ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Selasa, 29 September 2009

PhD Palsu

Hebuh berita tu sampai dalam perbincangan dalam tv. Mufti harussani juga beri komen. Tapi malang bagi mufti harussani tak nampak yang merompak kerajaan negeri perak tak berani dia nak kata haram. Sebabnya mudah dia mendapat kepentingan. Sebelum puasa dulu dia berombongan ke mesir barangkali puan seri juga turuDalam keadaan semua orang tahu kelantangannya setakat mana sahaja. Kepentingan diutamakan. 1Malaysia rakyat diutamakan beliau juga rakyat diutamakan peluang kena rebut.t serta. puan seri beliau tu tambang dibayar oleh kerajaan negeri yang tak berani dia nak katakan haram. Jadi itulah rupa orang yang dikatakan alim bertaraf mufti yang ada berkepentingan.

Isnin, 28 September 2009

Isu Sang Katak

Sang katak lompat muncul bersama dalam masa kita akan berhadapan dengan PRK Bagan Pinang. Begitu gaya lompatnya sang katak itu kali ini terlompat tinggi tak kemana. Harap nak ke umno tiada sahutan terpaksa berkokok macam ayam yang ekor bergelumang dengan tahi. Yang sekadar menyokong ialah Ali Rustam yang rasuah politik dihalang bertanding Timbalan Presiden. Ketika ceramah selepas kemanangan di PUTIK kelantan sang katak brahim ali menggelarkan dirinya menatang brahim ali. Sang katak ini bertanya kepada Tok Guru mengapa melawat Dato Zaid Ibrahim yang dilantik jadi Menteri. Tok Guru ada jawapannya. Tetapi jawapan yang tepat diberi oleh si katak brahim ini bila mula dari itu lagi si katak ini sudah mula mengasak dan mengkritik Pas.
Mengingat kepada cerita penjual terung dan limau bali yang besar. dikatakan penjaja cina tidak fasih dalam sebutan. maka disebutlah tolong limau mali manyak musar " Terung limau bali banyak besar" Orang kampung mendengar versi pertama datang hendak menolong. Sang penjaja terlalu angkuh dan bongkak mentertawakan kepada orang kampong yang ingin menolong kerana salah pendengaran. Penduduk kampong kecewa. Bila keadaan sebenar yang berlaku sang penjaja disergah oleh ang harimau kalimat tersebut dijeritkan dan malang baginya dikerkah sang harimau. Si menatang brahim yang menyebutkan sedimikian keatas dirinya itu akan menjadi lebih hina dari itu. sang menatang ini tidak hanya menipu penggundi tetapi menipu Tok guru kepada pengundi.
Barang kali ada yang telah menadah tangan mengadu kepada Allah.
Kalau Doa Ustaz Fadhil agar Mahadir panjang umur dikabulkan dalam masa 7 tahun doa semoga Allah hantar pengajaran kepada brahim ali apa pula tidak diketahui
Kepada Allah tempat segala pengaduan.

Ahad, 27 September 2009

Selamat kembali bertugas

Kelihatan deretan kenderaan dijalanraya menuju destinasi. ada yang ke utara dan ada yang keselatan . ke ibukota dimana tujuan yang paswtinya untuk memulakan tugas bagi mencari rezeki. Setelah seminggu pulang berhari raya bersama sanak saudara dan rakan taulan. Semoga puasa ramaszan yang dilalui dengan penuh iman dan mendapat keberkatan Ilahi dan syawal yang diraikan dengan keampunan segala dosa-dosa.
Selamat kembali bertugas dengan keazaman yang kental bagi memastikan diri membina insan yang bertaqwa adil dan pembawaan diri yang bebas merdeka dari kongkongan fahaman asobiah yang sempit lagi mengelirukan.
Bergerak dan berkerja untuk mengukuhkan kesepakatan Pakatan Rakyat.
Laungkan desakan Bubar Dun Perak
Kembalikan keadilan kepada rakyat negeri perak.
Selamat dalam pemanduan semuga sampai destinasi dengan aman dan selamat.
Assalamualaikum

Ops Sikap yang serkap jarang

Ops tersebut hanya ditumpukan kepada pemandu dan orang ramai. Ops sikap bertumpu kepada pemandu dijalanraya semata-mata. Tudingan salah hanya kepada pemandu. Pelbagai kata hanya kepada pengguna jalanraya. Sebenarnya Ops itu tidak adil, yang melancarkan ops sikap sendiri bersikap tidak adil dan berat sebelah. Yang megawasi ops sikap sendiri bersikap buruk. Polis yang melancarkan ops sikap sendiri bersikap talam dua muka.
Bertindak ganas kepada demonstrasi aman mansuh isa dan menyalakan lilin. bertindak dengan baik kepada yang mengheret kepala lembu. Di Perak terhadap speaker perak yang sah mereka bertindak ganas. Polis juga yang bertindak ganas menghalang mesyuarat dun yang akhirnya YB Ngeh ditahan. Jadi bila berlaku kematian yang banyak dijalan raya yang bersikap talam dua muka ini menyalahkan pemandu. Sedangkan empat jari menunjukkan kediri mereka sendiri.
Sememangnya menyalahkan orang lain lebih mudah.
Timbul pula sehari dua yang lepas isu PhD palsu. ditanya pendapat yang bertaraf fatwa dari mufti harussani, jawapan mudah dari harussani berdosa. Tapi mufti tu mendiamkan saja terhadap rampasan kerajaan negeri perak yang dilakukan dengan cara ugutan dan belian adun apakah itu tidak berdosa. Yang beli PhD dan dapat PhD Palsu berdosa lagi jijik. Yang beli adun dan rampas kerajaan negeri perak dia diam bisu macam syaitan bisu. tetapi beliau tidak syaitan bisu tapi syaitan yang bercakap. Sayaitan yang bercakap lebih hina dari syaitan bisu.

Sabtu, 26 September 2009

Menteri Kesihatan Melawat hulu Perak

Harini 26.09 menteri berkenaan melawat hulu Perak dalam rangka lawatan kerja disamping meraih sokongan dalam kemelut MCA sekarangni. Begitulah yang dilihat oleh pemerhati dan penganalisa politik. Dalam lawatan tersebut kelihatan Adun dan MP umno juga turut hadir barangkali untuk meraih simpati politik dari kehadiran seorang menteri. Demikian parahnya juga umno dalam BN disamping keparahan MCA dan MIC

Khamis, 24 September 2009

Agenda tersembunyi Astro awani

Semalam jam 8.15 di astroawani, dipanggilnya melalui telefon dua orang wakil rakyat PR YB Yusmadi dan YB Dr Mujahid. Bercakap pasal sambutan raya. distudio dijemput Ketua umno ampang (kalau tak silap) berbicara besar mereka di hos kan oleh suhaime sulaiman. Cerita dalam sambutan raya semua orang boleh melupakan segala fahaman politik yang berbeza. Ketua umno itu kata rumah terbukanya dikunjungi oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng ( entahlah kebenarannya) Dr Mujahid kata dalam meraikan hari raya beliau meletakkan perayaan tersebut beyond politik.
Satu soalan yang dikemukakan oleh suhaimi sulaiman untuk memerangkap kedua-dua yb pakatan tersebut ialah kalau dalam perayaan hari raya boleh duduk bersama kenapa tidak boleh diwaktu yang lain atau dibawa duduk bersama itu dalam perkara yang lain? Bijak soalan itu yang dikemukakan kepada YB PR tersebut. Jawapan yang diberi pun cantik bagai mana nak panjangkan keberssamaan itu sebab umno sendiri yang menutup sistem berbaik tersebut. MP pakatan rakyat tiada peruntukun yang di perolihi oleh MP BN.
Tapi jawapan yang paling mudah dan tepat ialah umno sendiri tidak melihat kepentingan rakyat mesti diutamakan. umno hanya melihat dan sentiasa mencari ruang untuk memecahkan PR.
Bukti jika dilihat di perak. sejak selepas pilihanraya 8.3 iaitu 9.3 bila umno bn gagal bentuk kerajaan umno perak guna mufti perak untuk memecahbelahkan rancangan pembentukan kerajaan perak.
bila kerajaan perak dah ditubuhkan dekat hari kemerdekaan dikatakan kerajaan perak akan tumbang pada 31.8
begitu juga pada bulan 2 mereka mencolek adun PR sehingga tumbang kerajaan PR melalui tindakan yang tidak bermoral dan menyalahi undang-undang.
semuanya ini menjadi penghalang kepada persefahaman. dan si suhaimi menjadi tunggangan tersembunyi umno untuk memerangkap Pakatan rakyat. Media jangan jadi talibarut yang menjijik. Masyarakat bijak untuk melihat tektik jahat kamu.

Rabu, 23 September 2009

Perjumpaan Hariraya YDP PAS Lenggong Meriah

Jamuan keluarga Hj Razman Zakaria YDP PAS lenggong turut menjemput ahli dan penyokong PAS dan PR ternyata sekali meriah. Majlis yang diadakan mulai jam 2.00 petang hingga jam 10.00 malam dikunjungi oleh ramai ahli dan penyokong PAS dan PR. Turut hadir ahli umno.
Majlis keluarga yang julungkali diadakan oleh pemimpin PAS tersebut menyemarakkan sokongan masyarakat kepada beliau. Sememang beliau merupakan individu yang memiliki keluarga besar dan berpengaruh di lenggong. Dibandingkan dengan ketua Umno lenggong keluarga beliau melangkau keserata kampong di lenggong.
Siapa yang tak kenal Paklang Ya (ayahandanya) Dan siapa yang tak kenal psk sulung Hamat bapa saudaranya. Tokoh dilenggong seperti Dato Umar adalah saudara yang rapat dengan beliau.

Sabtu, 19 September 2009

Kesesakan di Pekan Lenggong

Kenderaan bergerak perlahan dipekan lenggong. maklum sajalah ramai anak-anak kampong yang baru balik dari rantauan untuk berhari-raya. Selamat pulang kelian semua. Pulang dan beri sokongan kepada purjuangan yang akan memberi kemenangan yang hakiki di dunia dan di akhirat. Pastikan kemenaangan Ialam dan rakyat dalam pemerintahan negara dan negeri. Tolakkan polotik asobiyah yang lebih mengutamakan keroni dan puak. Tengok saja siapa yang berlagak di muka bumi lenggong?

Jumaat, 18 September 2009

Penduduk Lenggong Bertuah

Ada kampong yang penduduk kampong dibekalkan dengan beras pulut. ada kampong pula dibekalkan dengan beras pulut dan daging.sebagai persedian untuk berhari raya. Khabarnya dibekalkan oleh adun dan MP. Setelah bertahun mereka melantak tahun 2009 baru dapat itupun tak semuanya dapat. Usaha meraih sokongan dalam keadaan terdesak. Aidil fitri ialah hari pembebasan sebanar manusia. Bebaskan diri semua dari belenggu pemikiran yang menganggap pemberi bantuan itu mesti ditaat. mereka hanya layak untuk dihormati. Kalau sampai dapat beras daging lepastu PRU 13 pun kena undi umno juga itu merupakan belenggu pemikiran yang tidak bijak. Letih dan lapar sahaja puasa sebulan.

Khamis, 17 September 2009

Sekolah dan Institusi di bawah KPM saja yang cuti.

Ibubapa dan guru-guru turut gembira. Tapi ibubapa yang bekerja di Jabatan Kerajaan yang lain bagaimana pula. Mereka juga hendak balik kekampong. Mereka juga ibubapa. Jadi rasa macam tak adil pula kerajaan 1 malaysia. yang katanya rakyat didahulukan. kekitangan Kerajaan yang lain boleh cuti.
Bukan di sekolah saja yang di PPD, JPN dan Kementerian juga bercuti. Sedangkan kakitangan kerajaan dibawah kementerian lain tak boleh cuti. Kalau polis dan tentera tak mengapa. yang lain-lain lagi. Dirasakan ada tujuan lain. atau tak ketahuan hala. Tahun-tahun terdahulu tak timbul kerajaan nak bagi cuti. tapi tahun ini hari tengok anak bulan hari sabtu dah memang cuti diberi pula cuti sekolah hari jumaat. Tahun-tahun yang lalu tak ada cuti. kalau sekolah yang minta boleh cuti pada hari nak tengok bulan. Kadang-kadang pula kena ganti pula.
Sebaliknya tahun ini sekolah tak minta cuti hari nak tengok anak bulan, tetapi kementerian suruh ganti siap hari sabtu untuk hari selepas hari raya.
Tahun lalu berebut-berebut nak balik raya. Kerja habis jam 5 petang. tunggu sampai 9 malam nak dengar pengumuman raya baru nak balik. Kebanyakan dah dapat mengagak tak raya sebab selalu tak nampak. Bila diumum tak raya ada orang yang menangguhkan perjalanan dan ada yang meneruskan tetapi mereka lebih releks. tapi kalau raya maka kalam kabutlah yang begitu. Berlaku kemalangan pemimpin menuduh pula tidak merancang. Tahun ini orang tak minta cuti diberi pula. pelik sungguh kepimpinan kerajaan 1malaysia.
Dalam keadaan kelam kelibut balik malam perjalanan yang jauh dari utara keselatan atau selatan ke timur yang akan berhadapan dengan pelbagai karenah pemandu aman mengundang pelbagai stress. Dtambah pula keadaan di tol atau ada kala yang berlaku kemalangan.
Semuanya keraja tidak bijak kerajaan 1 malaysia membuat keputusan yang tidak mengutamakan rakyat.

Semak daftar pemilih

http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/daftar.aspx

Rabu, 16 September 2009

Kesah Teladan

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.
Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja.
Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.
Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."

Syukur tahanan ISA dibebaskan

Melihat berita semalam. katanya mereka dah tidak lagi membahayakan negara?. Dalihan yang menjijik dari yang bergelar menteri. Sememangnya meraka yang ditahan itu tidak membahayakan negara. malah mereka dizalimi oleh pemerintah yang zalim. Pemerintah yang adil akan membicarakan orang disyakki melakukan kesalahan.

Ahad, 13 September 2009

Aqidah Umno

Banduan dipenjara menjadi anak emas
tahanan ISA dizalimi
Dato Hishamuddin pergi kepennjara buat rakaman takbir raya bersama banduan.
Banduan dipenjara dah tentu kesalahan jenayah yang mereka lakukan dan mahkamah telah mengadili mereka ok nampaknya beres disitu. mereka manusia perlu diraikan.
Tetapi tahanan ISA bagaimana. tiada pengadilan mahkamah keatas mereka dan mereka dizalimi sedemikian rupa. Paparan tersebut menggambarkan wajah sebenar umno/bn. Harian sekarang jika kita menonton TV begitu hebat pemimpin umno dengan pelbagai sumbangan untuk hari raya. Tetapi rakyat semua telah sedar dan faham keadaan tersebut. Beri duit zakat bukan zakat harta mereka sendiri tetapi zakat orang ramai. Atau sumbangan dari institusi. Mereka kebanyakan harapkan labun saja.

Banner PAS dan Keadilan Jatuh


Banner yang tergantung sejak belum puasa ( banner PAS) kelihatan jatuh dari tempat pamirannya.

Sabtu, 12 September 2009

Semuanya Mungkin

Sabtu 12 September 2009 22 Ramadhan 1430 Hijrah

BN mungkin akan ditolak seperti LDP - Dr M

Abdul Aziz Mustafa Sat Sep 12, 09 9:14:13 am MYT
KUALA LUMPUR, 12 Sept: Umno dan Barisan Nasional (BN) mungkin akan mengalami nasib yang sama seperti Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun yang ditolak rakyat negara itu, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Adakah pilihan raya yang akan datang akan menyaksikan fenomena yang sama seperti di Jepun? Ia tidak mustahil sama sekali," kata bekas Presiden Umno dan Pengerusi BN itu.
Para pengundi muda, katanya, dikatakan kecewa dengan "parti yang mendapatkan kemerdekaan" kerana perkara itu telah menjadi sejarah dan tidak begitu bermakna kepada mereka.
Menurut beliau, di beberapa negara lain, parti-parti yang "berjuang dan mencapai kemerdekaan" telah hilang lenyap seolah-olah rakyat tidak tahu berterima kasih dan tidak peduli "pejuangan dan pengorbanan" parti-parti tersebut dan para pemimpinnya.
"Adakah mereka tidak tahu berterima kasih? Ada kebenarannya tetapi jika kita mahu mengkaji, kita akan dapati sikap para pejuang kemerdekaan itu dan mereka yang mengggantikan para pejuang tersebut telah berubah hampir sepenuhnya," kata beliau dalam blognya.
Mereka, kata Dr Mahathir, menjadi tamak dan angkuh serta tidak lagi mempedulikan negara dan rakyat.
Walaupun menyatakan bahawa para pengundi Melayu begitu setia kepada BN, tetapi Dr Mahathir mengingatkan wujudnya bukti di dalam pilihan raya umum tahun lalu bahawa para pengundi setia itu telah memberikan undi kepada pembangkang.
Menyentuh keadaan Umno kini, Dr Mahathir berkata, gejala yang melanda parti itu tidak boleh dinafikan lagi.
"Rasuah menjadi-jadi di dalam Umno dan parti-parti komponen (BN) yang lain. Perebutan kuasa telah melemahkan mereka. Para pemimpin begitu ghairah untuk terus berkuasa walaupun tidak lagi mampu berperanan.
"Dengan para pemimpin sedemikian, negara dan rakyat diabaikan. Pada dekad yang lepas, walaupun berdegar-degar dengan cakap-cakap bahawa berbilion ringgit diperuntukkan kepada koridor dan sebagainya, tidak ada bukti yang ketara dan boleh dilihat.
"Tidak ada apa-apa pun yang boleh ditunjukkan walaupun Petronas membayar RM250 bilion lebihan kepada kerajaan," katanya.
Adalah menghairankan, kata Dr Mahathir, apabila didapati Malaysia ketinggalan di belakang jiran-jirannya.
Negara ini, kata beliau, "bukan lagi negara yang terkehadapan di rantau ini. Tentunya tidak lagi boleh disifatkan sebagai negara contoh".
Beliau berpendapat, BN hanya boleh diselamatkan oleh prestasi lemah pembangkang.
"Tetapi, jika prestasi kerajaan BN dan parti-parti di dalamnya gagal meyakinkan, pera pengundi yang kecewa mungkin akan melakukan apa yang telah dilakukan para pengundi Jepun - menyingkirkan parti yang mereka sokong sejak lebih dari separuh abad," kata Dr Mahathir.
Tsunami revolusi pilihan raya di Jepun 30 Ogos lalu menyaksikan kemenangan Parti Demokratik Jepun (DPJ) menyingkirkan pemerintahan Parti Liberal Demokratik (LDP) di negara itu sejak Perang Dunia Kedua.
Kehancuran kuasa LDP itu menyaksikan DPJ memenangi 308 dari 480 kerusi parlimen negara itu. _
Tetapi dalam sistem pilihanraya di Malaysia, jika telus dah lama tumbang umno BN.
Beberapa faktor yang mempertahankan umno/bn
Pertama undi pos yang tak telus.
Pengundi hantu yang berhantu mengundi berkali-kali. itu pasal bila nak pakai dakwat dibatalkan beberapa hari sebelum pengundian.
Ugutan pemimpin umno melalui polis dengan mengatakan aman sedangkan polos dihantar dengan ramai.
Kempen melampau sebelah pihak oleh media-media. Media-media menjadi agen umno/bn.
keadaan di negara luar bebas.
Tetapi kebijaksanaan rakyat menumbangkan 5 negeri kepada pakatan rakyat. Rakyat akan menggunakan kebijaksanaan itu untuk menolak pemimpin umno/bn yang rasuah dan rakus.

Jumaat, 11 September 2009

911 Telah dilupai

Sudah tidak ramai yang membicarakannya.
Keadilan gagal ditegakkan
Islam yang menjadi mangsa
Bush kena lontaran kasut

Mencari keberkatan Ramadhan dicelahan zalim

Kelihatan ramai yang berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan dalam bulan ramadhan yang maha berkat. Menyediakan makanan untuk orang berbuka. Pada hari khamis malam jumaat telah dibooking mana-mana masjid untuk untuk diadakan "more" masjid jami' lenggong dah memang tetaplah siapa sponsor untuk more pada malam jumaat.
Demikian kerana kelobaan manusia untuk mendapat barakah dari Allah sempena ramadhan. Begitujuga sumbangan wang raya di serbulah oleh pemimpin tertentu ke pejabat agama untuk menyampaikan wang zakat. dipanggil TV dan TV menyiarkan yang pemimpin pemurah menyampaikan agihan zakat kepada yang berhak.
Dalam keghairahan itu pemimpin berkenaan meneruskan kezaliman. Menyiksa tahanan isa yang ditahan tanpa bicara merupakan suatu kezaliman. Dengan bersandarkan "fatwa mufti perak" kata ISA tak zalim mereka meneruskan kezaliman. Siapa yang akan menanggung seksa itu bukan sahaja diri tahanan malah kepada keluarga mereka.
Hari raya ialah hari gembira, tetapi anak-anak mangsa isa meratap dan menangis kerana bapa mereka diseksa dengan tahanan. S Jibeng penyanyi buta dengan ratapan di aidil fitri menitis air mata ramai yang mendengarnya. Takbir raya yang menusuk di hati mukmin akan menitiskan air mata. Tapi hati para pemimpin umno termasuk orang alim seperti mufti Harussani sedikitpun tidak terguris.
Dalam laungan mereka seolah merekalah jagoh. Sesungguh tiada hijab bagi doa orang dizalimi.
Bebaskan tahanan isa. Hapuskan ISA.
Kezaliman yang berterusan ialah merompak. Mufti membenarkan rompakan kerajaan perak apa ceritanya. Barangkali urusan dunia tiada kaitan dengan akhirat. Menipu orang bukan islam tidak salah sebab itu mufti Harussani berdiam diri bila perompak merompak kerajaan negeri perak malah beliau antara yang kuat menyokong rompak dengan hujah-hujah tersendiri.
BUBARKAN DUN PERAK
Jumaat 11 September 2009 21 Ramadhan 1430 Hijrah
Syawal kelam selubungi keluarga mangsa ISA
Azamin Amin/ Foto Nasir Sudin Fri Sep 11, 09 9:55:15 am MYT
KUALA LUMPUR, 11 Sept:Ramadan ini merupakan yang ketiga kalinya, suasana berbuka puasa dan gurau senda keluarga ini tanpa ayah. Cukup sunyi, pilu dan termanggu sendiri. Di kala orang lain, usik-mengusik sambil berjalan beriringan ke pasar juadah bersama insan yang tercinta, dia dan dua adiknya hanya menggenggam jemari ibunya. Sesekali soalan sama terpacul dari mulutnya.
"Mana ayah mak?" tanya Fathur Rahman Al- Ghazi, 5 tahun kepada ibunya, yang mula bergenangan air mata. Setiap hari, tiap malam tanpa jemu, soalan sama diaju. Namun susuk tubuh ayah dikasihi, masih tak muncul di pintu rumah mereka.
Sehinggalah pagi 10 September (semalam), ketika kami memberhentikan kereta di laman rumahnya di Simpang Durian, Negeri Sembilan kira-kira tiga jam lebih dari Kuala Lumpur. Tatkala itu terdengar dan tergiang-ngiang suara riuh adik-adiknya Ubaidah Al-Harith, 3 dan Uwais Al-Qarani, 4 membuat hati kami bertiga tersentak.
"Yei, ayah balik...ayah balik!" riuh mulut mereka sambil memanggil ibunya, Hidayu Kamrulzaman, 26 supaya membuka selak pintu. Dan tatkala ianya terkuak, empat pasang mata si comel terpaku, bercahaya lantaran kelibat kami bertiga disangka ayah, muncul secara tiba-tiba. Wajah mereka persis kecewa.
Serentak itu, mereka terus bertubi-tubi bertanya saya yang sedaya upaya menahan sebak. Ya, tahun lalu, di rumah ini juga, saya 'berjanji' bahawa suatu hari nanti ayahnya kan pulang jua tetapi kedatangan kali ini cukup hampa. Saya kandas menunaikan janji 'ahli-ahli syurga' ini.
"Acik, mana ayah...acik tak bawa ayah balik ya..?" tanya mereka, membuatkan saya, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman dan Jurugambar Nasir Sudin terdiam sejenak lantas melabuhkan tubuh sambil menenangkan sikecil yang tidak berdosa ini.
Bayangkan ketiga-tiga kanak-kanak ini, ditinggal ayah secara paksa pada suatu malam durjana, 5 April 2007. Ketika itu Ubaidah, 5 bulan baru lepas menyusu badan manakala Hidayu lantas menyiapkan sajian makanan untuk suami yang tercinta.
Dengan tidak semena-mena rumah mereka 'dirempuh' masuk. Tanpa banyak cerita, suami Muhammad Amir Mat Hanafiah digari lalu dibawa pergi kononnya atas keselamatan negara di bawah ISA, Akta tanpa jiwa.
Esakan sikecil dan rayuan isteri, tidak langsung meruntun jiwa penguasa yang tidak bermata itu. Kering dan kasar. Dan saat itu suasana di Flat murah di Petaling Jaya itu, hiba dan sayu mendengar tangisan empat beranak memecah kesunyian malam. Dan derita itu, sampai kini ditanggung badan dan perasaan.
"Saya hampir pengsan dan tak boleh nak menjamah secubit pun makanan, sedangkan anak bongsu menyusu badan...cukup sengsara waktu itu," jelas Hidayu sambill sesekali mengusap air mata dengan bucu tudungnya. Lutfi dan Nasir mendengar cukup tenang manakala kedua-dua si comel itu, lasak mengerumuni saya.
Hidayu terus menceritakan detik sayu ketika anak bongsunya dimasukkan ke Hospital Jelebu kerana sakit teruk di tekak. Dia merayu kepada pihak Kamunting dan polis agar membebaskan sementara, agar sikecil dapat bertemu ayahnya sekejap cuma.
Namun, rintihan itu tidak diambil pusing. Kata mereka tiada menteri yang boleh tandatangan surat pelepasan suami kerana hari itu, hari cuti.
"Saya sedih sangat. Anak sakit teruk dan anak sebut nama ayah tapi tak ada yang endah..." luah Hidayu dengan nada yang tersekat-sekat. Malah, bulan Julai baru-baru ini ketika melawat ayahnya di Kementa, si bongsu dan Uwais meronta-ronta tidak mahu melepaskan ayahnya setelah waktu melawat tamat.
Lebih pilu, hanya tatkala berlaku kematian, barulah penguatkuasa tersentak dan memberi izin tahanan ISA menziarahi jenazah insan tercinta dengan masa yang sangat suntuk.
Itulah yang berlaku kepada dua tahanan ISA, Mat Sah Mohd Satray, 46 yang sudah ditahan lebih 8 tahun ketika ibu tercinta meninggal dunia dan saat Shahrial kehilangan anak tersayang, yang jatuh nazak secara tiba-tiba sehari sebelumnya.
Pastinya di saat ibu Mat Sah, Saoda, 71 bergelumang maut, wajah anaknya yang tercinta cukup didambakan. Begitu juga Aina Mardhiah Shahrial, 17 pasti mengharapkan belaian manja tangan sang ayah, Shahrial buat kali yang penghabisan.
Tapi apa kan daya, Akta dan penguasa lebih rela membiarkan kedua-dua mereka menatap wajah jernih jasad kaku pergi tanpa salam perpisahan.
Beginilah antara derita, kepiluan dan trauma yang dilalui keluarga mangsa ISA. Siang malam, jadi igauan ngeri. Tanpa kecuali gangguan panggilan misteri dan aneka tekanan yang diterima anak dan isteri.
Setelah mendengar kisah duka Hidayu dan menceriakan seketika keletah tiga anaknya, kami berangkat pulang sambil Lutfi menghulurkan wang derma hasil sumbangan orang ramai yang begitu simpati dan prihatin nasib malang yang menimpa keluarga-keluarga mangsa ISA ini.
Sekurang-kurangnya, sumbangan itu bak cahaya lilin mampu menerangi Ramadan dan Syawal mereka yang tak beerti ini.
Minggu depan, 15 September, Ketua Pengarang Harakah ini akan terbang ke Sabah, menunaikan hajat orang ramai untuk terus membantu dan menyampaikan dana lebih 10 keluarga mangsa ISA di Sandakan, Tawau dan sekitarnya. Khabarnya, kisah dari sana juga turut menyayat hati sanubari.
Ada ibu yang membesarkan 7 anak, ada yang daif dan buta huruf,malah anak-anak tidak pernah menjenguk dan menjejak kaki ke sekolah, lantaran pencari rezeki - siayah dan suami tersumbat sepi di tirai besi.
Dan apalah ertinya sambutan Hari Raya apabila kasih sayang terpisah jua.
ISA kejam memisahkan suami dengan isteri, ayah dan putera-puterinya, juga anak dari ibu bapa. Ada keluarga berantakan, cerai-berai dan terjerumus ke lembah hina malah ada anak yang akhirnya menjadi gila! Begitu puaka akta itu.
Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, kami berkali-kali cuba menghubungi sebuah keluarga mangsa ISA yang tinggal di sekitar Kuala Pilah, namun tidak berjawab sedangkan sebelum ini, mereka cukup menyantuni dan mengalu-alukan kedatangan kami.
Tapi kali ini sepi. Andaian mungkin, keluarga mereka dikenakan syarat tertentu, untuk tidak mendedahkan diri kepada pihak media, setelah tahanan dibebaskan.
Saya masih lagi teringatkan Fathur yang bersama ibunya tiap Hari Raya kedua, membelah gelap subuh pagi menuju ke utara dengan menaiki bas. Selama lima jam perjalanan, dibalas dengan sejam masa lawatan. Alangkah sedihnya
Panggilan 'ayah' tidak putus di bibir sang anak. Menghilangkan rasa rindu, datuknya juga dipanggil ayah. Malah kehadiran kami selama sejam, dirasai cukup bermakna, kerana untuk seketika, ada teman sepermainan dan gurau senda mereka.
Mata Hidayu berkaca ketika menceritakan Fathur yang saban hari menyebut nama ayahnya malah lebih sayu melihat anak sulungnya itu terpinga-pinga tanpa jawapan pabila kawan-kawan tadikanya bertanyakan di mana ayahnya itu.
"Ini kali ketiga mereka sambut Raya tanpa ayah...entahlah, bagaimana mereka lihat orang lain ada ayah sedangkan dia tidak..." jelas Hidayu.
Kemudian imbauan saya terkenang pula lokasi Kampung Sg. Tiram, Johor, menyelami derita seorang kanak-kanak perempuan Hawa Baraah Zakaria, 7 tahun yang 'kehilangan' ayahnya secara tiba-tiba, seminggu selepas hari raya beberapa tahun yang lalu.
Hawa, ketika saya tiba bersama Lutfi tahun lalu, kelihatan pucat lesi. Matanya buntang melihat begitu ramai mengunjungi rumah kecilnya itu. Dia mengesyaki seolah-olah saya akan membawa 'pergi' ibunya sama seperti ayahnya juga.
Lantas, dalam keadaan kelihatan canggung dan takut-takut terus merapati sambil tangannya tak lekang dari jemari ibunya. Tidak ada senyuman diraut wajahnya nan comel itu.
"Maafkan anak saya ini. Dia takut-takut sejak dari penahanan ayahnya itu sehingga dia merasakan ada orang nak memisahkan antara saya dan dia," kata ibunya, Saodah Matin, 26.
Akibat dari trauma dan ketakutan yang amat sangat, Hawa tidak pernah bersekolah sedangkan rakan sebayanya sudah berada di dalam darjah satu. Tidak mahu ketinggalan dalam pelajaran, Saodah terpaksa mengupah guru mengajar di rumahnya dengan bayaran RM200 sebulan.
Teringat juga saya kepada sebuah keluarga bekas pensyarah Institusi Pengajian Tinggi Awam, yang turut menjadi mangsa akta ISA ini.
"Suami dan menantu saya ditahan pada Januari 2002 sebelum menunaikan solat subuh. Rumah kami digeledah sementara kami sekeluarga diarah duduk di anjung rumah bersama anak-anak yang lain," kata Zakiah Mat menceritakan trauma enam tahun lalu.
Wajahnya yang kelam dan tunduk ketika ditanya menzahirkan segala kesusahan yang dirasai. Menampung kehidupan, isteri pensyarah ini membuat dan menjual kuih 'Tepung Pelita' sekitar kawasan perumahannya.
Ya, seorang demi seorang anak-anak hilang kasih sayang, lantaran akta padah ini. Mereka 'ahli-ahli syurga' yang dicengkam derita dan terpaksa melalui kehidupan sengsara, tidak seperti rakan-rakan yang lain yang riang gembira.
Bermain-main, bersenda-loka dan memeluk erat tubuh ayah, suatu nikmat seorang anak yang dianugerahkan Tuhan kepada 'ahli-ahli syurga' ini. Si kecil ini tidak pernah mahu apa-apa melainkan, ada ayah di sisi di kala malam hari, di waktu lepas sekolah siang hari dan tatkala tiba Syawal nanti.
Namun itu hanyalah mimpi, selagi pengubal, pencipta, pemimpin dan pelaksana akta ini tidak pernah ambil peduli. Letakkanlah, diri kita di tempat mereka atau bagaimana anak-anak kita, seperti mereka?
Dan soalan bertali arus ini tidak pernah putus dari ingatan selagi Akta ini masih ada di depan mata.
Bantu mereka yang teraniaya, hulurkanlah tangan untuk meringankan beban keluarga mangsa tahanan ISA. Sudilah menyalurkan derma ikhlas anda ke akaun Maybank HARAKAHDAILY DOT COM bernombor 5640 7000 0336.
Dengan sedikit perhatian dan dana, moga dapat menyinari hati dan perasaan keluarga mereka yang duka lara tanpa insan yang tercinta menjelang Syawal tiba.

Khamis, 10 September 2009

Mencari keberkatan Ramadhan

Saya hendak tekan dunia ini bukan kita yang punya. Bumi, langit, udara, air hujan dan segalanya dicipta Allah Taala untuk manusia. Dan ia bukan terjadi sendiri. Kita tanpa mengira bangsa apa sekalipun hanya menumpang di atas bumi Allah. Kalau semua kemudahan itu tidak ada maka mati semua manusia. Tidak ada satu pun syarikat yang boleh buat bumi, udara, gandum, beras dan segala kemudahan asas bagi keperluan manusia untuk hidup. - Muryidul Am PAS

Beri Zakat

Heboh sekarangni dengan pemberian duit raya. katanya duit zakat. Sememangnya semua orang dah tahu yang duit itu dari wang zakat. dan semua orang tahu yang wang zakat itu bukan dari yang menyampaikan. Kalau MB yang menyampaikan wang zakat itu bukanlah dari zakat hartanya tetapi dari kutipan zakat orang ramai. Penyampai sekadar tukang sampai. Tapi dalam ucapan selepas atau sebelum penyampaian Masya Allah macam yang mereka yang punya. Penerima pula diasak supaya berterima kasih kepada yang menyampaikan itu. dan juga diingat jangan dengar dan terpengaruh kepada pemimpin PR. Jadi semuanya itu akan menambah kefahaman orang ramai akan nilai ibadah puasa bagi golongan ini.
Pengetahuan agihan wang zakat sekadar tukang sampai dijelaskan dari berita berikut,
PKR, Umno anjur majlis serentak timbul tanda tanya
Salhan K Ahmad Sep 9, 09 3:04pm
Tindakan Pemuda Umno bahagian Sekijang di Johor menganjurkan majlis ‘serentak' dengan program PKR yang dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hujung minggu lalu telah menimbulkan tandatanya dan rasa tidak senang di kalangan kepimpinan Umno di situ.Sumber Umno di bahagian berkenaan memberitahu Malaysiakini, beberapa pemimpin sayap Pemuda Umno dari bahagian tersebut juga dilihat bersalaman dengan Anwar yang menghadiri solat Tarawih di Masjid Jamek Kampung Jawa.Malaysiakini difahamkan, Anwar sebelum itu menghadiri majlis berbuka puasa sempena perasmian cabang PKR Sekijang di sebuah dewan berhampiran, manakala pemuda Umno bahagian Sekijang pula menganjurkan majlis penyerahan zakat serta majlis berbuka puasa di masjid berkenaan.Menurut sumber itu lagi, Pemuda Umno Sekijang tidak sepatutnya mengadakan majlis penyerahan zakat itu, sedangkan mereka mengetahui mengenai kehadiran Anwar ke situ."Ini nampak seolah-olah mereka sengaja nak buat majlis itu, macam satu kebetulan," katanya kepada Malaysiakini malam tadi.Malaysiakini juga difahamkan, penganjuran majlis berbuka puasa dan penyerahan zakat oleh pemuda Umno itu, telah ditegur oleh pemimpin-pemimpin Umno lain, namun diteruskan juga.
"Biasanya, orang Umno kalau tahu pemimpin pembangkang akan datang dekat dengan program dia, dia akan bawa orang-orangnya ke tempat lain supaya tidak bertembung. Ini nampak macam sengaja dilakukan," kata sumber itu lagi.Solat Tarawih"Kita dengar budak-budak pemuda ini bukan main seronok lagi dapat jumpa Anwar, berlari-lari lagi hendak pergi bersalam dengan Anwar."Hinggakan Anwar kata, 'ingat lagi orang Umno kepada saya'," tambahnya.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Sekijang Anuar Abd Manaf bagaimanapun menolak tanggapan tersebut dan menjelaskan program yang diatur olehnya itu, sememangnya berlaku secara kebetulan dengan program Anwar pada hari berkenaan."Kita sudah rancang program ini sejak sebelum bulan Ramadhan lagi.
Kita cadang untuk agihkan zakat pada akhir Ramadhan, tetapi pejabat agama (daerah Segamat) nasihatkan kita beri awal sikit supaya penerima zakat dapat guna duit itu untuk persiapan hari raya," jelasnya.Menurutnya, majlis itu dihadiri oleh kira-kira 150 orang penduduk di sekitar kawasan berkenaan.
( kalau duit sendiri tak payah nak dengar nasihat PA)
"Anwar cuma datang untuk sembahyang tarawih (lepas program buka puasa dan penyerahan zakat). Dia duduk di saf belakang kerana tiba lewat. Kami (pemuda Umno) kebanyakannya di saf depan," katanya.Ditanya mengenai dakwaan bahawa anggota Pemuda Umno dilihat begitu mesra dengan Anwar ketika bertemu di masjid tersebut, Anuar berkata:"Saya tidak nampak suasana di belakang kerana saya di saf depan. Bersalam pun tak sempat," katanya lagi.Naik kain rentangMengulas mengenai usaha-usaha PKR untuk meluaskan pengaruh di Johor, Anuar berkata tindakan tersebut akan menerima gangguan berterusan daripada pergerakan pemuda Johor."Kita menyambut seruan Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini yang mengatakan Anwar seorang pengkhianat bangsa Melayu," katanya.Jelasnya, kata-kata "Anwar Pengkhianat Bangsa" itu dituliskan di kain-kain rentang yang dinaikkan di sekitar kawasan yang dikunjungi oleh pemimpin PKR tersebut."Kami tahu mengenai programnya di Dewan Siang Hai Kee di Bukit Siput (Segamat). Di luar kawasan itu kami juga naikkan bendera-bendera Umno dan BN untuk tunjukkan kekuatan kita," katanya lagi.Selain Anwar, turut hadir di dewan tersebut ialah bekas naib presiden MCA, Datuk Seri Chua Jui Meng yang menyertai PKR baru-baru ini.

Rabu, 9 September 2009

Lagu lama yang sering berkumandang

Bila nak berhari raya lagu dendang perantau P Ramlee akan berkumandang di udara begitu indah irama dal liriknya. mempersonakan semua.
Bila pilihanraya kecil nak diadakan lagu dan drama perpaduan pula dikumandangkan.
Keadaan yang menjadi lakunan dan siulan yang retorik dari umno yang hanya ingin memerangkap PAS. Dan semua rakyat faham keadaan yang ada.
Sekarang timbul persoalan kenapa sekarang ini terlalu kerap sangat PRK. selang beberapa hari selepas PRK Permatang Pasir sekarang pula di Bagan Pinang. ADUNnya mati.

Selasa, 8 September 2009

Menanti Lailatul Qadr

Lailatul qadr suatu yang dinanti oleh orang yang beriman. Sama seperti menanti ramadhan. Sebelum ramadhan ramai orang telah memperlihatkan keseronokan akan kehadiran akan ramadhan. Ada yang berbuat kenduri untuk sambut ramadhan. bila bertemu seseorang akan berkata akan seronok akan kehadiran ramadhan.
Bila dah sampai dan masuk ramadhan pula pakat ucap selamat ramadhan sambil hantar sms atau bagai bagai cara. Ada yang buatkan banner dan direntangkan.
Dalam pada itu ada yang melakukan kezaliman malah berlumba-lumba mengucapkan selamat menyambut ramadhan. selain melakukan kezaliman ke atas orang lain yang paling besar melakukan kezaliman ke atas diri sendiri.
Jadi insaflah setiap diri jangan melakukan kezaliman.
Kalau rampas hak orang itu zalim namanya
kalau menipu orang itu zalim namanya
kalau menghukum dengan tidak adil itu zalim namanya
orang seperti tiga di atas tiada ibadah bagi mereka.
Allah itu hakim yang maha Adil.
Seseorang hakim yang menghukum mengikut fikiran yang berkepentingan terhadap sesuatu sebenarnya telah menghina institusi kehakiman sendiri sekaligus menghina Allah. Kerana itu kemurkaan Allah serta laknat seluruh makhluk di langit dan bumi kepada sesiapa yang menghina kehakiman Allah Azzawajalla.
Untuk mereka itu seksanya amat pedih. Barangkali mereka itu tidak yakin.