ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Selasa, 21 April 2009

Kesungguhan menjamin keutuhan.

Kesungguhan dalam kerja buat terutama dalam parti akan memastikan keutuhan dan kejayaan parti. Sikap ramah mesra dan berbaik sangka terhadap sahabat merupakan resepi kepada perpaduan yang sejati. Jauhi buruk sangka dan dengki khianat dan buruk sangka. tetapi yang amat penting juga ialah memberi sepenuh pengharapan kepada kepada ALLAH.

Isnin, 20 April 2009

Meneliti keputusan mahkamah rakyat jadi bingung

Dr Aziz Barri kata speaker tak boleh dicabar di mahkamah. Pengamal undang-undang dipanggil oleh astro awani ( kalau tak silap Dato Shafie Abdullah ) kala kalau bawak juga keaadaan amat rumit. tapi bila dibawa dalam tempoh 4 hari perbicaraan selesai bagaimana keadaan ini. pastinya ada sesuatu yang rakyat tidak tahu.
Rakyat perlukan penjelasan, Dr Aziz Barri telah diterima atas kepakarannya. begitu juga dengan pengamal undang yang dipanggil oleh astro awani. kalau sekadar penganalisis politik lain sikit. keilmuan Dr Aziz telah diterima umum. kerana itu keputusan tersebut menimbum keraguan kepada rakyat. jangan biarkan rakyat menyangka ada banyak udang dalam me terutama di kuala sepetang. Sesiapa yang faham istilah dan selok belok perundangan perjelaskan jangan biarkan media kerajaan dan kuncu-kuncunya menipu rakyat.
Dunia tidak boleh menipu rakyat lagi. walaupun kerajaan yang besar. baik amerika atau eropah. kerajaan malaysia juga begitu. Raja-raja yang bertakhta juga begitu. dalam ledakan teknologi maklumat kini rakyat telah melihat dan nampak keadaan yang sebenar. tidak perlu menuduh dan menuding jari.
muhasabahlah atas diri masing-masing.

Ahad, 19 April 2009

Hari ini dalam sejarah

Hari ini tercatat dalam sejarah bagaimana rasminya sebuah konspirasi yang agong.
mereka boleh berkata bagian-gian.
mereka boleh melontar tuduhan dan tohmah yang begian begian.
namun andaikan ditanya kepada kesetian ada sebahagian yang menjueh.
malah antara yang berdegar itu juga ada yang menjueh
kerana yang penting bagi mereka mengaut kekayaan
sesiapa sahaja yang pasti tideak buta dengan harta
biarpun yang sudah kaya mahupun yang sedang di atas takhta
tetapi mereka lupa
jika mereka tiada telah harini atau esok lusa sedikit sahaja yang bersedia berdoa untuk meraka ke syorga.
biarkan mereka.
bagi ahli dan penyokong PR jangan leka kerana ALLAH bersama kita
biar berdegar mereka menipu kita adukan saja kepada yang maha esa jangan dileka setiap masa.
keranna ALLAH sedang menguji kita.
semoga ukhuwah kita bertambah erat.
nanti kita talkin kan saja mereka

Kita perlu menumpukan harapan sepenuhnya Kepada ALLAH

Dalam kemelut politik perak ketika ini semua penyokong dan ahli PR perlu memberi sokongan padu kepada kepimpinan. Sebagai penyokong perkara yang kedua yang perlu dilakukan ialah teruskan solat hajat dan doa dengan menghapapkan ALLAH bantu kita. tiada yang lain selain dia tempat bergantung. Beri terus sokongan kepada hanya pemimpin PR. Tiada jaminan jika kita mengharap kepada yang lain selain ALLAH. Hanya ALLAH yang maha berkuasa dam padanya yang menentukan takdir.
Kita tak boleh mengharap kepada sesiapa dimuka dunia ini untuk berlaku adil ke atas kita.

Sabtu, 18 April 2009

Dapatkan dari sumber yang betul

Dalam apa keadaan jua dapatkan makluman dari sumber kita sendiri. jangan terlalu percaya kepada media mereka. sumberkita kini ialah harakah, keadilan dan roket. yang lain dari itu sekadar boleh baca. ada banyak penyelewengan dlam fakta. jangan cepat berputus asa.
teruskan perjuangan dan sokongan kepada PR

Ahad, 12 April 2009

Cuaca pagi dan petang hingga malam

Pagi tadi cerah tapi bila malam hujan. sejak hari panamaan kabinet ds najib lagi. radio tv tak kata apa. tapi yang dikedah banjir depa kata pihak kerajaan negeri tak pi jenguk pun. pasai tu orang meluat nak tengok. kerana depa dok tipu berdaghat. nak cari publisity murah.
penyudahnya orang meluat kat depa.

Keadaan Cuaca di Lenggong

Pagini cuaca nampak cerah saja macam semalam tapi bila petang hujan pun turun.
mood penyokong PAS di lenggong masih atas kemenangan PR di dua bukit.
Namun ada akhbar perdana menyiarkan keputusan PRK itu seperti berikut, PKR -1 PAS -1 BN -1 jadi ada tokoh UMNO yang juga bekas MP lenggong kata seri. semua dapat satu. Pening kepala rang kampong kerana lemahnya metematik datok tu. tak payah sebut nama orang lenggong tahu.
ada ke patut 2-1 dikatakan seri. ada penyokong dan ahli pula kata yang handal adalah di bukit selambau seorang lawan 14 atau 1-14 yang 13 ko kalau gitu macam mana pulak.
itulak cerita sikit. UMNO dan BN bercerita banyak yang ingin menipu rakyat. dan mereka akan menggunakan segala yang ada TV dan akhbar untuk menipu rakyat. semoga rakyat terus bedoa semoga ALLAh membalas segala kezaliman UMNO dan puak yang diguna untuk menzalimi rakyat.

Sabtu, 11 April 2009

Hujan setiap petang di lenggong

Sejak peristiharan kaninet DS Najib lagi setiap petang hujan di lenggong. Barangkali cuaca pun tak gemar dengan kebinet Najib ni.

Lembu Mati Kena Langgar Di Gelok


Seekor lembu putih telah terlanggar malam tadi dan mati ditepi jalan. Tetapi yang peliknya di siang hari tiada pula terdapat lembu berkeliaran dikawasan itu. Siapakah tuan punya lembu yang mati itu tidaklah diketahui. anggaran harga lembu itu kalau dijual ialah RM2500.00 Kerosakan pada kenderaan yang melanggar tidak diketahui.

Jumaat, 10 April 2009

Kabinet Baru Angkat Sumpah Harini

Maka bersumpahlah menteri kabinet yang baru harini.
Menteri yang beragama islam akan memulakan sumpahnya dengan
Wallahi,
Watallahi
Wabillahi
Begitulah bunyinya.
adakah yang mengangkat sumpah itu mengerti?
Allah sahaja yang maha mengetahui.
kita tak tahu sebab kalau langgar sumpah tak ada jadi apa-apa. Allah tak tunjukkan. Allah simpan dulu. Kalau Allah tunjukkan baru ngelupur deme.
tapi yang tak naik jadi menteri atai apa-apa tu nak kata ape? mudah saja dulu deme tu zalim sangat. Tahanan ISA tu anaknya tenat payah benor demetu nak bagi keluar kejap. jadi doa semua orang gamaknyele. tapi doa kemetu lambat Allah ngabulkan. nak bagi keme bersabor.
Balik cerita deme menteri yang ngankat sumpak dengan kalam atas tadi. kalau nak tahu kalau kita ngajor burong tiong cakap rope itu harus burung tiong pun boleh cakap macam itu. tapi apa nyang dibuatnya oleh sitiong itu.
itulah rupenya.
jadi kita nengok gaye deme. kita jangan lupe. doa moga Allah beri kepada kekuatan dan kefahaman. kalau dema tu buat tak baguh kita doa bior Allah yang memberi hukuman. lambat laung sampai juga hukuman kepada deme tu.
Kehidupan kitani semuanya dalam ketentuan Allah.
Kepada Allah jua tumpuan ketaatan dan harapan kita.
Teruskan solat hajat dan doa semoga Allah mengembalikan Kerajaan Pakatan Rakyat kepada Pakatan Rakyat. Semoga Allah menghukum tangan jahat yang merampas kerajaan PR Perak.

Qur an Untuk Semua Manusia

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 IpohPERAK DARUL RIDZUAN.
Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera,
Bagi kami YB ialah pemimpin besar dan berjiwa. sama seperti pemimpin lain seperti YAB Lim Guan Eng yang telah membaca sejarah kalifah umar Abdul Aziz dan faham.
Kami mendapati ramai lagi kepimpinan DAP yang berjiwa besar seperti YB. Yang amat penting YB telah meperlihatkan keikhlasan dan keberanian YB.
Sebenarnya dari segi hakikatnya Al Qur an adalah untuk manusia. tidak ada siapa yang berhak untuk menghalang orang dari membaca dan mengamalkannya. Umat islam adalah dituntut untuk mengamalkannya. Jadi kebodohan UMNO yang merosakkan fungsi al Qur an yang.
Tahniah kepada YB kerana berjaya menunjulkan yang sebenar ciri seorang pemimpin.
Seorang pemimpin itulah yang mampu membaca dari pelbagai sumber pengetahuan. bagi umat islam sumber yang paling besar dan utama ialah al qur an. dan bila YB dah menjadikan qur an sebagai sebahagian rujukan maka YB juga merupakan pemimpin kami. YB, you dont worry. Sekarang ini yang bodoh hanya UMNO. Rakyat telah bijak. rakyat yang bijak dapat menerima Y sebagai pemimpin. and you are one's of our leader. Good luck YB.
Semoga YB akan mendapat kekuatan.
PAS Lenggong.

Khamis, 9 April 2009

Kabinet DS Najib

Dilenggong selepas kabinet diumumkan tepah turun hujan panas berlanjutan hingga lebih jam 6.00 petang. Penduduk lenggong merasai keadaan tersebut.

Kemalangan di kampong Kelantan Lenggong

Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan milik angkatan tentera dan polis PGA berlaku kira-kira jam 11.00 pagi. Keadaan kenderan polis PGA agak teruk dibahagian hadapan. Ambulan dikejarkan kesitu untuk usaha menyelamatkan mangsa. Lokasi kejadian ialah kira-kira 1km selepas jambatan.

Rabu, 8 April 2009

Tahniah untuk Pakatan Rakyat

Rasanya tak puas untuk menyatakan atau mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam PRK di 3B. Tahniah kepada Pemimpin PR dan tahnniah kepada Calon PR. tetapi yang lebih diucapkan tahniah ialah kepada penyokong dan petugas. tanpa sokongan mereka tak tahula sekadar mana kejayaan ini. sememangnyalah kemenangan ini sebagai kemenangan rakyat. semua rakyat berhak untuk merasai kegembiraan ini.
Takbir

Selasa, 7 April 2009

Tahniah

Tahniah kepada Pakatan Rakyat

Kemenangan untuk semua dan Kemenangan Pakatan Rakyat

Bukit Gantang

KEPUTUSAN RASMI

PAS MENANG DENGAN MAJORITI 2789, PAS 21860, BN 19071, BEBAS 62. TAKBIR!!!

Raikan kemenangan ini dengan bersujud syukur,
Berselawat.
bertasbih.
Banyak membaca suratul fatihah hadiah kepada Rasullullah.
Takbir
TakbirTakbir

Tidak resmi
Di DUN Bukit Selambau, calon PKR S Manikumar secara tidak rasmi menang dengan majoriti 2,375 undi. Beliau mendapat 12,607 undi, manakala calon BN Datuk S Ganesan memperolehi 10,232 undi.Manikumar menambah beberapa puluh undi sahaja berbanding majoriti 2,362 undi V Arumugam pada 2008.

Sabtu, 4 April 2009

Tindakan Najib Selepas Angkat sumpah PM

Tindakannya menjukkan besarnya kuasa Perdana Menteri.
Pertama dia telah memalukan Abdullah Badawi.
Kedua Menghina hakim.
Selama ini pelbagai usaha untuk membebaskan tahanan ISA tidak berjaya. kerana Abdullah Badawi tak kata boleh. tapi bila dia jadi PM apa yang Dolah tak kata dia telah kata dan bebaslah beberapa tahanan ISA. so Najib telah memalukan Dolah. Dulu pasal isa orang kata kepada Hamid sampai ada tahanan isa itu tak sempat ziarah anak yang sedang koma dan meninggal. rupanya yang bersekongkol dalam kezaliman itu ialah termasuk dolah badawi. Begitulah Allah membalas kezaliman Dolah terhadap kezaliman dari persekonkolannya dengan Hamid dengan pendedahan kemaluannya oleh pengganti yang dipilihnyasendiri. Sesungguhnya ALLAH itu maha Adil.
Kedua banyak duit penyokong tahanan isa telah dibelanjakan untuk membebaskan tahanan isa dengan membawa ke mahkamah tetapi gagal kerana hakim tak benarkan. barangkali kerana kekuatan hujah dari pihak peguam negara atau kelemahan hujah peguam pembela. pelbagai cara digunakan gagai meyakinkan hakim. malah ada yang kekurangan duit terpaksa rela duduk dalam menerima kezaliman itu. tapi bila najib jadi pm boleh dia overule pulak keputusan hakim tersebut. wah memang hebat kuasa PM. Masa mahathir dulu pun dia guna prosidur undang yang betul untuk membatalkan keputusan hakim (UMNO Haram tahun 88) yang dalam keputusan bertulis UMNO tidak haram. jadi Najib menunjukkan banyak perkara kuasa PM. dan apa lagi kuasa yang ada dan dia boleh buat. tapi najib masih belum tahu ialah kekuatan kuasa rakyat. Kuasa rakyat bukan sahaja di 3B tetapi dimerata. kini teory RAHMAN sudah sampai penghujung. sebutan Rahman itu bukannya panjang.
Semoga ALLAH memberikan kemenangan dan kekuatan kepada PAKATAN RAKYAT. Permulaan di PRK 3 B pada 7.4.2009.