ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Selasa, 30 Jun 2009

Najib Ikut Mahathir pula

Pilihanraya Penanti Mahathir kecewa kerana Najib tak dengar pandangannya. Tapi bile PAS ajak debat Mahathir tak percaya dan najib ikut kata mahathir. ikuti sedutan harakah,
Selasa 30 Jun 2009 7 Rajab 1430 Hijrah
Debat: Surat tawaran belum dihantar, namun PM sudah tolak
Salmah Mat Husain Tue Jun 30, 09 12:45:09 pm MYT
KOTA BHARU, 30 Jun (Hrkh) - Belum pun surat rasmi tawaran debat dihantar kepada Dato? Seri Najib Razak, namun perdana menteri dari awal lagi menolak pelawaan tersebut.
Sedangkan surat pelawaan debat oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz akan dihantar Khamis ini. Bagaimanapun semalam Najib menolak pelawaan debat terbuka dengan Mursyidul Am PAS, sebaliknya mencadangkan diadakan musyawarah bagi menyelesaikan kekalutan politik di antara PAS dan Umno.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, surat berkenaan tidak akan menyebut tempoh atau waktu yang sesuai untuk diadakan debat, sebaliknya ia terbuka dan boleh diadakan bila-bila masa sahaja.
Menurutnya debat yang dicadangkan bukan berniat untuk tujuan politik, sebaliknya ingin mengetahui sebab sebenar kenapa Umno menolak Islam.
"Nak mengangkat diri (Umno) sebagai pejuang Islam macam mana perjuangan parti itu tak ikut Islam. Dan pada masa yang sama menentang PAS yang bersungguh-sungguh mendaulatkan Islam," katanya di sini, petang semalam.
Menurutnya timbul idea debat kerana Pemuda Umno membuat laporan polis berhubung kenyataannya sebelum ini yang menganggap Umno membawa ajaran sesat kerana memisahkan agama dan politik.
"Umno sepatutnya tak perlu buat report polis. Ada masalah sikit terus report kepada emak dan bapak. Itu tak betul.
"Kalau kita bertengkar sikit-sikit nak panggil emak, ayah, nampak sangat kita lemah. Bila betul biarlah kita berlawan secara berdepan, tak payah buat report polis, kita berdebat," ujarnya.
Ketika ditanya masalah perpaduan di kalangan Melayu yang kini dikatakan semakin retak, beliau berkata, Islam mengajar perpaduan melalui agama.
"Kalau ingin perpaduan atas dasar bangsa itu bukan cara Rasulullah saw, bahkan Rasulullah saw melawan bapa mentua dan bapa saudara sendiri kerana memperjuangkan Islam.
"Kalau kira nak bersatu gengstar pun nak bersatu, ah long pun nak bersatu, semuanya nak bersatu, tetapi atas dasar apa," katanya.
Ketika ditanya penolakan debat oleh dua bekas perdana menteri iaitu Tun Mahathir Mohamed dan Tun Abdullah Ahmad Badawi beliau berkata, perbincangan telah berlangsung sejak sekian lama antaranya perbahasan di parlimen.
Malah katanya perbincangan, nasihat, ceramah dan usrah sudah lama dilakukan, dan sekarang ada baiknya debat pula digunakan bagi menyelesaikan masalah umat Islam.
Sementara itu dalam perkembangan lain katanya, PAS tidak pernah mengubah manifesto pilihan rayanya iaitu mendaulatkan Islam sejak dahulu sehingga sekarang.
Beliau berkata walaupun pihak lawan memperkenalkan pelbagai manifesto, namun PAS tetap dengan dasarnya, iaitu mendaulatkan agama Islam dalam kehidupan. - mj _

Isnin, 29 Jun 2009

Oh Mufti Perak Berpeganglah Kepada Kebenaran

Dengan berita ini pula akan menyerlah wajah sebenar Harussani Zakaria
Dengan kemegahan yang dikurniakan kepadanya. Beliau boleh bersuara dan rakyat perak terutamanya amat mengetahui. sedutan dari harakah.
Isnin 29 Jun 2009 6 Rajab 1430 Hijrah

Royalti Minyak: Umno-BN tipu rakyat Kelantan!

Harakahdaily Sun Jun 28, 09 8:06:57 am MYT
KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh) - Pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) terus berbohong dalam kempen pilihan raya kecil DUN Manek Urai dengan mengatakan tidak wujud minyak dan gas serta industrinya di negeri Kelantan.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan beliau sendiri telah pergi ke pelantar cari gali minyak dan gas di perairan Kelantan sebaik sahaja mendapat berita tentang wujudnya 'emas hitam' itu di negeri tersebut, sedikit masa dahulu.
"Kebetulan saya duduk tepi pantai, bersama orang ke laut (nelayan) (saya telah pergi) melawat pelantar minyak, tengok pelantar minyak (dan) pelantar gas di situ.
"Dalam kawasan (perairan) Kelantan, bukan dalam perairan Siam dan perairan antarabangsa,"jelasnya ketika berucap dalam majlis perisytiharan calon pilihan raya kecil DUN Manek Urai, di Kampung manek Urai Lama,kelmarin yang dipetik Buletin Online.
Sehubungan itu, beliau berkata, Petronas wajib membayar royalti minyak sebanyak 5% kepada negeri Kelantan sebagaimana perjanjian di antara syarikat minyak itu dengan kerajaan-kerajaan negeri pada tahun 1975.
Sebelum itu, Pengarah Pilihan raya KeADILan, Saifudin Nasution berkata pengundi Manek Urai mesti menolak Umno-BN sekiranya mereka bertanding dalam pilihan raya kecil DUN tersebut.
Beliau berkata demikian, kerana kerajaan BN bukan sahaja tidak membayar royalty minyak, malah telah berbohong dan menipu rakyat Kelantan dalam Parlimen mengenai kewujudan minyak di Kelantan.
"Kita kemudian mendapati, bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak bercakap benar, dalam bahasa kasar, mereka telah memberikan jawapan bohong dalam Parlimen.
"Hasil kajian kita mendapati dalam buku Jabatan Perangkaan Kerajaan Malaysia yang dikeluarkan pada 2007 mukasurat 187, jadual 5.3 menyebutkan dengan jelas negeri-negri pengeluar minyak di Malaysia,"tegas Saifudin yang juga ahli Parlimen Machang.
Katanya Umno-BN hanya menipu rakyat Manek Urai dengan memasang papan tanda 'Rakyat di Dahulukan, Manek Urai Di utamakan', sedangkan mereka tidak membayar royalti minyak yang telah berjumlah RM 1bilion sejak tahun 2002.
Oleh itu katanya rakyat mesti menolak calon Umno-BN pada pilihan raya kecil Manek Urai pada 14 Julai depan.
"Rakyat didahulukan, Manek Urai diutamakan? Dia boleh pasang papan tanda banyak-banyak (dalam kempen pilihan raya),tetapi bukti ini (telah) menunjukkan bahawa kita (Kelantan) ada minyak, Umno tak bayar royalti minyak.
"Sebab itu kita mesti tolak calon mereka (Umno-BN) pada pilihan raya kecil Manek Urai pada 14 hari bulan nanti,"katanya. - mks._

Harussani tak akan kata apa kepada UMNO

Berita berikut kalau ditanya kepada mufti perak harussani dia tak berani kata apa.
Isnin 29 Jun 2009 6 Rajab 1430 Hijrah- sedutan dari harakah.

Jabatan Perangkaan, EPU sahkan Kelantan pengeluar minyak

Lanjusoh Mon Jun 29, 09 1:14:04 pm MYT
KOTA BHARU, 29 Jun (Hrkh) - Sekiranya Kelantan tidak layak menerima royalti petroleum mengapa disenaraikan dalam Bank Data Malaysia sebagai salah sebuah negeri pengeluar minyak di negara ini.
Selain itu, berdasar kepada laporan Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (EPU) bertarikh 16 Mac 2009 Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Kelantan dalam sektor perlombongan meningkat secara mendadak kepada 22.4 peratus.
Sedangkan sebelum itu, sektor berkenaan hanya menyumbangkan sebanyak satu peratus sahaja kepada KDNK Kelantan.
"Ini seolah-olah menggambarkan EPU telah menyenaraikan Kelantan sebagai negeri pengeluar minyak sama seperti Terengganu, Sabah dan Sarawak.
"Jadi mengapa ada menteri menyebut Kelantan tiada hak untuk mendapat royalti minyak," kata anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Husam Musa pada persidangan Dun hari ini.
Isu royalti minyak menjadi topik menarik perhatian ahli-ahli Dewan apabila Haji Abdul Fatah Harun (PAS - Bukit Tuku) membangkitkan perkara itu berikutan soalan asal ditanya Dato' Noor Zahidi Omar (BN - Pengkalan Kubur).
Menghurai panjang lebar perkara itu Husam berkata, Laporan Band Data Malaysia 2007 pada muka surat 187 secara jelas menyenaraikan Kelantan sebagai negeri utama dalam industri petroleum di negara ini sejak 2004.
Data tersebut menyebut nilai pertumbuhan industri petroleum di Kelantan, Sabah dan Terengganu sebanyak 62.5 peratus berbanding Sarawak (37.5 peratus).
Manakala nilai ouput (pengeluaran) tiga negeri berkenaan iaitu RM46.8 bilion berbanding Sarawak (RM14 bilion).
"Kita menuntut royalti daripada bahagian yang diterima Malaysia kerana kawasan pengeluaran minyak terbabit terletak di lokasi tuntutan bertindih dengan Thailand dan Vietnam.
"Kelantan tidak menuntut bahagian yang diterima Thailand, sebaliknya agihan diterima Malaysia selepas pembahagian dibuat antara tiga negara," katanya.
Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Mustapa Mohamed dilaporkan memberitahu kerajaan Kelantan tidak berhak menuntut bayaran royalti minyak dan gas kerana hasil petroleum itu diperolehi di kawasan bertindih.
Malaysia dan Thailand menandatangani perjanjian persefahaman pada 1979 berkaitan kawasan pembangunan bersama (JDA) yang diteroka kedua-dua negara.
Malaysia dan Vietnam juga bersetuju mengusahakan secara bersama cali gali minyak di kawasan berkenaan.
Husam berkata, sekiranya kawasan pelantar carigali minyak dan gas tersebut terletak di sebelah Thailand sudah tentu pelantar tidak dinamakan dengan nama Melayu iaitu Kekwa, Cakrawala, Seroja, Bintang dan Lawen.
"Sekiranya diukur jarak pelantar tersebut dengan pantai Kelantan hanya 170 km berbanding dengan Terengganu 220 km. Dan nilai pengeluaran gas dan minyak dari pelantar tersebut sejak 2004 sehingga tahun lepas berjumlah RM46.8 bilion.
"Sedangkan di perairan Terengganu sebanyak RM36 bilion manakala Sabah (RM5 bilion). Ini bermakna jumlah pengeluaran dari perairan Kelantan lebih besar," ujarnya.
Oleh itu beliau berkata, kerajaan pusat sewajarnya membayar royalti sebanyak 5 peratus setahun seperti termaktub di bawah Akta Petroleum yang dianggarkan melibatkan sebanyak RM850 juta sehingga RM1 bilion sejak 2004 sehingga sekarang.
Beliau juga berkata, Kelantan masih mengharapkan pertimbangan sewajarnya kerajaan pusat bagi membayar royalti petroleum tersebut.
Menurutnya biar pun ada cadangan supaya tuntutan itu dibuat melalui perundangan, namun kerajaan negeri masih memilih menggunakan kaedah rundingan.
"Kita berharap ketua pembangkang di Dun Kelantan, Dato' Md Alwi Che Ahmad membantu menyelesaikan tuntutan tersebut.
"Sekiranya ia menjadi kenyataan hasrat Adun Paloh, Dato' Nozula Mat Diah untuk mendapat kenaikan elaun boleh dipertimbangkan," katanya.
Manakala Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman (PAS - Mengkebang) mencadangkan kerajaan negeri menjemput alim ulama bagi menunaikan solat hajat dan menujat bagi melembutkan hati perdana menteri menimbangkan royalti minyak kepada Kelantan. - mj _

Sabtu, 27 Jun 2009

Gerakan Mansuh PPSMI ( GMP)

ada puak negeri temanni udah tiada modal diambil huruf itu untuk pertubuhan deme pula. apa nak dikatakan tak berakai. Memangpun. puakni nuduh orang pandai tapi sebaliknya deme yang nipi dan bodohkan orang. penyudah dema malukan orang. yang terakhir kena malu ialah Tun Mahathir. Mahathir tu orang kedah dipanggil resmi pertubuhan curi nama orang perak. memalukan saja. maknanya orang perak takde anu kena cari orang lain. Tapi dengar ke labun puak-puakni demeajele. tapi penakut. kalau deme berani moh bubar DUN perak.

Taklimat Pengurusan PAS Lenggong.

Hari ini diadakan taklimat pengurusan PAS kawasan Lenggong. Semua ajk kawasan dan cawangan hadir dalam taklimat. Tahniah kepada semua atas keperihatinan untuk menguatkan parti. Komitmen yang berterusan akan membina kekuatan.

Jumaat, 26 Jun 2009

Cerita Mufti Harussani

Rakyat perak kenal dato ni, Beliau bersuara lantang bagi pihak umno. ada pasalnya. Beliau haram sure heboh tapi jomheboh tak mengapa kerana apa rakyat perak tahu banyak. suara beliau digunakan oleh media untuk menutup kekecewaan umno. beliau ialah tunggangan umno.

Rabu, 24 Jun 2009

Terharu dengan Tok Guru Nik Aziz

Harakah melapurkan Tok Guru menarik balik kenyataan terhadap Timbalan Presiden PAS sungguh mengharukan sebahagian pendukung. Kenyataan menarik balik kenyataan itu sebenar terbit dari jiwa besar seorang tokoh. Pada ahli dan penyokong, kenyataan tersebut sebenarnya tidak salah langsung malah ada ahli mengira sebagai tepat. Tetapi kerana jiwa besar dan mulia Tok Guru kitani menyebabkan sebahagian kita tergamam dan terpesona. Tok Guru adalah model dan idola kepada kita. Kata pepatah ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Sesungguhnya politik Tok Guru Kitani amat luar biasa. Ahli dan penyokong amat kasih kepada Tok Guru.
Sebaliknya pula akan sang putera katak yang juga menyuruh Ust. Nasarudin letak jawatan bagaimana pula. Dahlah dapat kerusi parlimen dengan menipu tok guru sekarang pula dan menyerang PAS pula. Sang itu juga kata bulan jun ini dia nak buat keputusan untuk kedudukan parti tapi tarikh sekarang sudah 24hb jun. Jadi sang itu membawa watak politikus yang hina dan jijik dimata awam.
Peringatan kepada golongan sepertinya. Menipu orang hari ini, disuatu hari nanti anda akan mendapat keji.
BUBARKAN DUN PERAK.- SUARAKAN DAN CATATKAN.

Selasa, 23 Jun 2009

Tahniah Kepimpinan Pakatan Rakyat

Kenyataan dari kesepakatan berkat dari muafakat Pakatan Rakyat melegakan ahli dan penyokong Pakatan Rakyat. Suatu keputusan yang bijak. Bijak bagi kepimpinan membiarkan polimik beberapa ketika dan bijak membuat keputusan dalam bersama. Tahniah dan tahniah namun ketika mengulas pernyataan tersebut merah padam muka dan wajah najib. huru hara dan haru biru jadi segala media.

Isnin, 22 Jun 2009

MB Kudeta perak melawat lenggong esok

Tempat di dewan merdeka lenggong.
tinjauann kepada persiapan dan pandangan orang ramai nampaknya kakitangan kerajaan meluat dan menyampah menengokkan puak-puak tu.
Kalau benar-benar ikhlas bubarkan DUN perak. kembalikan hak pemilihan kepada rakyat.
jangan jadi penipu dan pengacau.

Ahad, 21 Jun 2009

Menghadapi Fitnah Media-media yang beragenda

Sebagai ahli dan penyokong Pakatan Rakyat amnya dan PAS khususnya perlu sentiasa berwaspada terhadap serangan jahat musuh iaitu yang utama dan pertamanya ialah umno dan bn. Kita kenal depani. tapi yang sukar dikenali ialah anjing-anjing mereka. kerana anjing mereka boleh membuat pelbagai penyamaran. Jika kita tidak berhati-hati kita akan terjerat dan terperangkap. Jika terperangkap kita terpaksa mengambil masa yang lama untuk pulih kembali.
Lihat kepada sejarah silam. Sejarah PAS bersama dalam bn pru 1978 tinggal 5 kerusi parlimen.tahun 1999 dah pulih sebok pasal muzakarah masa tu tinggal 6 kerusi parlimen. Sekarang sebuk pula dengan kerajaan perpaduan. berhati-hatilah semua pihak terutama pemimpin. Pastikan ahli dan penyokong mendapat maklumat yang segera. Jangan biarkan ahli dan penyokong terkeliru dengan ketandusan maklumat. Harakah perlu segera menyalurkan maklumat yang dapat menenangkan ahli dan penyokong.
Semua perlu memahami sikap musuh dan anjing-anjing musuh.
Sekarang ini anjing-anjing umno dan bn yang paling jahat dan licik ialah media. Media elektronik seperti radio dan tv terlalu ghairah dengan dakyah jahat mereka. Semua tv dalam negara tak boleh dipercayai. RTM dan TV3 berada di ranking pertama. astro dan bernama berlumba-lumba untuk diranking pertama. Jadi ahli dan penyokong jangan ambil percaya terhadap media tersebut. kalau boleh tak payah tengok berita lagi bagus dari mendengar pembohongan. Akhbar pula kecuali harakah, keadilan dan roket yang lain ada agenda masing-masing. Simpan RM1 sehari dari membeli sinar harian. sinar harian juga sama seperti berita harian.
RM1 lebih bermakna dari beli sinar harian.
Kita mesti bijak melihat perancangan musuh.
Bubar DUN Perak.

Road show bubar DUN Perak

Peringkat Parlimen Lenggong
Diadakan malam ini
tempat di Markaz PAS Lawin
Dijemput hadir