Wanita Islam Mesir Berbogel Bantah Draft Islam Baru Mesir
![]() |
| ALIA berbogel di Kedutaan Mesir di Stockholm pada 20 Disember lalu. |
KAHERAH - Seorang wanita Mesir, Alia al-Mahdy berdepan dengan ancaman kewarganegaraannya mungkin ditarik balik selepas dia berbogel tanpa memakai sebarang pakaian di depan kedutaan negara ini di Stockholm, Sweden baru-baru in.
Portal berita Al-Arabiya semalam melaporkan bahawa seorang aktivis, Mahmoud Abdel Rahman telah memfailkan aduan kepada pendakwa raya berhubung perbuatan Alia. Menurut Mahmoud, imej Mesir rosak dan tindakannya itu mempersendakan agama Islam selepas Alia berbogel pada 20 Disember lalu. Mahmoud meminta supaya nama Alia, 22, diletakkan di dalam senarai orang yang perlu dipantau supaya dia boleh ditangkap ketika memasuki Mesir.
Dalam aduannya itu, dia menyatakan Alia menulis ayat-ayat yang menghina draf perlembagaan baharu Mesir dengan bantuan dua aktivis wanita daripada kumpulan FEMEN. Kumpulan tersebut terkenal dengan aktiviti tunjuk perasaan bagi membela hak-hak wanita dengan anggota-anggotanya kerap mendedahkan payudara termasuk berbogel.
Alia berbogel bersama dua aktivis wanita kumpulan tersebut di Kedutaan Mesir di Stockholm itu. Dia menunjuk perasaan bagi membantah draf baharu perlembagaan Mesir yang didakwa menyekat kebebasan penduduk dan hak-hak wanita. Bagaimanapun, draf tersebut diluluskan oleh para pengundi dalam pungutan suara yang diadakan sebanyak dua kali pada 15 dan 22 Disember tahun lalu.
Mahmoud turut menyediakan cakera padat digital yang mengandungi gambar Alia berbogel kepada pihak pendakwa raya. Sementara itu, Alia menyatakan dia menerima ancaman bunuh selepas berita tentang perbuatannya yang berbogel itu tersebar.
"Jika saya kembali ke Mesir, saya akan dipenjarakan dan saya mungkin terbunuh jika rejim yang memerintah Mesir kini terus berkuasa," katanya kepada akhbar Al-Watan.







































![Jangan bimbang, projek ladang buah-buahan terpisah dari Empangan Pedu…
setitik air tercemar pun tak boleh melompat ke sana
Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
Menteri Besar Ustaz Azizan Razak memberitahu Projek Ladang Buah-Buahan Charok Genting Bunga bakal menjadi pusat ladang buah-buahan yang terbesar di Malaysia apabila ianya siap kelak. Projek itu telah dikontroversikan oleh pihak tertentu kononnya telah menyebabkan pencemaran air Empangan Pedu dan Muda, walhal setitik air dari kawasan terbabit pun tidak boleh melompat masuk ke empangan kerana kedudukan dasar bukitnya (kawasan ladang) lebih rendah dari aras empangan serta dipisahkan oleh laluan TEKIH yang tinggi.
@[100001621929692:2048:Ba]ntahan di sana sini dibuat supaya kerajaan negeri menghentikan projek pembalakan di kawasan terbabit. Memang projek pembalakan sudah terhenti pun kerana sekarang bermula pula projek mengisi kawasan yang digondolkan dengan pokok buah-buahan. Selepas ia dipenuhi tumbuhan maka kawasan yang gondol tentu tidak kelihatan lagi.
Di mana-manapun projek ladang komersil yang dijalankan di mukabumi ini, hutan sedia ada mesti dibersihkan terlebih dahulu. Belum pernah ladang kelapa sawit dibuat dalam hutan rimba tanpa hutan tersebut diusik. Amalan ini berlaku di semua negeri di Malaysia.
“Di sebalik projek ini, orang Padang Terap tak tau, kita (kerajaan negeri) nak wujudkan peluang pekerjaan semasa ladang ini sedang dibangunkan dan selepas ianya siap, lebih daripada 300 peluang pekerjaan disediakan, dan saya galakkan orang tempatan untuk ambil peluang ini,” jelas Menteri Besar pada Majlis Penerangan Projek Ladang Buah-Buahan Charok Genting Bunga.](http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s480x480/389595_10200175816259672_1564824457_n.jpg)