Penduduk curiga kehadiran ramai polis
Muhammad Yusri Amin Sun Jul 12, 09 11:40:48 pm MYT
KUALA KRAI, 12 Julai (Hrkh) - Kehadiran begitu ramai anggota polis di Dun Manek Urai dipersoalkan banyak pihak terutamanya di kalangan penduduk tempatan.
Di mana sahaja sama ada di setiap jalan dan lorong di sembilan peti undi di Manek Urai tidak payah untuk menemui anggota polis. Paling ramai yang tidak berpakaian seragam.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Dato? Mohd Amar Abdullah berkata, kehadiran lebih 3,000 anggota polis di Manek Urai merupakan sesutu yang cukup luar biasa.
"Timbul persoalan di kalangan penduduk tempatan apa tujuan sebenar dibawa begitu ramai polis ke sini. Mungkinkah ada perancangan yang disusun rapi yang mempunyai mesej politik .
"Kenapa bawa masuk anggota polis seramai lebih 3,000 orang," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri.
Beliau turut melahirkan rasa bimbang jumlah pelajar lepasan institusi pengajian tinggi di negara ini yang belum mempunyai sebarang pekerjaan sekarang seramai 60,000 orang. - mj _
Tiada ulasan:
Catat Ulasan