ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Selasa, 10 Mac 2009

Hikmah Dari Kemelut di Perak

Dari satu perspektif ujian keatas PR di Perak ini memperlihatkan beberapa hikmah. Kerana itu kepimpinan PR di peringkat kebangsaan perlu berwaspada. Usaha yang dilakukan dengan merampas kerajaan PR Di perak bertujuan memecahbelahkan perpaduan dan kesepakatan parti-parti dalam PR. BN akan berusaha sedaya upaya untuk memecahkan kesepakatan yang erat terjalin kini.


Sejarah dari PRU 10 BA menambah negeri pemerentahan di terengganu mereka ganggu sehingga BA tak padu sehingga pada PRU11 terengganu terlepas dan kelantan nyaris dan cemas juga. Akibat kesepakatan secara tak resmi parti PAS, DAP dan PKR dan dengan penonjolan personality bagus pemimpin baik dalam PAS, DAP mahupun PKR menjadikan ramai rakyat nampak bahawa ketiga parti yang kini bergabung dalam PR boleh dipercayai dan diyakini mampu mentadbir negara. kerana itu PR diberi kepercayaan yang menakjubkan.


Dalam dua pilihan raya kecil rakyat telah memperlihatkan keyakinan tersebut. Keadaan ini sebenarnya amat membimbangkan BN. Kerana itu mereka berusaha untuk memecahkan kesepakatan pakatan rakyat caranya dalam pelbagai.


Kebelbagaian cara itu antaranya ialah


1. Isu liwat DSAI - akan dibincangkan kemudian.


2.Isu Hudud dalam prk Kuala terengganu- telah banyak diperkatakan dan akan dibincangkan kemudian juga.


3. Kemelut rampasan kuasa dari kerajaan PR di Perak.


Dalam kemelut ini antara isu yang dominant yang sedang dimainkan ialah derhaka dan menghina Raja.


Satu hikmah yang sekarang ini dapat dilihat hasil dari kemelut ini ialah munculnya seorang pepimpin PR yang dapat diterima oleh semua parti PR. DS Nizar telah dapat diterima dengan 100% oleh kepimpinan atasan parti dalam PR yang terdiri dari DAP dan PKR. Sememangnya DS Nizar telah diterima sebagai pemimpin PAS. Ketokohan DS Nizar telah merentasi kaum dan ugama. Semua kaum disemua peringkat kepimpinan atasan dan akar umbi telah dapat menerima bukan sahaja DS Nizar malah semua kepimpinan dalam PR.


Bila disebut DS Nizar semua penyokong PR akan kata itu pemimpin kita,


Bila disebut TS Khalid semua juga kata begitu


Bila sebut YAB Lim Guan Eng katanya begitu


Bila disebut YAB Ustaz Azizan juga begitu


Bila disebut YAB Tok Guru lagilah hormat mereka itu.


Kepimpinan atasan lain seperti Ustaz Hadi, DSA, Lim Kit Siang, DS Wan Azizah dan ramai lagi sudah sebati dalam pemikiran rakyat dan penyokong. kalau nak dikirakan kepimpinan PR yang dapat diterima sememangnya ramai mungkin lebih dari 50 orang. Kalau di ambil setiap parti sepuluh orang bilangan sudah mencapai 30 orang. Dalam PAS sahaja boleh dikira lebih dari 10 orang.


Antara


Tok Guru


Ust Hadi


Ust Nasaruddin


Dato Haron Din


Dato Kamarudin


Mohammad Sabu


YB Husam


Ust Azizan


DS Nizar


YB Mahfuz


YB Salahuddin


YB Hatta


YB Dr Hassan Ali


ramai lagi dalam PAS


Kalau dalam DAP


YB Lim Kit Siang


YB Karpal Sing


YAB Lim Guan Eng


YB Dr Tan


YB Ngeh dalam kemelut di perak melonjakkan nama beliau


YB Tresa Kok


dan ramai lagi


manakala dalam PKR


DSAI


DS Wan Azizah


Dr Husin Ali


TS Khalid


Azmin


Tian Chua


Gobala Krisnan


dan ramai lagi.


Kini rakyat sudah melihat kesepakatan yang jitu dalam PR. Cuma perlu di ingat jangan leka. kerana BN akan sentiasa akan mencari jalan memecahkan perpaduan PR. Kerana itu berhati-hatilah dan pelihara persefahaman ini dengan baik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan