ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Khamis, 19 Februari 2009

Rupanya Sultan Idris Lebih Bijak Dari Sultan Azlan


Mohon keizinan untuk terbitkan dari,
Oleh welfare, http://telaahpolitik.blogspot.com/
kerana ada selitan bacaan.
" Sultan Perak sebelum ini iaitu almarhum Sultan Idris sememangnya dikenali sebagai Sultan yang tegas dan berani sehingga Baginda adalah salah seorang Sultan yang menentang Dr Mahathir ketika pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengurangkan kuasa Raja-Raja pada tahun 1983. Selain baginda ialah besannya Sultan Johor sekarang. Kedua-dua mereka jugalah yang mengisytiharkan Hari Raya Aidilfitri lebih awal berpandukan Hisab ketika Yang Di Pertuan Agung tidak mengisytiharkan Hari Raya Aidilfitri. Kesan tindakan baginda, hisab hari ini menjadi satu kaedah untuk menentukan puasa dan hari raya.
Meskipun banyak diperkatakan tentang peribadinya, Sultan Idris dilihat sangat bijak dalam bertindak contohnya dalam satu kes berkaitan dengan Menteri Besar Perak Allahyarham Haji Ghazali Jawi (bapa Tajul Rosli).
Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantik Haji Ghazali sebagai Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawatan Menteri Besar kali pertama, iaitu pada tahun 1960 beliau telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah. Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Beliau kemudiannya telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah adalah masih Raja Di Hilir Perak. Dalam kes perlantikan beliau kali kedua, Perhubungan UMNO Negeri Perak telah berpecah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin Mat Isa dan memihak kepada Sultan Idris, manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali dan menentang baginda Sultan.
Kalangan pimpinan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin ialah anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad. Mereka di sebelah Haji Ghazali pula terdiri dari ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perak, antaranya Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud Untoi, Ismail Abdul Rauf, Abdul Malik Ahmad dan Haji Wan Mohamed Wan Teh. Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Abdul Razak mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera. Sehubungan dengan itu, Tun Razak telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Sultan Idris dengan Haji Ghazali. Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya untuk memujuk Sultan Idris.
Pada satu malam beliau telah berkata kepada baginda, bahawa Tun Razak memohon baginda melantik Haji Ghazali ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak. Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali untuk memegang jawatan Menteri Besar Perak. Pada 4 September 1974, Haji Ghazali telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil penulis (Mokhtar Petah) mengadap baginda, di Istana Tambun, Ipoh. Dalam pertemuan penulis dengan baginda itu, penulis telah memaklumkan kepada baginda, bahawa dalam Perlembagaan Negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun. “Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjadi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata penulis kepada Baginda. Penulis kemudian melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali sebagai Menteri Besar Perak.Kemudian penulis telah memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana Perak, dan baginda telah setuju. Setelah cukup tempoh dua tahun, Haji Ghazali memegang jawatan Menteri Besar dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa titah baginda kepada orang ramai. Haji Ghazali dan beberapa orang pimpinan UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun”. Semenjak itu, krisis antara UMNO dengan Sultan Idris telah berlarutan, sehingga tahun 1977.
Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali tidak meletakkan jawatannya, baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menandatangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (Exco) Negeri Perak. Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala. Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977.
Sekiranya dilihat tindakan Sultan Idris ini jauh lebih bijak daripada Sultan Azlan, kerana beliau tidak berkenan dengan Menteri Besar disebabkan alasan Menteri Besar itu pernah terlibat dengan rasuah. Manakala Sultan Azlan pula berkenan kepada Menteri Besar yang disokong oleh wakil-wakil rakyat yang telah menipu rakyat dan dikhuatiri terlibat dengan rasuah. Walaupun alasan Sultan Idris kuat dan dari segi ketegasan baginda lebih tegas dari Sultan Azlan, tetapi dalam hal memecat Menteri Besar, baginda menyedari bahawa baginda tiada kuasa. Sultan Azlan juga pernah berhadapan dengan Dr Mahathir dalam pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk menghapuskan imuniti Raja-raja, tetapi baginda mengambil sikap mendiamkan diri. Sebaliknya dalam hal memecat Menteri Besar Perak baru-baru ini, baginda telah terlajak bertindak tidak seperti Sultan Idris. Semoga almarhum dicucuri rahmat dari Allah swt.http://telaahpolitik.blogspot.com/
(Artikel ini bersumberkan buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idris Shah, Mokhtar Petah dan disedut dari blog beliau)
"
Ada sesuatu yang boleh dibaca dari paparan tersebut.

Rabu, 18 Februari 2009

Ketamadunnan Manusia

lima aras/prinsip untuk memelihara ketamadunnan manusia. Kelima-lima itu mestilah mengikut urutan tersebut.

1. Akidah
2. Nyawa
3. Akal
4. Marwah/keturunan
5. Harta
aras yang pertama diimplementasikan secara amali oleh Nabi Ibrahim bila melaksanakan perintah Allah bagi menyembelehkan putera Baginda Nabi Ismail.
Bagi menyelamatkan keadaan pada aras yang kedua untuk contoh diberi keharusan kepada orang dahaga atau sakit yang hampir mati, jika tiada minum berkemungkinan akan mati dan ketika itu yang ada hanyalah arak keharusan diberi untuk menyelamatkan nyawa walaupun barangkali akan merosakkan akal buat seketika.
Marwah dan keturunan diletak dalam aras yang sama. Selepas akal, siapa yang rela diri dihina? siapa yang suka keturunan dihina atau dicolek. tidak ada siapa yang inginkan perkara begitu.
adalah menjadi hak bagi orang dihina atau dijatuhkan marwahnya menuntuk haknya. kerana itu ada ruang menuntuk hak dalam apa yang dikatakan saman malu. orang yang memalukan boleh dituntut untuk membayar saman malu keatasnya jika terbukti seseorang itu melakukan perbuatan memalukan atau menjatuhkan marwah orang lain.
Begitu juga kalau ada orang yang jahat yang mencolek anak orang dan menuntut sejumlah wang bagi orang yang anak dan keturunannya colek itu tiada erti baginya harta jika anaknya dibiarkan saja dicolek. orang itu mencari harta untuk anak keturunannya tapi lain pula baginya kerana itu ketamadunnan telah menggariskannya
Jika suka benar orang yang hendak menjatuhkan marwah orang ternyatalah orang itu tidak beriman.
orang yang tidak mengutuk puak-puak yang sengaja menjatuhkan marwah orang ini juga tidak beriman.

Sultan Perak Tidak Murka Kepada Nizar

Buktinya simple, Baginda masih menjemput Nizar kejamuan perayaan jubli perak pemerintahan Sultan Perak. Kalau orang dah benci jangankan jemput, tengok muka pun dah meluat dan menyampah. Tengok saja ketika si yahudi peres berlagak sombong dan angkuh depan Erdogan, bila Erdogan menyatakan hakikatnya dan meninggalkan pentas itu beliau tak tengok pun kepada peres yang sombong. betapa meluat Erdogan kepada peres Allah saja yang tahu.
So orang perak jangan terpedaya dengan lakonan pecacai-pecacai umno. Sebenarnya umnolah penghina dan penderhaka kepada Sultan Perak. Mereka membiarkan dan mengasak serta memaksa Sultan melakukan kesilapan.

Bukti Baru MB Nizar bukan Derhaka

Sila baca catatan berikut,
Apa yang lebih mengharu dan memilukan kita bila mana YAB Nizar MB Perak telah sanggup mengenepikan kepentingan diri dan politiknya di dalam mengambil tindakan mahkamah bagi mendapatkan haknya sebagai MB Perak semula. Di dalam samannya terhadap `MB Perak' yang baru diperkenankan oleh Sultan Perak, nama Sultan Perak langsung tidak dikaitkan. Ini bukti menunjukkan Pakatan Rakyat khususnya YAB Nizar tidak sanggup mencemar nama baik lebih-lebih lagi menunjukkan penentangan dan kedurhakaan kepada Tuanku Sultan Perak.
Cuma, Umno yang kononnya dilihat sebagai wira pihak istana ini cuba untuk `menjerat' pemimpin PR agar terus mengikut tari dan rentak mereka. Hakikatnya, umum megetahui sehingga sekarang Umno tidak pernah memohon ampun dan maaf kepada pihak istana setelah Umno sendiri mengusahakan pindaan perlembagaan menghapuskan imuniti Raja-Raja pada tahun 1993.
Kerana itu orang Perak yang bijak-bijak pastinya bijak dalam menilai antara kaca dan permata.

Dedah Keaiban Orang

Manusia yang tidak dedahkan keaiban orang, Di akhirat kelak Allah akan menutup keaibannya.
Bertuahlah bagi orang yang beriman yang berusaha untuk mempraktiknya imannya.
Tetapi bagi orang tidak yakin mereka tidak merasai apa-apa.
Larangan menjatuhkan maruah seseorang tidak terhad kepada sesama islam sahaja. Sebagai ummat yang sepatutnya menjadi contoh perlu perihatin dalam perkara ini.
Ingat amaran Allah. setiap jiwa muslim hendaklah takut untuk melakukan dosa yang menjatuhkan marwah orang lain. Menuduh zina kepada orang yang baik tanpa 4 saksi adalah orang yang pasik selama-lamanya. kalau dah pasik tak boleh jadi saksi. sekadar dapat gambar dan war-warkan di media juga termasuk dalam puak-puak itu.
Bertaubatlah orang-orang itu kalau mereka reti erti taubat. kehinaan akan mereka terima tak siapa yang boleh jangka jika mereka tidak bertaubat. tapi kehinaan dikhirat sudahlah pasti.

Selasa, 17 Februari 2009

Tandatanya rakyat

cina_islam melaporkan jamuan makan sempena perayaan jubli perak pemerentahan Sultan Perak, antara yang dijemput ialah MB Nizar dan pemimpin pakatan rakyat yang lain. Soalannya kalau ngikut gempur media perdana bn sekupang tak laku pakatan rakyatni di mata Sultan Perak. Mengikut laporan Sultan murka kepada MB Nizar. Hari jumat keluar gambar dalam surat khabar tulis Nizar derhaka dan wajah Sultan tak ceria masam yakni rupa marah. Sapa saja kalau dah marah pastinya tak panggil kenduri. ini Sultan buat kenduri dan panggil juga MB Nizar. Perkara ini tentunya menjadi tandatanya kepada semua rakyat. Sultan perak tak begini selalunya. pastinya Baginda sendiri di ugut. apakah ugutannya.
Kerana itu orang perak kena lihat ini dengan fikiran terbuka.
nanti kite kena main saja oleh puak-puak UMNO.
yang kalut dok tunjuk perasaan sekarang yang gah benarnya khir toyol,
ada orang perak yang jadi champion tak nampak pun.
rakyat perak jangan terjebak

Isnin, 16 Februari 2009

Rakyat Perlukan Penjelasan

Dalam suasana yang berlaku dalam Negeri Perak sekarang ini rakyat memerlukan penjelasan yang ilmiah. Penjelasan yang berbentuk emosi dan sentimen hanya akan mengeruhkan keadaan. Tunjuk perasaan sepihak bukan hujjah kepada kebenaran. Dunia kini sudah berkembang. Keilmuan menjadikan manusia bertamaddun. kekuatan fizikal tidak lagi asas kebenaran dalam aspek kematangan.
Semua pihak perlu buktikan kebenaran. Jangan biarkan rakyat dalam ketidakpastian. tunjukkan kebenaran itu. Akui kebenaran. Jangan kerana kepentingan, yang berkepentingan itu mencari dalih yang berbagai-bagai. Rakyat telah bijak dan dapat menilai masyarakat.

Bila YB Karpal Singh Nak Saman Sultan Perak.

YB Karpal tu baru kata nak saman Sultan, riuh-taru gelagat deme tu. tunjuk perasaan merata-merata. Aman saja masa mereka tunjuk perasaan tu. entahla ada ke atau tiada permit. kalau ada hebat juga tu sebab ada permit untuk tunjuk perasaan. Nak tunjuk perasaan pulatu kepada seseorang individu yang ingin menegakkan kebenaran yang pada prinsipnya tercemar. Jalan yang paling mudah untuk mengatasi kekusutan ialah melalui mahkamah. jadi biarlah YB Karpal Saman, Apa takut lawan. Baginda juga pakar undang. UMNO juga ramai peguam apalagi takut.

Ahad, 15 Februari 2009

UMNO MENGHINA SULTAN PERAK

Sepatutnya bila YB Karpal kata nak saman Sultan Perak, Umno sepatutnya terus mencabar yb karpal singh supaya segera teruskan saman itu dan Umno menyediakan peguam untuk membela Sultan Perak. Tetapi sebaliknya menghalang dengan tunjuk perasaan. Kerja menghalang karpal singh itu menghina Kebawah Duli Sultan Perak yang juga pakar dalam undang-undang. Umno mengapikan sentimen orang melayu dalam isu ini untuk meraih simpati. Tanpa disedari mereka sendiri menghina Kebawah Duli Sultan sendiri.
Lihat saja apa yang berlaku kepada Almarhum Tuanku Jaafar Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru mangkat. Mahkamah telah mendapati baginda bersalah kena bayar denda RM 1 Juta. Mengapa umno tak tunjuk perasaan ? menghalang syarikat itu menyaman Tuanku Jaafar itu. Sehingga baginda mangkat dalam catatan sejarah hitam di mahkamah.
Berbalik kepada isu di Perak ini, UMNO yang cuba menghalang YB karpal dari saman Tuanku Sultan sebenar kerana agenda lain yang tersembunyi. Mereka tak mampu menghalang hujah Karpal dari segi undang-undang kerana itu mereka menggunakan sentimen orang melayu. Dalam keadaan orang melayu yang tidak mendapat makluman yang tepat tentang gelagat peras ugut yang mereka lakukan ke atas tiga-tiga adun.
Rakyat majoriti tidak mudah tertipu dalam hal ini.
Rakyat yang perihatin perlu meneruskan sokongan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat.

Sabtu, 14 Februari 2009

Istiqamah dalam perjuangan

Harapan kepada kepimpinan PAS dan kerajaan negeri (PR). Amanah rakyat perludipertahankan. Semua ahli dan penyokong PR (yang beragama islam)perlu membulatkan pengharapan tertama kepada ALLAH. Kita perlu disetiap masa dan ketika ketika duduk dan berdiri atau sambil duduk. terjemahkan segala pengharapan dan perlakuan dala doa. mehonkanlah kepada ALLAH semoga Allah memberikan pembalasan atau hukuman kepada tangan-tangan yang jahat yang merosakkan ketenteraman kerajaan negeri. Semoga Allah menyegerakan pembalasan kepada orang atau tangan-tangan yang terlibat secara terus atau terselindung dalam rampasan kuasa yang hina ini. Semua penyokong PR perlu sedar yang mereka (UMNO) akan buat perlara yang lebih hina dari ini. Yang penting bagi semua PR ialah istiqamah dalam segala gerak geri. jangan sekali-kali cepat putus harapan dan bersangka buruk terhadap ALLAH.

Jumaat, 13 Februari 2009

Ujian Kepada PAS

Keadaan yang berlaku kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Perak merupakan ujian getir kepada
kerajaan negeri dan PAS sendiri. kerana itu setiap ahli dan penyokong PAS seluruh Perak dan Malaysia hendaklah membulat segala harapan hanya kepada ALLAH. Teruskan doa dan solat hajat semoga Allah memberikan pembalasan dan hukuman kepada tangan-tangan yang jahat dalam negeri perak ini.
Teruskan memberi sokongan pada kepada kepimpinan PR perak dan PR Kebangsaan

Selasa, 3 Februari 2009

Sokongan PAS Lenggong

PAS lenggong merakamkan sokongan kepada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Perak.

Melawat Ke Arab Saudi

Kebanyakan masyarakat melayu yang melawat ke Arab Saudi bertumpu ke dua bandar utama iaitu Makkah al Mukarramah dan Madinatul Munawwarah.
Tujuan pemergian pemergian mereka ketanah suci tersebut 100% kerana mengerjakan haji atau umrah atau ziarah. Dalam pada itu ada juga dalam 100% itu yang ada tujuan tambahan. ada yang pergi untuk mencari pekerjaan. ada yang pergi kerana itulah pekerjaan mereka sebagai pemandu yang membawa jemaah haji atau umrah dan sebagainya. semua menghasilkan pendapatan untuk diri dan keluarga.
Bertuahlah bagi seseorang yang dapat ketanah suci dan dalam masa yang sama boleh membantu orang lain. Dalam pada itu juga ada yang pergi ada tujuan yang lain lagi. Orang ini pergi mencari dan membeli makhluk halus yang dinamakan toyol. benar atau tidak itu soal lain tetapi ramai yang memperkatakannya. ramai juga yang terasa macam terkena.
Gejala ini seolah-olah merosakkan hubungan kemanusiaan.
Jadi kalau nak ketanah suci perlu setkan hajat baru kita akan mendapat keberkatannya. Kita hendak mengerjakan haji untuk mendapat haji yang mabrur, tetapi bila kita menjejak kaki ketanah air kita mula bercakap menipu. Rugilah berpuluh ribu yang dibelanjakan dan bertahun-tahun kita menyimpan duit itu.