Semua perlu ingat peristiwa peperangan uhud dipusingan pertama telah menang tetapi akibat lupa terhadap pesanan Rasulullah pasukan pemanah turun untuk sama-sama merebut tinggalan atau harta perang musuh. bila musuh berpatah balik apa akibatnya? gugurnya syahid Saidina Hamzah dan lebih 70 sahabat. Kerana apa jadi begitu. Apabila tahun 1999 kita menang banyak dan beberapa tahun selepas itu Ustaz Fadhil Nor Meninggalkan kita dan kita melihat ini satu peluang tetapi kita tidak concern jadi 2004 kita dikalahkan dengan teruk. kerana kita tidak melihat peluang yang ada dan kita membiarkan kesatuan yang kita bina.
Hari kita dianugerahkan kemenangan dan kita juga diaugerahkan kesepakatan perpaduan dalam Pakatan Rakyat. Dari kita kesaorangan kepada berdua dan bertiga. Kini kita yang bertiga ini merupakan terdiri dari kesemua etnik dalam negara. Sesiapa yang berhasrat menjadi pemimpin perlu melihat suasana ini dan berusaha untuk menambat hati semua etnik biarpun dari rakan kita. kerana PAS untuk semua. PAS for all.
Dalam suasana ini tidak seharusnya pemimpin PAS terikut dengan gaya pemimpin UMNO. Nak bercakap biar pandang-pandang. Janganlah bercakap sesedap mulut sahaja. PAS ada kaedahnya sendiri dalam pemilihan dan memperkatakan sesuatu.
Penulis dan pelapor dalam PAS yang terdiri dari blogger juga kena bijak. hindarkan menggunakan tajuk-tajuk yang menyebabkan hati pemimpin tersinggung. Media umno sentiasa mencari perkataan dan tulisan kita yang boleh mereka manipulasikan. Melagakan kepimpinan merupakan perangan buruk yang perlu dihindarkan.
Kita boleh baca seharian kini bagaimana media utama milik dan pro kerajaan sengaja memainkan isu. Sengaja mereka melagakan pemimpin kita dengan tujuan untuk memecahkan perpaduan kita dalam PAS dan yang amat penting bagi musuh Pakatan Rakyat ialah memecahkan Pakatan Rakyat. dalam baki tempoh 3-4 tahun sebelum PRU13 ini usaha mereka ialah memecahkan PR.
Menjadi tanggungjawab semua dalam PAS dan PR untuk memeliharanya. Pemimpin PAS yang ingin menawarkan diri dalam saf kepimpinan perlu concern dalam falsafah ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan