Bagaimana umno buat kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Perak,
Khamis, 11 Jun 2009 22:19 Kelab Greenboc
Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Sri Nizar Jamaluddin tidak dapat memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan untuk menyemak balik keputusan Mahkamah Rayuan, mengistiharkan Zambry Kadir dari UMNO sebagai Menteri Besar Perak.
Ini adalah kerana pihak Nizar masih belum menerima penghujahan bertulis daripada Mahkamah Rayuan.
Hakim Mahkamah Rayuan Md Raus Sharif sebelum ini berkata penghakiman bertulis akan dikeluarkan pada 29 Mei tetapi sehingga hari ini hujjahan bertulis itu gagal dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan.
Banyak pihak melihat ia sebagai satu usaha dari institusi kehakiman untuk menafikan hak Nizar untuk mendapatkan pembelaan dari Mahkamah Persekutuan.
Pada 11 Mei Panel Hakim Mahkamah Rayuan dalam penghakiman lisan mereka mendapati keputusan Mahkamah Tinggi lepas bahawa Mohammad Nizar adalah Menteri Besar yang sah adalah salah, dan mengetepikan keputusan itu.
Mahkamah mendapati hakim Mahkamah Tinggi berkenaan telah gagal menilai dengan betul dan secukupnya kesemua keterangan yang ada padanya sehingga membuat keputusan yang salah.
Nizar hanya mempunyai 30 hari untuk memfailkan rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan.
Mahkamah Rayuan yang sehingga ini yang diragui penghakimannya oleh banyak pihak termasuk bekas hakim mahkamah rayuan sendiri NH Chan, telah cuba melengah-lengahkan hujjahan bertulis bagi meletakkan tekanan kepada pihak peguam Nizar agar Nizar gagal membuat rayuan tersebut.
NH Chan mempersoalkan rasional keputusan Mahkamah Rayuan berhubung pengesahan Dr Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak. Keputusan kontroversi itu mengundang pelbagai reaksi, antaranya "shotgun judgement" kerana mahkamah hanya mengambil masa lima minit untuk mengumumkan keputusannya tanpa sebarang alasan bertulis yang kukuh diberi untuk menolak keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei lalu yang mengesahkan kedudukan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah.
Ini berbanding berbanding dengan Hakim Abdul Aziz Abd Rahim mengambil masa 1 jam 27 minit untuk membaca ulasan penghakiman beliau yang sarat dengan hujah-hujah kukuh berhubung keabsahan Nizar sebagai Menteri Besar.
Dalam artikel beliau bertarikh 26 Mei hakim NH Chan menyatakan sekiranya Mahkamah Rayuan menolak hujah-hujah Mahkamah Tinggi maka ia perlulah mengemukakan alasan bagi tindaknya itu. Tanpa penghakiman bertulis keputusan mahkamah tersebut tetap akan dipersoalkan rakyat kata beliau
UMNO/BN jelas sama sekali tidak dapat duduk semeja dengan PAS.. Segala hak PAS/Pakatan Rakyat dinafikan dan ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa ianya hanyalah suatu usaha yang sia-sia ibarat bercakap dengan tunggul kayu...UMNO/BN tidak akan menghormati PAS..segalanya bagi UMNO/BN Malaysia ini ibarat harta mereka dari kroni ke kroni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan