ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Jumaat, 17 Julai 2009

Dibulan Rejab Mereka berbuat onar.

Pelbagai onar yang mereka lakukan. Pelbagai kejahatan yang mereka lakukan. tak kira siapa mereka henyakkan. Semua yang mereka lakukan itu dalam keadaan sedar. Mereka menzalimi dan menipu.
Di manik urai salain menabur janji dengan kebendaan koncu-koncu mereka kakitangan kerajaan persekutuan buat pelbagai kerja diluar batas yang dibenarkan. Mengadakan pengundi hantu. dalam bentuk baru yang hantu sendiri tak dapat kesan. Bagaimana tak dapat kesan dan siapa hantu itu. JB mudah TPM juga hantu. tapi dia balik cepat kerana dia yakin bn akan kalah tapi kalau dia yakin bn kalah dengan undi yang sekecil itu pastinya dia akan tunggu tapi dia pun tak yakin sebab itu dia pulang awal ke kuala lumpur.
Jadi siapa yang menjadikan keadaan seperti itu. tak lain tak bukan ialah SPR sendiri. tapi nak bagi bukti payahlah. nak report polis lagi payah.
Namun orang ramai mengerti akan keadaan yang sebenarnya. Pengundi manik urai telah memperlihatkan kematangan masing-masing. penduduk manik urai yang kebanyakan orang kampong berjaya membingongkan semua orang. Ahli dan pemimpin PR juga kelamkabut. Pemimpin BN syok sendiri. yang lebih eroni lagi ialah penganalisis-penganalisis. Dr Abu hasan seperti menepuk dahi dalam analisis awal beliau mengatakan 57:42 tetapi keadaan menjadi hampir sama. bukan kumpulan dr abu hasan saja yang lain pun begitu. Penyudahnya penganalisis malam itu membuat suatu kesimpulan yang longgar. iaitu bagaimana yang disuara oleh TPM iaitu ada gelombang keyakinan rakyat kepada bn.
Tetapi penganalisis malam itu tak berani menyentuh tentang politik wang, pemberian wang janji-janji BN dan lain-lain. Kalau tiada politik wang boleh jadi macam itu? Siapa berani kata begitu. Selepas PRK Bukit gantang sudah jarang sekali tokoh penganalisis seperti DR Abu Hasan dipanggil kerana kenyataan yang bernas kelihatan menampakkan menyebelahi kebenaran iaitu kepada PR. Dalam banyak isu terakhir beliau tidak dijemput kenapa. Jenis Dr Abu Hasan ini bbercakap ikut logik dia. seringkali logik bagi Dr ini tidak dapat diterima kerana iru beliau tidak dijemput. barangkali apa ya.
Bagaimana dengan pemberita NTV7 yang kena turun pangkat?
Apahal pun rakyat ratanya-ratanya mengerti. bn menggunakan semua jentera kerajaan termasuk SPR dan terbaru SPRM sehingga membunuh orang? Semua mereka lakukan tanpa mengira batas kemanusiaan. mereka melupakan diri mereka sebagai seorang islam. mereka tak fikirkan dosa dan pahala. dan mereka tidak merasai kegerunan neraka.
Tiada mufti dan guru agama mereka menceritakan amaran itu kepada mereka. barangkali mereka akan mempersetankan kalau ada yang berkata soal-soal tersebut. Semuanya kera Allah tangguhkan pembalasan keatas manusia di atas kelasahan yang mereka lakukan.
Semua ahli dan pemimpin PR hendaklah berwaspada dengan puak-puak ini. Ahli dan Pemimpin hendaklah berterusan mengadu kepada Allah diatas kezaliman yang puak ini lakukan.
YA ALLAH SESUNGGUH ENGKAU MAHA MENGETAHUI DAN MAHA MELIHAT
DATANGKANLA KEPEDA MEREKA YANG ZALIM DAN JAHAT ITU
SUATU PENGAJARAN YANG AKAN MEMBERI PENGAJARAN
KEPADA HAMBAMU YANG LAIN SESUNGGUHNYA
ENGKAU MAHA BERKUASA DAN MAHA ADIL
KABULKAN DOA KAMI INI.
DENGAN BERKAT KEMULIAAN NABIMU
NABI MUHAMMAD SALLALAHUALAIHIWASALLAM.
AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan