ULAMA WARASATUL AMBIA
Wahyu
Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”
Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60
Peringatan Ilahi
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
Surah al-Saff ayat 10-12:
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"
"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."
"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."
Pringatan
Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.
Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.
Hadis peringatan
Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.
Beriman orang yang bertaqwa
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik
Surah An-Nur : Ayat 4
Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.
Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.Doa
KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.
YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI
YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.
YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.
Fatwa
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.
Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6
AL HUJURAT: - AYAT 6
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.Ustaz Azizan Razak
Sabtu, 30 April 2011
Penyokong orang Fasik ialah
Orang yang seronok dengan mereka.
Semoga laknat Allah ke atas mereka. Tapi yang pastinya derita dan azab amat pedih.
eskey seorang fasik
Apa yang timbul daripada sumpah laknat Eskay? |
Oleh Syed Imran
Dalam sumpah laknatnya itu dia membuat pengakuan bahawa dia, iaitu Eskay, berada dalam bilik bersama-sama Anwar Ibrahim. Bilik yang dimaksudkan oleh Eskay adalah bilik dalam mana Anwar dikatakan oleh Eskay telah berzina dengan seorang perempuan atau pelacur?
Sumpah yang sebenarnya
1. Angkat sumpah- macam ikrar tetapi angkat sumpah bila menyebut nama Allah. Dilakukan oleh orang yang seperti baru dilantik dalam suaada tu pekerjaan.
2. Bersumpah- ialah suatu hak yang diberi ke atas seseorang yang tertuduh bertujuan untuk membela diri. Dinamakan perakuan bersumpah. Tetapi bersumpah dengan menggunakan nama Allah ada syaratnya. Jika tidak mengikut syaratnya bererti menghina syariat sumpak.
Apa yang dilakukan semalam oleh trio itu menyalahi syarat sumpah. Bukan tiga ekor tu saja yang menghina malah yang menjadi saksinya juga menghina syariat sumpah. Orang yang bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh tiga ekor tu juga menghina syariat sumpah. Orang yang tidak berusaha menegahnya juga terlibat sama. Akhbar yang menyokong juga masuk semakuk.
Ayatnya jelas orang yang menuduh orang berzina hendaklah membawa 4 orang saksi. kalau tidak dia kena rotan 80 kali dia ialah orang fasik. Ayat itu jelas. Tiada peruntukan sumpah untuk orang yang menuduh orang bersumpah.
Yak Allah Laknatkan orang yang menghina syariat sumpah dalam islam kerana mereka menghina islam dan qur an.
Jumaat, 29 April 2011
Sumpah yang sebenarnya
Sumpah laknat pula bukan dalam mesjid dan saksi pula hendaklah termasuk haiwan ternakan. sk buat sumpah adalah salah dan menghina sumpah. Orang ramai yang menyaksikan dan melindungi juga bersubahat menghina sumpah. Semoga Allah melaknat semua yang terlibat itu. Tetapi yang pasti di akhirat nanti mereka akan tahu.
PAS mengingatkan semua pihak tidak mempermainkan sumpah laknat seperti yang mahu dibuat ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini berhubung video seks yang didedahkannya, lapor Harakahdaily.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata dalam perundangan Islam, sumpah di hadapan hakim mahkamah syariah mempunyai nilai yang tinggi bagi menjaga martabat seseorang yang dituduh.
Bagaimanapun katanya, penuduh yang menggunakan kaedah sumpah laknat untuk membenarkan tuduhan, bukan sahaja akan merosakkan nilai sumpah itu sendiri, malah lari dari kaedah Islam.
"Sumpah mesti di dalam mahkamah atas arahan hakim syarie.
"Kita tengok sumpah ini dah jadi macam satu trend baru untuk menuduh orang. Lepas tuduh, bersumpah nak membenarkan tuduhan.
"Iaitu guna metodologi Islam (sumpah) untuk menghalalkan benda yang bukan syarak (fitnah)," katanya.
Beliau mengulas hasrat Eskay yang mahu bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul selepas solat Jumaat hari ini bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pelaku dalam video seks yang didedahkannya.
Beliau juga turut mengulangi penegasan bahawa Anwar juga tidak perlu bersumpah atas desakan mana-mana pihak kecuali hakim mahkamah syariah.
"Jika Anwar bersumpah di khalayak seperti yang didesak pihak tertentu, adakah ia menjamin bahawa tuduhan ke atasnya itu digugurkan?" soal Tuan Ibrahim.
Sebelum ini, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria turut menegaskan Anwar tidak perlu bersumpah mubahalah atau kerana pelaku dalam rakaman video seks masih belum dibuktikan lagi.
“Sumpah (mubahalah) dalam mahkamah bukan di luar... lagipun apa guna beliau (Anwar) nak bersumpah? Jadi beliau tidak perlu bersumpah di hadapan masyarakat, kenapa tidak buat di mahkamah? Anwar tak perlu dihukum sebab beliau tidak lagi didapati bersalah.
“Dalam video itu, kita belum tahu siapa pelakunya, kalau nak bersumpah mubahalah pun kena tunggu bukti dulu tapi kalau ada (bukti) pun Anwar tidak boleh disabitkan bersalah sebab menurut Islam perlu ada empat saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku,” katanya.
Khamis, 28 April 2011
SK beri DNA pasal apa pula?
Semalam s k serah dna kenapa tidak diketahui.
Harini wartawan haramjadah minta pula dna dari anwar. semoga laknat Allah ke atas wartawan itu.
Kalau dia belum kawin semoga dia dapat laki seorang perogol. Kalau dah kawin ada anak semoga jjjjjjjjjjjjjj
Kenapa Gobala keluar PKR- Barangkali ini sebabnya.
Keputusan kes rayuan Gobala ditangguh
Kes beliau ditangguh berikutan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zamani Abdul Wahab bercuti kerana ibunya meninggal dunia semalam di Terengganu.
GEORGE TOWN: Keputusan kes rayuan Anggota Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan berhubung sabitan dan hukuman terhadapnya atas dakwaan menghalang penjawat awam menjalankan tugas pada tahun 2002 ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Timbalan Pendakwa Raya Tan Guat Cheng berkata keputusan kes rayuan itu yang sepatutnya dibuat hari ini, ditangguhkan berikutan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zamani Abdul Wahab bercuti kerana ibunya meninggal dunia semalam di Terengganu.
Gobalakrishnan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi di sini pada Mei tahun lalu selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan atas dakwaan menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan dikenakan denda RM3,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret.
Beliau dituduh dengan sengaja menghalang Cif Insp V. Saravanan daripada menjalankan tugasnya di Jalan Utama di sini kira-kira 12.20 tengah hari, 29 Jan 2002 dan ditahan selepas mempersoalkan tindakan polis menghalang kira-kira 30 penyokong Parti Keadilan Rakyat daripada menari ketika sambutan Thaipusam di George Town.
Berikutan itu, Gobalakrishnan berdepan risiko hilang kelayakan sebagai wakil rakyat bagi kawasan Parlimen Padang Serai.
Berdasarkan Perkara 48 Perlembagaan Malaysia, seseorang Anggota Parlimen akan hilang kelayakannya apabila disabitkan atas suatu kesalahan oleh mahkamah dan dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000.
Gobalakrishnan dan peguamya R.S.N. Rayer tidak hadir di mahkamah hari ini.
– Bernama
Guru- Keringat di perah, pengiktirafan meleset.
Tuntutan Cuepacs bukti pendedahan PAS benar
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 27 April: Tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang memohon kerajaan melakukan pelarasan gaji guru tahun ini, ekoran bebanan hidup akibat kenaikan harga barangan, membuktikan segala pendedahan yang dibuat oleh PAS berhubung perkara itu selama ini adalah benar. Walaupun kerajaan BN menafikan pendedahan PAS bahawa kenaikan harga petrol, diesel, gas dan barangan utama lain membebankan orang ramai termasuk penjawat awam, tuntutan Cuepacs yang mewakili sektor awam ternyata dengan sendirinya telah mengakui apa yang dikatakan oleh PAS selama ini. Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli (gambar) menegaskan, setiap pihak termasuk kerajaan BN tidak boleh menafikan kenaikan harga barangan sememangnya membabankan hidup rakyat, malahan menyebabkan rakyat mengalami himpitan hidup yang amat teruk, sehingga Cuepacs sendiri terpaksa memohon kerajaan melakukan penyelarasan gaji guru tahun ini. Menurut beliau, PAS amat bersimpati dengan bebanan hidup yang dihadapi oleh orang ramai termasuk para penjawat awam ekoran kenaikan harga barangan di negara ini dan ia perlu diberikan tindakan yang sewajarnya oleh kerajaan BN. Katanya, disebabkan realiti itulah, PAS dan Pakatan Rakyat telah pun menyusun perkara itu dengan kemas dengan menjanjikan pemberian elaun khas sebanyak RM500 sebulan kepada guru-guru jika diberikan amanah oleh orang ramai memerintah negara ini dalam PRU Ke-13 ini, seperti yang terdapat dalam Buku Jingga. "Itu dah ditegaskan oleh PAS dan Pakatan Rakyat dalam Janji 100 Hari Pertama Pakatan Rakyat, namun ia ditertawakan oleh kerajaan BN dengan mengatakan kerajaan akan bankrap jika dilaksanakan perkara itu. "Pada hal hujah kerajaan BN itu ternyata meleset kerana janji itu sendiri dibuat oleh Pakatan Rakyat setelah mengambil kira segala aspek termasuk kemampuan kerajaan dari segi kewangan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Bernama hari ini melaporkan, Cuepacs memohon kerajaan melakukan pelarasan gaji tahun ini, berikutan kenaikan harga barangan yang semakin membebankan penjawat awam. Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kenaikan harga barang itu menyebabkan perbelanjaan penjawat awam bertambah lebih RM500 setiap bulan sedangkan pendapatan bulanan tidak berubah. Katanya, penyelarasan yang boleh dibuat dengan mengambil kira purata perbelanjaan tambahan penjawat awam itu sekurang-kurangnya boleh meringankan beban mereka. Selain itu, beliau berkata, Cuepacs turut mencadangkan agar bantuan sara hidup (COLA) semua penjawat awam diselaraskan kepada RM300 sebulan. "Ini kerana kos sara hidup di luar bandar juga semakin meningkat seperti di bandar," katanya ketika bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Kesatuan Pembantu Tadbir Pelajaran (Keptan) Perlis di Kangar. Cuepacs juga, katanya, mencadangkan elaun tetap perumahan untuk penjawat awam yang bergred 40 dan ke bawah dinaikkan kepada RM350 sebulan berbanding RM180 sekarang. "Mana ada rumah yang boleh disewa RM180 sebulan di kawasan bandar malah di luar bandar juga sewa rumah telah meningkat,” katanya. Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Mohd Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai berkata, PAS memang bersetuju dengan tuntutan itu, malah ia bukan sahaja perlu mengambil kira penyelarasan gaji guru, tetapi juga penjawat-penjawat awam lain. "Malah dalam hal ini, PAS dan Pakatan Rakyat sendiri berharap agar sektor awam sendiri turut menyokong segala perkara yang dijanjikan seperti yang digariskan dalam Buku Jingga kerana itu semua telah mengambil kira segala keperitan hidup rakyat di semua peringkat," katanya. Selain itu, katanya, sektor awam dan orang ramai di semua peringkat juga perlu menyokong PAS dan Pakatan Rakyat kerana turut berhasrat untuk melakukan pelbagai kebaikan lain lagi jika diberikan mandat memerintah negara, termasuk untuk menangani masalah tol seperti yang terdapat dalam Buku Jingga. "Kenaikan tol juga telah kita kenalpasti sebagai punca bebanan hidup rakyat. Jadi jika masalah tol dapat ditangani dengan baik, ia pasti akan turut mengurangkan bebanan hidup kakitangan awam dan semua pihak," tegas beliau. |
TV9 - Niat jahat.
Di skrin tv tertera gambar DSAI dan tulisan " dipanggil untuk membela diri"
tindakan itu seperti menghina mahkamah dan menghina DSAI.
kerana itu celakalah sesiapa yang berada di TV9.
Semoga Allah melaknat hangpa dunia hingga akhirat.
Di Pudu Raya pula lain ceritanya.
M Faqih |
KOTA BHARU, 27 April: Sejak lebih setahun lalu Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB dan Persatuan Arked Uda mendakwa saiz lot niaga di Bazar Tok Guru sempit dan mahal. Sedangkan mereka lupa saiz lot tersebut diputus berdasar kepada kehendak persatuan kerana mahu kesemua peniaga ditempatkan di tingkat bawah. Buktinya terkandung dalam minit mesyuarat pada 20 Januari 2010. Ketika itu persatuan diwakili Abdul Salim Ahmad dan Wan Lokman Wan Salleh. Keluasan asal setiap lot di tingkat bawah 12 x 10 kaki persegi dan jumlah lot sebanyak 107 unit. Namun persatuan tetap mahu 415 peniaga berniaga di tingkat bawah. Ekoran desakan itu menyebabkan kerajaan negeri mengarahkan pemaju menambah jumlah lot di tingkat bawah bagi memenuhi kehendak peniaga. Lot tersebut akhirnya dikecilkan kepada 8 x 6 kaki persegi dan memuatkan 368 lot. Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, keluasan setiap lot di tingkat bawah sudah dipersetujui wakil-wakil peniaga pada mesyuarat yang diadakan pada 20 Januari 2010. “Sebelum itu jumlah lot di tingkat bawah memang luas iaitu 12 x 10 kaki persegi iaitu sebanyak 107 unit. ”Tetapi apabila semua peniaga mahu berniaga di tingkat bawah, jadi kita kecilkan kepada 8 x 6 kaki persegi sehingga memuatkan 368 unit. ”Inilah punca yang menyebabkan saiz lot menjadi kecil kerana kesemua peniaga mahu tingkat bawah. Dan keluasan itu sama dengan saiz lot di Pasar Lama MPKB,” katanya pada persidangan media di pejabatnya hari ini. Hadir sama dua anggota Exco, Datuk Anuar Tan Abdullah, Datuk Takiyuddin Hassan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Nazran Muhamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Ir Mustafa Salleh. Turut dijemput hadir pada mesyuarat terseebut Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Salim Ahmad, Pengerusi Persatuan Peniaga Arked Uda, Borhan Mohd Nor dan dua lagi peniaga. Sebelum ini Salim dilaporkan berkali-kali mendakwa saiz lot di Bazar Tok Guru sempit. Persatuan itu juga membawa isu tersebut kepada Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustafa Mohamed, namun kehendak peniaga terperap begitu sahaja, hanya sekadar mengisi ruang di halaman akhbar. Timbalan Menteri Besar menegaskan lagi wakil peniaga terbabit bersetuju dengan keluasan 6 x 8 kaki persegi. ”Pengerusi persatuan bersetuju saiz 6 x 8 kaki persegi, dia boleh terima dan cuma beritahu mahu keselesaan. “Dia juga ada kata tak selesa hendak hisap rokok pun tak sedap dan barang yang dijual melimpah ke luar, sedangkan kita sediakan setor di tingkat bawah,” ujar Takiyuddin. Ahmad berkata, hari ini kerajaan negeri telah putuskan untuk memberi tawaran terakhir kepada peniaga Pasar Lama MPKB dan Arked Uda untuk berpindah ke Bazar Tok Guru melalui PMBK. Menurutnya kerajaan negeri bersetuju dan melayani hasrat peniaga-peniaga dengan tawaran harga sangat kompetitif iaitu RM63,000 di tingkat bawah dan satu Bazar Tok Guru. Pembeli di tingkat bawah hanya perlu membayar mulai tahun kedua. Mereka dibenar berniaga secara percuma selama setahun. Manakala pembeli di tingkat satu hanya perlu membayar pada tahun ketiga. ”Tawaran itu hanya sah sehingga 31 Mei ini dan kalau ada yang belum sempat mendaftar sehingga tarik tersebut kita beri tawaran sehingga akhir Jun depan dengan harga RM70,000. ”Selepas 31 Mei segala urusan pinjaman bank peniaga perlu mengurus sendiri,” katanya. Beliau juga berkata, mulai 1 Julai depan tiada lagi harga diskaun diberi dan peniaga ditawar pada harga asal iaitu RM92,000 di tingkat satu dan RM88,000 di tingkat bawah. |
Rabu, 27 April 2011
Perbicaraan Terhadap tuduhan ke atas Nabi Yusof.
Dan Yusof di pihak yang benar.
Dalam kes DSAI ini
Doktor tanya adakah saiful melawan dan saiful jawab dia melawan. Bila pendakwa tanya Dr kata begitu.
Nampak macam sama dengan isu ancak. Bila zambry beritahu mufti dia hanya pegang agar tiang tu tak jatuh, mufti pun kata Zambry tak salah.
Doktor tak tengok baju ke apa kesan pergelutan. mufti hanya sekadar dengar saja.
Allah mentakdir kanan dalam buaian sebagai hakim sebab dia tak dipengaruhi oleh perasaan. Hakim sepatutnya begitu. Dan kanak itu adalah antara 4 orang kanak yang boleh berkata-kata diwaktu kecil.
Semua orang mesti ingat seksaan Allah amat pedih. Siapa yang berlaku zalim pasti akan merasainya. Tak ada sesiapa manusia yang mampu berdolak dalih.
Semoga DSAI mendapat penghakiman yang adil.
Kiranya DSAI di adili dengan cara tidak adil dan keji. Didoakan semoga Allah memberi pembalasan yang hina dan keji kepada sesiapa yang tidak berlaku adil.
Isnin, 25 April 2011
Bagi orang yang beriman pada hari akhirat
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik
Ahad, 24 April 2011
Perkukuh Pakatan- YB Idham Lim
Semasa merasmikan penutup Muktamar Agong PAS Lenggong YB Idham mengingatkan perwakilan agar bersedia menangkis serangan fitnah jahat yang akan dihemburkan oleh UMNO -BN dan konco-konco mereka kepada kepimpinan Pakatan Rakyat. Kerana itu jangan ikut rentak mereka. Sebarang berita dari sumber mereka hendaklah ditapis dengan amat teliti.
Pemeriksaan terhadap berita dari umno dan konconya hendaklah berpaksikan maksud ayat " Jika datang kepada kamu orang fasik membawa berita hendaklah kamu siasat dengan teliti".
Perwakilah digesa bekerja dengan lebih kuat bagi memastikan kemenangan. PAS Lenggong pada pemerhatian dari kepimpinan negeri memiliki peluang yang cerah untuk menang dalam pilihanraya ke13 nanti. Perkara penting ialah kesepaduan dan kerja sama kukuh dalam Pakatan.
Sabtu, 23 April 2011
Muktamar PAS Lenggong
Khamis, 21 April 2011
Baru 2 hari cerita dah jadi begini.
Walaupun telah banyak yang diperkatakan tentang bagaimana projek E-mel 1Malaysia adalah percuma dan tidak membabitkan dana kerajaan, tetapi satu kenyataan syarikat pengendalinya, Tricubes Bhd, membayangkan kemungkinan ada 'bayaran sampingan' yang akan dikenakan.
Caj-caj ini akan dikenakan untuk "kerahsian data" dan "perkhidmatan tambah-nilai".
Pengakuan itu dibuat selepas syarikat IT itu menjadi sasaran
pertanyaan media dan orang ramai mengenai pembiayaannya, butir-butir lanjut mengenai projek tersebut serta kemampuannya melaksanakan rancangan bernilai RM50 juta itu.
Dalam jawapannya melalui emel kepada senarai soalan dari Malaysiakini, ketua pegawai Tricubes, Khairun Zainal Mokhtar menegaskan bahawa perkhidmatan asas untuk menyediakan emel 1Malaysia itu “tidak membabitkan sebarang kos kepada pengguna”
Pengguna boleh menggunakan akaun emel mereka untuk menerima notis dari kerajaan seperti taksiran cukai pendapatan, pembaharuan lesen memandu dan peringatan bayaran cukai tanah serta penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan notis saman.
Bagaimanapun, satu-satunya perkhidmatan yang dinyatakan "tiada kos" ialah perkhidmatan emel, manakala notis dan bil-bil yang disenaraikan di atas, tidak boleh dikatakan percuma.
Malah, Khairun berkata syarikatnya akan memperolehi pendapatan daripada perkhidmatan tambah-nilai seperti pemberitahuan bil, notis, pendapatan dari iklan serta pasaran dalam talian.
Menurut Khairun, pemberitahuan mengenai bil dan notis tersebut akan membolehkan kerajaan menjimatkan kos cetakan dan pos.
Oleh itu, ia boleh diagak bahawa Tricubes akan mengenakan bayaran bagi pemberitahuan bil-bil dan notis dari agensi-agensi kerajaan, walaupun ianya tidak jelas siapa yang akan membayarnya, pengguna atau agensi-agensi terbabit.
Walau apa cara pembayarannya, ia akan membabitkan dana rakyat.
Malulah sikit oi
Naib Chansolarnya pula tokoh penganalisis politik bagi umno. apakah NC itu hanya layak labun saja berdegor. Dulu Nordin Kardi kena tindakan mahkamah. Apalah malangnya kependidikan pengampu itu.
Bagaimana UTM masih dapat rebet ke?
USM masih dapat rebet juga ke
UKM juga masih dapat rebet juga kot
UM yang terkeluar dari 200 universiti terkemuka dunia juga dapat rebet.
Kalau dan jadi pentadbir yang tak pandai mengurus itulah menyebabkan jatuhnya prestasi pelajar. Pelajar dimarahi kerana belajar politiking dalam campus.
ust Azizan kata kalau tak mampu serah kepada kerajaan kedah. apa lagi?
PRN Sarawak 2011
Fakta Mengejutkan Pilihanraya Sarawak!
Jumlah Pengundi : 892,537
Jumlah Kerusi : 71
Undi Popular : BN 341,587
Lain-lain Parti : 82,134
2011
Jumlah Pengundi : 979,796
Jumlah Kerusi : 71
Undi Popular : BN 372,379
PR dan Lain-lain Parti : 300,288
PR mendapat undi : 300,288-82,134=220,000 undi
BN mendapat: 372,379-341,587=31,000 undi
Sarbani- Matinya mengejut
Polis tak jumpa cari sebab.
Kesian Allahyarham tu.
Semoga Allah mengampuni akan rohnya.
e-mail 1malaysia -keliru dan mengeliru untuk menipi
Rakyat mahu internet dan rakyat tahu nak mendaftar e-mail
RM50 juta sedia e-mel tidak munasabah, membazir
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 21 April: Pelaburan RM50 juta oleh kerajaan Malaysia bagi menyediakan akaun e-mel kepada semua warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas, dianggap sebagai tidak munasabah dan merupakan satu pembaziran nyata yang dilakukan oleh kerajaan. Menurut Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari , rakyat melihat hari ini, pelbagai penyedia perkhidmatan e-mel percuma seperti Yahoo, Gmail, Hotmail dan lain-lain sedangkan kini kerajaan Malaysia dengan murah hati menyediakan RM50 juta untuk perkhidmatan emel tambahan kepada semua warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas. “Emel@1Malaysia dikhabarkan akan diguna bagi urusan menghantar bil dan sebagainya. Jadi, apa perlunya kerajaan berbelanja RM50 juta untuk memperkenalkan e-mel 1Malaysia? “Adakah untuk mengintai maklumat peribadi pengguna emel yang berurusan dengan kerajaan?” soalnya. Menurutnya lagi, lebih meragukan, apabila kontrak bagi menyediakan perkhidmatan e-mel 1Malaysia ini diberikan kepada sebuah syarikat IT tempatan, Tricubes Berhad yang sedang menghadapi masalah kewangan dan juga sebuah syarikat yang mempunyai rekod kewangan yang buruk. “Saya kira RM50 juta satu nilai yang cukup tinggi, projek emel 1Malaysia ini jelas kepada kita satu projek yang tidak munasabah dan merupakan pembaziran paling nyata jika diteruskan juga. “Saya cadangkan supaya RM50 juta itu di salurkan atau ditambah dalam dana pendidikan. Sepertimana yang kita maklum, biaya pendidikan yang harus ditanggung para mahasiswa kini semakin membengkak,” ujarnya. Gamis juga, katanya mengharapkan kerajaan akan menimbang semula cadangan untuk menyediakan akaun e-mel 1Malaysia tersebut. |
Selasa, 19 April 2011
Zulkifli Nordin - Orang yang Fasiq
Dia menuduh orang berzina tanpa membawa 4 saksi. Dia wajib dirotan 80 sebatan. Persaksiannya tak diterima selamanya. Kalau dia nak nikahkan anak perempuan dia tak boleh jadi wali. Kalau dia yang percaya rujuk kepada mufti.
Sesiapa yang ada anak lelaki yang nak kahwin dengan anaknya kenak ingat dan pastikan yang menjadi wali bukan si fasiq itu.
Dia juga seperti dalam gambar. Laknat Allah ke atasnya seperti mana yang diterima oleh Kamal ataturk selama mana dia tidak bertaubat.
Ahad, 17 April 2011
Tindakan Tatatertib- Dr Fuad
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata pertukaran itu sebagai tindakan tatatertib terhadap Maarof, 45, yang sebelum ini bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen, Segamat, berikutan menyalahgunakan sijil sakit bagi menemani isterinya, berkempen pada pilihan raya kecil DUN Tenang, Januari lalu.
“Pertukaran itu dibuat selepas kita meneliti jawapan surat tunjuk sebab Maarof berhubung isu beliau menyalah guna sijil sakit untuk bercuti daripada tugasnya sebagai guru dan sebaliknya berkempen di Tenang.
“Kita dapati Maarof melakukan kesalahan serius secara nyata iaitu menyalahguna sijil sakit itu bagi menemani isterinya berkempen sedangkan jika sekiranya benar sakit, beliau seharusnya berehat di rumah.
“Ia juga kesalahan tatatertib untuknya menyertai kempen politik pada pilihan raya kecil itu kerana beliau tidak mendapatkan kebenaran rasmi untuk berbuat demikian.
Oleh itu, kita mengambil keputusan untuk menukarkan Maarof ke sekolah lain,” katanya selepas Program Juara Rakyat di Taman Sri Penggaram, di sini, semalam.
Januari lalu, Maarof mencetuskan kontroversi apabila tindakannya mengambil cuti sakit selama dua minggu daripada tugasnya sebagai guru dan disahkan menghadapi masalah kemurungan serius tetapi dilihat menemani isterinya berkempen pada pilihan raya kecil DUN Tenang. Maarof dilaporkan memberitahu media beliau memohon cuti semata-mata menemani isterinya, Normala untuk berkempen sehingga selesai pilihan raya kecil itu.
Sementara itu, Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran ketika dihubungi berkata, surat pertukaran itu sudah diserahkan kepada pihak berkenaan tetapi pihaknya tidak pasti sama ada Maarof sudah mula mengajar di SMK Tanjung Pengelih seperti diarahkan.
“Perkara ini perlu dikemukakan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Segamat atau Kota Tinggi bagi mendapat kesahihan. Bagaimanapun, jika Maarof tidak menurut arahan pertukaran itu, surat ingkar perintah akan dikeluarkan menyebabkan gajinya boleh ditahan atau tindakan lebih berat termasuk dibuang kerja,” katanya.
Dalam kes Pengetua yang bercakap perkauman Muhyiddin kata kementerian tiada kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib. Mana yang betulni?
Diharap Cikgu Maarof ambil tindakan mahkamah.
Petanda Pas Akan Bertapak
Nazri Abdullah |
BETING MARO, 16 April: Seorang petugas PAS dari Kelantan, yang bertugas sejak hari pertama kempen di sini, meninggal dunia kira-kira jam 1.30 petang ini. Allahyarhan Mohammad Izan bin Yaakob, 56, didakwa meninggal ketika sedang berbual bersama rakan-rakan di bilik gerakan PAS Beting Maro. Beliau adalah petugas PAS dari Machang dan juga Ketua Cawangan PAS Lubuk Simpul machang. Urusan membawa pulang jenazah sedang diusahakan oleh petugas di sini. |
Jumaat, 15 April 2011
Khamis, 14 April 2011
Mari kita pakat Doakan - Malamni Solat Hajat
Harakahdaily |
KUCHING, 14 April: Jika betullah kajian yang dibuat oleh Zentrum Future Studies, kerajaan BN Sarawak bakal jatuh dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini apabila Zentrum meramalkan, BN hanya akan mendapat 24 kerusi Dun. (Rajah: Sarawak Election (SELECT 2011) - Prediksi Period 2: Kedudukan parti) Kajian itu meramalkan, PAS akan menang di tiga dari lima kerusinya iaitu N24 Beting Maro (PAS 53%, BN 47%), N22 Sebuyau (PAS43%, BN 40%, Bebas 17%) dan N3 Tanjong Datu (PAS47%, BN 35% dan Bebas 18%). Keputusan ini berdasarkan laporan prediksi period 2 yang dibuat oleh Zentrum PRN Sarawak 2011 yang disiarkan dalam lamannya di facebook hari ini. (Graf: Sarawak Election (SELECT 2011) - Prediksi Period 2: Bandingan Kaum) Bagaimanapun, kajian ini bakal menjadi antara petunjuk awal ke manakah arah tuju pilihan raya Sarawak kali ini. Sebelum ini, pengkaji PAS meramalkan, sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak sudah dalam genggaman Pakatan Rakyat manakala 11 kerusi lagi boleh jatuh bila-bila masa kepada Pakatan. |
Rabu, 13 April 2011
Saingan makin sengit, Pakatan mula rasai peluang cerah berbanding 2006
KUCHING, 13 April – Parti-parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yakin bahawa mereka boleh menawan undi kawasan bandar pada hari penentuan pilihan raya negeri Sabtu ini, tetapi Barisan Nasional (BN) kelihatan memiliki sokongan yang cukup untuk memastikan ia boleh memperoleh majoriti dua pertiga kerusi.
Bagaimanapun laporan-laporan positif kelihatan terus memihak kepada PR di kesemua 71 kerusi yang dipertandingkan - memberikan harapan kepada perikatan berusia tiga tahun itu memberi cabaran sengit kepada BN yang tidak pernah disaksikan.
Meskipun pemimpin-pemimpin PR cukup berhati-hati, kehadiran penyokong dengan konsisten pada ceramah-ceramah yang diadakan sejak seminggu lalu dan respons cukup menggalakkan daripada penduduk setempat membolehkan mereka mengakui akan peningkatan sokongan di luar jangkaan mereka.
Ketiga-tiga parti komponen PR – PKR, DAP dan PAS – telah mengisytiharkan bahawa mereka akan menambah kerusi berbanding kedudukan lima tahun lalu jika pun Sarawak tidak jatuh ke tangan mereka.
Gerak-geri risikan menunjukkan mereka memperoleh respons yang semakin meningkat sejak hari penamaan calon Rabu lalu.
Wong Ho Leng dari DAP memberitahu The Malaysian Insider, situasi hari ini lebih menggalakkan dan meyakinkan berbanding ketika pilihan raya kecil kerusi Parliemn Sibu, Mei lalu.
Beliau membuat kejutan dengan memenangi kerusi itu daripada penguasaan Barisan Nasional (BN).
“Kali ini lebih baik. Di Sibu, keadaan menjadi lebih positif ketika menuju penghujung. Tetapi di sini, sokongan sudah kelihatan sejak hari pertama (selepas penamaan calon). Saya berharap dapat mengekalkan persekitaran,” katanya lagi.
Wong menyenaraikan lima kerusi disandang BN yang cukup meyakinkan DAP iaitu Repok, Pujut, Piasau, Bawang Assan dan Batu Kawah.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail juga yakin yang partinya akan meningkatkan undi popular pada jumlah yang signifikan.
“Selalunya, kami membandingkan dengan pilihan raya negeri sebelum ini dan dari sini, adalah jelas dan terlalu sukar untuk menafikan respons baik khususnya di kawasan-kawasan pedalaman,” kata Ahli Parlimen Machang ini.
Beliau menambah PKR yakin ia akan memperlihatkan keputusan baik di tiga kawasan yang sebelum ini dimenangi BN dengan majoriti kecil iaitu Saribas, Ba’Kelalan dan Senadin.
Rakan sejawatannya dari PAS Datuk Mustafa Ali pula berkata, respons pengundi sangat menggalakkan sehingga pemimpin-pemimpin setempat parti itu kini “terlalu yakin” akan peluang mereka.
“BN memandang mudah perubahan semasa. Saya boleh melihat sesetengah pemimpin setempat dan jentera mereka terlalu yakin dengan peluang kami (pada kali ini). Saya minta mereka tidak (terlalu yakin),” katanya.
Umumnya bagi PR, ini adalah pilihan raya negeri pertama sejak ia dibentuk tiga tahun lalu khususnya selepas menyaksikan tsunami politik pada pilihan raya umum 2008.
Perikatan itu menggunakan pilihan raya negeri ini sebagai raptai menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan tahun ini.
Sementara pilihan raya negeri ini dilihat sebagai pungutan suara ke atas populariti BN yang semakin terhakis di Malaysia Timur, ia juga dilihat sebagai ujian kepada PR untuk membuktikan popularitinya yang semakin meningkat sejak tsunami politik 2008.
Bagaimanapun sumber-sumber pembangkang risau dengan khabar angin mengatakan BN akan membuat usaha akhir dalam kempennya dengan memberi ‘buah tangan’ lumayan kepada Parti Kebangsaan Sarawak (Snap), yang hubungannya dengan PR terjejas beberapa hari sebelum penamaan calon, dan bertanding di 26 kerusi yang disaingi PKR.
Ini, menurut beberapa sumber, dilakukan untuk memecahkan undi bakal diperoleh pembangkang dan memastikan kemenangan BN.
Wong juga mengakui mendengar khabar angin sedemikian tetapi enggan membuat spekulasi mengenainya.
Ketika ditemui di ibu pejabat PKR di Satok di sini, Saifuddin juga melahirkan kebimbangan yang sama.
“Kami tidak menafikan bahawa kami menerima sokongan permulaan yang baik, tetapi isunya sekarang ialah sama ada kami boleh mengekalkan (sokongan) sehingga Sabtu ini,” katanya.
“(Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak) berada di sini dan beliau macam Santa Claus, memberikan buah tangan.
“Ini satu kekurangan besar bagi kami,” katanya lagi.
Najib secara perubadi mengetuai kempen sejak Ahad lalum situasi yang tidak pernah disaksikan masa-masa lalu.
Meskipun begitu pemimpin-pemimpin PR kelihatan yakin bahawa mereka telah menerokai kedudukan lebih baik sejak enam hari lalu meskipun di kawasan-kawasan yang sebelum ini sebagai dilihat kubu kuat BN.
Bagi PR satu lagi faktor besar yang mendorong kempennya ialah peningkatan rasa tidak puas hati pengundi terhadap kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
NGO: Tubuh suruhanjaya diraja siasat kekayaan Taib, keluarga
KUALA LUMPUR, 13 April — Tinggal tiga hari menjelang pengundian pilihan raya negeri Sarawak, gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mendesak Putrajaya menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat aset Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarga, dipercayai memiliki kekayaan “luar biasa.”
Pada satu sidang media di sini, gabungan 42 NGO mahu suruhanjaya diraja ditubuhkan kerana tidak mungkin Taib, seorang kakitangan kerajaan mampu memiliki aset yang begitu banyak sedangkan rakyat Sarawak miskin dan tidak dibela.
“Kami hari ini mendesak kerajaan agar dengan segera menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat aset Taib dan keluarga kerana tidak mungkin seorang kakitangan kerajaan boleh memiliki harta begitu banyak.
“Aset Taib (dan keluarga) yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit ini adalah tidak logik, bagaimana Taib boleh mengumpul harta yang begitu banyak sedangkan beliau hanya ketua menteri yang juga kakitangan kerajaan,” kata Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Dr Kua Kia Soong.
Jelas beliau, pihaknya mempunyai bukti bahawa aset Taib diperoleh melalui salah guna kuasa dan rasuah termasuk ada kaitan dengan syarikat-syarikat dalam dan luar negara yang tidak diketahui.
“Sebahagian daripada syarikat di Malaysia dimiliki keluarga Taib dan ada syarikat di luar negara juga yang mempunyai kaitan dengan keluarga Taib tapi kita tidak tahu jumlah sebenarnya.
Kata beliau syarikat yang ada kaitan dengan keluarga Taib adalah Achi Jaya Holding Sdn Bhd, Borsarmulu Resort Sdn Bhd, Cahya Mata Sarawak Sdn Bhd, Naim Holding Berhad, Kumpulan Sanyan, Syarikat Aluminium Sarawak, Sarawak Energy Berhad, Kumpulan Ta Ann, Tatanium Management Sdn Bhd dan UBG Berhad.
“Ini hanya di Malaysia,” katanya.
Kata beliau, yang di luar negara pula Adelaide Ottawa Corporation (Kanada), City Gate International Corporation (Kanada), Glowell Development Corporation (Kanada), Ridgeford Properties (Britain), Geneid Holding Pty Ltd (Australia) dan Valentine on George Pty Ltd (Australia).
Menurut Kua, keluarga Taib juga turut mempunyai kaitan dengan beberapa syarikat di Hong Kong dan Amerika Syarikat.
“Suruhanjaya diraja ini perlu ditubuhkan untuk menyiasat jumlah aset yang dimiliki Taib dan keluarga.
“Semua aset ini perlu disiasat dan didedahkan, bagaimana seorang kakitangan kerajaan boleh memiliki kekayaan yang begitu banyak? Apa yang beliau telah lakukan sedangkan ramai rakyat Sarawak hidup dalam keadaan miskin dan papa,” katanya.
NGO yang menyertai gabungan ini ialah Aliran Kesedaran Negara (Aliran), Persatuan Badan Bertindak Wanita (Awam), Amnesty International Malaysia, Bersih 2.0, Bruno Manser Funds, Pusat Bagi Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia, Inisiatif Pembangunan Kanak-kanak (CCID), Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Pusat Prihatinan Orang Asli (COAC), Gabungan Urus Tadbir Pulau Pinang, Badan Bertindak Jaringan Komuniti (CAN), Warga Kota Damansara (FoKD) dan Kumpulan Rakyat Prihatin.
Lain-lain ialah Inisiatif Ekuiti Kesihatan (HEI), Ikatan Hak Rakyat, Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), Johor Tamizhar Sangam, Persatuan Pengguna Klang, Lawyer of Liberty, Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Pergerakan Demokrasi Pelajar dan Pemuda Malaysia (DEMA), Persatuan Dravidian Malaysia, Persatuan Perniagaan India Malaysia dan Persatuan Pembangunan dan Uniti Masyarakat India Malaysia.
Turut bersama Pusat Pembangunan dan Kajian Manusia Malaysia, Parti Sosialis Malaysia (PSM), Persatuan Sekolah Persendirian Cina Pulau Pinang, Persatuan Alumni Chung Ling Pulau Pinang, Organisasi Perkhidmatan Awam, Persahabatan Semparuthi, Persatuan Kemajuan Pendidikan Malaysia, Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (Permas) dan Persatuan Prihatian Belia Malaysia.
Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS), Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM), Sembang-sembang Forum, Sem Kiong Angin, Woman Aid Organisation (WOA), Pusat Kesedaran Wanita (WCC) Pulau Pinang dan Pakatan Penulis Media Bebas (WAMI) juga menyertai gabungan NGO ini.
“Sebenarnya isu-isu yang kita bangkitkan ini bukan isu lama, kita sudah bawa sejak dari dulu lagi cuma ia tidak disebarkan melalui media.
“Sebagai contoh isu balak haram, kita dah bangkitkan sejak dari 1980 tapi sehingga kini tiada apa yang berlaku, siapa yang dapat hasil pun kita tidak tahu, syarikat mana pun kita tidak tahu. Begitu juga dengan empangan Bakun sehingga sekarang walaupun ada bantahan, ia diteruskan,” kata Pengarah Eksekutif KOMAS Tan Jo Hann.
Tambah beliau, terlalu banyak penyelewengan dan salah guna kuasa yang dilakukan Taib, namun tiada tindakan diambil sehingga beliau mampu bertahan selama 30 tahun sebagai ketua menteri.
“Banyak perkara yang berlaku (dalam pentadbiran Sarawak) dan kita tidak hanya sasarkan kepada Taib sahaja, cuma apa yang kita boleh katakan, pemimpin yang korupsi seperti beliau bagaimana masih boleh bertahan sehingga kini?
“Sebab itu kita mahu beliau disiasat, apa penyelewengan dan rasuah yang berlaku... berapa banyak? Siapa terlibat?” soalnya.
Bulan lalu, Transparency-International Malaysia (TI-M) meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyiasat dakwaan rasuah yang melibatkan Taib.
Badan pemantau antirasuah itu menggesa SPRM agar mengambil tindakan segera memandangkan tuduhan terhadap Taib, ketua menteri paling lama memegang jawatan, sudah muncul di media asing sekarang.
Kata Kua, rakyat Sarawak berhak untuk mendapatkan pembangunan dan kebajikan seperti yang dilakukan sesebuah kerajaan lain.
“Rakyat Sarawak berhak untuk mendapatkan hak mereka, mereka juga berhak untuk mendapatkan pembangunan dan kemudahan.
“Sekarang sudah tiba masa bagi rakyat Sarawak untuk menentukan sendiri masa depan mereka yang telah dianugerahkan dengan alam semula jadi dan sumber alam, kini sudah tiba masa rakyat Sarawak bangkit untuk menyelamatkan diri mereka dan juga negeri,” katanya merujuk kepada pilihan raya Sarawak yang sedang berlangsung sekarang.
Sementara itu, Jawatankuasa Komuniti Bersih, Maria Chin Abdullah berkata, pilihan raya Sarawak perlu diadakan dengan telus dan bersih.
“Kita negara demokrasi tapi tidak amalkan demokrasi, jadi pada pilihan raya Sarawak dan pilihan raya umum amalan demokrasi ini perlu diterjemahkan.
“Jangan hanya sebelah pihak mendapat kebebasan untuk bersuara tetapi pihak satu lagi tidak boleh,” katanya.
Solat hajat dan berdoa esok
Solat Hajat Seluruh Negara 14 APRIL 2011
Parti Islam Semalaysia PAS mengarahkan semua ahli seluruh negara melaksanakan solat hajat pada 14/4/2011 khamis malam Jumaat untuk kemenangan calon PAS dan Pakatan Rakyat di Sarawak.
Ini adalah jalan yang terbaik bagi pejuang agama Allah supaya Allah memberi kesejahteraan kepada calon Pas dan petugas Pas di Sarawak.
Kita perlu memohon kepada Allah semoga pintu hati pengundi terbuka untuk menyokong perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.
Alhamdulillah petugas PAS dan PR menunjukkan komitmen yang tinggi untuk memastikan perubahan politik di Sarawak.
Semua penyokong PAS di seluruh negara mohonlah kepada Allah agar keselamatan petugas-petugas Pas selamat menjalankan tugas sepanjang pilihanraya, InsyaAllah.
Nampaknya bunga-bunga kemenangan sudah nampak, penerimaan masyarakat tempatan walaupun berlainan agama dan budaya. PAS sudah tidak asing lagi kepada mereka, terutama generasi muda.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Isnin, 11 April 2011
Ahad, 10 April 2011
Kenyataan Najib seolah-olah Pegawai Kastam Rasuah
Rabu, 6 April 2011
Atas alasan apa yang dia tak layak? atau anda yang jahat.
Kalau ada orang yang menuduh dan memalukan isteri anda adakah anda tidak akan bersuara?
Jangan memalukan keluarga sendirilah.
bersekongkol dengan penjahat itu jahat. Semoga laknat Allah ke atas anda dato nazri.
Nazri: Azizah tak layak kenalpasti lelaki video seks
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mahu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi membersihkan nama BN berhubung isu video seks.
Katanya, cadangan untuk menubuhkan suruhanjaya itu kepada Kabinet Jumaat ini.
Semalam, presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan bahawa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video berkenaan dan menimbulkan kemungkinan ia didalangi oleh BN.
"Wan Azizah tidak cekap bagi kenal pasti (lelaki dalam video) kerana ia pasangannya,” kata Nazri sambil menambah terdapat percanggahan kepentingan dalam perkara tersebut.
BN, menurutnya perlu bertindak segera bagi mengelakkan spekulasi orang ramai berhubung video seks berkenaan.
"Apabila dia (Wan Azizah) keluar kenyataan, saya berpendirian perkara ini tidak boleh terhenti di situ sahaja kerana jika tidak dijawab oleh kerajaan dan tidak diadakan suruhanjaya diraja, kerajaan akan dituduh terbabit.
"Saya berpendapat untuk menyelesaikan masalah ini, dan seperti saya katakan, Wan Azizah bukanlah pakar yang menentukan identiti pelaku itu, saya rasa adalah lebih adil jika kita wujudkan Suruhanjaya Diraja yang dianggotai oleh mereka yang bebas," katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini.
Nazri berkata, bahawa setelah penafian itu dibuat, rakyat mempunyai hak untuk mengetahui sama ada benar atau tidak Anwar adalah lelaki dalam video itu.
"Dan penyelesaian terbaik bagi isu itu adalah dengan menubuh suruhanjaya diraja.
“Sebagai kerajaan, kita bukan sahaja mesti bersih tetapi juga dilihat sebagai bersih," katanya.
Nazri berkata, usul untuk menubuhkan suruhanjaya itu dibuat kerana kerajaan mendengar pandangan rakyat dan juga badan bukan kerajaan termasuk Dewan Pemuda PAS yang meminta sebuah suruhanjaya diwujudkan bagi menangani isu itu."Saya akan memperakukan dan akan sedaya upaya meyakinkan Kabinet untuk menubuhkan suruhanjaya itu," katanya.
NGO yang ngok berok
Bodoh berok sangat ngo tu.
tak tahu siapa yang berkuasa untuk menubuhkan suruhanjaya.
Lepas ni diharap ngo yang ngok tu kalau benar jujur suruh PM tubuhkan suruhanjaya siasatan untuk menyiasat kematian pegawai kastam yang kematiannya semacam TBH.
Kalau tak desak sememangnya celaka haramjadahlah ngok tu termasuk yang jadi juru cakapnya.