ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Selasa, 29 November 2011

umno kata tak zalim tapi rakyat (peguam) pula kata zalim

Tuesday, November 29, 2011

Gambar : Ribuan Peguam dan orang ramai berhimpun bantah akta Perhimpunan



Peguam-peguam di seluruh negara yang berada di bawah naungan Majlis Peguam Malaysia sedang berhimpun di Kelab Tadana Diraja, Kuala Lumpur bagi meluahkan bantahan terhadap penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011.


Rang undang-undang yang akan dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini untuk bacaan kali kedua dijangka akan diundi pada malam ini.

Sambil menyifatkan rang undang-undang itu akan merampas hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan, presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata peguam di seluruh negara tidak sepatutnya hanya menyaksikan kebebasan rakyat disekat tanpa membuat sebarang tindakan.

Justeru, Majlis Peguam Malaysia telah mengerahkan anggotanya supaya berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja dan akan berjalan kaki menuju ke Parlimen sebagai menunjukkan bantahan mereka meskipun bersetuju membuat beberapa pindaan kecil.

Perarakan yang dinamakan ‘Walk for Freedom’, akan menyaksikan peguam-peguam berjalan sejauh kira-kira dua kilometer menuju ke bangunan Parlimen bermula jam 11.30 pagi ini.

Sebuah lagi kumpulan pendesak 'Occupy' juga dilapor akan berhimpun selama tiga hari berturut-turut di hadapan bangunan Parlimen bagi menunjukkan bantahan yang sama.
















Dari FB YDP Lenggong.

malangnya yang memberi tabik terpaksa beri tabik kepada yang sepatutnya tak layak menerima tabik dari orang yang memberi tabik. Ynag beri tabik pangkat Jeneral ada 4 bintang, yang menerima tabik mana ada bintang. bila digugur dari menteri pertahanan tak boleh pakai uniform dah. tapi sayang orang lenggong di perbodohkan.


waduh Lenggong dah jadi pekan tentera dengo kabo Zahid Hamidi nak datang serius agaknya ancaman kominis di Lenggong sehingga semua org muda kene menjadi Askar Wataniah haha terdesak sungguh nampaknya.

Dari FB YDP Lenggong.

Alhamdulillah kejayaan PAS LENGGONG masuk ke FELDA LAWIN UTARA, kubu UMNO yaitu geng2 felda dgn kehadiran penceramah olh Saudara Mazlan Aliman (AJK PAS PUSAT) & Tuan Haji Razman Zakaria (YDP PAS LENGGONG merangkap Timb Pesuruhjaya PAS Perak)..Bangkit Rakyat FELDA jangan termakan dgn kata ISA Samad, NAJIB & kuncu2nya...

Wasatiyyah ala Umno amal Islam secara terpilih

Wasatiyyah sebenarnya bila diturunkan hukum hudud walaupun dalam keadaan aman Rasullullah tetap melaksanakan. Sedangkan Wasatiyyah pada umno jangankan melaksana malah menentang dilaksanakan dan hantar surat ugutan pulaktu.

Ahad, 27 November 2011

Padamnya 2 lampu di lenggong



Semalam 30.12.1432H perginya anak murid Ayah Haji Omar Kuak, harini 1.1.1433H Perginya pula Ustaz Manaf anak murid Ustaz Abdul Samad Noh Padang Rengas. Semoga disi Allah mereka ditempatkan.

Ustaz Manaf bin Majid Meninggal dunia pagi tadi.


Ust Manaf berdiri diperhatikan oleh ustaz Idris dan Pesuruhjaya PAS Perak.

Khamis, 24 November 2011

Gigi reput: Utusan melulu tanpa pandangan pakar

Apakah bekalan air di kampong Luat, Chepor dan Bukit Sapi ada jadual pemfloridaan sedangkan yang minum air itu dan berzaman!. Semoga dilaknat akan tangan-tangan di utusan Malaysia atas perangai jahat dan buruk itu.

Berita muka depan Utusan Malaysia (Rabu, 24 November 2011) yang mengaitkan gejala kereputan gigi di kalangan kanak-kanak di Kelantan adalah disebabkan hanya lima daripada 29 loji rawatan milik Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) yang mempunyai sistem pemfluoridaan atau 17.9 peratus adalah disifatkan terlalu melulu dan kesimpulan yang dibuat tanpa pandangan pakar.

Untuk berlaku adil dari segi fakta, tanpa kita menafikan kebenaran fakta akan kekurangan fluorida dalam bekalan air yang dibekalkan Air Kelantan Sendirian Berhad, mari kita merujuk kepada Kajian Epidemiologi Kesihatan Pergigian Kebangsaan (NOSHH) pada tahun 2007 di kalangan kanak-kanak Malaysia berusia enam tahun. Kajian yang sama inilah mungkin dijadikan rujukan oleh Utusan Malaysia. Kita amat memahami budaya ‘baca tak habis’ di kalangan wartawan mereka.

NOSSH mendapati 74.5 peratus mengalami masalah gigi. Kajian ini antara lain menyatakan bahawa kawasan Kuala Lumpur , mencatatkan rekod terbaik dengan 55.8 peratus kanak-kanak mengalami masalah gigi dan paling tinggi adalah Kelantan di mana 95.6 peratus kanak-kanak di situ mengalami kerosakan pada gigi susu mereka. Manakala bagi gigi kekal pula, sebanyak 10 peratus kanak-kanak mempunyai karies gigi.

Kajian Epidemiologi Kebangsaan yang dilakukan pada 2007 ini juga mendapati 93.2 peratus iaitu sembilan daripada 10 kanak-kanak berusia enam tahun di Terengganu mengalami karies gigi ataupun gigi berlubang.

Data ini menunjukkan perbezaan kadar kerosakkan gigi antara kanak-kanak di Terengganu yang dikatakan meminum air berfluorida dengan kanak-kanak di Kelantan yang dikatakan meminum air tidak berflorida hanyalah 2.4 peratus. Suatu angka perbezaan yang kecil. Saya suka mengambil perbezaan antara Kelantan dan Terengganu kerana kedua-dua negeri ini adalah berjiran dan rakyatnya mempunyai gaya hidup yang hampir sama.

Perhatikan pula fakta kajian yang menyatakan untuk gigi kekal, hanya 10% kanak-kanak mengalami karies gigi, suatu penurunan peratusan yang begitu drastik berbanding ketika kanak-kanak berusia bawah 6 tahun dengan 95.6 peratus, sedangkan tentunya mereka masih meminum bekalan air yang sama.

Apa yang ingin saya utarakan, faktor kerosakkan gigi bukanlah satu-satunya kerana bekalan air yang tidak mengandungi fluorida, tetapi lebih kepada gaya dan cara hidup, gaya pemakanan dan tahap kesedaran penjagaan gigi. Pengambilan makanan manis yang menjadi kesukaan kanak-kanak berusia di bawah 6 tahun serta kurangnya tahap kesedaran penjagaan gigi di kalangan ibu bapa adalah antara punca utama.

Sebagai pengamal pergigian profesional di Kelantan dan Terengganu sejak lebih 10 tahun lalu, serta pernah bertugas sebagai pensyarah pelatih di Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan, Kelantan, didapati hampir keseluruhan ibu-ibu di sini gemar memasukkan minuman bergula ke dalam botol susu anak-anak mereka, suatu amalan yang menjadi penyumbang utama kerosakkan gigi anak-anak diperingkat awal usia.

Pengalaman semasa bekerja di Iraq dahulu sebaliknya mendapati, amalan pemakanan mereka yang berbeza menyebabkan kadar kerosakkan gigi kanak-kanak di sana agak rendah walaupun negara mereka tidak pernah mengenal istilah air berfluorida.

Sekadar catatan, Pemfluoridaan air adalah penambahan paras fluorida semula jadi ke dalam bekalan air paip awam ke paras optimum untuk kesihatan pergigian. Ia adalah selamat dan berkesan untuk mengurangkan kerosakan gigi. Dalam masa yang sama kita memahami bahawa tanggungjawab memastikan bekalan air mempunyai kandungan fluorida bukan hanya tanggungjawab Syarikat Bekalan Air negeri-negeri berkenaan, tetapi juga adalah tanggungjawab Kerajaan Pusat melalui kementerian Kesihatan.

Sila rujuk kepada Rancangan Malaysia ke 9 (2006-2010) bab 20, Meningkatkan Taraf Kesihatan menyebut;

20.12 Aktiviti kesihatan pergigian dilaksana bagi menggalak kesedaran tentang pentingnya amalan pergigian yang baik untuk menambah baik kualiti hidup. Bagi mencegah pereputan gigi, pemfluoridaan bekalan air terus dijalankan. Sehubungan ini, sembilan loji rawatan air dilengkapkan dengan saluran fluorida di negeri Kedah dan Perak menjadikan bilangan loji yang dipasang penyalur kepada 249 daripada sejumlah 440 loji. Program penjagaan kesihatan pergigian yang komprehensif untuk pelajar sekolah bertujuan mengenal pasti dan merawat masalah pergigian di peringkat awal terus dilaksana dalam tempoh Rancangan yang memanfaatkan lebih 90 peratus pelajar sekolah rendah.

Silakan mereka yang berada di bilik berhawa dingin Kementerian Kesihatan untuk menjelaskan maksud pernyataan ini. Bukankah bisa difahami bahawa sebenarnya Kementerian Kesihatan mempunyai peruntukan kewangan untuk program pemfluoridaan bekalan air tetapi kenapa Kelantan dianak tirikan?

Kalau Umno ingin berpolitik, janganlah sampai hal budak-budak gigi ‘rongok’ pun nak dipolitikkan. Angka dan laporan memerlukan analisa teliti dan pandangan pakar sebelum dibuat kesimpulan mudah dan dangkal.

Penulis berkelulusan Bachelor of Dental Surgery, University of Baghdad.

Rabu, 23 November 2011

Hari Sabtu nanti

Semua Peneroka Felda Didaerah Lenggong dan Kawasan-kawasan Yang Sewaktu Dengannya Diseru Hadir Beramai-ramai. Antaranya Isu;

1.) Penyenaraian Felda Plantation Ke BSKL Oleh Global Venture. (Peneroka Akan Mengalami Kesan jangka Masa Panjang.

2.) Tanah Felda Akan Di Kaveat, Pemegang Saham Mendapat Untung Besar, Peneroka Akan Mengalami Kerugian dan Berisiko Kehilangan Tanah.

3.) Dengan Penyenaraian Ini, Membuktikan Bahawa Felda Telah Jauh Tersasar Daripada Matlamat Asalnya.

Menyebuk

Masa speaker kedah istihar kerusi kosong, SPR mintak mahkamah sekat, diperak juga macam tu, sekarang nak suruh serentak pula. tu le

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) membidas tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang ‘menyibuk’ terhadap urusan parti politik lain dengan mengusahakan agar Pilihanraya Umum di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di seluruh negara kecuali Sarawak didakan serentak.

Ketua DPP Malaysia, Riduan Mohd Nor berpendapat SPR tidak berhak masuk campur terhadap urusan pihak lain sedangkan urusan kendaliannya banyak lagi yang tidak selesai.

“Dari segi undang-undang tidak menyekat mana-mana kerajaan negeri untuk mengadakan pilihan raya umum secara berasingan, mengapa SPR pula ‘terhegeh-hegeh’ mahu menasihati parti politik untuk mengadakan PRU secara serentak,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Sepatutnya, kata beliau urusan mengadakan pilihan raya umum secara serentak atau berasingan diputuskan oleh Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, dan SPR tidak berhak mempertikai atau campur tangan terhadap perkara itu.

Tambahnya, tugas utama SPR adalah melaksanakan perjalanan pilihanraya agar ia berlangsung dengan baik, sistematik, telus, dan adil.

Menurutnya lagi, mencampuri urusan parti-parti politik terutama pembangkang akan dilihat oleh rakyat bahawa SPR terikat dengan arahan pihak tertentu yang berkepentingan.

“DPP Malaysia mengesyorkan, jika SPR benar-benar mahu menasihati pemimpin parti politik, adalah lebih baik Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohamad Yusof menasihati dahulu Perdana Menteri agar mengumumkan tarikh pilihan raya umum kepada rakyat daripada awal,” katanya.

Ini, katanya lebih penting supaya semua pihak dapat membuat persiapan bagi menghadapinya.

Menurut Riduan, merahsiakan tarikh pilihan raya merupakan suatu tindakan yang tidak bijak kerana boleh mengganggu jadual parti politik dan rakyat keseluruhannya.

“DPP Malaysia juga mencadangkan agar SPR menasihati Perdana Menteri untuk mewujudkan Kerajaan Sementara selepas pembubaran parlimen sehingga tarikh pengundian,” katanya lagi.

Ini akan lebih adil kepada semua pihak yang bertanding dalam PRU ke 13 nanti kerana boleh mengekang budaya rasuah, projek segera, penyalahgunaan kuasa dan wang dan lain-lain lagi.

Selasa, 22 November 2011

Astro awani fitnah kerajaan kelantan

Astro awani fitnah kerajaan kelantan, Dalam berita jam 7.45 semalam mengatakan Tok Guru mengaku air dikelantan kotor sedangkan tiada suara tok guru. Sikap niat buruk astro ini amat dikesali semoga editor dan pembaca berita itu dilaknat Allah akan tangan dan jari mereka serta lidah mereka itu.

Isnin, 21 November 2011

Susu 1Malaysia: Kenapa kementerian tidak bertindak?


Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua (gambar) mempersoal Kementerian Kesihatan Malaysia yang tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pembekal produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

Mengambil contoh susu formula bayi 1Malaysia yang dikatakan tidak mengandungi 15 nutrien utama yang diperlukan, beliau berkata, kementerian tersebut seolah-olah berkomplot dengan pembekal apabila tidak mengambil sebarang tindakan walaupun membekalkan produk berkualiti rendah.

Ini kerana katanya, kementerian tersebut tidak menmbuat sebarang pendirian berhubung dakwaan itu.

"Tiada sebarang kenyataan daripada menteri mengenai tindakan yang akan diambil oleh kementerian atau tindakan yang mesti diambil oleh KR1M.

"Sikap membisu menteri kesihatan mencerminkan seolah-olah ada usaha untuk menutup dan bersekongkol dengan pembekal untuk memastikan bahawa jenama 1Malaysia tidak terjejas," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Tegasnya, pengumuman di laman web KR1M sahaja tidak memadai sebaliknya kementerian harus mengiklankannya di media arus perdana."Pengumuman yang hanya dibuat di laman webnya tidak mencukupi.

Secara etika dan amalan global ialah syarikat itu mesti melindungi kepentingan rakyat dan pengguna," katanya.

Tambahnya pengguna yang membeli produk di KR1M bukan dari golongan yang selalu melayari internet untuk mendapatkan maklumat.

Minggu lalu, KR1M menarik balik susu tepung jenama itu dari pasaran, selepas dakwaan bahawa kandungannya melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Akta Peraturan-Peraturan Makanan 1985, sementara menunggu siasatan.

Sementara itu, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad membidas pihak yang mendakwa pendedahan oleh Pakatan Rakyat berhubung isu itu hanya bersifat politik.

Katanya, apa yang dilakukan oleh mereka adalah sebagai tanggungjawab 'check and balance' kepada pihak kerajaan.

"Kita hanya jalankan tugas semak dan imbang kepada kerajaan. Ini bukan soal politik, tapi soal keselamatan rakyat.

"Kita mintak Fomca dan PPIM juga perlu bersama kami," katanya.




Zambry bentang bajet pilihan raya

IPOH, 21 Nov: Ketua Pembangkang Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menyifatkan Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Menteri Besar, datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai bajet pilihan raya.

Beliau berkata, bajet yang mengalami defisit sebanyak RM 50.142 juta itu tidak menampakkan visi untuk membangunkan negeri, hanya bersifat pemberian.

“Pada prinsipnya, bajet ini ialah pengunaan wang hutang untuk diberikan kepada rakyat. Tiada langsung usaha-usaha untuk membangun dan memajukan negeri,” katanya ketika membuat sidang media sejurus sidang Dun Perak ditangguhkan, pagi tadi.

Tambahnya lagi, Bajet 2012 itu mengalami defisit yang sangat besar yang jelas berpunca daripada kepincangan pengurusan kewangan.

“ Ini menggambarkan Kerajaan Negeri Perak kepada sebuah negeri yang bankrap apabila pembelanjaan lebih daripada pendapatan,” tegasnya lagi.

Persidangan hari ini dan disambung esok yang akan berlanjutan hingga Jumaat.

Air Kelantan: Tuduhan rambang, berniat jahat

Patut saman saja.


KUALA LUMPUR, 21 Nov: Laporan Mingguan Malaysia semalam bahawa kandungan air terawat di Kelantan sebagai yang tertinggi E.coli adalah satu tuduhan rambang yang berniat jahat.

Demikian ditegaskan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu kenyataan, hari ini.

“Saya telah ditanya pagi tadi selepas Mesyuarat Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER) pagi tadi berkenaan laporan muka hadapan Mingguan Malaysia pada 20 November 2011 yang membawa tajuk ‘Air Kelantan Terkotor?’,” ujarnya di dalam kenyataan yang terkandung di Facebook beliau.

beliau pada mulanya beranggapan tidak perlu untuk memberikan respons terhadap laporan akhbar Utusan Malaysia (keluaran hari Ahad: Mingguan Malaysia) yang sudah diketahui umum sebagai akhbar yang tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan seringkali melanggar etika kewartawanan.

“Saya kira masih ramai yang belum lupa bagaimana Utusan Malaysia pernah memainkan isu ‘Kristian Agama Rasmi Negara’ satu ketika dahulu yang terbukti kemudiannya sebagai satu pembohongan semata-mata,” kata beliau.

Namun, menurutnya dibimbangi isu yang dimainkan itu menimbulkan polemik yang berpanjangan, beliau telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri Kelantan Datuk Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman untuk memberikan kenyataan menjelaskan perkara yang sebenar.

Bagaimanapun, ujarnya sebagai respons awal sebelum kenyataan lanjut dikeluarkan, beliau ingin menarik perhatian terhadap beberapa fakta sebenar yang disorok dari pengetahuan umum oleh Utusan Malaysia.

“Pertamanya, sukalah saya merujuk kepada surat yang dihantar oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kepada Pengurus Besar Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) yang bertarikh 30 Oktober 2011 yang memaklumkan prestasi kurang memuaskan beberapa buah negeri seperti yang termaktub di dalam Laporan Pencapaian Pematuhan Kualiti Air Terawat Bagi Parameter QAP Seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Julai dan Januari hingga Ogos 2011 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, negeri-negeri yang menunjukkan prestasi kurang memuaskan itu ialah Kelantan, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Perak dan Perlis.

Berdasarkan lampiran yang diberikan, jelasnya kandungan E.coli yang terdapat di dalam air terawat yang dibekalkan oleh AKSB dinilai sebanyak 0.88%.

Ia, jelasnya lagi lebih rendah jika dibandingkan dengan negeri Pahang (1.12%), Perak (0.90%), Perlis (1.21%) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.01%).

Beliau sedia maklum bahawa tahap yang dianggap tidak memuaskan ialah jika melebihi 4%, namun untuk dikatakan kandungan air terawat di Kelantan sebagai yang tertinggi E.coli ialah satu tuduhan rambang yang berniat jahat.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga ingin melahirkan rasa hairan terhadap data yang dikemukakan oleh Utusan Malaysia yang dikatakan dirujuk kepada Panduan Industri Air Malaysia 2011 sedangkan data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2011 masih belum dikeluarkan dan hanya akan dikeluarkan kebiasaannya pada pertengahan tahun berikutnya iaitu sekitar bulan Jun 2011.

“Dari manakah Utusan Malaysia memperolehi maklumat yang masih belum dikeluarkan ini?” soalnya yang juga Mursyidul Am PAS.

Hakikatnya, tegas beliau apa yang disebut oleh Utusan Malaysia itu hanyalah satu lagi pembohongan yang jelas untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Kelantan.

“Jelas sekali, laporan ini tidak lain hanyalah merupakan satu usaha untuk menggunakan air Kelantan membersihkan najis lembu yang bernilai RM250 juta.

“Nasihat saya, bertaqwalah kepada Allah SWT kerana apa yang ditulis akan disoal oleh-Nya di akhirat kelak,” ujarnya.

Justeru, kata bbeliau janganlah sampai fitnah yang ditabur itu menggerakkan tangan orang-orang yang dizalimi untuk melafazkan doa ke atas penabur-penabur fitnah.

Ini kerana, katanya doa orang yang dizalimi tidak akan ditolak oleh Allah SWT.



YDP PAS Lenggong


Punca Masalah Tolak Hukum pencipta Alam PAS telah lama berusaha unt cegah dgn berusaha melaksana petunjuk ALLAH. BN/UMNO menghalang. Rakyat wajib bersama perjuangan menegakan Hukum ALLAH.

Ahad, 20 November 2011

Antara PKFZ dan NFC

PKFZ bunyi cerita PM (kabinet) kena tipu.
NFC bukan urusan kabinet kata menteri asas tani, tapi satu jawatan kuasa agaknya JK itu mesti dibawah menteri. Kalau bukan dibawah menteri pasti Ketua Setiausaha kementerian. Kalau dulu duit pprt yang kena ialah kakitangan kerajaan sedangkan menteri selamat kalini macammana pulak?

KUALA LUMPUR, 20 Nov: Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) mencabar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan ekoran dakwaan penyelewengan wang rakyat oleh National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) iaitu syarikat milik suaminya.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, Presiden KMPP Rahmad Isahak berkata, Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno telah hilang kepercayaan rakyat akibat dakwaan tersebut dan beliau kini tiada pilihan lain melainkan meletakkan jawatan.

"Sebagai seorang insan yang dilahirkan di Pulau Pinang beliau juga perlu membersihkan imejnya khususnya kepada orang Melayu disini.

"Oleh yang demikian pihak KMPP dengan ini dalam situasi tanpa prasangka mencabar beliau supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Kerajaan Pusat disebabkan beliau tidak layak dan telah kehilangan kepercayaan rakyat," katanya.

Menyifatkan skandal tersebut sebagai satu lagi episod malang melanda negara, beliau juga mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendirian dan mengambil tindakan tegas jika dakwaan tersebut benar.

"Perkara berbangkit disini yang menjadi 'Crux of the case' tentang kewujudan yang nyata ke atas pembelian sebuah Kondominium yang bernilai RM9.8 Juta bertempat di One Menerung, Bangsar yang dikatakan pembelian hartanah berkenaan adalah bagi mendapatkan pulangan pelaburan memandangkan projek lembu Feedlot oleh NFC mengalami kelewatan operasi.

"Perlu diingat bahawa modus operandi syarikat NFC untuk mendapatkan pinjaman modal berkenaan adalah bagi tujuan industri penternakan dan bukannya pelaburan hartanah. Secara tidak langsung telah wujud situasi penyelewengan dan pecah amanah yang melampaui keraguan munasabah," tambah Rahmad lagi.

Menurutnya lagi, walau apapun spekulasi yang timbul Shahrizat tidak boleh menafikan sama sekali bahawa dia tidak mempunyai pengetahuan tentang kewujudan NFC, begitu juga soal pinjaman modal oleh pihak kerajaan dan pembelian kondominium mewah berkenaan.

"Penafian beliau secara total bakal mengundang padah kepada parti pemerintah dan seterusnya mendatangkan liabiliti yang tidak berharga kepada negara kita.

"Orang-orang Melayu khususnya sedang menilai situasi ini secara serius," jelasnya.

Pakatan Rakyat awal bulan lalu mendakwa kerajaan persekutuan telah menyalurkan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada syarikat NFC berkenaan bagi tujuan industri penternakan lembu.

Bagaimanapun ianya didakwa tidak berjaya mencapai sasaran pengeluaran malah Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga menyebut projek berkenaan dalam keadaan 'kucar-kacir'.

Sebelum ini desakan sama, yang menuntut Shahrizat meletak jawatan, turut disuarakan oleh anggota parlimen BN sendiri iaitu Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan).

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) mendakwa tindakan menteri berkaitan Fidlot itu telah menyusahkan Umno Barisan Nasional.

"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.

"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," katanya.

PAS sambut baik mansuh guru kerja 9 jam

Dalam harakah jumaat memuatkan pandangan profesional Mantan Pengarah Pelajaran Perak. Dan semalam ianya dimansuhkan. Begitulah meraba-raba Menteri Pelajaran yang tidak pernah menjadi guru dan mengurus guru dan tidak mengikut aspirasi guru.

KUALA LUMPUR, 20 Nov: PAS mengalu-alukan keputusan kerajaan yang mengumumkan projek perintis yang mewajibkan guru bekerja sembilan jam sehari bermula Januari ini di empat negeri tidak akan diteruskan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan tersebut sangat wajar dan selari dengan desakan PAS selama ini yang mahu warga pendidik dibela, bukan dibebankan dengan ditambah waktu berkerja.

"Kita alu-alukan keputusan kerajaan membatalkan projek printis guru kerja sembilan jam ini.

"Saya sendiri sebelum ini turut menyuarakan bantahan kepada pihak kementerian di Dewan Rakyat, agar ianya dimansuhkan kerana khuatir kesan negatif kepada proses pengajaran guru dalam kelas," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Beliau mengulas pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa projek perintis yang mewajibkan guru bekerja sembilan jam sehari itu dibatalkan.

Langkah itu menurut Muhyiddin, bertujuan mengelak salah sangka dan kekeliruan di kalangan masyarakat dan guru sendiri terhadap pelaksanaan program tersebut.

Katanya, ianya tidak perlu perlu diteruskan jika guru sendiri tidak memahami kehendak sebenar program tersebut yang bertujuan memperkasakan perkhidmatan guru di negara ini.

Mengulas lanjut, Mahfuz sekali lagi menegaskan, pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran perlu juga mendapat pandangan pihak Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) sebelum membuat sebarang ketetapan terhadap tugas guru.

"Kerajaan perlu ambil pengajaran. Apa-apa keputusan berkaitan perguruan, perlu berbincang terlebih dahulu dengan pihak kesatuan.

"Kita tidak mahu keputusan yang dibuat akhirnya menjejaskan 'core business' guru sekaligus yang menjadi mangsanya adalah pelajar itu sendiri,' katanya.

Sebelum ini Presiden NUTP Hashim Adnan turut menyatakan bantahan dengan projek printis kerja sembilan jam itu kerana ianya dibuat tanpa berbincang dengan pihak mereka.

Lebih membimbangkan katanya, tindakan tersebut 'boleh mematahkan semangat guru' disamping tidak praktikal dengan sistem pengajaran sedia ada.

Sabtu, 19 November 2011

Haru biru punya berita umno

Cuba tengok tarikh di atas tu - 19-11-2012
Orang yang pergi dengar tu tentu bertaraf lembu abu nawas, tak tahu tarikh bila.

Guru bekerja 9 jam

Ucapan dan pandangan Mantan Pengarah Pelajaran Perak Dato Adnan Ibrahim tepat atas kedudukan beliau sebagai seorang yang profesional dalam pendidikan.
Hanya guru sahaja yang mengetahui jiwa seorang guru. Semasa beliau sebagai pengarah Pelajaran Perak beliau ialah Instructional Leader dan setelah menyertai PAS beliau ialah leader yang berjiwa guru. Tahniah Dato.

Fidlot: Rafizi hantar surat ajak Khairy debat

Duit dapat untuk buat lain di buat lain - Kroni tak mengapa.

KUALA LUMPUR, 18 Nov: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini mengutus surat jemputan kepada Ktua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk berdebat berhubung isu skandal National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd.

Dalam surat yang salinannya dihantar kepada Harakahdaily hari ini, beliau menyatakan tarikh cadangan debat tersebut dibuat pada 12 Disember ini.

"Mengambil kira kekangan jadual kerja seperti yang saudara suarakan di dalam media, saya mencadangkan supaya debat tersebut diadakan pada hari Isnin 12 Disember 2011," kandungan surat itu dipetik.

Beliau melalui surat tersebut juga mencadangkan supaya perkara-perkara lain seperti tempat dan format debat dipersetujui bersama setelah tarikh debat dimuktamadkan

"Saya percaya saudara seorang pemimpin Umno yang berjiwa besar dan memiliki kekuatan intelek yang mengkagumkan.

"Kesudian saudara untuk membahaskan isu-isu rakyat seperti penyelewengan wang rakyat melalui NFC akan dikenang orang muda selama-lamanya," ujar Rafizi.

Khairy Jamaluddin beberapa hari lalu memaklumkan beliau bersedia untuk bertemu Rafizi dalam debat berhubung dakwaan penyelewengan RM250 juta oleh NFC iaitu syarikat milik anggota keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau ini memberitahu bahawa “saya sentiasa bersedia untuk berdebat dengan sesiapa pun.”

“Pada dasarnya saya bersedia. Tetapi soalannya adalah masa,” kata beliau dengan merujuk kepada perhimpunan agung tahunan partinya akhir bulan ini.

Sebelum ini, Rafizi telah mencabar Khairy agar berdebat dengannya sambil mendakwa Ahli Parlimen Rembau itu sebahagian daripada “Budak Tingkat Empat” — yang merujuk kepada pengaruhnya ke atas Pejabat Perdana Menteri ketika era pentadbiran Tun Abdullah.

Pentadbiran Abdullah meluluskan Pusat Fidlot Kebangsaan pada 2006.

Minggu lalu Khairy mempertahankan projek itu dengan merujuk kepada pembelian hartanah kondominum hampir RM10 juta di Bangsar menggunakan wang projek tersebut.

Khairy menyifatkan pembelian itu sebagai pelaburan yang selamat.

Hudud di Berunei

YDP PAS Lenggong menayangkan titah Sultan Berunei berhubung isu hudud di Brunei. Siapa kita hendak menidakkan hukum Allah itu. Bagaimana kita nak menjawab soalan itu jika ditanya kepada kita di Akhirat. Baginda Sultan Brunei nampak akan Malikiyau Middin dan nampak akan kekerdilan Baginda. Begitulah jiwa seorang hamba yang Allah kurniakan kebesaran sebagai Sultan.

Mohammad Sabu di Lenggong semalam

Menjelaskan banyak perkara, ramai yang hadir. Perkara yang tidak di ingini tidak berlaku. Pelbagai bangsa hadir. Perpaduan dan ukhuwah jelas kelihatan. Pemandangan ketika ceramah pasti menggusarkan umno bn.

Jumaat, 18 November 2011

RM100.00


Program serahan RM100 jadi medan politik Umno| Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 18 Nov: Majlis penyerahan bantuan sekolah RM100 kepada pelajar yang sedang rancak berlangsung didakwa telah menjadi medan Umno berpolitik.

Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, perkara itu jelas dapat dilihat apabila pemimpin Umno setempat turut dilibatkan dalam program itu.

"Di sini persoalan timbul apakah kewajarannya pemimpin Umno dilibatkan sama dalam pengagihan wang tersebut sedangkan pihak sekolah mempunyai cukup guru dan kaki tangan untuk mengelolakan agihan wang tersebut.

"Ibu bapa terpaksa mendengar ucapan dari pemimpin BN yang menggunakan kesempatan itu untuk berkempen sebelum wang RM100 diagihkan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Adun Titi Serong berkata, perkara tersebut turut berlaku di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (China) di mana ibu bapa dihidangkan dengan ceramah politik.

Menurutnya lagi, urusan agihan wang tersebut sepatutnya diserahkan sepenuhnya kepada pihak sekolah sekiranya bantuan RM100 tersebut adalah dengan niat untuk membantu pelajar.

"Bagi saya ia jelas menyusahkan ibu bapa, bukan itu sahaja, masa mereka terbuang begitu sahaja untuk menunggu kehadiran pemimpin BN cuma kerana wang RM100," jelasnya lagi.

Secara jelasnya kata Khalil Idaham, penglibatan orang politik dalam agihan itu membuktikan bahawa sumbangan tersebut punya niat tersembunyi sebagaimana yang dikatakan oleh banyak pihak.

"Saya berharap agar kerja jahat dan kesempatan yang diambil untuk berkempen sebelum agihan wang kepada ibu bapa tidak dapat mengubah minda warga Malaysia untuk terus menilai BN dalam PRU13 tidak lama lagi.

"Rakyat Malaysia jangan lupa terhadap kerakusan pemimpin BN yang telah menyapu bersih wang rakyat, antaranya skandal-skandal seperti isu PKFZ yang bernilai RM12.5 bilion, pembelian koc keretapi RM500 juta, pemberian kontrak kepada kroni RM500 juta, projek lembu Feedlot kepada Sharizat Jalil bernilai RM250 juta, penyelewengan projek Facebook (Pelancongan) RM1.8 juta," katanya.

Demi Maruah Ketua Audit Negara


KUALA LUMPUR, 18 Nov: Kerajaan digesa bertindak supaya laporan Ketua Audit Negara ditarik balik kerana suami Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyatakan laporan itu kurang tepat.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengingatkan, laporan Ketua Audit Negara mestilah tepat kerana ia berkaitan dengan pengurusan kewangan negara dan jika laporan itu kurang tepat, ia tidak memberikan gambaran yang sebenarnya dan akan mengelirukan semua pihak.

"Jika laporan Ketua Audit Negara kurang tepat, ahli-ahli Parlimen bercakap berdasarkan fakta yang mengelirukan, rakyat mendapat maklumat mengelirukan dan kerajaan juga menjadi mangsa kerana dikritik berdasarkan maklumat mengelirukan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz berkata, dari segi pentadbiran kewangan, negara tidak boleh disogokkan dengan laporan yang kurang tepat berkaitan pengurusan kewangan negara dan oleh kerana suami seorang menteri kabinet sendiri yang menyatakan laporan Ketua Audit Negara kurang tepat, kerajaan mesti bertindak pantas untuk membolehkan Ketua Audit Negara menarik balik laporan itu dan membetulkannya untuk dibentangkan semula.

"Yang menyatakan laporan Ketua Audit Negara itu kurang tepat bukan taraf pemeriksa kira-kira Umno cawangan, tetapi suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat," katanya.

Menurut Mahfuz, tindakan pantas untuk membolehkan Ketua Audit Negara menarik balik laporannya itu amat tepat untuk dilakukan memandangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memperlihatkan keyakinan yang luar biasa besar terhadap projek Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang dikendalikan oleh suami Shahrizat itu.

Mahfuz juga meminta suami Shahrizat yang juga Pengerusi Eksekutif NFC mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Audit Negara kerana menyifatkan projek yang dianugerahkan kepadanya itu 'kacau-bilau' dan juga gagal menjalankan program keusahawanan seperti yang dikehendaki oleh kerajaan.

"Sudah ada peguam yang ramai orang dakwa ada taktik boleh menang kes, takut apa nak ambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Audit Negara?" kata beliau.

Dalam sidang akhbarnya semalam, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail berkata Laporan Ketua Audit Negara yang menyebut bahawa projek penuh kontroversi itu hanya mencapai 41 peratus daripada jumlah daging yang disasarkan adalah kurang tepat.

Malah, suami Shahrizat itu juga mendakwa pelaburan kondominium di Bangsar bernilai RM6.9 juta seunit menggunakan wang pinjaman projek lembu itu adalah keputusan perniagaan bijak.

Dr Mohamad Salleh malah dilaporkan mendakwa pihaknya berjaya menyewakan kondominium di One Menerung, Bangsa itu dengan nilai RM70,000 sebulan.

Dakwaan itu bagaimanpun ditolak oleh pakar-pakar hartanah yang menyatakan nilai tertinggi yang boleh dijana dari sewaan kondominium itu hanya setakat RM24,000 sahaja sebulan.

Sidang akhbar suami Ketua Wanita Umno itu turut dihadiri Penasihat Undang-Undang NFC, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah.

Khamis, 17 November 2011

Dari YDP PAS Lenggong

fakta kenapa semua orang melayu wajib bersatu bersama PAS 1. Tugas umno memungut hasil negara gagal 2.berbelanja Boros dan merugikan rakyat 3. Pendidikan gagal rakyat rosak akhlak 4. Ugama di pinggir tentang pelaksanaan hukum Allah. Nyawa dihujung usia cuba beli pengundi dgn bajet negara. Khianat. Negara dgn memberi kerakyatan kpd warga asing. Berjihadlah unt Islam dan keselamatan ummah.

Ceramah di Lenggong Malam esok. Datanglah


Mohd Sabu Tiimb Presiden PAS 18 Nov 2011 Jam 9 mlm di Markas Kg Gelok (3 km sebelah Kanan ke Grik dr Lenggong Perak) Siapa Pengkhianat Bangsa dan nergara. Semua dijemput hadir ada cerita UMNO nak buat hal dah tiba masa unt kita berjihad. Sebarkan dan datanglah beramai-ramai.

Selasa, 15 November 2011

Mufti: Kesian Najib, bukan dibantu tapi diampu

The most important is Najib tak boleh silap, sebab dia PM, Kalau dia silap dia perlu mengaku silap itu. Orang lain tak berhak. Samada Jamil Khir atau Abdullah Mat Zain sepetutnya beritahu najib yang catatannya di twiternye silap. dia Najib perlu akui kesilapannya.
Mana boleh Najib akui kesilapan itulah keigoan PM Malaysia itu. Dan dia sedia diketawakan ramai.


Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menyelar tindakan "penasihat agama" yang didakwanya tidak membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam urusan haji, sebaliknya "lebih kepada budaya ampu".

"Yang bagi komen di Malaysia ini kononnya hendak bantu, sebenarnya bukannya membantu akibat tidak mahu faham, tetapi lebih kepada budaya ampu.

NONE"Jadi rakyat makin keliru. Perkara asas ilmu haji, saya yakin semua jemaah dan bekas jemaah haji semua boleh faham," kata Juanda (kiri) yang juga bekas profesor pelawat di Universiti Oxford, United Kingdom.

Beliau mengulas reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan penasihat agama kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Md Zin yang dilapor mempertahankan status haji Najib setelah ditegurnya sebelum ini.

Juanda pada 9 November lalu melahirkan rasa terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

Sedangkan, katanya, paling awal jemaah haji menamatkan ibadat paling awal pada 8 November atau 12 Zulhijah selepas solat Zohor bagi yang nafar awal.

'Tak dimanfaat, tak bermanfaat'

Susulan itu, Jamil Khir (bawah, kanan) menjelaskan, kenyataan daripada Twitter Najib bahwa beliau selesai menunaikan haji, sedangkan masih ada rukun belum dilaksanakan, telah disalah tafsir dengan selesai wukuf.

NONEManakala Abdullah pula menyifatkan tuduhan bahawa Najib dan isteri gagal mengerjakan haji sebagai fitnah pihak yang terdesak, yang didakwa mengeksploitasi agama untuk mengelirukan orang ramai.

Katanya, dakwaan Najib dan isterinya Rosmah gagal mengerjakan haji merupakan fitnah oleh orang "jahil" dalam ilmu mengerjakan haji.

Dalam kenyataannya kepadaMalaysiakini semalam, Juanda berkata, beliau kasihan kepada Najib yang mempunyai pegawai yang banyak tetapi "tidak dimanfaat dan tidak bermanfaat".

"Kenapa tak bawa penasihat-penasihat agama ini daripada awal dalam rombongan PM yang 20 orang itu, agar hal macam ini tak berlaku daripada awal?

"Berlambak mereka ini ikut buat haji. Jemaah haji biasa pun duduk dengan pembimbing haji siang malam agar dibantu dan diberi nasihat ibadat," katanya.

Yakin haji lengkap, PM salah tweet

Juanda yang juga profesor pelawat di Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) di Shah Alam berkata, komen pihak lain, yang tiada dalam rombongan itu akan merendahkan lagi imej Najib dan merumitkan lagi keadaan.

hajj pilgrimage haji pilgrimage 040107 group"Jadi, buat sesuatu biar betul daripada awal awal dalam semua perkara. Kalau tak tahu, eloklah bertanya. Ia tidak akan merendahkan kedudukan sesiapa pun," katanya.

Mengulas status haji Najib, Juanda berkata, beliau yakin ia lengkap dan perdana menteri tersilap tweet.

"Beliau bermaksud selesai rukun haji. Saya juga tahu PM mabit di Mina dua malam dan melontar dua hari tasyriq. Beliau nafar awal ke Jeddah untuk menghadap Putera Nayef sebelum balik Malaysia. Beliau juga tawaf Wada' sebelum balik ke Jeddah," katanya.

NONEBeliau juga menjelaskan, terdapat pihak hendak mengulas isu itu tidak cukup mendalami ilmu haji dan perkara cabang berkaitannya.

Juanda pernah menjadi penasihat haji Malaysia selama enam tahun sehingga 2008 dan pengerusi panel penyediaan buku panduan ibadah yang diterbitkan oleh Tabung Haji.

Beliau juga pernah menjadi guru agama haji muassasah dan pakej untuk orang kenamaan Tabung Haji dari 1996 hingga 2008.