ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Ahad, 9 Ogos 2009

Mengenali Musuh PR

Musuh kepada Pakatan Rakyat
3 kumpulan utama yang menjadi musuh kepada pakatan rakyat yang sentiasa berusaha memecahbelahkan kesepakatan pakatan rakyat.
Pertama dan utama ialah UMNO/BN sendiri. Semua boleh perhatikan gelagat mereka setiap hari dalam merencanakan sesuatu supaya menjadi porak poranda kepada pekatan rakyat. Mereka akan menggunakan segalanya yang mereka miliki walaupun batil. Agensi kerajaan mereka gunakan. Mereka paksa atau ugut supaya bertindak untuk mereka.
Kedua ialah media dalam Negara samada letronik atau cetak. Media kerajaan sudah semestinya manakala yang swasta berlebih sudu dari garpu pula. Kita boleh melihat dalam berita yang dipaparkan setiap hari.
Ketiga ialah dikalangan pemimpin dan ahli serta penyokong Pakatan Rakyat sendiri. Pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat yang merasa bertanggung jawab atas sesuatu bertindak dan mengeluarkan kenyataan yang tidak menghalusi natijah yang akan berlaku. Pemimpin dan penyokong PR barang kali terlupa bahawa media dalam Negara dan pemimpin umno/bn amat cekap dan bijak memanipulasikan setiap gerak laku dan percakapan atau kenyataan pemimpin PR. Contoh
Tahun lalu isu muzakarah
Isu kerajaan perpaduan menjadi cerita PAS nak masuk umno
Isu tempat sembelihan babi dikedah
Isu kerajaan Kelantan nak berbaik dengan kerajaan persekutuan menjadi PAS nak berbaik dengan umno.
Isu Kg Buah Pala menjadi kononnya janji kerajaan PR di pulau pinang
Sekarang isu arak di Selangor sehingga kenyataan naib ketua dewan pemuda PAS pusat disiarkan lama di TV
Sebenarnya banyak kalau nak disenaraikan . Cuma yang diminta kepada Kepimpinan PR jangan jadikan kita sendiri sebagai musuh kepada PR. Pemimpin PR hendaklah bijak. Kita lihat bagaimana kehebatan kepimpinan PR dalam isu pembunuhan keatas Teo semua kepimpinan PR sepakat. Kesepakatan ini perlu diperkukuhkan. Elakkan tindakan dan kenyataan yang boleh dimanipulasikan oleh umno/bn dan media agen umnodan bn.
PR nak perintah Malaysia. Kita kena bijak memperkasakan rakyat kerana rakyatlah kekuatan PR.

Menghebahkan Kekuatan Kerajaan Pakatan Rakyat

Pengurusan jabatan kerajaan Kelantan cekap - MAMPU
Mohd Nor Yahya Sun Aug 09, 09 6:12:58 pm MYT
KOTA BHARU, 9 Ogos (Hrkh) - Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) memuji kecekapan pengurusan pentadbiran pejabat kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah rakyat.
Ketua Pengarahnya, Dato' Normah Md Yusof berkata, pentadbiran kerajaan Kelantan begitu proaktif terhadap usaha penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan agensi pentadbiran negeri.
Katanya juga, penyertaan peserta begitu tinggi dalam seminar dianjurkan MAMPU baru-baru ini menggambarkan keprihatinan pengurusan pentadbiran kerajaan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan.
Seminar itu dihadiri pegawai tinggi kerajaan, ketua-ketua jajahan dan ketua-ketua jabatan negeri.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Pengurusan dan Transformasi MAMPU, Abdul Rahim Mohd Noor berkata, MAMPU begitu yakin dengan sistem pentadbiran yang diamalkan di Kelantan.
"MAMPU tidak membezakan di antara negeri-negeri di bawah pemerintahan kerajaan pusat atau pun Pakatan Rakyat.
"Oleh itu sekiranya prestasi sedia ada di negeri ini diteruskan serta ditambahbaikan ia akan menjadi kerajaan yang terbaik di negara ini," katanya pada satu program taklimat di sini, baru-baru ini.
Taklimat tersebut memperkatakan tajuk 'Ke Arah Memperkasakan Pengurusan Organisasi Negeri Kelantan'.
Abdul Rahim juga berkata, MAMPU berperanan sebagai penggerak dan agen perubahan pentadbiran dan pengurusan perkhidmatan awam di negara ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Mohd Aiseri Alias berkata, pelbagai program dilakukan bagi meningkatkan mutu kerja kakitangan?antaranya mewujud kod etika kepada kakitangan.
Selain itu penggunaan sistem 5S dan pelbagai lagi sehingga menjadikan pengurusan pentadbiran kerajaan negeri berjalan lancar. - mj _

Sabtu, 8 Ogos 2009

l

Tak mengerti yang itulah jahil

Orang yang mengerti barang yang dia tahu itulah orang yang berilmu (alim) ikutlah dia.
Orang yang mengerti apa yang dia tidak tahu itulah orang yang mahu belajar, ajarlai ia.
orang yang tidak mengerti apa yang dia tidak tahu, malah berlagak tahu dan tak mahu ambil sambil menonjolkan hujah bodoh yang membodohkan itullah orang yang tak mahu tahu atau jahil. Bila bertemu orang seperti ini tinggalkanlah dia. Tiada guna bagi sesiapa yang tahu berhujah dengan orang seperti ini. malah kalau tegur sapa dan salam pun buat selamba sahaja.
Mungkin orang seperti akan marah dan mengherdik tetapi jenis seperti ini perlu kebijaksanaan pemulauan keatas mereka. Tak banyak hasil bagi kita berinteraksi dengan mereka secara berlebih-lebihan. Kalau ditegur sekadar jawab ya ya pun cukup.
Ada suatu cerita di pekan lenggong, seorang jenis ketiga di atas bertanyakan kepada Cikgu Halim kenapa kerajaan PAS kelantan tak laksanakan hukum islam. Mujur pertanyaan itu kepada cikgu Halim, kalau kepada ahli biasa yang yang ditanya soalan begitu tentunya payah cerita jadinya. soalan seperti sebenarnya ditanya oleh orang kategori 3 sebab kejahilan mereka akan konsep ibadah. Mereka mengangap ibadah itu hanya solat puasa zakat haji saja. menerangkan ilmu dan melaksanakan tuntutan pemerintahan secara agama bagi mereka bukan ibadah. kerana itu mereka anggap urusan pentadbiran agama kena tanya PAS pasal apa tak buat.
Sebab itu mereka sering menyalahkan orang lain. sikap menyalahkan orang lain sebenarnya terbit dari kejahilan diri sendiri terhadap tanggungjawab ke atas agama.

Jumaat, 7 Ogos 2009

Pakatan Rakyat Berpaksikan Ketuanan Rakyat

Kekuatan dan keangkuhan BN sebenarnya berpaksikan kepada ketuanan umno, parti dalam komponen BN akur dengan ketuanan umno. Bila masalah dalam parti komponen rujukan kepada pemimpin umno. Semua memahami keadaan begitu walaupun ada ketika tidak begitu seperti tahun 1988 bila umno bubar terpaksa mca menyelamatkan umno. Kerana itu, nampak macam ada satu kesatuan. tetapi jika direnung gelora tetap membara. Ketidakpuashatian ada. Boleh diperhatikan. kerana itu kita nampak banyak kepentingan tergadai.
Dalam PR, ketuanan rakyat diutamakan, kerana itu pemimpin PR akan berkata mengikut kepentingan rakyat. Dalam pada itu kesatuan dalam PR akan sentiasa terdedah dek serangan agen-agen umno dan bn. Namun oleh kerana kekuatan PR pada rakyat, sukar untuk digugatkan. namun begitu pemimpin PR perlu sedar bahawa rakyat juga amat mudah dikelirukan. Pemimpin PR perlu bijak.
Kita dalam PR sedang menawarkan kerajaan rakyat untuk rakyat. Elakkan pertelagahan terbuka sesama sendiri. Berhemah dalam kata-kata. Berhemah dalam tindakan. Tindakan dan cakap pemimpin sentiasa dicari ruang untuk dimanipulasikan. Semua pemimpin PR tak kira besar ataupun kecil.

Khamis, 6 Ogos 2009

Pemimpin besar hendaklah menjaga lidah dan kelakuannya

Sebagai seorang pemimpin yang berjiwa besar seseorang itu hendaklah menjaga akan kelakuannya dan juga tutur kata yang dilontarkannya. Sesungguhnya bagi setiap orang ada persepsi tersendiri. Dan setiap orang mempunyai keupayaan tafsiran yang tersendiri.
Seseorang boleh melakukan pelbagai perbuatan dan akan diperhatikan oleh ramai orang. Dan orang ramai juga boleh berkata macam-macam.
Disamping kawan lawan juga melihat kelakuan dan percakapan seseorang pemimpin besar tadi.Lawan akan menggunakan segala kepintaran mereka untuk menjatuhkan musuh. Kekadang kawan juga akan tersinggung dengan kata dan perbuatan yang dilakukan tanpa fikiran yang matang. Keadaan tersebut boleh mengundang kemuakkan dari kalangan ramai. jangan biarkan ramai menjadikan muak. Kita dalam pakatan rakyat perlu ada rasa jiwa besar. Utamakan kesepakatan bertindak mengikut fikiran.
Baru setahun lebih kita diberi kepercayaan rakyat yang sedikit. belum lagi penuh. Ingat umno dan bn serta agen mereka (media) sentiasa mencari ruang untuk memusnahkan kesepakatan PR. BN sekarang tak tidur untuk memecahkan kesepakatan PR.

Pemimpin tidak akan membodohkan rakyat

Pempin yang berjiwa besar akan sentiasa mendengar suara rakyat. Mereka akan akan sentiasa mendampingi rakyat. Jauh sekali bagi pemimpin untuk membodohkan rakyat. Siri deminstrasi rakyat di negara kita sekarang ini kerana adanya pemimpin yang sombong dan bongkak dan tak mahu mendengar pandangan rakyat. Rakyat terpaksa keluar kejalan raya dan menampilkan suara dan wajah keserata global semata menyatakan pandangan dan kehendak.

Rabu, 5 Ogos 2009

Kebodohan sebenarnya yang membodohkan orang.

Selepas demonstrasi menuntut penghapusan ISA, terdengar diskrin TV dan corong radio suara sumbang dari agen-agen kerajaan persekutuan dan pemimpin umno bn yang rata-rata memperbodohkan para pendemonstrator itu. Keadaan digembar-gemburkan lagi dengan siaran ulangkali yang berkala-kala macam gila oleh media. Semuanya membodohkan. tanpa mereka sedari mereka telah membodohkan diri sendiri. sedanf rakyat nampak dengan sendiri.
Lihat PPSMI, bila golongan elit yang perihatin turut sama turun padang, terpaksalah TPM umumkan pemansuhan walaupun tahun 2012. Rasa GMI ini pun begitu barangkali. mungkin terpaksa turun sama tokoh elit ke medan tunjuk perasaan baru nak mansuhkan. Setelah mata A Samad said kena pancutan air berasid, baru nampak hasil. Barangkali golongan elit itu juga terpaksa turun sekalu lagi untuk melihat bagaimana kezaliman yang dilakukan keatas manusia rakyat malaysia sendiri. GMP untuk bahasa melayu. GMI untuk orang Malaysia. Selamat berjuang untuk penghapusan ISA.

Ahad, 2 Ogos 2009

Bukan umno, tetapi Islam

Bukan umno yang akan menyelamatkan manusia dalam kehidupan dan selepas kematian. tetapi yang akan menyelamatkan manusia ialah pegangan islamnya dan ajaran Islam.
Kembalilah kepada Islam.

Takziah untuk Kedua keluarga

Takziah untuk kedua-dua keluarga yang kematian saudara mereka hari jumaat dan petang jumaat. iaitu
1. Muhammad razif kampong bukit sapi
2. Muhammad redzuan Kampong.
Sebenarnya kedua-dua keluarga tersebut ada perkaitan persaudaraan.
Semoga Allah kurniakan kesabaran kepada kedua keluarga tersebut. semoga Allah mengampuni akan roh keduanya dan memasukkan roh bagi keduanya bersama bersama roh hambanya yang soleh. Kepada waris dan saudara kepadua keduanyanya didoakan semoga sejahtera dan dapat bersabar. Sesungguhnya kematian akan menghampiri manusia. Kerana itu hendaklah bersama keyakinan dan keimanan. Pastikan diri dalam naungan dan perlindungan Allah. Hendaklah bersama Islam dengan istiqamah dan yakin serta faham. Jauhilah semangat kebatilan dan ayuh bersama islam.
Dari PAS Lenggong.

Sabtu, 1 Ogos 2009

Walaupun kematian menghampiri,

Tak ramai yang mahu menginsafi. mereka asyik dengan kedegilan mereka. Mereka tidak muhasabah diri. Tiada bangsa yang akan menyelamatkan diri seseorang manusia. tiada semangat kebangsaan yang akan menyelamat diri manusia walaupun dia itu pemimpin dan memimpin semangat kebangsaan itu.
Hanya islam dan amalan islam yang mampu menyelamatkan kehidupan manusia selepas kematian. Kembalilah kepada islam dan memahami prinsipnya serta amalan yang terkandung dalam ajarannya. Tinggalkan pegangan kebangsaan yang menolak islam.