
Gambaran perpaduan dan pakatan
Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”
Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik
Surah An-Nur : Ayat 4
Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.
Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.
AL HUJURAT: - AYAT 6
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.Musa, Gani tidak palsukan bukti mata lebam Anwar
Mar 11, 09 10:47am
Ketua polis negara dan peguam negara didapati tidak terlibat dalam kesalahan jenayah berhubung isu memalsukan bukti dalam siasatan kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.
Keputusan siasatan terhadap Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Gani Patail dimaklumkan dalam sesi soal jawab di Parlimen hari ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.
Menjawab soalan Gobind Singh-Deo (DAP-Puchong) mengapa tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa selepas Anwar membuat laporan polis dan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu, terhadap Musa dan Abdul Gani Julai lalu.
Berikutan itu, BPR - kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) - menubuhkan sebuah panel bebas untuk menyiasat kes tersebut.
Anggota panel tersebut terdiri daripada Datuk Kadir Sulaiman, Datuk Wira Mohd Nor and Datuk Ahmad Nor Abdullah - kesemuanya bekas hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Rayuan.
Menurut Nazri, siasatan panel tiga angota tersebut bermula pada 2 Julai tahun lalu.
Panel tersebut, katanya, menyiapkan siasatan dua bulan kemudiannya kerana ia dianggap sebagai satu kes sensitif dan berprofil tinggi.
Selepas siasatan terperinci dijalankan, kata beliau, mereka mendapat Musa dan Abdul Gani tidak melakukan sebarang jenayah berkaitan dengan kes yang didakwa oleh Anwar.
Anwar membuat aduan polis terhadap kedua-dua pegawai tinggi kerajaan itu pada 1 Julai tahun lalu sewaktu mantan timbalan perdana menteri tersebut disiasat berhubung dakwaan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Dalam laporannya itu, Anwar berkata kedua-duanya memalsukan keterangan serta menyembunyikan fakta dalam siasatan serangan fizikal terhadapnya oleh bekas ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor daripada pengetahuan umum sehingga matanya yang lebam didedahkan di mahkamah olehnya sendiri.
Pada masa itu Musa seorang pegawai penyiasat, manakala Abdul Gani pula merupaka ketua pendakwaan terhadap kes rasuah Anwar.
Dalam laporan polisnya, Anwar memohon supaya siasatan dijalankan terhadap Musa dan Abdul Gani atas dakwaan pemalsuan bukti apabila kedua-dua mereka dikatakan telah secara aktif terlibat dalam penyediaan laporan perubatan kedua yang menyimpulkan kecederaan yang dialami Anwar tidak konsisten dengan pukulan secara langsung, sebaliknya menyimpulkan kemungkinan kecederaan itu disebabkan oleh kemalangan.
Berikutan itu, pada 21 Julai tahun lepas, Musa memfailkan saman malu terhadap Anwar berhubung laporan polisnya terhadap ketua polis negara itu atas dakwaan memalsukan keterangan dalam kejadian "mata lebam".
Dalam pernyataan tuntutannya, Musa mendakwa perkataan- perkataan berunsur fitnah sebagai tidak berasas, dan tidak benar, dan merupakan satu pemfitnahan yang teruk terhadapnya.
Musa menafikan beliau berkomplot mereka-reka keterangan palsu dan menyembunyikan fakta Anwar berhubung insiden serangan itu daripada masyarakat umum dan menyatakan beliau tidak pernah pada bila-bila masa mengarahkan supaya laporan perubatan kedua disediakan.
Tambahnya, laporan polis itu juga dibuat bagi memusnahkan kredibiliti bukti-bukti dan keterangan yang dikumpulkan pihak polis dan juga memusnahkan kredibiliti saksi-saksi sekiranya Anwar dituduh atas pertuduhan meliwat Mohd Saiful.
dari harakah. anda boleh cari
Oleh kerana ketakutan, “Pokok Demokrasi” pasti ditebang BN
Dilulus terbit pada Wednesday, March 11 @ 04:13:17 MYT oleh TokPenghulu
Oleh Amin Iskandar @ Black
Pokok Demokrasi” yang kini telah menjadi simbol perjuangan rakyat Perak mempertahankan demokrasi pasti akan ditebang oleh kerajaan Barisan Nasional tidak lama lagi.
Menurut seorang teman aktivis mahasiswa tahun 1974, sebuah pokok dihadapan Perpustakaan Universiti Malaya tempat dimana “Sudut Pidato” mahasiswa dijalankan telah ditebang selepas gerakan mahasiswa dipukul oleh pemerintah Barisan Nasional yang dikepalai oleh Tun Razak pada ketika itu.
Kini, “Pokok Demokrasi” menunggu masa untuk ditebang oleh pemerintah Barisan Nasional yang akan dikepalai oleh anak Tun Razak tidak lama lagi.
Ketakutan pada bayang-bayang sendiri akan menjadi faktor utama diatas tindakan ini. Tunggu dan lihat sahajalah. Kepada rakyat Perak, jika pokok tersebut ditebang nanti, ambillah gambar dan videokanlah agar generasi akan datang akan dapat lihat bagaimana pokok juga turut ditakuti oleh pemerintah BN!