ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Sabtu, 7 Januari 2012

BN anggap saya bahaya dibiar ‘di luar’ - Anwar


PERMATANG PAUH, 7 Jan: Ribuan orang ramai mendirikan solat hajat bersama Ketua Umum Parti PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dataran Kompleks An-Nahdhoh, Penanti, Bukit Mertajam pagi tadi menjelang keputusan hukuman liwat 2 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 9 Januari ini.

Solat hajat yang diimamkan oleh pengerusi kompleks tersebut, Ustaz Mutalib Maarof bermula jam 8.30 pagi turut dihadiri kepimpinan PKR negeri dan keluarganya.

Selesai solat hajat beliau diserbu oleh orang ramai untuk bertanya khabar, berpeluk, bersalaman dan tidak kurang ada yang menitiskan air mata apabila bertentangan muka sambil menasihatinya agar bersabar dengan dugaan yang bakal ditempuh.

Semasa berucap beliau menyifatkan apa yang terjadi mempunyai hasrat yang tersembunyi bukan kerana dirinya 'Anwar' tetapi kerana pembongkaran yang membolehkan rakyat lebih celik dan tahu siapa kepimpinan Barisan Nasional (BN) sebenarnya.

"BN anggap saya terlalu bahaya jika dibiarkan di luar, maka mereka mencari kaedah yang membolehkan saya dipenjarakan terus buat kali ke dua. Mereka dah kena pada pilihanraya kecil Permatang Pauh di mana majoriti jauh lebih baik dari dulu sedangkan waktu itu saya baru dibebaskan," ujarnya ringkas.

Apa pun tambahnya, keluarga dan sanak saudara telah bersedia dengan segala kemungkinan.

Katanya, jika dipenjarakan perasaanya tidak lemah sebaliknya ‘lawan tetap lawan’ sementara perjuangan tetap akan diteruskan oleh rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat.

Tegsnya, perjuangan untuk menjatuhkan BN merupakan satu kewajipan kerana kemimpinan yang ada semuanya rosak dan tenggelam.

"Sebenarnya penjara atau bebas semua tidak boleh menghalang kebangkitan rakyat yang terlalu resah dengan penekanan yang tidak disangka-sangka, lagi lama berada di bawa pemerintahan yang tidak adil selagi itulah rakyat terus menderita," jelasnya.

Khamis, 5 Januari 2012

901

Dewan Pemuda PAS Malaysia menyokong penuh Himpunan 901. Malah PAS akan sentiasa menyokong sesiapa sahaja yang dizalimi, dan akan menentang semua sistem perundangan yang zalim. DSAI sepatutnya diadili dalam sistem perundangan Islam yang maha adil, bukan sistem perundangan ciptaan manusia ala umno yang penuh tempang. Adakah undang-undang manusia lebih baik dari undang-undang Allah??? http://www.youtube.com/watch?v=KpQNLb7bPLg

Asnaf yang mana satu?

Wang Zakat: Bina Bangunan RM13.85 juta, Apa Kata JKuasa Fatwa Negeri Melaka?



Bangunan MAIM yang tersergam indah ini menimbulkan pelbagai persoalan-persoalan yang perlu dirungkaikan dan dijawab oleh pihak MAIM.

Laporan Ketua Audit Negara tahun 2009 mendedahkan bahawa "Kegagalan RMSB membina Kompleks MAIM menyebabkan MAIM terpaksa membangunkan sendiri Kompleks tersebut berjumlah RM13.85 juta dengan menggunakan peruntukan wang zakat." (Sumber:http://www.audit.gov.my/images/stories/pdf/laporan_kan/negeri/selatan/melaka%202009%20web.pdf )

Kes ini telah dilaporkan kepada SPRM oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Hj Azly Zahari dan beliau telah membuat tinjauan lanjutan pada Ogos 2011 yang lalu dan sumber SPRM tersebut memaklumkan wang tersebut adalah wang "lebihan" zakat. (Sumber:http://adlyzahari.blogspot.com/2011/08/lebihan-wang-zakat.html)

Jika betul bangunan tersebut dibina dengan menggunakan lebihan zakat, persoalannya disini ialah adakah MAIM yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Melaka sendiri telah melanggar fatwa yang dikeluarkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka sendiri yang telah diputuskan pada 2008 yang lalu berkenaan pengagihan lebihan wang zakat?

Fatwa tersebut secara jelas memperincikan bahawa wang lebihan zakat mestilah untuk kepentingan asnaf yang lapan. Berikut adalah fatwa tersebut.

"1. Menetapkan bahawa kaedah pengurusan lebihan agihan zakat daripada kutipan zakat bagi tahun semasa di Negeri Melaka adalah seperti berikut -
(a) lebihan agihan zakat daripada mana-mana bahagian asnaf bagi tahun semasa hendaklah dipindahkan kepada bahagianasnaf lain yang ada penerimanya dalam tahun semasa tersebut;
(b) sekiranya masih berbaki, lebihan agihan zakat daripada jumlah kutipan zakat bagi tahun semasa hendaklah dicampurkan dengan anggaran hasil kutipan zakat pada tahun berikutnya mengikut bahagian asnaf yang telah ditentukan; dan
(c) lebihan agihan zakat tersebut hendaklah disimpan di dalam kumpulan wang lebihan zakat.
2. Penggunaan dan perbelanjaan lebihan agihan zakat tersebut adalah hanya untuk lapan asnaf yang layak menerima zakat pada tahun yang berikutnya dengan menaikkan kadar bantuan agihan kepada setiap asnaf bagi tahun tersebut" (Sumber:http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/kaedah-pengurusan-lebihan-agihan-zakat-negeri-melaka)
Zakat adalah peruntukan yang telah ditetapkan asnafnya dalam Al-Quran dan Hadis dan tidak boleh lari daripada yang telah ditetapkan.
Benarkah wujud lebihan zakat seperti yang diperkatakan, kerana ada kes-kes penduduk yang saya ziarah dikurangkan jumlah bantuan bulanan dan ada kes ibu tunggal yang menyara anak yatim diberhentikan kupon bantuan makanan tanpa dimaklumkan alasan.
Dan jika ianya sekadar mendahulukan wang zakat untuk membina bangunan RM13.85 juta tersebut, adakah ianya telah dilunaskan kembali untuk diagihkan kepada yang berhak?

Mohon maaf atau berdepan saman

Harakahdaily
IPOH, 4 Jan: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak memberikan tempoh tiga hari kepada Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak, Mohamad Annuar Ariffin untuk menarik balik kenyataan yang menuduh Unit Amal PAS sebagai dalang demonstrasi pelajar di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini.

Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, jika gagal berbuat demikian dalam tempoh yang diberikan, pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Annuar.

"Kami kesal dengan kenyataan tersebut dan mendesak agar Annuar menafikan kenyataan yang dikeluarkannya oleh Sinar Harian (muka surat 7) dengan segara atau berhadapan dengan tindakan Mahkamah," katanya merujuk kepada laporan di akhbar bahasa Melayu itu hari ini.

Menurutnya, tuduhan yang dilemparkan oleh Annuar sungguh berat dan melampau kerana cuba mengaitkan perhimpunan Mahasiswa tersebut dengan PAS atau Dewan Pemuda PAS.

Sambil kesal dengan tindakan Annuar itu beliau juga mendakwa Pemuda Umno Perak sebenarnya tidak langsung mengambil sikap berbincang di atas meja rundingan malah tidak cakna kepada golongan Mahasiswa.

"Jika beliau enggan membuat demikian, kami akan meminta Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia kami mengemukakan writ saman kepada Annuar selepas tempoh yang diberikan berakhir," tegasnya.

Selasa, 3 Januari 2012

Dah lebih 2 bulan

http://lianglahad.blogspot.com/2012/01/nfc-sudah-2-bulan-10-hari-polis-hanya.html

NFC - SUDAH 2 BULAN 10 HARI POLIS HANYA SIAP 80% DAN MINTA MASA LAGI

Kertas siasatan kes skandal NFC yang melibatkan secara langsung keluarga Ketua Wanita UMNO,Dato' Seri Sharizat Jalil hanya siap sebanyak 80%...
dan polis minta "masa" lagi..
tak tahu sampai bila...

Itulah bezanya jika pemimpin UMNO buat jahat...
kalau kena tangkap pun ,semua pihak berkuasa akan hilang keupayaan dan kuasa untuk menyiasat...

Kerja jadi slow....
semuanya lambat...

itulah kelebihan menjadi Ketua Wanita UMNO...

Malaysian Insider

Kalau kita ikutkan dari tarikh pendedahan skandal NFC ni..
sepatutnya sudah lama siap...

Tetapi apabila berlakunya tarik tali antara SPRM dan PDRM yang mana SPRM kata mereka tiada kuasa untuk menyiasat kes NFC ini kerana bukan berada didalam bidang mereka...
maka kes ini menjadi sangat lambat....

24 October 2011- Skandal ini mula didedahkan oleh ketua Audit Negara melalui laporan "Ketua Audit Negara" yang secara jelas mengatakan kewangan NFC berada dalam keadaan "masalah"..

11 November 2011- laporan pertama mengenai skandal NFC ini dibuat oleh NGO Jingga 13, kepada SPRM berhubung pembelian Kondominium mewah di bangsar menggunakan dana NFC..

Maknanya,pada hari ini sudah genap 2 bulan 10 hari dari tarikh pendedahan oleh Ketua Audit Negara mengenai kepincangan di dalam NFC yang menggunakan dana wang rakyat..

Jika dikira dari tarikh Jingga 13 buat laporan SPRM pada 11 November 2011 lalu,sudah sebulan 22 hari ataupun sudah (53 hari..)

Polis hanya mampu selesaikan 80% siasatan di dalam tempoh tersebut..?
Dan polis meminta kita "masa" lagi..?



Dan sepanjang tempoh itu juga,Pengerusi Eksekutif NFC yang jugasuami Sharizat masih juga belum ditahan bagi menjalankan siasatan..


Jangkamasa siasatan akan menjadi "terlalu cepat" jika melibatkan pemimpin PR..

Aku teringat dahulu sewaktu fitnah video seks yang dibawa oleh Datuk T..

Datuk T menayangkan kepada umum pada 21 March 2011

Anwar buat laporan polis pada 22 March 2011
dan pada 11 April 2011 kertas laporan siasatan berkaitan video seks telah pun siap...?

20 hari sudah siap..?
dan dihantar kepada Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail..?

Inilah tahap Polis Di Raja Malaysia negaraku yang tercinta ini...
semuanya macam lembu fidlot yang dicucuk hidung...

Kesyukuran di Surau Ibnu Zakaria

Harini 3.1.12
5ptg ziarah
7.15 solat maghrib dan tahlil
Makan buah mulai jam 9.00 sambil ceramah Ustaz Misbah
Jemputlah beramai-ramai.

Peringatan


Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Ahad, 1 Januari 2012

Sambutan tahun baru



KUALA LUMPUR, 1 Jan: Gandingan dua selebriti hebat dari latar belakang berbeza, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus bersama pelakon, pelawak dan pengacara, Zizan Raja Lawak berjaya menarik kehadiran kira-kira 80, 000 orang ke Program Countdown 2012 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, malam tadi.

Difahamkan, jumlah ini jauh lebih memberangsangkan berbanding jumlah kehadiran ke program "Karnival Sayangi Selangor" dan sambutan malam tahun baru anjuran kerajaan BN di I-City yang dianggarkan sekitar 5,000 sahaja, meskipun dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tinjauan rawak ke laman-laman blog bukan politik hari ini juga mendapati rata-rata penulis mengulas mengenai kemeriahan program malam tadi serta memuat naik gambar-gambar dan video sekitar program.

Antara yang diulas adalah mengenai keserasian Ustaz Azhar dan Zizan sewaktu forum soal jawab agama berlangsung dan petikan gitar oleh Ustaz Azhar sendiri.

Kemeriahan program turut diserikan dengan kehadiran bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Shamril Salleh atau Sham Kamikaze yang sudah melakukan penghijrahan, pendakwah bebas, Ustaz Syed Nor Hisham Tuan Padang, juara program realiti tv pencarian imam muda, Imam Muda Ashraff serta selebriti Astro Oasis, Akhil Haiyy.

Rata-rata mereka juga mengharapkan program seperti ini yang menampilkan hiburan mendidik jiwa diteruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan juga negeri-negeri lain.

Ini membuktikan rakyat malaysia khususnya anak muda mula meminati program-program mendidik apatah lagi jika ianya ditampilkan "kena dengan caranya".

Antara pimpinan Pakatan Rakyat Selangor yang hadir malam tadi ialah Exco Kerajaan Negeri, Dr. Halimah Ali, Haniza Talha dan Yaakob Safari serta Pesuruhjaya PAS Shah Alam, Khalid Samad.

FB YDP PAS Lenggong


Baru balik dari ziarah Allahyarhham HJ Mutalib bekas ketua kg PR insyaallah solat jenazah jam 1130pg esok dirumah beliau 1km sebelah kanan ke Grik Alfatihah moga rohnya brada bersama org soleh

MAIWP Langgar syariat

Wang zakat untuk asnafnya.
Bekas mufti wilayah Dato Md Hashim Yahya kata berdosa salah guna wang zakat.
Pengertian salah guna zakat mengikut syarak ialah membelanjakan kepada asnaf.
Pengertian salah guna wang zakat mengikut audit negara ialah "pakai dulu dan bayar balik".
Jadi Jamil dan dua yang lain dah pakai dulu wang zakat dan bayar balik bila dapat duit itu bulan jun. hukumnya tetap salah. Kalau tak salah tentu audit tak sebut. Kalau jamil kata mengikut undang sila saman audit.
Kenyataan audit mengesahkan sejumlah wang RM63,650 telah dikeluarkan dari dana zakatMAIWP untuk mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk Jamil, Pengarah Jawi dan ketua pendakwa Sharie.

Yang salahnya mendahulukan dengan wang zakat.

Tahun baru 2012 tercemar

Nasrudin Hassan

1. Tahun Baru 2012 dikotori oleh keganasan dan kezaliman melampau apabila sekumpulan mahasiswa yang dipercayai kena belasah oleh Polis. Safwan Anang Talib Timbalan Presiden GAMIS merangkap Pengerusi BEBAS , Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi atau BEBAS AUKU cedera parah dan kini [saat artikel ini ditulis] masih mendapat rawatan kecemasan di wad kecemasan Hospital Slim River Perak.

2. Sementara 17 orang mahasiswa yang lain masih ditahan dalam Lokap di IPD Tanjung Malim dan seorang yang lain cedera dan pecah di bahagian kepala.

3. Saya beri masa kepada pihak kerajaan dan juga PDRM sehingga jam 12 tengahari ini [ 5 jam dari sekarang ] agar semua tahanan itu dibebaskan. Mereka juga mesti mengambil tanggungjawab jika sesuatu yang buruk berlaku kepada mahasiswa khasnya Timbalan Presiden GAMIS yang masih dirawat dalam wad kecemasan di Hospital Slim River.

4. Sungguh zalim dan kejam tindakan mereka ke atas anak - anak muda yang hanya berhimpun untuk menyuarakan isi hati mereka di UPSI lewat malam tadi. Apakah mereka sedang menguji kebangkitan anak muda ? apakah mereka mahu menguji kesabaran anak muda ?

5. Dewan Pemuda PAS Malaysia membantah dan mengutuk sekerasnya tindakan kejam ini. Saya harap seluruh pemuda dari seluruh negara bersedia. Mulakan detik ini untuk bermunajat kepada Allah swt agar saudara Safwan kembali pulih dan 17 mangsa tahanan di bebaskan menjelang jam 12 tengahari ini. [5 jam dari sekarang] Jika tidak satu himpunan besar anak muda akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa dan pihak polis yang terlibat melakukan kekasaran ini mestilah disiasat dan diambil tindakan tegas.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia