ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Isnin, 31 Mei 2010

Idris Jala

Memuncak namanya naik bila dikatakan menyelamatkan MAS. Bagaimana dia menyelamatkan MAS? salah satu caranya ialah menjualkan bangunan MAS yang penuh dengan nilaian sejarah yang menjadi harta semenjak Aziz Abdul Rahman mengendalikan MAS. Jadi sekarang beliau ingin menunjukkan kehandalan beliau dengan cerita masukkan manusia dalam makmal. Semua putar alam beliau untuk mengugut rakyat. 50 tahun subsidi negara tak muflis sedang baru 15 bulan najib memerintah negara akan muflis. Kenapa ssemasa najib kemukakan meb tak sebut perkara ini.??

Serangan yahudi

Yang mengarahkan serangan itu ialah yang berjabat dengan zahid hamidi. Yang kata saudara kepada zahid. yang panggil zahid sebagai abang. yang zahid kata kita sama.
Tapi harini sizahid tak kata apa terhadap serangan jahat itu.
Agaknya si zahid gembira bila yahudi mengganas.

Minta tolong pada zahid hamidi

Konvoi Gaza: 16 mati, kapal dirampas
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 31 Mei: (12.30 tengah hari waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas kapal-kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel.

Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.

Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup saat mereka memasuki dan merampas kapal.

Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.

“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan.” katanya.

Saat ini ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.

Untuk makluman, seramai 8 orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama 4 orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Muslim Care. Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.

Sementara itu Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) akan mengadakan sidang media tergempar pada hari ini (Isnin, 31 Mei 2010) berhubung perkembangan serangan Israel terhadap Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza atau Freedom Flotilla pada jam 3.00 petang bertempat di Hotel De Palma Inn, Seksyen 19, Shah Alam. Semua wakil media dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi; Saudara Solehuddin Shuib, Setiausaha CMT-LL4G Telefon: 019 5511 600.

Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada diatas kapal dan Allah swt sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah swt

Minta tolong pada zahid hamidi

Diakan bersaudara kepada ehud barak

Konvoi Gaza diserang, 2 mati
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 31 Mei: Mavi Marmara, Laut Tengah (10.30 pagi waktu Malaysia) Konvoi Freedom Flotilla diserang, menurut laporan televisyen di Turki, dua orang aktivis meninggal dunia, hampir 30 orang cedera.

Laman web Haluan Palestin yang memetik laporan dari live streaming IHH melaporkan bahawa dua orang yang telah meninggal dunia dan hampir 30 orang tercedera kerana serangan helikopter dari Israel.

Belum ada keterangan mengenai siapa yang terkorban dan yang tercederaa tersebut.

Serangan yang dilakukan Israel itu dilakukan saat kapal Mavi Marmara sedang berada di perairan antarabangsa.

Untuk mengikuti lintas langsung perkembangan tersebut

Mufti umno Perak di Gerik

Minggu lalu di hulu Perak, Sebelah malam forum agama, siangnya majlis pecah tanah.
Waktu malam bukan main gah dia berkata-kata. Akan kemunduran orang melayu. malang dia tak mahu mengaku yang memundurkan orang melayu adalah parti yang dia sokong membabi buta. Dah 50 tahun lebih umno memerintah kenapa orang melayu masih ketinggalan dalam pelbagai bidang?
Dah hampir atau lebih 25 tahun dia jadi mufti umno perak kenapa masih gagal orang melayu keluar dari kepompong kemiskinan. Beliau asyik menyalahkan orang melayu sedangkan beliau yang sanggup berterusan dalam mengampu kejahatan yang dilakukan oleh umno.
Harussani tak berani menegur orang minum arak. Dia tak berani menyuruh orang yang mengeluarkan lesen judi. Dia tak berani mengeluarkan kata melarang kelakuan maksiat.
Dulu dia kata sure heboh haram ditukar jadi jom heboh dia dah kata halal. tak berani pulak dia nak kata lebih-lebih. takut dikeluarkan dari jadi mufti umno kepada mufti perak.
Ada orang kata ada pelaburan ARB dalam syarikat judi dia sengap dan senyap. sebab dia ada kepentingan. Tetapi bila sebarang isu melibat PR muka dialah yang terjerongos dulu.
orang kenal siapa dia. kerana itu selepas beberapa ketika dia bercakap di gerik kedengaran bunyi motosikaal meninggalkan tempat itu. ramai yang meluat dan menyampah terhadapnya.
baca seterusnya berikut ini.

Monday, May 31, 2010

Lagi cerita pasai Mufti Perak

Berita Harian melaporkan:
KUALA LUMPUR: Seramai 4,763 rakyat Brunei yang melabur dalam sebuah syarikat yang didaftarkan di negara ini memohon bantuan kerajaan Malaysia membantu mereka mendapatkan semula wang pelaburan yang didakwa berjumlah B$91.5 juta (RM211.549 juta).

Sembilan wakil pelabur itu yang berada di negara ini sejak Ahad lalu untuk menyelesaikan masalah berkenaan, mendakwa mereka melabur menerusi sebuah entiti, iaitu Kelab Taqwa Malaysia (KTM) yang dimiliki Syarikat Kumpulan Dina yang mempunyai cawangan di Brunei dan Sarawak.

Seorang wakil mereka yang enggan namanya disiarkan mendakwa, ketika kempen menarik pelaburan, KTM yang beroperasi di Limbang, Sarawak, mendakwa menggunakan kaedah urus niaga berunsurkan Islam dengan slogan 'Diri Islam, Negara Aman', menyebabkan mereka yakin melabur.

“Wakil syarikat itu mendakwa melantik Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai penasihat syariah sejak Mac 2008 untuk meyakinkan pelabur,” katanya ketika datang ke Berita Harian, semalam. - BHarian
Kalau sebelum ni didedahkan Mufti Perak ni jadi Penasihat Syariah kepada Amanah Raya Berhad yang ada saham di syarikat judi Magnum Corporation kali ni pun pasai dia jadi panel syariah jugak. Dia ni memang jenih 'pantang lalu aku sapu'.

Ataupun mungkin jugak Mufti ni pun tertipu sama macam 4.763 pelanur Brunai tu. Kalau dia pun tertipu aku rasa itu mungkin kafarah atau balasan pasai mungkin dia pun ada tipu orang atau tipu adik beradik dia.

Kalau cerita kat orang Umno yang terlalu sayangkan Umno dan sayangkan Sultan Perak yang katanya sayang kat Mufti ni, aku yakin depa tak percaya. Aku sendiri pun kalau boleh tak mau percaya. Takkan seorang mufti yang tentunya cukup arif pasai harta pesaka sanggup buat macam tu.

Tapi bila adik-beradik mufti ni sendiri cerita pasai perangai dan kerja buat mufti ni payah untuk aku tak percaya. Lagi pun bukan dia sorang ja yang cerita, ramai adik beradik dia yang lain pun tumpang cerita.

Katanya, la ni sampai tahap dia ni dah jarang balik kampung jumpa adik beradik. Kalau ada kenduri kendara pun jarang sangat nampak muka.

Zahid Hamidi mengaku yahudi

Yahudi boleh buat apa saja. dia buat hari guru disekolah pun tak mengapa. Sebab kerana nya mudah. Mereka ialah yahudi yang dilaknat Allah.

Rabu, 2010 Mei 05

Zahid Hamidi mengaku yahudi

Dengan kata " kita berdua sama" kepada ehud barak. Barak panggil zahid abangku.

Bertemu Barak tidak dirancang – Zahid

Tue, May 4, 2010

Dalam Negeri

zahidh Oleh Muda Mohd Noor

Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan kepada dewan negara bahawa perjumpaannya dengan menteri pertahanan Israel, Ehuk Barak tahun lalu tanpa dirancang.

Beliau bertemu Barak ketika kedua-duanya menghadiri pentunjukan antarabangsa aeronautic dan udara ke 48 di Paris pada 16 Jun 2009, katanya.

Beliau memberitahu Senator Dr Syed Husin Ali bahawa pertemuan selama 20 minit itu diadakan semasa resepsi yang dihoskan oleh menteri pertahan Perancis ketika pertunjukan udara diadakan.

Zahid berkata, pegawai Israel menemui penasihat pertahanan dan memberitahunya bahawa Barak berminat mengadakan perbincangan dengan Zahid.

Zahid berkata, beliau segera mengenakan syarat termasuk Barak perlu datang dan berjumpanya seorang diri tanpa diiringi pengawal peribadi dan wartawan.

"Barak yang mengenakan pakaian orang Morocco sebenarnya tahu bahawa saya boleh bercakap dalam bahasa Arab. Beliau berkata kepada saya" abangku," kita adalah anak Adam."

"Saya membalas "ya, kita berdua sama." Tetapi kamu mengamalkan pilih kasih – tangan kanan kamu menawarkan perdamaian, tetapi tangan kiri kamu membunuh abang dan adik di Palestin."

"Saya memberitahunya jika beliau hanya mahu bertemunya untuk menghulurkan tangannya, sebagai menteri pertahanan Malaysia ketika itu saya tidak akan mengiktiraf Israel," beliau menambah.

Almarhum Ustaz Fadhil Noor


Memperingati Almarhum Ustaz Fadzil Nor

Posted on Sunday, May 30 @ 20:19:23 PDT by paktam

Oleh: Riduan Mohamad Nor.

" Islam sebagai satu Al-Din tidak dapat ditakfsirkan dengan fikiran manusia. Dalam mentafsirkan makna Islam itu kita wajib berpandukan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah serta orang yang menghayati Al-Quran dan Al-Sunnah seperti para sahabat, Ulama-ulama dan juag para Tabi’in. Kita tidak melihat dan memahami cara Islam membentuk satu peradaban kemanusian seperti yang digambarkan oleh setengah orang.



Islam juga bukanlah satu kebudayaan atau serpihan daripada kehidupan manusia, kalau kita melihat dan mengambil Islam dengan cara yang sedemikian, dapatlah diumpamakan seperti orang buta yang cuba mengenali seekor gajah. Bila dipegangnya ekor gajah itu dikatakan gajah itu seperti tali, apabila dipegang kaki gajah itu dikatakannya gajah itu seperti tiang dan apabila terpegangnya telinga gajah itu dikatakan gajah itu seperti dinding .sedangkan tali, tiang dan dinding bukanlah gajah tetapi ia hanya sebahagian daripada anggota-anggota gajah itu.

( Ustaz Fadhil Nor: 1992)

Malaysia semenjak zaman disentuh angin sejahtera Islam sejak ratusan tahun dahulu, tidak pernah gagal untuk menampilkan ulama’’ dan pemikir Islam sehingga ada yang bermukim di Mekah untuk menyampaikan ilmu di Masjidil Haram. Ulama’’ yang dilahirkan di Tanah Melayu ini bukan sahaja mampu mengajar kitab di masjid namun menjulang senjata untuk menentang penjajah kuffar. Antara ulama’’ ini ialah Tuan Guru Haji Hassan Bin Munas, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Ustaz Abu Bakar al Bakir dan ratusan ulama’yang lain.

Dengan merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957, pentas siasah negara ini menyaksikan pertarungan ideologi yang pelbagai samada kebangsaan Melayu, sosialisme, Islam dan sebagainya. Pelbagai tokoh muncul dalam menyuarakan aspirasi perjuangan yang diperjuangkan, sebahagiannya mampu bertahan di pentas siasah dan ada yang tersungkur ditelan waktu. Salah seorang insan yang telah melakar nama dalam sejarah politik Islam negara ini ialah Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor.

Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor atau dengan gelaran yang sangat melekat dalam jiwa ummat Islam sehingga kini "Ustaz Fadzil’ merupakan seorang pemimpin dan tokoh politik yang dihormati dan disegani oleh semua lapisan masyarakat tempatan mahupun antarabangsa, ekoran daripada penampilan negarawan yang dimiliki oleh beliau. Dengan sosok yang kurus, berbusana kemas dengan kancingan baju Melayu yang lengkap, dengan sorotan mata yang hening menggambarkan ketajaman berfikir, beliau memang dilahirkan sebagai pemimpin ummah.

Berbekalkan ilmu pengetahuan yang tinggi terutamanya ilmu-ilmu agama yang diperolehi ketika bertamu di bumi Mesir, beliau dipakejkan dengan pelbagai ilmu lain seperti sosial sains, ditambah dengan kuat membaca dan menelaah. Ilmu-ilmu yang dikutip di universiti kehidupan ini meluaskan u***** ilmu tokoh ulama’ ini. Perwatakan yang sederhana serta sentiasa berdamping dengan masyarakat, beliau adalah sebutir mutiara yang sangat berharga yang pernah dilahirkan oleh PAS dalam sejarahnya di pentas politik dakwah negara ini. Musuh politik PAS sendiri meletakkan almarhum dengan markah yang tinggi bahkan masyarakat bukan Melayu turut mengkagumi sosok tubuh dengan postur yang sederhana ini. Almarhum menyeruak kehidupan masyarakat tanapa mengira penat lelah dan suka ‘mendengar’ masalah rakyat menyebabkan Ustaz Fadzil sentiasa dikenang dalam sisi putih.

Pakej kepimpinan yang ada pada beliau ini ditempa dalam proses pergulatan hidup yang panjang selain daripada anugerah ilahi kepada umat Islam negara ini, almarhum membesar dengan semangat cinta kepada ilmu, seterusnya meminati bidang dakwah dan politik semasa belajar di bangku menengah lagi.

Latar belakang keluarga

Dato’ Haji Fadzil @ Ali bin Mohd Noor atau lebih mesra dengan panggilan Ustaz Fadzil dilahirkan hasil perkongsian hidup antara Mohd Noor Abdul Hamid dan Hindun Haji Abdul Rahman. Beliau dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, kira-kira tiga kilometer dari bandar Alor Star, Kedah, beliau merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.

Takdir ilahi telah mencatatkan bahawa insan ini diuji dengan kehilangan ibubapa tercinta, kedua-dua ibu bapa meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil lagi. Latar belakang keluarga sebelah ibu bapanya adalah dari kalangan keluarga yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Moyang beliau iaitu Tuan Guru Haji Idris Al-Jarumi merupakan salah seorang ulama’ yang disegani berasal dari Wilayah Patani, Thailand dan seorang yang terkenal di Kedah. Wilayah yang sarat dengan pemukiman ilmu ini memunculkan ratusan pondok yang subur merendang dengan ilmu Islam.

Darah ulama’ pejuang telah mengalir dalam urat sendi darah Ustaz Fadzil, sehingga beliau adalah pemimpin yang tidak gentar dengan ugutan dan ancaman musuh dalam menyampaikan agama Allah.

Pendidikan

Memimpin masyarakat bukan sekadar menjadi insan yang mesra rakyat yang sekadar memenuhi jemputan kenduri kahwin tetapi mestilah dipakejkan dengan ilmu formal dan tidak formal. Almarhum merupakan seorang tokoh yang konsisten dalam menuntut ilmu, sentiasa menimba ilmu bagi menjadi pemimpin yang kredibel.

Sejarah awal pendidikan Ustaz Fadzil bermula sekitar tahun 1946. Waktu itu beliau mengikuti pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Star sehingga tahun 1949. Kemudian menyambung pelajaran peringkat menengah di sebuah sekolah yang berpengaruh di Kedah yang telah melahirkan ribuan alim ulama’ iaitu Maktab Mahmud sehingga tahun 1958 sebelum meneruskan pengajian tinggi di tempat yang sama sehingga tahun 1962.

Anak muda ini berjiwa besar dan sentiasa kehausan ilmu, beliau bercita-cita besar untuk belajar jauh dari tanahair iaitu di Timur Tengah. Pada tahun 1963 beliau menyambung pelajaran ke seberang laut dengan mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar di Mesir (sebuah institusi pendidikan yang paling berpotensi dan berprestij dalam dunia Islam) dengan mendapat biasiswa kerajaan negeri Kedah. Di Universiti Al-Azhar, beliau mengambil jurusan Perundangan Islam (Syariah) dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1967 dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam lapangan tersebut. Beliau bukan sahaja mendapatkan ilmu daripada dewan kuliah di Al-Azhar tetapi juga menggali mutiara ilmu daripada ulama’-ulama’ Mesir untuk memantapkan ilmu beliau sebagai bekalan dakwah untuk pulang menabur kebaktian di tanahair.

Perkahwinan

Ustaz Fadzil mendirikan rumah tangga dengan sepupunya Siti Khadijah Ibrahim pada tahun 1963. Isteri beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Farbish Bakar, Alor Star, Kedah. Kemudian setelah berkahwin, menemankan almarhum belajar di Al-Azhar. Perkahwinan mereka yang sangat bahagia dalam kesibukan belajar dan berjuang telah membuahkan kurniaan lapan orang anak iaitu Huda, Ammar, Aiman, Muna’izzah, Muhammad Faiz, Salwa, Ahmad Fauwaz dan Ahmad Anas. Beliau bukan sahaja berjaya sebagai ahli politik malah merupakan ketua keluarga yang mithali dalam mendidik anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan bertanggungjawab. Sebahagian anak-anaknya juga terlibat dalam perjuangan Islam seperti Muna’izzah dan menantu beliau Sabki Yusuf.

Bakat Kepimpinan

Potret kehidupan yang digores selama kehidupan telah menyaksikan bakat kepimpinan yang tinggi teradun dalam diri almarhum. Bakat kepimpinan beliau mulai terserlah sejak di bangku sekolah terutamanya di Maktab Mahmud, di mana beliau memiliki kebolehan berpidato dan mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan dan bahas. Keistimewaan yang ada pada beliau boleh berhujah secara spontan dan berkemahiran tinggi dalam ilmu mantiq. Pada tahun 1967, sewaktu di Al-Azhar, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha dan Timbalan Presiden dalam Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Berada di Mesir ketika negara itu diterkam hebat oleh Isreal dalam perang Arab Israel pada tahun 1967, di zaman Gamal Naseer. Beliau juga menjadi saksi bagaimana zalimnya regim Mesir terhadap pejuang-pejuang Islam di negara tersebut. Universiti al Azhar pula tidak sunyi daripada kegiatan Islam yang memberikan pengalaman yang sangat berharga kepada ustaz Fadhil. ( Universiti tersebut masih mempunyai kebebasan kala itu ).

Perkhidmatan

Tahun 1967 beliau pulang ke tanah air dan ditawarkan berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Maktab Mahmud, ‘alma mater’ beliau sebelum ke Mesir. Pada 1973 ditawarkan berkhidmat sebagai pensyarah Bahagian Pendidikan Islam di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sehingga tahun 1978.

Semasa berkhidmat di UTM, beliau telah dipecat oleh pihak pentadbir UTM ekoran tindakan beliau bertanding dalam pilihanraya pada tahun 1977 di Kawasan Dewan Undangan (DUN) Alor Merah dan Parlimen Kuala Kedah. Beliau dilihat tokoh yang berpotensi oleh Perhubungan PAS Kedah sebagai pemimpin masa depan.

Sebagai orang yang celik undang-undang, Ustaz Fadzil menfailkan saman ke mahkamah atas tindakan angkuh pihak pentadbiran UTM tanpa mengikut prosedur dan ternyata beliau di pihak yang benar. Pemecatan beliau oleh pihak pentadbiran UTM tidak sah di sisi undang-undang dan mahkamah telah mengarahkan pihak pentadbir UTM membayar ganti rugi. Setelah isu tersebut selesai, beliau kembali sebagai pensyarah dan beberapa bulan kemudian beliau meletakkan jawatan kerana menceburkan diri sepenuh masa dalam perjuangan PAS.

PAS di penghujung dekad 70an dilihat tidak bermaya selepas kekalahan dalam pilihanraya tahun 1978. Terlepas negeri yang menjadi pangkalan politiknya semenjak 1959 iaitu Kelantan. Seorang tokoh besar dakwah dari Indonesia, Dr Mohd Natsir pernah menasihatkan tokoh-tokoh dalam belia Islam di Malaysia supaya segera menguatkan PAS, kerana PAS adalah wadah untuk perjuangan Islam di Malaysia. PAS wajar ‘disuntik darah muda’ supaya kembali bertenaga, ditengah samudera juang yang memerlukan bahtera yang ampuh.

Aktiviti Kemasyarakatan

Selain aktif dalam politik Islam dan kerja dakwah, beliau juga pemimpin masyarakat yang bergiat cergas dalam kerja-kerja sosial. Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan Negeri Kedah.

Beliau pernah menganggotai Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM), sebuah wadah belia dan pemuda Islam di negara ini yang ditubuhkan pada tahun 1971. ABIM telah mengisi ruang kepada tuntutan Islam yang tegas akibat daripada penyertaan PAS ke dalam kerajaan campuran akibat tragedi 13 Mei 1969. ABIM seumpama simbiosis kepada Dewan Pemuda PAS dimana 8000 ahli PAS ialah ahli ABIM dalam dekad 70an, gerakan belia Islam ini sangat diminati kerana berusaha memurnikan perjuangan Islam terutama pendekatan yang dibawa oleh Ikhwanul Muslimin. Penerbitan ABIM juga aktif menyebarkan pemikiran tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin dan Jamiat Islami.

Fadzil Nor telah memegang jawatan setiausaha penerangan pertubuhan itu dari tahun 1973 hingga 1974. Beliau pernah memangku jawatan Presiden ABIM apabila Presidennya ketika itu, Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA (Anwar ditahan di bawah ISA akibat demonstrasi Baling yang menjadi mercu tanda kepada kebangkitan pelajar di negara ini. Beliau telah dibebaskan pada tahun 1976). ABIM yang ditubuhkan pada tahun 1971 telah mengisi kelompangan dunia ‘anti establishment’ akibat PAS yang menyertai kerajaan campuran. Almarhum ialah orang penting ABIM selain daripada Ustaz Wahab Zakaria, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman, beliau disifatkan oleh Anwar Ibrahim sebagai orang yang banyak dirujuk oleh Anwar dalam menggerakkan ABIM sebagai gerakan sosio dakwah yang penting dalam dekad 70an. Jaringan kader ABIM di seluruh negara ini juga akhirnya telah ramai menyertai PAS pada awal tahun 80an terutama selepas Anwar menyertai UMNO.

Sepanjang penglibatan dalam ABIM sebagai sosok utama perjuangan, beliau turut terlibat dalam demontrasi menentang isu kemiskinan di Baling, Kedah tahun 1974. Beliau juga terkenal sebagai penggiat tarbiah dalaman ABIM. Beliau banyak bergerak mengisi program usrah, tamrin dan seminar perkaderan di pelbagai tempat. Gerakan belia Islam ini juga banyak menerbitkan buku-buku fikrah dan harakah yang dituang oleh tokoh-tokoh seperti Hasan Al Banna, Sayyid Qutb, Maududi, apatah lagi ABIM menjadi gerakan fenomenal di kampus pada dekad 70an.

Ustaz Fadhil sangat memerhatikan gerakan membina anak-anak muda dalam gerakan dakwah, beliau tokoh pembina yang penting di negara ini: kata beliau:

"Kedatangan Islam yang di bawa oleh Rasullullah S.a.w itu mendapat sambutan dari kalangan muda. Rassullullah menyebut dalam hadishnya:

"Golongan mudalah yang menbantu perjuangan dakwah"

Itulah antara sebab kaum Quraisy tidak senang, mereka mahu golongan muda mereka hidup berpoya-poya, mereka mahu golongan muda mereka menghabiskan masa dengan hiburan ,mereka mahu golongan muda mereka tenggelam dalam kesesatan.

Inilah cita-citakaum Quraisy, dalam kebingugan golongan muda, dalam kesesatan golongan muda dalam kemungkaran yang dilakukan oleh golongan muda mereka boleh meneruskan kezaliman dan kejahatan.

Tetapi apabila mereka melihat golongan muda menyahut panggilan Allah, menyahut panggilan Rasul, menyahut panggilan islam inilah yang menyebabkan mereka tidur tidak lena, makan tak lalu. Yang menyebabkan mereka tidak senang dengan Islam dan kebangkitannya di akhir abad ke 14 dan di awal abad ke15 ini, ialah keran Islam mendapat sambutan golongan muda. I

nilah menyebabkan Amerika tidak senang, Rusia tidak senang, Yahudi tidak senang dan Khadam-khadam mereka pun tidak senang. Bila Tuan mereka tidak senang maka khadam ikut tidak senang juga. Menjadi satu perkara biasa khadam ini ikut tuan. Kadang-kadang ia berlagak lebih dari tuan.

Rusia sedang dalam ketakutan sekarang untuk menghadapi mujahidin Afghanistan walaupun ia kuasa besar kerana ia melihat Mujahidin Afghanistan itu sendiri dari golongan ummat Islam Afghanistan, dari mereka yang berumur 15 tahun hingga ke 70 tahun. Inilah golongan yang menyertai gerakan mujahidin di Afghanistan."

Ustaz Fadzil juga merupakan Setiausaha Agung Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) tahun 1974, sebuah NGO yang penting di negara ini yang telah mewadahkan ulama’-ulama’ untuk mengerakkan kesedaran Islam kepada masyarakat dan kerap kali juga dilihat bertelagah dengan kerajaan BN dalam banyak isu yang bersangkutan dengan syariat dan akidah. Beberapa tokoh PUM juga kini menjadi tonggak penting kepada PAS seperti Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.

Ustaz Fadzil menyedari ulama mempunyai kekuatannya yang tersendiri dalam masyarakat, mereka kelompok yang mewarisi amanah ilmu daripada nabi SAW. Ulama disepanjang zaman menjadi benteng pertahanan Islam diseluruh belahan dunia Islam, berdadad dengan kezaliman pemerintahan seperti Imam Ahmad Ibnu Hambal, Imam Nawawi, Imam Ibnu Taimiyyah dan sebagainya.

" Peranan ulama seperti yang diterangkan oleh sumber-sumber itu ialah menyampaikan Islam, melaksanakan Islam dan memperjuangkan Islam. Peranan ‘ulama’ dalam kehidupan ialah memikul tanggungjawab dakwah Islamiyyah dengan menyeru manusia kepada Islam. Mereka juga wajib menerangkan hukum Allah bagi semua persoalan hidup yang dihadapi oleh masyarakat dalam semua peristiwa yang berbangkit dan diantara kewajipan dan peranan ‘ulama’ juga ia menjelaskan kepada pemerintah, menegur dan mengkritik pemerintah dan melaksanakan Al-Amru Bil-Makruf dan Nahyu Anil-Munkar.

Tanggunjawab Ulama, seperti menegur, mengkritik pemerintah dan memberi penjelasan kepada pemerintah merupakan "kerja politik" yang mesti dipikul dan disedari ‘ulama’. Oleh yang demikian tidak boleh sama sekali membiarkan adanya ‘Ulama’ (juhhal) yang sanggup menyatakan bahawa Islam tidak boleh dicampur adukan dengan politik atau politik tidak ada kene mengena dengan Islam."

Beliau sangat rapat hubungannya dengan masyarakat dengan menghadiri majlis-majlis keraian, kenduri kendara, menziarahi orang sakit dan kematian. Jika tidak hadir beliau akan memaklumkan atau hadir ke majlis lebih awal daripada masa yang dijadualkan, pendek kata almarhum tidak akan mengecewakan undangan yang diterima. Beliau bergegas pulang dari sidang Parlimen semata-mata untuk meraikan sesuatu majlis yang diadakan oleh penduduk, sikap cakna dan mengambil berat kepada undangan masyarakat menyebabkan beliau sangat disayangi

Penglibatan dalam Politik

Beliau melibatkan diri dalam politik khususnya dengan perjuangan PAS sejak tahun 1959 sewaktu menuntut di Maktab Mahmud. Kecenderungan politik beliau telah dikesan oleh guru-guru dan juga ahli keluarganya. Kedah ialah pangkalan politik Ustaz Fadzil walaupun pernah ditawarkan untuk bertanding di negeri lain yang lebih selamat seperti di negeri Kelantan (Kelantan semenjak pilihanraya 1959 sentiasa membuka pintu untuk calon PAS dari luar Kelantan). Jelapang padi ini kaya dengan sekolah-sekolah agama dan penyokongnya yang setia sehingga telah mencetuskan beberapa insiden berdarah seperti peristiwa Memali dan peristiwa Lubuk Merbau (1985).

Beliau telah dilantik menjadi Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah dan Ahli Perhubungan PAS Negeri Kedah. Kemudian beliau menganggotai jawatankuasa PAS Kedah. Penonjolan daya kepimpinannya semakin cemerlang telah menyakinkan anggota parti untuk melantik beliau sebagai Naib Yang Dipertua PAS Pusat sepenuh masa tahun 1981 hingga 1983.

PAS telah menghadapi transformasi kepimpinan pada tahun 1982 apabila Dewan Pemuda Pusat mengusulkan kepimpinan ulama’. Ustaz Fadzil adalah barisan ulama’ muda yang diberikan ruang untuk memimpin pergerakan Islam kontemporari paling tua di Malaysia.

Bintang beliau seumpama kejora di dada langit malam, pada tahun 1983 beliau telah dilantik menjadi Timbalan Yang Dipertua PAS sebelum diberikan kepercayaan penuh oleh seluruh ahli PAS untuk menjadi Yang Dipertua PAS pada tahun 1989.Beliau menghadapi saat-saat sukar dalam penglibatannya sebagai pimpinan iaitu peristiwa Memali, ustaz merupakan Pesuruhjaya PAS negeri Kedah dimana dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan kes ini.

Pembabitan awal Ustaz Fadzil di dalam kancah politik pilihan raya bermula tahun 1978, di mana PAS telah memberi mandat kepada beliau untuk bertanding di negeri Kedah dalam pilihan raya umum iaitu di kawasan Parlimen Kuala Kedah dan DUN Alor Merah. Bakat dan potensi beliau sejak awal telah dihidu oleh pimpinan PAS Kedah seperti Dato’ Abu Bakar Umar yang mempelawa Ustaz Fadzil untuk membantu PAS di Kedah. Beliau dilihat anak muda yang akan mengisi barisan hadapan parti itu di Kedah apatah lagi dengan pengalamannya yang memimpin ABIM dan organisasi mahasiswa semasa menuntut di Mesir. Dalam pilihanraya tahun 1978 beliau kalah kepada Senu Abdul Rahman, namun pilihanraya itu telah memperkenalkan almarhum kepada pengundi kawasan itu.

Pada tahun 1980, beliau sekali lagi bertanding dalam pilihan raya kecil di kawasan DUN Bukit Raya berikutan kematian ahli DUN tersebut. Tahun 1982 beliau sekali lagi bertanding di kawasan DUN Bukit Raya dan seterusnya berjaya mempertahankan kerusi di kawasan itu selama empat penggal berturut-turut sehingga Pilihan Raya Umum 1995.

Pada 1982 beliau menang dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Haji Safirol Haji Hasim dan calon bebas Mohd Mokhtar Abdullah dengan Majoriti 346 undi, 1986 menang dengan majoriti 2,215 undi mengalahkan calon BN Ahmad Zakuan Haji Ahmad, 1990 mengalahkan calon BN Dato’ Syed Mansor Barakbah dengan majoriti 1,829 dan pada Pilihan Raya Umum 1995 mengalahkan calon BN juga iaitu Fadzil Hanafi dengan majoriti 2,414.

Pada Pada Pilihan Raya Umum 1999, Ustaz Fadzil mencatat dua kejayaan. Dalam Pilihan Raya Parlimen, beliau menewaskan bekas Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Othman Abdul (calon BN) di Pendang. Allahyarham mendapat 22,413 undi berbanding 19,474 undi oleh Othman. Kejayaan ini sangat manis kepada PAS kerana inilah sejarah PAS menang paling besar dalam merebut kerusi parlimen (menang 27 kerusi parlimen).

Di DUN Anak Bukit, Allahyarham mendapat 8,480 undi menewaskan calon BN, Dato’ Abdullah Hasnan Kamaruddin yang mendapat 6,640 undi. Kemenangan ini cukup manis kerana DUN ini adalah berada di pinggir bandar yang menandakan golongan kelas menengah menyokong perjuangan Islam termasuk orang bukan Islam. DUN anak Bukit adalah DUN baru yang dipecahkan melalui persempadanan semula kawasan pilihanraya dan tuah telah menyebelahi Ustaz Fadzil manakala Mohamad Sabu telah memenangi Parlimen Kuala Kedah. (Perlu diingat bahawa Mohd Sabu hanya menang kurang daripada seribu undi) maknanya Ustaz Fadzil telah mendapat banyak undi peribadi daripada luar kelompok PAS.

Allahyarham juga berusaha keras agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim dimansuhkan , akta tanpa bicara itu telah memberangus lebih 4000 orang mangsa sejak diperkenalkan pada tahun 1960, almarhum cukup dekat dengan kesengsaraan mangsa-mangsa tahanan ISA tanpa mengira latarbelakang mereka, samada daripada kalangan ahli PAS atau pun tidak. Beliau sangat konsisten dalam menentang akta ini kerana akta ini telah menjaring ramai ahli-ahli PAS dan juga aktivis ABIM sebelumnya.

Ustaz menunjukkan keprihatinan yang mendalam terhadap mangsa kezaliman ISA, beliau semasa memimpin PAS sentiasa peduli kepada keluarga mangsa ISA, tidak lokek menghulurkan bantuan kewangan dan menyuarakan isu ini disemua peringkat. Beliau turun naik ke Bukit Aman merudingkan pembebasan mangsa ISA, terrmasuk meminta pihak berkuasa membatalkan waran tangkap terhadap ustaz Ibrahim Libya. Semasa menjadi ketua Pembangkang di Parlimen, ustaz Fadzil menyokong kuat Gerakan Mansuhkan ISA.

Beliau juga sangat prihatin dengan isu antarabangsa yang menimpa umat Islam, dengan latarbelakang sebagai pimpinan pelajar, pimpinan belia Islam, ustaz sentiasa bersama dengan penderitaan umat Islam sedunia. Beliau tidak kekok untuk turun berdemonstrasi bersama anak muda, disiram dengan pancutan air kimia yang menyengat kulit, dibom gas pemedih mata. Di perhimpunan aman seperti di lebuhraya KESAS, dihadapan kedutaan asing, beliau dengan lantang menyemangati anak-anak muda dan peserta bantahan, kadang tanpa segan sebagai pemimpin ummah untuk membakar bendera Israel atau Amerika.

Almarhum bukan sekadar galak membakar perasaan para demonstran tetapi juga melibatkan diri secara langsung dalam situasi antarabangsa. Apabila tentera Russia meninggalkan Afghanistan , beliau bersama tokoh gerakan Islam antarabngsa yang lain seperti Sheikh Mustapha Masyhur qazi Hussain terus bergegas ke Afghanistan untuk mendamaikan kumpulan yang bertelingkah.Begitu juga , apabila berlaku reformasi di Indonesia, parti-parti Islam seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’. Ustaz Fadzil bersama pimpinan PAS hadir ke Jakarta, mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh Islam yang diketuai oleh Hamzah Haz. Nasihat beliau kepada teman-teman di Jakarta supaya tidak memperbanyakkan parti Islam, kukuhkan saf untuk berhadapan dengan musuh yang bersatu.

Segala kenangan dengan lelaki berhati emas ini sangat mengesankan , beliau mampu mengingati nama-nama anak buah dengan baik, bertanya khabar, mengambil berat, seolah ayah kepada sebuah keluarga besar.

Perjalanan akhir yang memilukan

Sang murabbi ini telah mewakafkan hidupnya untuk perjuangan Islam, semenjan zaman muda yang tidak pernah lelah. Kehadirannya dalam masyarakat disedari oleh ummat, beliau mengharungi zaman payah perjuangan , melepaskan jawatan sebagai penjawat awam untuk meranduk medan juang yang penuh getir, terjahan fitnah menerkam bertubi-tubi namun beliau terus mara tanpa menghiraukan penistaan . Ustaz sentiasa mengambil berat dan peduli maka wajarlah disayangi oleh ummat,didoakan selepas meninggalkan alam yang fana ini.

Pada kira-kira jam 10.30 pagi 23 Jun 2002, Ustaz Fadzil menghembuskan nafas terakhir untuk menghadap Maha Pencipta, Allah SWT. Berbondong-bondong manusia ramai menyerbu Hospital HUKM Kuala Lumpur, menyolati jenazahnya di Madrasah Mustaqimah bandar Tun Razak malah ratusan ribu yang lain telah berhimpun di Kedah untuk menghantar mujahid ulung ini, pemimpin yang akan terus tersemat ingatan tentangnya dihati setiap manusia yang berada dipelantar zamannya. Beliau mewasiatkan untuk disemadikan di tanah Muasassah Darul Ulum yang telah dibangunkan oleh almarhum untuk merealisasikan kompleks pendidikan PAS Kedah.

Manusia telah bertali arus mendatangi Muasasah Darul Ulum untuk menziarahi makam beliau yang sangat sederhana, tanpa binaan megah melainkan sentiasa didatangi pengunjung untuk menitip doa kepada mujahid yang telah mewakafkan kehidupannya untuk perjuangan Islam. Semasa saat-saat akhir untuk urusan pengebumian, langit tenang seolah turut berduka, ribuan mata mengalir air mata kesedihan dengan tazkirah ringkas daripada Tuan Guru Mursyidul Am, sarat dengan makna yang mendalam seumpama tazkirah Saidina Abu Bakar di hari kewafatan Rasulullah. Kematian adalah kepastian kepada sebuah perjalanan hidup, tinggal lagi bagaimana kita akan memberi makna kepada kehidupan itu.

Lujnah Dakwah dan Pembelaan Islam DPP Pusat akan mengadakan wacana Memperingati almarhum Ustaz Fadhil Noor pada 6 Jun ini, bertempat di Musolla Pejabat Agong PAS Pusat. Program ini dijangkakan seramai 200 orang peserta , dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Selangor. Antara pembentang ialah YS Salahuddin Ayub, Hajjah Wan Hasrina Wan Hassan, Ustaz Fauzi Husain ( DUP Kedah). Semua dijemput hadir, Yuran 10.00 sahaja. Bermula 8.30 pagi..." Melakar masa depan bersama Islam"

MEB - dah jadi kok lain

Brahim ali buat kongress bumiputera yang dia tiada hak untuk berbuat begitu. Dia sepatutnya buat kongress untuk ekonomi melayu tetapi yang dijenamakan sebagai kongress bumiputera. Yang datang ramai ada yang pak turut dan ramai yang bijak dan cerdik.
Brahim ali terkangkang disitu kerana yang cerdik lagi ramai dari yang jadi pak turut. Yang bijak dari bekas pegawai tinggi kerajan menghujah dengan data dan fakta menolak MEB. Yang pakturut mengikut tak jadi mengikut si brahim ali. Brahim ali nak kongres itu menerima MEB kerana nak tunjukkan kepada najib akan innitiatif brahim ali. Tetapi kongress tersebut tak menjadi. Najib sudah terpaksa menepis. Brahim telah buat onar yang berbagai. Kepala brahim jadi kacah.
Masa bentang MEB dulu bukan main gah lagi najib dan puak-puaknya. Bila ada yang bijak bukan ddari PR kritik maka baru najib terduduk. Itu kritik dalam kongress. Tapi sekarang ada yang kritik dalam kerajaan dan resmi.
Idris jala kata negara akan muflis tahun tahun 2019 kalau subsidi diteruskan. sedangkan MEB dibentangkan sebelum itu dikatakan pemangkin negara maju. Budak idrisni telah melampau. Apa yang anda katani. Dalam meb tidak menyebut negara akan muflis sekarang lu kata negara akan muflis. You nak kerja lamakah.

Cakap najib sudah berputar-putar macam cakap pengerusi SPR selepas PRK sibu. sekejap kata pengundi yang keluar rendah sekejap angka dah berubah. Begitu rupanya cakap orang penipu dan munafik.
baca cerita seterusnya.


Wawasan 2020 - Mahathir Malaysia negara maju

Pastinya sedih benar dihati Mahathir tahun keramat yang beliau sebutkan tak akan terjadi.
Ustaz Fadhil Noor Berdoa agar Dr Mahathir dapat melihat kehancuran umno. Tetapi Dr Mahathir digerunkan dengan kemuflisan negara tahun 2019 setahun sebelum tercapai wawasan negara 2020.
Mahathir sekarangni sedang memerhatikan kekalutan umno. tiba-tiba terjelma dihadapan beliau akan kemusnahan negara. Mengapa subsidi yang disalahkan? sedang subsidi telah dilaksanakan sejak lebih 50 tahun lalu. Kebenarannya ialah segala kesalahan disembunyikan. Kezaliman didiamkan. Rakyat dibohongkan. Kebenaran yang benar ialah kerana PM mengambil yahudi sebagai penasihat. Dato Nazri membela yahudi dengan mengusulkan ke atas anwar. Kebenarannya ialah zahid hamidi mengatakan dia dan ehud barak sama atau serupa. Zahid mengaku menjadi yahudi. dan dengan kuasa yang ada menuduh dan memaksa undi pos tentera kepada bn saja.
Tak berani sesiapa yang mengatakan doa Ustaz Fadhil tidak dimakbul Allah. Tapi ada yang bebal lagi bangan kata doa Tok Guru Nik Aziz tidak dimakbul Allah.
Sebenarnya setiap doa pasti dikabulkan Allah. Hanya masa dan ketika sahaja yang akan menentukan.

dan tiba-tiba sahaja Idris Jala kata Malaysia akan muflis tahun 2019. sedangkan Mahathir menganggap Najib PM yang bagus selepas beliau. Pastinya mahathir sedang menangisi kegagalannya.

Kerajaan Negeri Kedah kena Berhati-hati.

Kelau benar berita itu. Ingat kepada peristiwa di Perak. Adun bota masuk PKR lepas itu bn colik 2 exco dan timbalan speaker. lepas itu yang kena colik umum keluar pakatan dan jadi bebas akhirnya sokong bn kesudahan kerajaan PR perak dinafikan. Ust Azizan diminta berhati-hati.
umno merancang di perak sejak ogos 2008. Umno mensasarkan kedah 2010.

Panas : ADUN BN Kuala Nerang, Kedah Umum Masuk PAS?

Posted by Love Perak | Monday, May 31, 2010

Dato' Syed Sobri Syed Hashim (Foto) ADUN Kuala Nerang yang dihebohkan sebagai wakil rakyat UMNO Kedah yang bakal menyertai PAS dikatakan begitu kecewa dan kesal dengan sikap pemimpin UMNO negeri itu yang tidak memberikan perhatian di atas kemelut yang sedang dihadapinya.

Syed Sobri yang kini menyisihkan dirinya dikatakan juga sedang berjinak-jinak untuk menyertai PAS walaupun telah dipujuk oleh sahabat handai supaya beliau tidak meneruskan niatnya itu. Menurut sumber daripada orang yang terdekat dengannya memberitahu, Syed Sobri akan tetap dengan pendiriannya untuk meninggalkan UMNO menyertai parti PAS.

Difahamkan Dato' Seri Azizan Menteri Besar Kedah memaklumi tentang perkara ini dan PAS dikatakan tidak menjadi halangan besar untuk menerima penyertaan Dato' Syed Sobri di dalam parti itu. Syed Sobri Syed Hashim dijangka akan mengumumkan penyertaannya di dalam PAS dalam sehari dua ini.

Jika ini terjadi ia merupakan kegagalan UMNO negeri Kedah yang dipimpin oleh Dato' Seri Shafie Apdal yang juga Naib Presiden UMNO. Difahamkan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah juga gagal untuk menemui wakil rakyat Kuala Nerang itu.

Dipercayai juga bahawa Dato' Syed Sobri akan membuat 'road show' ke seluruh negeri Kedah bersama PAS untuk menceritakan sebab musabab beliau meninggalkan UMNO, termasuk membuat pendedahan tentang beberapa penyelewengan yang berlaku di dalam UMNO semasa mengadakan siri program Juara Rakyat. - Abdul Rahman Hashim

Ahad, 30 Mei 2010

Untuk Pewaris Kampong Baru.

Bila dengar guruh dilangit (jaminan umno) kalau anda curah air di tempayan akan tiadalah iar dalam tempayan. Tak turunnya hujan. banyak alasan dah boleh ditengok. antara dibawah ini.

Kerpan telah jadi tanda penipuan umno kepada petani dan pesawah dikedah.
Felda sungai buaya jadi satu lagi penipuan umno kepada peneroka felda. siapa yang tak mahu jadi kaya.
Bakun harta rakyat. tetapi tanah itu tidak dimiliki secata hakiki (tiada geran)
Telaga minyak di sarawak ditengah laut. serah saja dengan kata win-win.
Tanah KTMB serah ke singa pura yang pajakannya sehingga tahun 2900 sedang dapat geran tanah baru yang barangkali pajakannya 99 tahun.
itulah tanda cerdiknya rakyat yang menipu rakyat. dan kini ke kampung baru pula.

ingat siapa yang melakukan pengkhianatan itu.

Orang kampong baru elakkan diri dari tertipu oleh orang yang mengambil yahudi sebagai penasihat. Yahudi ialah penipu. Umno berbaik dengan yahudi penipu jadi umno juha kaki penipu.



Kampung Baru Mungkin Dibuka Untuk Bukan Melayu Tingkat Potensi Pembangunan
Posted on Saturday, May 29 @ 06:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber Bernama

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Hak pemilikan tanah orang Melayu di kawasan Kampung Baru tidak akan terjejas walaupun masyarakat bukan Melayu bakal diberikan kuota 40 peratus untuk memiliki hartanah di kawasan berkenaan apabila projek Pembangunan Kampung Baru dilaksanakan kelak.



Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata ini kerana Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru yang akan ditubuhkan di bawah Akta Parlimen akan bertindak sebagai badan mekanisme penyeliaan kawalan pemilikan Melayu di kawasan itu.


"Cadangan itu bertujuan memaksimumkan potensi pembangunan di kawasan tersebut...apabila kita katakan bukan Melayu, maksudnya ia tidak terhad kepada kaum bukan Melayu di negara ini tetapi mungkin juga pelabur-pelabur luar yang berminat.

"Kalau kita teruskan sekatan kepentingan tanah ini kepada orang Melayu sahaja, saya tidak yakin kita akan dapat nilai tanah, RM4,000 atau RM1,000 sekalipun seperti yang pemilik tanah dan pewaris tanah di Kampung Baru mahukan," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan pemilik dan pewaris tanah mengenai pembangunan Kampung Baru di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Berdasarkan cadangan untuk membatalkan sekatan kepentingan tanah-tanah di Kampung Baru, kaum bukan Melayu akan berpeluang untuk memiliki ruang perniagaan dan unit-unit kediaman yang akan dibangunkan di kawasan itu berdasarkan nisbah 60:40.

Raja Nong Chik berkata kabinet dalam mesyuaratnya pada awal bulan ini juga secara dasarnya telah bersetuju mengenai cadangan itu.

Sekatan kepentingan tanah yang terdapat di dalam geran tanah Kampung Baru menetapkan bahawa tanah di kawasan itu tidak boleh dipindah milik atau diduduki oleh kaum bukan Melayu.

Ia secara tidak langsung menjadi satu dilema dalam isu-isu tanah di kawasan berkenaan selain disifatkan akan mengehadkan potensi pembangunan Kampung Baru, sekiranya sekatan itu dikekalkan.

Ditanya sama ada nilai RM4,000 sekaki persegi yang dituntut pemilik dan pewaris tanah di kawasan itu adalah realistik, Raja Nong Chik berkata ia agak tinggi, tetapi tidak mustahil nilai hartanah di kawasan berkenaan akan mencapai tahap itu dalam jangka masa panjang.

Selain itu Raja Nong Chik berkata kerajaan juga telah bersetuju untuk melantik Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebagai pemaju utama dalam melaksanakan pembangunan Kampung Baru.

Selain PNB, kerajaan juga menawarkan kepada dua lagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) iaitu Lembaga Tabung Haji dan Pemodalan Hartanah Berhad, katanya.

"Tiga GLC ini kita pilih sebab ia berpegang kepada kepentingan bumiputera. Memang ada GLC lain yang lebih besar tetapi kebanyakannya tidak berasas kepada kepentingan bumiputera.

"Kerajaan pula tidak akan menjadi pemaju...kita tidak ada keupayaan itu sebab itu kerajaan hanya akan menjadi pengawal dan penyelaras bagi projek ini," katanya.

Manakala GLC yang lain digalakkan untuk menjadi pemilik atau penyewa utama hartanah di Kampung Baru.

Kampung Baru mempunyai keluasan sejumlah 122.93 hektar dan berdasarkan penilaian tanah yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) pada Mac 2007 yang melibatkan keluasan 54.4 hektar di kawasan itu menetapkan kadar RM270.00 ke RM300.00 per kaki persegi bagi tanah kediaman dan RM500.00 ke RM600.00 per kaki persegi bagi tanah perdagangan.

-- BERNAMA

Sabtu, 29 Mei 2010

Semakin Parah bagi my

Samy pecat Murugessan sebagai SU Agung MIC
Mei 30, 10 4:06pm
Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu telah memecat S Murugessan sebagai setiausaha agung part itu.

Jawatan tersebut kini diisi oleh pengerusi MIC Negeri Sembilan,
Datuk T Rajugopalu.

Jumaat lalu, Murugessan (foto) telah menyatakan tidak puas hati dengan tindakan pemecatan empat pemimpin parti itu oleh Samy Vellu.

Sebaliknya, kata beliau, mereka harus diberi peluang untuk mempertahankan diri di jawatankuasa disiplin parti.

Beliau merujuk kepada pemecatan dua ahli jawatankuasa pusat MIC, KP Samy dan G Kumar Amaan, bersama dengan timbalan ketua Pemuda, V Mugilan dan pemimpin veteran dari bahagian Petalign Jaya, V Subramaniam.

Keempat mereka dipecat oleh Samy Vellu tanpa didengar oleh jawatankuasa disiplin.

Sementara, dalam kenyataannya melalui SMS kepada Malaysiakini, Murugessan berkata ia adalah budi bicara prsiden untuk melantik setiausaha agung parti.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada presiden kerana memberi saya peluang untuk bertanding di Subang dan berkhidmat sebagai setiausaha agung parti," katanya.

Sehubungan itu, Murugessan berkata beliau tetap dengan pendiriannya dan bersedia berdepan dengan akibatnya.

"Saya mengucap tahniah kepada Datuk T Rajugopalu di atas pelantikannya sebagai setiausaha agung MIC yang baru," katanya

Berani dan prihatin

Dua bekas pegawai tinggi kerajaan kritik MEB
Abdul Rahim Sabri
Mei 29, 10
3:14pm
Kongres Ekonomi Bumiputera di ibunegara hari ini panas apabila Model Ekonomi Baru (MEB) yang disusun oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negera (MPEN) telah dikritik oleh dua bekas pegawai tinggi kerajaan pusat kerana "tidak mengutamakan agenda bumiputera".

Mereka ialah bekas timbalan ketua pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia, Senator Datuk Akbar Ali dan bekas ketua pengarah Unit Perancang Ekonomi (UPE) Datuk Halipah Esa.

"Model ekonomi baru adalah dokumen MPEN yang belum diterima oleh kerajaan.

"Ia menyerang bangsa Melayu dan Dasar Ekonomi Baru (DEB)... MPEN kena berpegang kepada kekuatan sendiri, bukan kelemahan orang lain," kata Akbar disambut laungan beberapa peserta "bakar buku itu" dan "buang buku itu".

Modul itu kini dibukukan sebagai cadangan kepada kerajaan dan kulitnya berwarna merah.

Akbar mengulas pembentangan kertas kerja oleh Ketua Setiausaha MPEN, Prof Dr Normah Mansor (kiri) bertajuk "Agenda Melayu Dalam Model Baru Ekonomi" di Dewan Tun Hussein PWTC.

Kongres anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) itu dihadiri oleh kira-kira 300 peserta hadir yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Normah mengakui kekurangan dasar-dasar khusus untuk bumiputera dan Melayu dalam model ekonomi baru tersebut.

Berikutan itu, katanya, MAPEN mahu mendengar dari kongres tersebut mengenai agenda Melayu dan bumiputera kerana ia tidak dirumuskan dalam MEB.

Sesi tersebut dipengerusikan oleh ahli akademik Datuk Kamaruddin Kachar yang meminta ahli panel supaya jangan takut untuk berterus terang mengenai MEB kerana mereka membela hak semulajadi orang Melayu.

Selain Akbar dan Halipah ialah seorang ahli akademik Rajini Ramlan dan profesor sejarah, Datuk Ramlah Adam.

Akbar (kiri) berkata, MPEN perlu bersikap adil kepada DEB agar tidak mengutuk atau menyalahkan DEB untuk menggalakkan model baru ekonomi.

Katanya MEB adalah pandangan MPEN dan beliau bimbang sekiranya modul tersebut digunakan sebagai senjata untuk menumbangkan kerajaan dan menjadi alat baru untuk menjajah bumiputera.

Sehubungan itu, Akhbar (kiri) menggariskan langkah dengan menjadikan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai sumber penggubalan MEB demi menjamin kesejahteraan dan kualiti rakyat.

Beliau juga mencadangkan agar dihapuskan diskriminasi terhadap bumiputera dan menyusun semula guna tenaga dan kekayaan negara.

Manakala Halipah yang turut membahaskan kertas kerja tersebut, juga mengkritik modul MEB.

"Saya tidak nampak agenda bumiputera (dalam MEB). Tidak diberi tempat.

"Dalam lapan SRI (strategic, reform, initiative) dalam MEB, tidak letak agenda bumipoutera sebagai keutamaan," katanya.

Dalam menghadapi cabaran ekonomi hari ini, Halipah (kiri) menggesa agar agenda bumiputera perlu dizahirkan dengan meningkatkan kapasiti dan kebolehan yang tinggi.

Sehubungan itu, katanya, MEB dan Rancangan Malaysia ke-10 perlu lebih perkasa dengan menitikberatkan pendidikan dan latihan serta kouta biasiswa perlu diteruskan.

Sementara itu, pengerusi MPM, Datuk Ibrahim Ali ketika ditemui pemberita berkata agenda bumiputera mesti diutamakan dan menjadi agenda nasional.

"Kedua pembahas menimbulkan kesangsian (terhadap) model ekonomi baru.

"Agenda bumiputera tidak dijelaskan atau kabur dan tidak dititikberatkan, seolah-olah menyalahkan dasar kerajaan itu tidak benar," katanya.


Khamis, 27 Mei 2010

Kes yang polis kalah

Dua bekas suspek Nurin Jazlin diberi ganti rugi

KUALA LUMPUR - Dua bekas suspek kes culik dan bunuh Nurin Jazlin Jazimin diberi ganti rugi oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana penahanan secara salah dan kecederaan semasa dalam lokap polis.

Tapi dengan kes Anwar sentiasa permohonan Anwar ditolak. Bagaimana ?
Kenapakah ini berlaku

Very hard to say sorry.

Very hard to say sorry.
Ketika kapal selam menembak jatuh dan menyebabkan kematian kepada tentera udara China beberapa tahun lalu. terlalu sukar bagi yang di top to say sorry. sehingga ada kartoon menggambarkan seorang guru mengajar seorang pelajar us president to say sorry.

Bila satu paparan vedio klip tahanan wanita dalam penjara yang disiasat dalam keadaan bogel. Dikatakan wanita itu dari negara China maka bergegas Hamid Albar memohon ampun dan maaf kepada kerajaan Beiging. Tiba-tiba wanita itu bukan wanita asing malah wanita tempatan bangsa melayu tak dengar berita sesiapa yang minta maaf kepada mangsa.

kok guana jadi begitu.

La ni adik yang dah ditembak mati sudah tiada dalam alam maya ini. malah masing-masing yang paling top dalam polis tak sanggup minta maaf. Kanak-kanak itu rakyat selangor. Kenapa jadi begitu. aduhai terlalu sakit kepala memikir ketinggian disiplin dan peradaban KPN dan KPNS ini.


Dalam pada itu, Khalid turut menyuarakan rasa kecewa dengan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar kerana enggan mengaku bersalah atas kecuaian anggotanya serta meminta maaf kepada keluarga mangsa.

"Mengapa KPN (Musa) susah nak minta maaf, saya tidak faham mengapa di Selangor mereka (Khalid) begitu berkeras mempertahankan perkara yang semua orang tahu tak betul.

"Tapi di Negeri Sembilan, hari itu juga ketua polis negeri meminta maaf kepada keluarga pihak yang ditembak dan mengakui bahawa mereka tersilap,” ujarnya.

Khalid Samad kena minta sepupunya yang dua orang tu mintak maaf kepada keluarga Aminurrasyid agaknya.


Kedua sepupunya itu

1. yang jadi PM

2. yang menteri KDN.

Bila kedua atas salah seorang minta maaf tak sempat pagi KPN dan KPNS minta maaf kepada keluarga Aminurrasyid.



Umno menipu lebih 50 tahun

Datuk Seri Azizan: Ada Banyak Lagi Rahsia Pentadbiran BN Yang Tidak Didedahkan

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tiada apa yang boleh diselindung UMNO dan Barisan Nasional (BN) apabila seorang wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu mendedahkan beliau pernah cuba dipujuk oleh pemimpin parti itu untuk meninggalkan Kerajaan Negeri.

"Jangan jadi tidak tentu arah dan tuding jari kepada orang lain setelah apa yang mereka buat terdedah. Itu yang saya nak ingatkan," katanya.

Menurutnya, tidak ada sebab bagi beliau ataupun Pas untuk menjadi juara dengan mencetuskan isu lompat parti melibatkan wakil rakyatnya sendiri kerana kerjasama parti komponen Pakatan Rakyat (PR) di Kedah ketika ini amat kukuh.

"Tidak ada makna untuk kita buat lagu (macam) tu. Kita berada dalam keadaan kukuh, nak cari pasal buat apa?" katanya.

Azizan berkata, Pas juga tidak terniat mahu memerangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Keadilan Rakyat dan DAP melafazkan ikrar taat setia di depan umum pada 22 Mei lalu seperti didakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

"Tohmahan kononnya kita buat wakil rakyat PKR dan DAP macam daun karipole, cari bila nak guna, lepas guna buang, itu tuduhan jahat. Depa (BN) sudah gelabah," katanya ketika diminta :mengulas kenyataan Mahdzir dalam :Sinar Harian: 25 Mei lalu yang mendakwa, isu lompat parti melibatkan tiga ADUN PKR dan seorang DAP dicetuskan sendiri oleh beliau untuk menunjukkan kepada rakyat kononnya beliau mampu menyelesaikan masalah dalaman PR dan mentadbir Kedah dengan baik.

Mahdzir berkata, Pas Kedah yang diterajui Azizan mencipta isu lompat parti, cuba menyelesaikannya dengan memaksa keempat-empat ADUN PKR dan DAP melafazkan ikrar taat setia dan akhirnya, dilihat sebagai juara dan penyelamat daripada kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah terpaksa dibubarkan jika keempat-empat mereka iaitu Lim Soo Nee (PKR-Kulim), S Manikumar (PKR - Bukit Selambau), Tan Chow Kang (PKR - Sidam) dan Lee Guan Aik (DAP - Kota Darulaman) jadi lompat parti.

Azizan berkata, apa yang dibangkitkan itu tidak timbul langsung.

"Saya tak mahu timbul masalah dengan sesiapa. Saya tak pernah sentuh peribadi sesiapa dan saya minta, janganlah saya pula dituduh buat perkara yang saya tidak buat," katanya.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah mengingatkan, banyak perkara berkaitan pentadbiran Kerajaan BN dahulu yang beliau tidak dedahkan.

"Jangan ganggu pentadbiran saya berlebihan hingga saya terpaksa buat apa yang sebenarnya saya tidak mahu buat. Banyak perkara saya simpan sebenarnya," katanya.-GB

Khalid cabar ezam

Khalid Cabar Ezam Bertanding Di Shah Alam PRU-13 Nanti

Oleh Frederick Luccas

SHAH ALAM 26 Mei - Ahli PArlimen Shah Alam, Khalid Samad mengalu-alukan Senator Ezam Mohd Nor untuk bertanding menentangnya merebut kerusi parlimen Shah Alam dalam pilihan raya akan datang bagi menguji sama ada rakyat menerimanya sebagai pemimpin.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Ezam atas perlantikan beliau ke dalam Dewan Negara sebagai Senator, ini mungkin ganjaran untuk beliau sebagai balasan usaha beliau untuk kerajaan Umno-BN," kata Khalid pada sidang media di pejabatnya semalam.

Menurut Khalid, perlantikan Ezam sebagai senator membolehkan beliau memasuki Dewan Negara melalui 'pintu belakang', bukan sebagai calon pilihan rakyat dan ini adalah sesuatu yang tidak adil kepada semua ahli parlimen lain yang dipilih secara adil melalui pilihan raya.

"Jika betullah Ezam merupakan pilihan rakyat dan beliau benar dalam perjuangannya, saya mengalukan Ezam untuk beradu tenaga di sini, Shah Alam. Buktikan kepada rakyat bahawa dia sebenarnya layak untuk memasuki Dewan Negara," tegas Khalid.

Jawapan ezam pastinya dia dah senator.

Ezam disifatkan oleh Khalid sebagai pengkhianat kerana membelakangkan kepercayaan KEADILAN dan sanggup melompat demi kebendaan.

"Dulu dia penyokong setia Datuk Seri Anwar ibrahim, dan kini dia sanggup melupakan kesetiaannya dan menjadi kuncu Umno.

"Saya merasakan jika Ezam menerima ajakan saya, saya akan mendapat persaingan yang sengit kerana dulu Ezam bertanding untuk Shah Alam semasa pilihan raya tahun 1999. Tetapi, itu hak rakyat, biar rakyat menentukan siapa pemimpin pilihan mereka," tegas Khalid lagi.

Tanah KTMB di singapura

Disifir mudah bodoh ertinya kerajaan BN.
TanahKTMB itu ada geran dan pajakannya hingga tahun masihi 2900 lebih. diserah atau jual kepada singapura. Diganti dengan tanah baru yang luasnya berkurang dan tahun pajakan berkurang mungkin 99 tahun.
mana win-win situationnya.
Pakar yang bijak bestari pastinya terduduk.

Kebakaran hutan di pinggiran lenggong


Gambar dari arah lampu isyarat. kejadian semalam.

Rabu, 26 Mei 2010

Aman Malaysia nak hantar bantuan ke Gaza

Dulu memang payah sebabnya banyak sekarang agak mudah tapi dengan syarat.
1. Kalau nak bawak melalui mesir kena bawak rosmah mansor sebab hubungan beliau dengan mesir dulu dikatakan baik.
2. Boleh bawa terus ke ghaza dengan menjadikan salah seorang dari tiga orang ni.
a. Zahid hamidi kerana ehud barrrak tu adik dia.
b. Dato Najib PM pasal tentu apco boleh terbalikkan nasihat dengan kata kat Natangyahoo yang najib ambil apco jadi penasihat.
c. Dato Nazri aziz dialah yang membela apco serta mengemukan usul mendakwa DSAI di parlimen.
Jadi kalau mana 4 orangni menjadi kepala mungkin boleh hantar bantuan kepada saudara di palestin.
terutama yang utama zahid hamidi dia kata kat barrak kita sama.

Samy Velu semakin parah

muka depan utusan malaysia menyebut anak samy velu biadab takkan begitu sekali kata dikatakan. tapi begitulah bunyinya tulisan tu.

Nasihat Syarikat APCO Worlwide-yahudi

Abdullah serah 2 telaga minyak- kepada Brunei.
Najib serah tanah KTMB kepada singapura.
Berlawan sakan mereka ni. yang untungnya ialah siapa ya?
Semoga Allah melaknat golongan yang zalim termasuk kedua orang tu.

Selasa, 25 Mei 2010

Yahudi - membujur lalu, melintang patah.

Itulah sikap yahudi.
Dalam kesebukan rakyat menentang judi dan kezaliman apa yang kita nampak dari reaksi pemimpin utama kerajaan bn. Sampai yang tersohor dengan forum agama menjadi kelu bisu seperti syaitan bisu. itulah dia si jamil khir.

Isnin, 24 Mei 2010

Sejarah BN- Subky Latif

Kuasa mengugut yang dipegang oleh Tun Mustafa untuk mengISAkan pemimpin SUPP rupanya telah lama wujud. Tak heranlah sehingga kini mereka (umno) masih meneruskan kuasa mengugut terhadap ADUN dan ahli parlimen Pakatan Rakyat. Kuasa mengugut mereka guna di Perak, Selangor,Pulau Pinang dan Kedah.
Tetapi sebenarnya mereka lupa apa yang berlaku kepada Tun Mustafa matinya usno ditangan umno. dan beliau mati dalam hina. itulah rupa gayanya orang yang berlaku zalim dengan mengugut. Kematian yang hina akan lalui oleh para pemimpin yang zalim lagi jahat. Dalam pepetah arab ada mengatakan lebih kurang begini bunyinya "man qatalu, qutilu" ahli yang tahu kalau silap boleh betulkan.


Nasib SUPP selepas kalah di Sibu
Subky Latif


SUPP atau Parti Rakyat Bersatu Sarawak yang mewakili Barisan Nasional yang kalah dalam pilihan raya kecil Parlimen di Sibu pada pertengahan Mei lalu bukanlah parti yang asalnya diasaskan menjadi parti kerabat Barisan Nasional.

Bahkan ia diasaskan bagi membebaskan Sarawak dari penjajahan British dan apabila Sarawak merdeka melalui Malaysia, ia kekal sebagai sebuah parti pembangkang yang menentang gabungan Perikatan yang berkuasa di Sarawak.

Ia adalah parti yang tidak tertarik dengan gagasan pembetukan Malaysia kerana sebelumnya ia mempunyai hubungan langsung dan tidak langsung dengan perjuangan Shaikh Azahari, pemimpin Partai Rakyat Brunei bagi membentuk sebuah Negara Kesatuan Kalimantan Utara yang menggabungkan Brunei, Sabah dan Sarawak dengan Sultan Brunei sebagai Rajanya.

Politik SUPP sebagai parti pembangkang di Sarawak selepas berada dalam Malaysia dulu adalah sama dan sealiran dengan pembangkang di Semenanjung seperti Gerakan, PPP di bawah Seenivasagam bersaudara di Perak dan DAP. Ia parti yang rata-rata dikuasai oleh masyarakat Cina yang dikira anti UMNO dan sekutu-sekutunya dalam Perikatan.

Ia adalah sebuah parti yang besar pengaruhnya dan ikut berpandangan bahawa parti-parti dan individu di Sarawak yang menyokong Malaysia adalah pihak yang menjadi boneka kerajaan pusat dan parti Perikatan yang berkuasa. Sekalian mereka yang cenderung menyokong Kuala Lumpur dan Perikatan tidak begitu popular di Sarawak.

Dalam pilihan raya awal tahun 70an bagi menentukan pengaruh Stephen Kalong Ningkan, Ketua Menteri Sarawak yang pertama selepas pembentukan Malaysia, SUPP adalah parti pembangkang yang penting.

Kalong Ningkan dipercayai orang lebih cenderung dengan politik Lee Kuan Yew dan tidak senang dengan penyingkiran Singapura dari Malaysia. Tidak dipastikan pendirian SUPP dengan pemimpin Singapura itu. Yang nyata keduanya tidak sekata dalam pembentukan Malaysia. Lee Kuan Yew pro pembentukan Malaysia menakala SUPP tidak tertarik dengannya.

Dalam pilihan raya bagi menentukan kerajaan Sarawak yang tidak berbelah bagi kesetiaannya kepada Kuala Lumpur, SUPP yang paling ketara menentang orang-orang yang diberi sokongan penuh oleh Kuala Lumpur seperti Abdul Rahman Yaakub dan Abdul Taib Mahmud.

Perdana Menteri Tun Razak mengirim Menteri Pelajaran Abdul Rahman Yaakub bagi menjadi calon Ketua Menteri bagi menggantikan Ketua Menteri Tawi Seli yang tidak lagi bertanding dalam pilihan raya itu.

Keputusan pilihan raya itu tidak memberikan majoriti yang jelas kepada parti-parti yang bertanding. Kira-kira seperti yang terjadi di Britain dalam pilihan raya Mei lalu.

Dalam kebuntuan itu, seperti yang Tun Datu Mustapa, Ketua Menteri Sabah ketika itu kata kepada saya, bahawa beliau bersama Perdana Menteri Tun Razak mengadakan pertemuan dengan pemimpin SUPP, Ong Kee Hui rakannya semasa belajar di Maktab Pertanian Serdang dulu.

Tun Mustapha memintanya membentuk kerajaan campuran dengan Abdul Rahman Yaakub sebagai Ketua Menteri. Ong Kee Hui tidak dapat membuat keputusan tanpa persetuan Setiausaha Agung SUPP Stephan Yong. Tun Mustapha memintanya memanggil Stephan.

Kedua mereka didesak bersetuju membentuk kerajaan dengan Perikatan. Stephen Yong kata mustahil kerana mereka baru berkempen menentang parti yang dipimpin oleh Abdul Rahman Yaakub.

Menurut Tun Mustapha, dia minta Tun Razak menyerahkan kuasa Perdana Menteri kepadanya satu jam. Tun Razak dikatakan tidak berhalangan.

Dengan kuasa Perdana Menteri itu, Tun Mustapha memberi kata dua kepada kedua pemimpin SUPP supaya bersetuju membentuk kerajaan dengan Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri. Jika menolak kedua mereka akan dikenakan Tun Mustapa tindakan ISA.

Kata Tun Mustapha mereka bersetuju dengan tekanan itu. Kuasa Perdana Menteri dipulangkan semula kepada Tun Razak. SUPP bersetuju membentuk kerajaan bersama Abdul Rahman Yaakub.

Dari masa persetujuan SUPP menyertai Perikatan dan tidak lagi berbangkit kerajaan yang dibentuk sebagai kerajaan campuran tetapi ialah kerajaan Perikatan.

Penyertaan SUPP dalam Perikatan yang peranannya dimainkan oleh Abdul Rahman Yaakub membuka jalan kepada Tun Razak melebarkan Perikatan kepada apa yang dinamakannya Grand Alliance atau Perikatan Raya membawa Gerakan pimpinan Dr. Lim Chong Eu di Pulau Pinang dan PPP di Ipoh bersamanya.

Tun Razak melobi PAS menyertai Perikatan yang besar itu tetapi Datuk Asri, Menteri Besar Kelantan tidak bersetuju gabungan itu dikekalkan dengan nama Perikatan tetapi boleh menimbangkannya menggantikannya dengan nama lain.

Tun Razak dan Datuk Asri bersetuju nama baru itu Barisan Nasional. Maka berakhirlah Perikatan yang diganti oleh Barisan Nasional.

Tetapi pembuka jalan kepada Perikatan yang lebih besar tadi dimulakan dengan persetujuan SUPP. Sejak itu SUPP tidak lagi dikenali sebagai parti yang radikal tetapi terus menjadi kerabat Barisan Nasional yang setia.

Sibu yang menjadi kubunya sejak ia dibentuk kekal menjadi kubunya sekalipun menjadi komponen BN hampir 40 tahun. Tetapi pilihan raya kecil pertengah Mei lalu didapati SUPP tidak dapat mempertahankan kerusinya dan Sibu seperti kembali ke zaman ia sebelum menyertai Perikatan/BN dulu.

Apakah ia akan mengalami nasib yang telah menimpa Gerakan dan PPP?

Berkat dari kesepakatan Pakatan Rakyat

Hadi: PAS sedang satu-padukan semua kaum
Mei 23, 10 1:38pm
Keterbukaan PAS menerima orang bukan Islam menyertai parti Islam itu melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) membuktikan bahawa parti itu sedang menyatupadukan semua kaum di negara ini.

Harakah Daily memetik presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, jika semua kaum di Malaysia digabungkan dengan baik, ia akan menghasilkan natijah yang baik untuk manfaat negara.

"PAS cuba menyatupadukan seluruh kaum di negara ini dengan membuka pintu kepada orang bukan Islam menyertai PAS.

"Ini terbukti apabila Kelab Penyokong PAS dinaiktaraf sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan pelancaran DHPP di Klang hari ini.

Sebagai gimik pelancaran, beliau menyentuh sebuah glob bertulis DHPP.

Dalam ucapannya, Hadi juga berkata, apa yang boleh menyatukan semua kaum ialah keadilan dan saling menghormati antara satu kaum dengan kaum yang lain, dan ia sedang dibuktikan oleh PAS.

Mengulas lanjut beliau berkata PAS mengambil langkah proaktif sewaktu memerintah Terengganu apabila membenarkan orang bukan Islam menjadi calon PAS bertanding pilihan raya.

"Ini membuktikan bahawa PAS tidak mengenepikan orang bukan Islam," katanya lagi.

Turut hadir Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, Bendahari, Dr. Hatta Ramli, Ketua Penerangan, Idris Ahmad.

Manakala pimpinan lain termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hassan Ali, Pengerusi Lajnah Perpaduan Kaum, Mujahid Yusof, timbalannya, Halimah Ali yang juga pengarah program serta pengerusi dan timbalan pengerusi DHPP Hu Pang Chaw dan N Balasubramaniam.


DHPP ubah pandangan serong bukan Islam terhadap Islam
Hazayani Zakaria
KLANG, 24 Mei: Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Pang Chaw mengakui penubuhan Kelab Penyokong PAS (KPP) yang kini sudah dinaik taraf kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) banyak mengubah sikap dan pandangan bukan Islam terhadap Islam.

Beliau yang merupakan antara tulang belakang KPP yang ditubuhkan sejak 2004 berkata, penubuhan tersebut merupakan titik tolak kepada pencerahan pemikiran orang bukan Islam yang sering dimomokkan dengan pandangan serong terhadap Islam dan PAS itu sendiri.

"Penubuhan Kelab Penyokong PAS pada tahun 2004 yang lalu , saya lihat banyak perubahan sikap di kalangan masyarakat bukan Islam PAS.

"Usaha-usaha yang dilakukan oleh PAS untuk menyatukan masyarakat bukan Islam nampaknya sudah nmendatangkan hasil," katanya sewaktu berucap di majlis pelancaran DHPP, di sini, semalam.

Sambil merakamkan ucapan terima kasih kepada PAS khususnya Lajnah Perpaduan Nasional di bawah Dr. Mujahid Yusuf Rawa, beliau juga meletakkan harapan agar PAS terus melaksanakan penyatuan kaum yang tidak dapat dilakukan oleh Barisan Nasional selama ini.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pimpinan PAS yang meluluskan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS ini dan kita harap apa yang tidak dapat dilakukan oleh Barisan Nasionl, dapat dilakukan olah PAS.

Tegasnya, beliau akan memastikan DHPP dapat mencapai misi dan visi untuk mewujudkan negara Malaysia yang aman damai dengan penyatuan semua kaum.

"Kita dalam DHPP mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah syurga, kita dapat hidup dengan aman dan harmoni. Marilah kita sama-sama merealisasikan usaha ini.

Pang Chaw juga berkata, beliau menghormati prinsip Islam yang tidak pernah menghalang sesiapa sahaja untuk melakukan kebaikan.

"Dalam Islam tidak pernah menghalang kita untuk buat kerja baik," katanya.

Nada yang sama turut disuarakan timbalannya, N. Balasubramaniam yang turut berucap di majlis tersebut.

"Saya sudah lama menanti kelab penyokong ini dinaik taraf kepada dewan dan hari ini impian kita sudah menjadi kenyataan. Kita sudah berada di sini sebagai ahli dewan.

"Saya mengucapakan terima kasih kepada Presiden PAS dan pimpinan tertinggi yang lain kerana menaik taraf kelab ini kepada dewan himpunan penyokong PAS, " katanya.

Pada majlis berkenaan, ahli DHPP turut melafazkan ikrar taat setia kepada PAS dengan diketuai oleh ketua pemuda DHPP, Balendran.

Ikrar berkenaan mengandungi lima perkara iaitu:

Pertama, menjunjung dasar parti dan mentaati prinsip perjuangannya.

Kedua, menghormati keputusan-keputusan kepimpinan parti dan kepimpinan dewan.

Ketiga, melaksanakan maksud perpauan dalam parti dan dalam negara ini.

Keempat, menghormati segala peraturan dan peraturan dewan sebagai panduan.

Dan kelima, memastikan ahli dewan menjaga nama baik PAS dan perjuangannya

Kerja akhbar talibarut.

Hari jumaat menipu dan memfitnah hari isnin baru minta maaf. Sebenarnya mereka tadak mengerti erti bahaya fitnah itu lebih buruk dari membunuh. Berita yang tidak tepat malah mengelirukan itu menghilangkan terus keyakinan orang ramai terhadap mereka. Kalau berita harian disiniskan sebagai Berita hairan , utusan melayu disiskan sebagai utusan meloya. sinar harian akan menjadi pula sebagai sinar hirau birau.
semoga Allah melaknat tangan yang jahat lagi buruk itu.

Kristian tolak PAS: Sinar Harian minta maaf kepada PAS
Harakahdaily

IPOH, 24 Mei: Akhbar Sinar Harian hari ini menyiarkan semuka penuh permohonan maaf kepada PAS Perak ekoran laporan mereka 'Kristian tolak PAS' sebelum ini.

Permohonan maaf itu dibuat selepas mendapat bantahan dan peringatan daripada PAS Perak melalui kenyataan bertulis yang dibuat oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Dr. Haji Khairuddin bin Datuk Abd Malik.

Selain permohonan maaf, Sinar Harian juga menyiarkan kenyataan rasmi daripada Dr. Khairuddin di muka surat yang sama.

Sebelum ini, Sinar Harian dalam laporan akhbarnya edisi Perak telah memutar belit kenyataan paderi, konon Kristian menolak PAS. Padahal kenyataan itu bukannya dari paderi tetapi telah diputar belitkan oleh pihak media berkenaan dengan niat untuk mengelirukan orang ramai.

Ulasan itu telah dibuat Sinar Harian berdasarkan satu pertemuan Paderi dari Seluruh Gereja di seluruh Daerah Kinta dengan pihak PAS Perak baru-baru ini.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin, tidak ada pun kenyataan daripada pihak Kristian yang menyatakan 'Kristian menolak PAS', cuma apa yang disebut, kalau program tersebut dianjurkan tiga tahun lepas mereka pasti tidak akan hadir.

Nizar turut menegaskan sebelum ini, "Sinar Harian perlu membuat pembetulan secara terbuka dalam akhbarnya atau mengadapi tindakan mahkamah."

Bagaimana aduan kepada SPR

SPRM kata depaakan siasat, bagus.SPR yang tiada M pula bagaimana bila diadu undi pos dan pegawai bernama mail tu bagaimana. siasat atau tidak. kalau siasat dan dibawa kepada peguam negara baguslah. kalau tiddak teruklah dan besarlah penipuannya.
Rakyat sememang sedar akat siapa AG dan bagaimana kehakiman negara dalam kes yang melibatkan politik.

Rasuah dalam PRK

Aduan politik wang di pilihan raya Sibu, Hulu S'gor
Mei 23, 10 6:36pm
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menerima aduan mengenai politik wang ketika pilihan raya kecil parlimen di Sibu dan Hulu Selangor, kata Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed.

Katanya, SPRM akan menyiasat semua aduan itu dan apa saja yang berkaitan dengan rasuah.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan sebuah buku bertajuk "Reforming Political Financing in Malaysia" yang diterbitkan oleh Tranparency-International Malaysia di Petaling Jaya, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Mustafar Ali berkata, semua aduan itu diterima daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.

"Kami akan mengambil tindakan mengenainya (aduan-aduan). Kami akan memanggil saksi untuk memberi keterangan dan sesiapa saja yang berkaitan kes dari kedua-dua pihak itu," katanya.

Bag

aimanapun, beliau berkata, sama ada terdapat kes untuk dibawa ke mahkamah, semuanya bergantung kepada keputusan Pejabat Peguam Negara.

Mengulas isu kerugian Sime Darby, Mustafar berkata, SPRM belum merekodkan keterangan daripada mana-mana pihak mengenai isu Sime Darby Bhd yang mengalami kerugian sebanyak RM964 juta.

- Bernama



rakyat hanya nak tahu sprm jalankan siasat atau tidak. rakyat dah tahu akan tindakan peguam negara.

"You help me, I help you", SPRM siasat Najib
Hazlan Zakaria
Mei 23, 10
1:45pm

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung "You help me, I help you" semasa kempen pilihan raya Sibu.

Pelbagai pihak, khusus parti-parti pembangkang mendakwa kenyataan Perdana Menteri itu melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Ketua SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed (kiri, berdiri) memberitahu wartawan semasa sidang media di Petaling Jaya bahawa pihaknya telah menerima aduan berkenaan dan sedang menyiasatnya.

Pengarah siasatan SPRM, Mustafar Ali juga mengesahkan perkara itu kepada wartawan sambil berkata, suruhanjaya itu akan memanggil beberapa orang saksi untuk dirakamkan kenyataan mereka.

Kedua-dua pegawai kanan SPRM itu menghadiri sebuah forum Transparency International berhubung pembaharuan politik kewangan di Malaysia.

Pada 17 Mei lalu, Pengerusi DAP Karpal Singh mendakwa Najib terbabit dalam 'pembelian undi' pada pilihan raya keci parlimen Sibu.

Beliau merujuk kepada satu majlis di Rejang Park, pada 15 Mei seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar harian bahasa Inggeris Sunday Eastern Times.

Berikut petikan kata-kata Najib yang dipertikaikan itu yang dibuatnya dalam bahasa Inggeris.

“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,”
kata Najib.

Pada majlis ini, Najib menjanjikan kerajaan persekutuan akan memberi RM5 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu jika BN menang pilihan raya berkenaan.

Menurut Karpal tindakan itu jelas mencabuli Akta Kesalahan Pilihan Raya dan secara berseloroh berkata sekiranya tidak berhati-hati, Perdana Menteri boleh dihumban ke penjara dan negara terpaksa mengadakan pilihan raya kecil di Pekan pula.