadaan ini sebagai cabaran. Sebarang salah langkah bererti kecundang. Umno dan bn sentiasa melihat kesumbangan langkahan pemimpin PAS dan PR. Target utama umno dan bn sekarang ialah memecahkan kesepakatan kepimpinan dalam Pakatan Rakyat. Tembakan peluru mereka melalui sinar harian ditujukan kepada pemimpin PAS. Jika mereka Berjaya memecahbelahkan keharmonian sepakat pemimpin mudah bagi mereka untuk memecah pakatan rakyat. Senario di perak member pengajaran kepada mereka. Mereka menyangka mudah mereka merampas kerajaan perak. Tetapi kerana DS Nizar memegang amanah dan kepercayaan rakyat beliau tidak meletak jawatann dan memelihara amanah itu. Kerana komitemen tersebut DS Nizar dan seluruh kepimpinan PAS kebangsaan dan negeri dan kawasan dihormati oleh kepimpinan DAP dan PKR. PAS parti yang memegang amanah dan kepercayaan. PAS mengamalkan ke4 sifat wajib bagi Rasul iaitu siddik, amanah, tabligh dan fatanah. Bila DAP yang mendapat majority di DUN perak memberikan amanah MB kepada PAS yang ada 6 kerusi maka PAS memelihara amanah tersebut.
Kalau PAS ambil umno sebagai kawan tahun lalu PAS juga MB tetapi umno pernah dan sentiasa menipu PAS . PAS bijak kerana tidak mengambil umno sebagai teman. Sekarang telah ramai yang telah berada bersama PAS. Telah ramai yang berdiri di pentas PAS. Walaupun Ibrahim ali menang atas ihsan PAS memalu dan menghentam PAS akhirnya. Tetapi semua pemimpin DAP dan PKR beramai member sokongan dan berceramah untuk memenangkan PAS dalam PRK bukit gantang. Sehingga pengundi mengatakan bahawa Nizar bukan calon PAS saja malah calon Pakatan Rakyat.
Semua yang diatas untuk renungan dan iktibaran untuk semua pemimpin Pakatan Rakyat terutama PAS.

Kerajaan Perpaduan - Ramai yang belum faham

Membaca dari catatan dan komentar dari pelbagai wadah yang disampaikan ternyata ramai yang belum memahami akan konsep tersebut. Kekeliruan ditambahl agi atas tafsiran oleh media umno bn yang seolah-olah PAS akan menyertai umno. kelonakan itu diparahkan pula dengan nada suara lembut najib yang dibangsakan oleh media tempatan utusan dengan meletakkan gambar ustaz Hadi dimuka hadapan.
Kerana itu konsep yang belum jelas difahami ramai ini sepatutnya tidak diutarakan bagi mengelakkan kecelaruan. Sinar harian semalam memaparkan kecelaruan itu dengan percubaan untuk melagakan kepimpinan utama PAS. Dari pengamatan tersebut tugas kepimpinan yang baru terpilih semakin mencabar. kepimpinan baru perlu meyakinkan kepimpinan PR akan konsep Kerajaan Perpaduan - keadaan ini barangkali tidak sukar kerana kepimpinan PR matang dalam selok-belok politik. Tugasan kedua agak sukar kerana melibatkan ramai. Kepimpinan PAS perlu meyakinkan konsep kerajaan perpaduan tidak merugikan Pakatan Rakyat malah memberi keuntungan kepada Pakatan Rakyat dan rakyat seluruhnya. Selagi rakyat tidak diyakini akan konsep ini selagi itu rakyat akan curiga. rakyat kini terlalu amat membenci kepada umno. Tugasan ketiga amat berat iaitu kepimpinan akan berhadapan dengan media kerajaan bn jentera kerajaan bn serta segala suku-sakat bn yang cenderong kepada bn. Semua institusi menyokong bn. sedang PAS atau PR memiliki apa? Contoh dalam krisis perak jelas dalam jangka masa yang singkat mereka mampu berbuat apa saja. mereka tidak mengira apa akan jadi. mereka tidak mengira apa pandangan dunia kepada mereka.
Dalam menangani keadaan ini kebijaksanaan pimpinan yang baru amat dituntut. Rakyat yang memberi sokongan kepada PR akan kecewa dengan tindakan yang merugikan Pakatan Rakyat. Kepimpinan PAS wajib mengutamakan pemimpinan Pakaran Rakyat. Pastikan Kepimpinan Pakatan Rakyat faham konsep kerajaan perpaduan dahulu sebelum mengadakan perundingan dengan bn. Perundingan dengan tidak sekali-kali berlaku antara PAS dan umno tetapi semua komponen PR dengan semua komponen BN. PAS telah menutup muzakarah dengan umno yang ada hanya muqabalah tetapi umno menggunakan media masih menyanyikan muzakarah.
Kepimpinan PAS perlu konsisten dalam kalimat yang digunakan. Rakyat seluruhnya mempunyai pelbagai pola pemikiran. Jangan biarkan rakyat takut dan bimbang dengan sesuatu yang tidak difahami, kerana ketakutan akan menyebabkan pemberontakan. pemberontakan akan merugikan.
Pemimpin PAS perlu bijak. Pemimpin perlu banyak munajat dan memohon petunjuk dari Allah. Pemimpin PAS perlu memperlihatkan sikap keulamakan yang zuhud dan lemah-lembut dalam perbualan dan tingkahlaku. Pemimpin PAS perlu bijak dalam toleransi. Pemimpin PAS perlu bijak dalam interaksi. ingat peristiwa dalam majlis tahkim perunding Saidina yang lurus dipermainkan oleh perunding Muawiyah. Demikian peringatan untuk kepimpinan PAS. kerana seluruh mata rakyat sedang memerhati kepimpinan PAS dengan harapan. Jangan biarkan ketakutan rakyat berpanjangan. Redakan keresahan ahli dan penyokong.

Isnin, 8 Jun 2009

Pesanan Kepada Pemimpin PAS.

Kepada Kepimpinan PAS,
Tahniah atas pemilihan sebagai pemimpin.
Didoakan agarkan Allah member kekuatan, kesabaran serta kebijaksanaan kepada para pemimpin PAS dan PR supaya dapat melaksanakan tugasan dan amanah dengan perlaksanaan yang berkesan.
Selepas selesai muktamar, kita melihat ulasan dari media elektronik iaitu TV. Sememangnya ulasan dari RTM dan TV3 sudah tidak diambil kesahkan. Namun begitu dilihat juga dan di beri sedikit perhatian. Bagi TV swasta lain astro dan bernama selepas muktamar menampakkan rupa sebenar mereka yang tidah telus dan bebas kian terserlah.
Perkara yang diutarakan dan diberi ulasan panjang lebar ialah kerajaan perpaduan. Sehingga dalam ulasan yang diberikan menampakkan kelembutan pada nada najib seperti yang digambarkan oleh tv.
Dalam ulasan tersebut digemburkan bahawa kerajaan perpaduan ialah PAS menyertai umno. Jadi ini akan mengundang kemarahan ahli PAS kepada kepimpinan PAS. Keadaan ini perlu kepada kesedaran bagi pemimpin PAS. Suara kita kecil, apa yang kita cakap dengan mudah mereka boleh putarbelitkan. Sepatutnya kerajaan perpaduan yang telah ditolak oleh pemimpin umno dulu lagi tak perlu disebutkan. Sememangnya puak umno ini jahat. Kalau nak dibangsakan puak umno ini semacam yahudi malah lebih dari yahudi.
Sememangnya islam tidak menutup pintu perundingan tetapi islam amat berhati-hati terhadap musuh. Para kepimpinan pastinya faham akan tolerensi yang diharuskan oleh agama.
Dalam perjanjian hudaibiah golongan kafir yang dalam keadaan kuat meminta apa saja sehingga menimbul keresahan kepada sahabat. Itu bila mereka dalam kuat. Begitu juga umno pasal ppsmi sebelum najim jadi pm pemuda PAS ajak bincang dengan pemuda umno ditolak oleh pemuda umno, sekarang dalam keadaan kereka sendiri haru-hara khairy jamaluddin pula harap muzakarah dihidupkan semula. Sedangkan sejak dari dulu lagi mereka telah menolak muzakarah. Tetapi setelah terdesak mereka pula mengajak tapi tanpa syarat. Kita dah muak dengan karenah mereka, dan kita sekarang usulkan muqabalah (sekadar berjumpa dan labun kosong) itupun ahli dan penyokong agak marah kerana puak umno tak layak dilayan macam tu biorkan saja dulu deme dok terkapai. Menyelamatkan Umno ma cam membebaskan anjing tersepit.

Sinar Harian Perak melancarkan serangan pertama ke atas PAS

Telah terbit keraguan dalam keluaran harakahdaily semalam. pada pagi ini isnin dimuka depan kesah bagaimana pelagaan sinar terhadap pemimpin tertinggi PAS. Ahli dan penyokong PAS dan PR mesti bijak. sebelum membelanjakan wang anda walaupun RM1.00 mestilah berhati-hati. kalau cerita berunsur fitnah yang ingin melagakan pemimpin kita dalam PAS atau PR atau juga untuk melagakan parti komponen PR takusah dibeli surat khabar tersebut.
Hari ini juga muka depan utusan terpampang gambar Ust Hadi disebelah kiri disebelah kanan pula najib. apakah tujuan akhbar unmo tersebut ? pastinya semua tahu. didapati utusan dipekan lenggong pada waktu tengahari masih banyak. orang tak mau beli. Kalau penyokong boleh tak mahu beli utusan walau gambar ustaz hadi terbit, maka ahli dan penyokong PR juga harus boikot sinar yang sudah secara terang mula melancar serangan keatas PAS dan PR.
Berikut catatan pelagaan SH:- isnin 8hb Jun 2009
PAS celaruPenubuhan kerajaan perpaduan dengan UMNO adalah “mengarut”. Kita sudah buat keputusan menyokong Pakatan Rakyat dalam muktamar Pas yang lalu. Kalau nak berunding dengan UMNO, tak usah” - Nik Aziz Nik Mat
Pakatan ini perlu dibentuk bagi menyelesai masalah dalaman negara secara menyeluruh. Usaha itu menunjukkan Pas mengamal dasar terbuka selaras dengan prinsip demokrasi” – Abdul Hadi Awang
Semua ahli dan penyokong digesa bertindak.

Ahad, 7 Jun 2009

Ujian Pertama Kepimpinan PAS Telah Berjaya Dilepasi.

Pemilihan pucuk pimpinan UMNO mac lalu. Timbalan Presiden pada awalnya ditandingi 3 calon akibat polotik wang Ali Rustam digugurkan. Tinggal dua dan akhirnya Muhyidin yang menang.
Dalam PAS 3 calon juga bertanding tiada calon yang digugurkan. Majoriti perwakilan memberi amanah kepada Ust Nasarudin. Iaitu Pemimpin yang memiliki kelulusan dalam disiplin ugama yang mendekatkan kepada ulama'. Manakala Mat Sabu yang merupakan ahli politik profesional dengan kehebatan pidato dan juga Husam yang merupakan ahli politik ekonomi yang berkarisma telah memberi komitmen yang amat profesional dalam perjuangan PAS mendapat sokongan yang tidak kurang hebat dan bermakna kepada perwakilan dalam muktamar tersebut.
Mat Sabu dan Husam merupakan tokoh politik islam yang menyemarakkan perjuangan politik PAS. Kedua-keduanya dan ramai lagi tokoh profesional dalam PAS sedang mengisi saf profesional dalam PAS. Ketokohan dan sumbangan golongan profesional dalam PAS sebenarnya merupakan pemankin kepada penerimaan rakyat kepada PAS. Penerimaan rakyat terhadap PAS akan zahir dari kesefahaman antara ulama' dan profesional.
Sebaik-baik ulama' ialah ulama' yang memerintah (umara') sebaik-baik profesional (umara') ialah profesional atau umara' yang berada dipintu ulama' (mendapat petuntuk/meminta petuntuk dari Ulama') .
Muktamar PAS kali ke 55 ini mempamirkan PAS melepasi ujian pertamanya dengan penuh khusyu' dan bergaya.
Kepimpinan PAS pusat seharusnya meningkatkan iltizam dengan kesungguhan terhadap amanah yang diberi ini. Musuh dari umno dan bn akan pasti memperhebatkan serangan mereka untuk memecahkan kesepakatan Pakatan Rakyat. umno dan bn akan menternak lebih banyak serangan ke atas Pakatan Rakyat. melalui media akhbar. ternyata kini akhbar sinar sudah boleh dicurigai juga bersama akhbar utusan dan berita harian. kerana sinar juga sudah ada adu domba.

Sabtu, 6 Jun 2009

Tahniah Kepada Semua Kepimpinan PAS.

PAS lenggong merakamkan ucapan tahniah kepada semua Pemimpin PAS samaada yang berjaya atau yang tidak terpilih. Perjuangan PAS masih jauh dihadapan sana. Walaupun tewan pastinya ada juga tugasan yang akan menanti disisi parti kesayangan. Kini gandingan dan tugasan akan menjadi lebih mencabar.
Pernah dicadangkan agar diwujudkan 2 jawatan timbalan presiden dan 5 jawatan naib presiden. Atau mungkin ditambah lagi 2 atau dewan atau lujnah iaitu lujnah untuk bekas naib president dan timbalan presiden. yang kedua lujnah untuk golongan profesional dan ketiga lujnah untuk kelab penyokong atau lujnah perhubungan dan seranta.
Bila lujnah ini diwujudkan bincangkan skop tanggungjawab dan sasaran tugas. pastinya PAS dengan struktur yang bersistematik akan mampu membawa cabaran negara kepersada dunia dengan keyakinan yang tinggi. kerana bersama PAS ialah anggota Pakatan Rakyat yang memiliki m
comitment yang padu.
Peliharalah persefahaman dan kesepakatan bersama anggota PR. Bersama menyanggah kebobrokan UMNO dan BN.
Kesepakatan dalam PR adalah anugerah Tuhan yang perludipelihara dan dibajai. Suburkan rasa hormat menghormati antara kita dalam PR. Perasaan hormat dan respect adalah benteng yang paling kukuh untuk mempertahankan kesepakatan Pakatan Rakyat dari serangan liar dan jahat UMNO dan BN.
Selamat bersidang semoga membuahkan resolusi untuk kemakmoran malaysia.
Amati slogan ini
PKR- Perti Keadilah Rakyat- Keadilan untuk Rakyat Malaysia
PAS for All- PAS untuk semua ( Rakyat Malaysia)
DAP- Lim Kit Siang for Malaysia
Ketiga komponen PR untuk rakyat Malaysia mudah dan jelas atau straight to the point. But one Malaysia terlalu rumit dan mengelirukan rakyat. dalam bahasa najib kata one malaysia ialah rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. tak ke lain ertinya tu

Muktamar PAS- Perutusan DS Anwar

Berikut ini pautan kepada perutusan Dato Seri Anwar untuk renungan dan iktabaran bersama.
05 Jun 09
Selamat Bermuktamar Kepada Ahli-Ahli Pas
By Anwar Ibrahim
Categories: Perutusan
Pas merupakan salah satu organisasi politik yang tertua di negara ini. Perjuangannya tercetus kerana mahu Islam dihayati oleh pimpinan negara, memastikan keadilan untuk semua dan menolak belenggu penjajah yang masih jelas kelihatan terhadap Perikatan ketika itu.
Sosok seperti Dr Burhanuddin al Helmy, Prof. Zulkifli Mohammad dan Ustaz Abu Bakar al Baqir dari Gunung Semanggol menyuntik semangat kepada saya untuk terlibat bersama-sama memaknai perjuangan memerdekakan bangsa melalui wadah Abim.
Terkesan dengan pemikiran tokoh-tokoh tersebut yang ada di antaranya disampaikan melalui tulisan, seumpama Falsafah Kebangsaan Melayu oleh Dr Burhanudin serta Masyarakat dan Syariat oleh Prof Zulkifli, melebarkan pemahaman saya mengenai kehendak maqasid keadilan Islam. Tulisan mereka malah menyedarkan kami aktivis Islam ketika itu untuk bersikap merangkul dan tidak meminggirkan, walau apapun agama dan bangsa seseorang itu.
Kini keringat dan jerih perih para pejuang Pas telah pun membuahkan hasil.Tidak ada pihak yang berhak menafikan sumbangan Pas kepada amalan demokrasi di Malaysia. Momokan ciptaan umno-bn bahawa Pas tidak mungkin meraih sokongan masyarakat bukan Islam hanya tinggal sebagai mitos. Pilihanraya Mac 2008 membuktikan kerjasama Pas dengan Keadilan dan Dap merupakan pilihan terbaik buat rakyat Malaysia untuk melaksanakan Perubahan.
Alhamdulillah kerjasama tersebut semakin utuh di bawah Pakatan Rakyat. Hari ini rakan-rakan kita ahli-ahli Parti Islam SeMalaysia akan berhimpun untuk bermuktamar di Shah Alam buat kali ke 55. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bermuktamar kepada saudara semua dan moga doa agar Perubahan yang kita hasratkan untuk Rakyat Malaysia keseluruhannya dimakbulkan oleh Allah S.W.T.
ANWAR IBRAHIM

Sajak Atantuya Mat Sabu

Menarik untuk direnung.
Mudah Difahami.
Gayanya abang matni dah satu saff dengan Dinsman
Tahniah
copy paste dari harakah.
Sajak Altantuya karangan Mat Sabu dapat tepukan gemuruh!

Wan Nordin Wan Yaacob Sat Jun 06, 09 7:29:20 am MYT
SHAH ALAM, 6 Jun (Hrkh) - Sajak yang dikarang Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu yang dideklamasikan beliau di Stadium Malawati sempena Wacana Seni, Muktamar PAS ke-55 malam tadi mendapat perhatian dan tepukan gemuruh.
Di hadapan kira-kira 5000 penonton sempena malam wacana muzik Islam, Mohamad Sabu membacaan sajak yang membicaralan isu pembunuhan Altantuya Shaariibu, seorang model warga Mongolia.
Sebaik bait-bait sajak sajak yang dikarang hanya dalam masa 20 minit itu dituturkan, laungan takbir dan tepukan gemuruh silih berganti.
Tidak kurang juga ada yang tertawa dengan sindiran sinis bait-bait sajak yang sangat unik itu.
Menyusul selepas Mohamad Sabu membacakan sajak, Bendahari Agung PAS, Dr Hatta Ramli turut membacakan sajak kemanusiaan yang turut menghiburkan penonton.
Dua tokoh ini turut membicarakan isu seni dan budaya dengan kupasan mengenai pengaruhnya dalam lapangan dakwah dan mengubah minda anak muda.
Sebelum itu, juara Akademi Nasyid, Azhan Atan mendendangkan lagu-lagu ketuhanan, selain bekas penyanyi kumpulan Arrow, Renggo dan Ito Blues Gang yang turut memeriahkan malam Wacana Seni.
Terkemudian selepas bacaan sajak dua tokoh besar dalam PAS itu, Akhil Hayy dan beberapa penyanyi nasyid lain mengambil tempat untuk menghiburkan penonton.
Di bawah ini adalah petikan sajak yang dideklamasikan Mohamad Sabu:
'Atantuya'
Aku Insan Ajnabi,
Aku Berasal Dari Tanah Tinggi
Bangsaku menjelajah dunia
Bangsaku pernah menguasai dunia
Kecantikanku menawan sesiapa sahaja
Lemah gemalaiku melembutkan lelaki perkasa
Kecerdikanku, kecantikanku boleh diperniaga
Aku wanita Ajnabi merantau kemana=mana
Mencari rezeki merata dunia
Kuala Lumpur, Paris, Hong Kong aku merata
Pembesar negara kuasai ku
Kukuasai pembesar negara
Sebut sahaja apa berniaga aku tetap disana
Kepercayaan dan akidah sama sahaja
Sekejap muslimah sekejap insaniah
Aku tetap manusia beragama
Manisku dijilat, manisku disedut
Aku rela kerana berniaga
Aku berakidah aku insaniah
Ku tahu siapa yang menyedutku
Manisku masih banyak
Manusia rakus menghirupku
Kadang menggilir kadang digilir
Aku berniaga tak kira siapa
Zuriatku ada Ku tahu siapa bapanya
Masakan tidak, disarangku dia bertelur
Manisku belum habis dihisap
Sepahku dibuang merata
Badanku dihancur luluh
Tubuhku berkecai rapuh C4 dipanggil untuk memusnahku
Rohku tetap menjalar
Rohku tetap merayau Setiap dada media ku buka cerita
Ku tahu siapa pemusnahku
Rohku berulang alik
Entah di Mongolia,
entah di Paris
Entah di Shah Alam, entah di Putrajaya
Rohku menjalar terus menjalar
Roh suciku diawang-awangan
Menghinggap siapa sahaja
Tak kira pangkat atau kedudukan
Pemusnahku akan musnah/wann_

Muktamar Pas

Keputusan AJK PAS Pusat- Pautan to ust Misbahul Munir

Jumaat, 5 Jun 2009

Muktamar Pas

Keputusan Pemilihan 2009 pautan to SANGGAHTOKSAGO

1 Malaysia oh one Malaysia

Kepada yang mahu berfikir.
Sewaktu lontaran kata DR Mahathir yang menjadi wawasan 2020. yang teruk berfikir ialah pegawai-pegawai kerajaan dari peringkat atasan. formula dari kerahan fikiran disalurkan ke akar umbi menggunakan semua peringkat kepagawaian dan sampai pula ke kewah-bawahnya iaitu di sekolah kebebudak pra juga di ceriterakan dan dinyanyikan kebagusan. Penterjemahan itu menampakkan ketokohan Mahathir. tetapi yang paling penting ialah kalimat tersebut mudah difahami. mungkin wawasan satu kalimat baru tetapi ianya merumakan jelmaan dari bahasa inggeris vission. tetapi kalimat 1 Malaysia or one Malaysia dengan makna prinsip yang dimaksudkan adalah terlalu kabur. Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan kok mana jadi terjemahan dari one Malaysia.
Kalau dulu islam hadari habis berbuih air liur mufti perak memberi pentafsiran yang akhirnya sure heboh jadi haram manakala jomheboh boleh diadakan di lumut perak. dan mufti tertelan balik air liur beliau yang berbueh itu. Jadi kali ini barangkali pakar bahasa hasilan PPSMI akan turut mambantu najib memberi hujahan konsep one Malaysia. Dengan melantik Tim. Presidenj UMNO sebagai menteri pelajaran. manakala PPSMI yang telah disuara penentangankan oleh tokoh bahasa dan sastrawan namun tan seri itu meneruskan juga. Kalau bahasa Malaysia asasnya dari bahasa johor riau dan menteri pelajaran dahulu dan sekarang juga tidak mahu meletakkan bahasa malaysia ditempat yang dituntut oleh ahli bahasa tak taule apa yang nak dilebelkan kepada merekani.
Namun bagi 1 malaysia kepada rakyat ada pelbagai tafsiran. terdahulu dalam urusan haji. akan datang akan dimuatkan pandangan orang kampong dalam isu satu malaysia. antara perkara dalam pandangan orang kampong.
1. Bil elektrik
2. Tindakan polis
3. Layanan pegawai kerajaan
4. Lagak tokoh politik 1malaysia
5. Tol
6. Orang itu kata
Lim Kit Siang dalam tema blognya Lim Kit Siang for Malaysia. kelihatannya lebih ikhlas dari pengaju 1 Malaysia

Khamis, 4 Jun 2009

SELAMAT BERMUKTAMAR

SELAMAT SEMOGA MUKTAMAR DALAM RAHMAT DAN RAHIM ALLAH.

One malaysia satu dari ribuan tafsiran rakyat

Rakyat didahulukan. Jadi rakyat yang kena dulu. Contoh mudah, bagi rakyat yang akan mengerjakan haji tahun ini 2009, mereka dikehendaki memohon pasport antarabangsa. Bayarannya RM300.00 untuk 5 tahun. Kalau 25,000 orang jadinya berapa RM7,500,000.00.
Orang kampong simpan duit nak pergi ke mekah sekali seumur hidup terpaksa buat pasport antarabangsa RM300.00. Itulah manifestasi one Malaysia. dari satu versi pemikiran rakyat. Tahun depan akan bertambah lagi 25,000. Tahniahlah kepada rakyat yang sengaja takmau nampak penipuan yang licik ini.

Rabu, 3 Jun 2009

One Malaysia- Mengelirukan rakyat.

Sewaktu Dr Mahathir jadi PM dasar yang dibawa ialah pandang ketimor. rakyat faham dan mengerti dimana ramai pelajar Malaysia berpeluang melanjut pelajaran ke Jepun dan Korea.

Bila Pak Lah Slogannya Islam Hadari rakyat mula keliru semacam sudah ada islam yang baru yang dulu tak pakai ke macam mana. penyudahnya disebabkan tak mampu memberi penjelasan sesiapa pembangkang yang memperkatakannya akan diberi amaran. akhirnya dengan paklah lenyap ditelan zaman.

Sekarang bila najib jadi PM slogan menjadi one Malaysia. Betullahtu malaysia bukan banyak dalam dunia tapi apakah ertinya. Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. jauh benar dari tajuk dan rakyat bertambah keliru.

Isu Chin Pen

Dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ketua Umno bukit bendera keluar kenyataan perkauman, Tresa kok dan wartawan akhbar cina tahan isa dan dibebaskan termasuk jug RPK.
Selepas itu YB Parlimen Gerik Tan, keluar kenyataan huru hara dan marah sekali ahli umno kepada beliau. tak berani beliau nak balik ke gerik. Gambar dr Koh soo khon di koyak rabakkan.
tapi bila najib jadi PM dr Koh Soo Khon dilantik jadi senator dan jadi menteri.
dan sekarang gerakan pulau pinang terbitkan pula isu chen Pen. dan TV1 pula menyiarkan gambar keganasan sebelum merdeka. semua isu perkauman cuba di hidupkan.
Tetapi yang pasti rakyat kini berada di zaman informasi. Rakyat telah bijak berfikir. kerana itu kepimpinan PR perlu bijak dalam menangani lontaran isu lapuk oleh pihak umno bn ini. Perpaduan rakyat era Pakatan Rakyat sangat bermakna sekarang ini. rakyat perak dapat melihat dari acara penamatan puasa dan mogok lapar pemimpin PR Perak. Rakyat lenggong dapat melihat dari perpaduan kaum di majlis makan malam anjuran DAP di air kala lenggong. ahli dan penyokong PR dari pelbagai kaum berada dalam keadaan mesra dan ceria tanpa sebarang kerisauan dan curiga. tiada sebarang prasangka buruk disitu.
Semua ahli dan penyokong PR perlu bersikap matang serta menghormati sesama sendiri.

YDP PAS LENGGONG

Haji Razman Bin Haji Zakaria
Ayahanda beliau lebih dikenali sebagai Pak Lang Ya

Kehadiran beliau memberi nafas segar kepada kesinambungan pembaktian PAS kepada masyarakat lenggong khasnya dan Perak serta Malaysia amnya.







Isnin, 1 Jun 2009

Kemenanga PR dan PKR

Tahniah untuk semua atas kemenangan tersebut. Kemenangan itu sebenarnya memberi banyak pengertian kepada Pakatan Rakyat dan PKR. Kemenangan itu mencerminkan perpaduan kaum antara ahli dan penyokong PR adalah ikhlas dan sejati. Perpaduan yang terbina dari asan keinsafan yang tidak dipaksa dan terpaksa merupakan hasrat seluruh umat manusia khas ahli dan penyokong.
Tahniah untuk semua. jadikajn inspirasi kemenangan tersebut untuk kita membina perpaduan yang hakiki yang melepasi batas sentimen perkauman.