ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Jumaat, 29 Mei 2009

Warna-warni Perpaduan Sejati Pakatan Rakyat

Catatan semalam sebagai awalan
pautan berikut ini sebagai susulan

Selasa, 26 Mei 2009

Gambaran Perpaduan Kaum

Sebahagiannya dapat dilihat di Kampong Air Kala Lenggong Pada malam itu. Hadirin berada dalam suasana muhibah, aman ceria dan mesra. semua rakyat malaysia. satu bangsa satu negara. tetapi 1 malaysia yang najib war-warkan hanya sekadar retorik
Gambaran di bawah di Pekan Lenggong





Jalan Lain Ke Putera Jaya Buat Anwar

Keputusan mahkamah rayuan 22 may 2009 bagi sesetengah penganalisis merupakan suatu jalan singkat bagi DS Anwar ke Putera Jaya. Sama-sama kita doakan.

Ahad, 24 Mei 2009

Jamuan Makan Malam DAP

Pakatan Rakyat mengkuburkan perkauman dan menyemai benih perpaduan kaum bersumberkan kesejahteraan keadilan dan kebebasan. Persefahaman yang terbit dari kesedaran keinginan kepada kesejahteraan keadilan dan kebebasan.
PAS for all menawarkan kesejahteraan keadilan dan kebebasan ketiga-tiga tersebut turut didokong dengan kesungguhan yang jitu oleh PKR, Parti Keadilan Rakyat dan Democratic Action Party. Elok benarlah reguni bersama kita eratkan perpaduan bagi ketiga ahli dan penyokong Pakatan Rakyat
Perpaduan yang dibina memperlihatkan muhibbah dan kesepakatan
merasa aman dan sejahtera
merasa bahgia dan mesra
gambaran dibawah boleh dibaca dalam seribu bahasa
juga boleh diterjemahkan dalam pelbagai citarasa
yang dipinta ketika ini senada Bubarkan DUN Perak
ayuh teruskan kita bersuara dalam suara sepakat
Pakatan Rakyat.





Bertempat di air kala lenggong

Sabtu, 23 Mei 2009

Kependitaan yang budiman yang dipinggirkan

Akibat dari kerakusan semuanya tidak diendahkan. mereka akan memperlakukan secemar najis mughallazah. Para penditawan yang budiman tersesak-esak sedu yang tak terkata.
Kebencian rakyat sukar dibayangkan. mereka mendoakan kepelbagaian yang dahsyat kepada penzalim dan perakus sehingga ke generasi mendatang. awas doa yang dizalimi tiada hijab.

Jumaat, 22 Mei 2009

Terpadamnya sisi-sisa keyakinan rakyat.

Rakyat bertambah keliru dan haru biru. pening sepening-peningnya. Mereka melihat dan mengharap kebolehan bersandar yang sisa kepada kehakiman tetapi keputusan petang 22hb.mei 2009. menzerokan segala sakibaki itu. Namun dalam hati tetap dan subunya rasa benci yang meluap-luap kepada yang punya angkara.
Berapa lama yang punya angkara akan bertahan dengan berhadapan dengan doa rakyat. Namun bila tiba masa rakyat yang ikhlas menadah tangan yang punya angkara akan merasa keperitan yang sangat bersangatan. Akan tiba kehinaan yang tersangatan.

Khamis, 21 Mei 2009

Moh kite ramai-ramai ke Surau atau markaz PAS

Esok Yang arif akan beri keputusan.
jadi kepada ALLAH kita panjatkan doa semoga ALLAH beri kekuatan kepada yang arif-yang arif tu untuk menolak segala hujah-hujah batal dari peguam zamry dan peguam negara. Kita tiada siapa yang lain lagi yang boleh kita mengadu. Apa yang kita perhatikan sekarang ini kita sentiasa dipermainkan. jadi dengan meletakkan pengharapan yang bulat kepada ALLAH sajalah yang akan memberikan kekuatan kepada para yang arif hakim.
Semoga ALLAH mengkabulkan usaha kita dan doa kita serta seluruh rakyat jelata. Amin
Bacakan surah alfatihah dan hadiah pada Rasullullah dan para sahabat serta sekelian muslimin.

Rabu, 20 Mei 2009

Hanya kepada Allah kita berserah

Malamni ramai kita ke markaz PAS yang ada program munajat atau berdoa atau sebagainya. Banyakkan doa semoga Allah membantu dan memberi kekuatan peguam-peguam DS Nizar bila bersidang dimahkamah esok. Segala kalam dan kalimah dari Allah jadi kita memohon Allah mengelukan lidah peguam Zambry dan lidah peguam negara.
Semoga Allah memberi kemenangan kepada rakyat melalui DS Nizar.
Bacalah surah yasin
Bacalah surah Alfatihah.
Bacalah surah Alikhlas.
Tunaikanlah solat hajat
Bertawasullah
Bernazarlah
semuanya itu semata kita mengharapkan pertolongan Allah kepada peguam DS Nizar. Dan semoga Allah memberi kekuatan kepada yang arif hakim kerana mereka akan didakwa jika tidak berlaku adil.
semoga Allah merahmati kita semua.

Selasa, 19 Mei 2009

Doakan Kemenangan DS Nizar Di Mahkamah.

Itu antara yang mampu dilakukan oleh penyokong. Adakan solat hajat dan baca surah yasin malam ini dan malam esok. semoga Allah memberi kekuatan dan kemenangan kepada DS Nizar. Inilah sahaja yang boleh kita sebagao penyokong lakukan. kita tak boleh mengharap kepada yang lain melaikan Allah. Biarpun sekali suratul ikhlas kita baca maka mohonlah pertolongan Allah untuk DS Nizar di mahkamah khamis ini.

Isnin, 18 Mei 2009

Bubarkan DUN Perak

Ya Allah dengan kehendakmu dan keizinanmu bubarkanlah DUN Perak ini. Ya Allah laknatkanlah tangan yang mengharubirukan politik perak ini. Hanya kepada Mu Ya Allah Kami Mengharap.

Ahad, 17 Mei 2009

Bubar Dun ( Doa)

Ya Allah hamba memohon dengan berkat kebesaran dan kemuliaanmu.
Dengan kemulian Rasulmu
Bubarkanlah DUN Perak ini.
Ya Allah hapuskanlah segala halanga dan rintangan yang disediakan oleh tangan-tangan UMNO dan BN.
Ya Allah balaskan kepada manusia yang melakukan keonaran kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dengan kehinaan di dunia dan akhirat.
sesungguhnya Engkau YaAllah yang maha berkuasa.

Membohongi Rakyat dengan hujah memual dan hina

Tempat di padang bandaran lenggong
Program bestari
tarikh sabtu 16.5.09
kelibat adun kota tampan
hujahnya main bola 31 gol lawan 28 gol
rakyat dah tahu depa bawa pistol, heret speaker.
semua pembohongan itu telah dikesan kerana itu luas padang dari orang yang hadir dan menyampah orang terhadap depa.
dia suruh berdoa dan dia pun berdoa.
malah mereka yang menghina
jangan membodohkan kerana orang juga ada mata dan hati yang boleh melihat dan berfikir

Sabtu, 16 Mei 2009

HJ RAZMAN BIN HAJI ZAKARIA YDP PAS LENGGONG

HJ RAZMAN BIN HAJI ZAKARIA YDP PAS LENGGONG
Ayahanda beliau lebih dikenali sebagai Paklang Ya yang tinggal di kampong luat.
Warga PAS dan PR lenggong mengucapkan selamat datang kepada beliau.
Semoga kehadirannya akan memantapkan PAS lenggong dan juga Pakatan Rakyat Lenggong.
Sekalung tahniah buatnya.

Bubarkan DUN Perak

Mohon DUN Perak Bubar
Ya Allah kami mohon bubarkan DUN Perak dalam masa terdekat

PAS LENGGONG Bermuktamar harini

PAS LENGGONG Bermuktamar harini
Tempat di markaz di lawin. Kita bermuktamar ditempat milik kita sendiri. kita bermesyuarat tidak guna sekolah. kalau mereka guna sekolah dan tak bayar sewa pula. itulah kita. walaupun sederhana tetapi bertenaga. Yang perlu dalam persidangan tersebut carilah kesepakatan dan gerakkan agenda untuk memperkuatkan kesepakatan dan pemuafakatan pakatan. kekuatan dan sumber kekuatan ada terbentang luan dihadapan kita. kepentingan peribadi dan keduniaan yang bersifat sementara seharusnya tidak mendominasi gerak kerja parti dan kepimpinan. Pemufakatan hendaklah menjadi hala tuju pemimpin. InsyaAllah kita akan berjaya.
Selamat bermesyuarat.

Mohon DUN Perak Bubar

Ya Allah kami mohon bubarkan DUN Perak dalam masa terdekat.

Rabu, 13 Mei 2009

Adohai Mahkamah

11hb.mei rakyat perak lega, 12.mei rakyat keliru.13mei rakyat perak termengu. yang cerdik faham. yang kurang pun reti. bukan apa yang mereka hendak. its too simple. beri kome one date then kome pergi mangkah next day siapa yang menang dialah kerajaan. tak payah susah panjat tangga mahkamah. itu pun deme tak gheti. jahat sungguh deme tu.

Selasa, 12 Mei 2009

Keputusan Mahkamah Tinggi

Keputusan Mahkamah Tinggi semalam sebenarnya berkat dari doa dan menajat semua pihak terutama penyokong PR. Bila kita meletakkan semua pengharapan kepada Allah nescaya Allah akan kabulkan. Namun jangan terhenti setakat ini usaha dan doa munajat perlu diteruskan dengan istiqanah dan bersungguh. Ketahualah bahawa mereka ramai dan berkuasa. pelbagai kaedah boleh dilakukan oleh mereka. sehingga perkara yang diluar jangkaan fikiran kita. lihat bila mereka menyeret speaker dengan perlakuan yang amat tidak bertamadun. Depani ganas.

Sabtu, 9 Mei 2009

Mohonlah Dari ALLAH

Mungkin hari Isnin merupakan hari penentu segalanya bagi menyelesaikan kemelut yang membelenggu negeri Perak. Rakyat yang menjadi mangsa keadaan sudah tidak dapat bersabar lagi menunggu berakhirnya episod hitam didalam sejarah negeri Perak.
Kita sebagai manusia biasa hanya mampu menyerahkan segala-segalanya kepada Maha Pengasih lagi Penyayang dengan meneruskan solat hajat dan munajat ditempat-tempat kita sendiri. Tak perlulah mengadakan solat hajat besar-besaran yang akhirnya mengundang pihak-pihak yang tidak diingini menggagalkan segala usaha kita nanti.

Rakus dan Ganas di DUN Perak Bukan dari Manusia Bertamadun

Kejadian di DUN Perak disifatkan sebagai kerakusan UMNO yang tidak menggambar ketamadunnan manusia. Jauh dari menghormati prinsip perlembagaan malah melanggar dan menghina serta memijak perlembagaan. Inilah wajah tindakan yang dikatan pemimpin UMNO.
Intelek, profesional dan juga yang rasional kecewa dan malu apa yang terjadi. mereka malu bila berhadapan dengan apa yang ada baik dunia ataupun masyarakat atau diri mereka sendiri kerana mereka ada maruah diri.

Selasa, 5 Mei 2009

Menghadapi cabaran mendatang jangan terikut gaya orang

Suasana dalam PAS menjelang perhimpunan pemilihan pucuk pimpinan. Suasana sekarang ini nampak semakin hangat kerana dihangatkan. Golongan musuh tradisi sedang cuba mengguna pelbagai jarum untuk menyebabkan kita melatah. Kerana itu semua yang terlibat perlu sedar diri dan menyuluh kedalam diri sambil melihat halatuju dan kemampuan diri.
Semua perlu ingat peristiwa peperangan uhud dipusingan pertama telah menang tetapi akibat lupa terhadap pesanan Rasulullah pasukan pemanah turun untuk sama-sama merebut tinggalan atau harta perang musuh. bila musuh berpatah balik apa akibatnya? gugurnya syahid Saidina Hamzah dan lebih 70 sahabat. Kerana apa jadi begitu. Apabila tahun 1999 kita menang banyak dan beberapa tahun selepas itu Ustaz Fadhil Nor Meninggalkan kita dan kita melihat ini satu peluang tetapi kita tidak concern jadi 2004 kita dikalahkan dengan teruk. kerana kita tidak melihat peluang yang ada dan kita membiarkan kesatuan yang kita bina.
Hari kita dianugerahkan kemenangan dan kita juga diaugerahkan kesepakatan perpaduan dalam Pakatan Rakyat. Dari kita kesaorangan kepada berdua dan bertiga. Kini kita yang bertiga ini merupakan terdiri dari kesemua etnik dalam negara. Sesiapa yang berhasrat menjadi pemimpin perlu melihat suasana ini dan berusaha untuk menambat hati semua etnik biarpun dari rakan kita. kerana PAS untuk semua. PAS for all.
Dalam suasana ini tidak seharusnya pemimpin PAS terikut dengan gaya pemimpin UMNO. Nak bercakap biar pandang-pandang. Janganlah bercakap sesedap mulut sahaja. PAS ada kaedahnya sendiri dalam pemilihan dan memperkatakan sesuatu.
Penulis dan pelapor dalam PAS yang terdiri dari blogger juga kena bijak. hindarkan menggunakan tajuk-tajuk yang menyebabkan hati pemimpin tersinggung. Media umno sentiasa mencari perkataan dan tulisan kita yang boleh mereka manipulasikan. Melagakan kepimpinan merupakan perangan buruk yang perlu dihindarkan.
Kita boleh baca seharian kini bagaimana media utama milik dan pro kerajaan sengaja memainkan isu. Sengaja mereka melagakan pemimpin kita dengan tujuan untuk memecahkan perpaduan kita dalam PAS dan yang amat penting bagi musuh Pakatan Rakyat ialah memecahkan Pakatan Rakyat. dalam baki tempoh 3-4 tahun sebelum PRU13 ini usaha mereka ialah memecahkan PR.
Menjadi tanggungjawab semua dalam PAS dan PR untuk memeliharanya. Pemimpin PAS yang ingin menawarkan diri dalam saf kepimpinan perlu concern dalam falsafah ini.

Isnin, 4 Mei 2009

Mohonlah dari Allah

Dalam menhadapi kemelut politik dalam negeri perak sehingga kini PR hanya disokong oleh rakyat manakala yang lain memberi sokongan padu pada umno. Kerana itu penyokong dan rakyat seluruhnya perlu mengharapkan pertolongan semata-mata dari Allah. PR perlu meminta para penyokong dan ahli mengadakan solat hajat dan baca yasin sambil berdoa memohon pertolongan Allah. Jika dalam peperangan ahzab Allah menolong Rasulullah maka dalam keadaan terkepung begini PR perlu mengharap pertolongan Allah. Ikhtiar dipihak pimpinan hendaklah diteruskan. adakan munajat diseluruh negara dan mohon pertolongan Allah.