ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Jumaat, 21 Ogos 2009

Mainan Media Jahil dan Beragenda Jahat

Kalut malut mainan media yang jahil dan beragenda.
Dalam filem P Ramlee “ Ahmad Albab” Mas ud Al Buaya bertanya menantunya Syawal, “Bagaimana enta boleh jadi kaya raya” Syawal menjawab “ Apa enta belum tahu ke yang rezeki kebahagian dan untung nasib letak ditangan Allah bukan ditangan bapak “ bila dengan kalimat itu menepuk dahi Mas ud Albuaya. Demikianlah tadi sedutan dalam kesah filem P Ramlee.
Analogi yang serupa kepada komen yang Mahathir beri ketika mengulas kenyataan Tok Guru Nik Aziz. Begitulah keadaan yang berlaku bila Mahathir yang kononnya ingin mengkritik Tok Guru Nik Aziz. Maknanya Mahathir belum tahu siapa yang akan masuk syorga sedangkan beliau dah berumur lebih 80tahun. Apa beliau tak tahu tujuan kehidupan manusia didunia inike. Kallau begitu bacaan beliau sia-sialah kehidupannya yang dah lebih 80 tahun itu.
Meneliti dan memerhati komentar orang ramai terhadap isu itu yang member respon hanya segelintir. Malah dilihat yang member kenyataan tak bersongkok pun. Tak pakai lebai pun. Sedangkan pakailebai tidaklah syarat tapi orang tengok lebih berwibawa sikit. Keluar dalam TV Khir Toyo juga pakai lebai. Mahathir juga dah pakai lebai. Dr Zambry pun pakai lebai.
Jadi yang memberi komentar tak pakai lebai. Ada seorang india muslim yang memberi komen yang memakai songkok tapi kata mengikut fatwa.
Persoalan yang berikutnya ialah kenapa takut sangat. Yang tok tok lebai banyak yang tak beri komen yang tak pakai lebai yang komen lebih-lebih. Kalau yang member komen itu yakin yang memasukkan manusia kesyorga apa dia nak risau cakap orang lain. Senyum saja pun cukup kerana dia faham. Ada pula yang bijak pandai pula menunjukkan kehandalan masing-masing dengan merujuk fatwa dari majlis fatwa. Majlis fatwa terpaksa duduk dan muzakarah pasal masuk surga dan neraka sedangkan ayat Qur an dan hadis telas jelas. Rakyat yang bijak pandai akan tersenyum melihat puak-puak yang tak gheti basa. Jadi ada orang tertentu itu suruh orang lain pula bertaubat. Tak payah nak tunjuk baiklah.
Syorga dan neraka adalah hak Allah. Sesiapa yang dikehendakiNya ke syurga akan kesyurgalah begitu sesiapa yang dikehendakiNya keneraka akan ke nerakalah. Janji Allah adalah pasti.
Adakalanya kebodohan dan kejahilan yang berada sebenarnya menjadi musuh pada diri manusia itu sendiri. Orang jenis ini tidak nampak kebenaran sebaliknya yang negetif sahaja. Kumpulan jenis ini hanya melihat dan Nampak yang negetif. Kumpulan ini sebenarnya yang sebenarnya musuh kepada agama. Kumpulan ini tak tahu keadaan sebenarnya tetapi gatal mulut dan nak tunjuk ego dan pandai masing-masing.
Kesah israk mi’raj satu contoh yang amat baik. Sewaktu Rasullullah hendak mengkhabarkan kepada penduduk makkah perjalanan Baginda yang panggil orang ramai ialah Abu Jahal. Abu Jahal fikir dengan kesah perjalanan Nabi ini orang ramai akan menjadi ragu terhadap Nabi. Jadi itu perangai Abu Jahal. Dia berusaha bersungguh agar penduduk makkah keliru dengan Rasullullah. Jadi hari ini kita lihat golongan mana yang berusaha untuk mengelirukan umat islam di Malaysia. Bagi menunjukkan kebenaran jalannya ialah muzakarah. Allah mencabar manusia dalam ayat “ Jika kamu ragu-ragu tentang apa yang kami turunkan kepada hamba kami perbuat satu surah seumpamanya dan panggil saksi kamu “ jadi panggil semua ahli majlis fatwa bermuzakaran masing masing keluarkan hujjah. Baru dapat jalan penyelesaian. Tidak adil bagi kepada kepada haruussani sorang saja. Di Malaysia bukan beliau saja yang jadi mufti.
Ada bidalan orang tua-tua
Kerana pulut santan binasa
Kerana mulut badan binasa.
Sesiapa yang tak tahu menahu jangan dok gatal mulut untuk tumpang sekaki nak mengata dalam hal agama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan