ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Jumaat, 11 September 2009

Mencari keberkatan Ramadhan dicelahan zalim

Kelihatan ramai yang berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan dalam bulan ramadhan yang maha berkat. Menyediakan makanan untuk orang berbuka. Pada hari khamis malam jumaat telah dibooking mana-mana masjid untuk untuk diadakan "more" masjid jami' lenggong dah memang tetaplah siapa sponsor untuk more pada malam jumaat.
Demikian kerana kelobaan manusia untuk mendapat barakah dari Allah sempena ramadhan. Begitujuga sumbangan wang raya di serbulah oleh pemimpin tertentu ke pejabat agama untuk menyampaikan wang zakat. dipanggil TV dan TV menyiarkan yang pemimpin pemurah menyampaikan agihan zakat kepada yang berhak.
Dalam keghairahan itu pemimpin berkenaan meneruskan kezaliman. Menyiksa tahanan isa yang ditahan tanpa bicara merupakan suatu kezaliman. Dengan bersandarkan "fatwa mufti perak" kata ISA tak zalim mereka meneruskan kezaliman. Siapa yang akan menanggung seksa itu bukan sahaja diri tahanan malah kepada keluarga mereka.
Hari raya ialah hari gembira, tetapi anak-anak mangsa isa meratap dan menangis kerana bapa mereka diseksa dengan tahanan. S Jibeng penyanyi buta dengan ratapan di aidil fitri menitis air mata ramai yang mendengarnya. Takbir raya yang menusuk di hati mukmin akan menitiskan air mata. Tapi hati para pemimpin umno termasuk orang alim seperti mufti Harussani sedikitpun tidak terguris.
Dalam laungan mereka seolah merekalah jagoh. Sesungguh tiada hijab bagi doa orang dizalimi.
Bebaskan tahanan isa. Hapuskan ISA.
Kezaliman yang berterusan ialah merompak. Mufti membenarkan rompakan kerajaan perak apa ceritanya. Barangkali urusan dunia tiada kaitan dengan akhirat. Menipu orang bukan islam tidak salah sebab itu mufti Harussani berdiam diri bila perompak merompak kerajaan negeri perak malah beliau antara yang kuat menyokong rompak dengan hujah-hujah tersendiri.
BUBARKAN DUN PERAK
Jumaat 11 September 2009 21 Ramadhan 1430 Hijrah
Syawal kelam selubungi keluarga mangsa ISA
Azamin Amin/ Foto Nasir Sudin Fri Sep 11, 09 9:55:15 am MYT
KUALA LUMPUR, 11 Sept:Ramadan ini merupakan yang ketiga kalinya, suasana berbuka puasa dan gurau senda keluarga ini tanpa ayah. Cukup sunyi, pilu dan termanggu sendiri. Di kala orang lain, usik-mengusik sambil berjalan beriringan ke pasar juadah bersama insan yang tercinta, dia dan dua adiknya hanya menggenggam jemari ibunya. Sesekali soalan sama terpacul dari mulutnya.
"Mana ayah mak?" tanya Fathur Rahman Al- Ghazi, 5 tahun kepada ibunya, yang mula bergenangan air mata. Setiap hari, tiap malam tanpa jemu, soalan sama diaju. Namun susuk tubuh ayah dikasihi, masih tak muncul di pintu rumah mereka.
Sehinggalah pagi 10 September (semalam), ketika kami memberhentikan kereta di laman rumahnya di Simpang Durian, Negeri Sembilan kira-kira tiga jam lebih dari Kuala Lumpur. Tatkala itu terdengar dan tergiang-ngiang suara riuh adik-adiknya Ubaidah Al-Harith, 3 dan Uwais Al-Qarani, 4 membuat hati kami bertiga tersentak.
"Yei, ayah balik...ayah balik!" riuh mulut mereka sambil memanggil ibunya, Hidayu Kamrulzaman, 26 supaya membuka selak pintu. Dan tatkala ianya terkuak, empat pasang mata si comel terpaku, bercahaya lantaran kelibat kami bertiga disangka ayah, muncul secara tiba-tiba. Wajah mereka persis kecewa.
Serentak itu, mereka terus bertubi-tubi bertanya saya yang sedaya upaya menahan sebak. Ya, tahun lalu, di rumah ini juga, saya 'berjanji' bahawa suatu hari nanti ayahnya kan pulang jua tetapi kedatangan kali ini cukup hampa. Saya kandas menunaikan janji 'ahli-ahli syurga' ini.
"Acik, mana ayah...acik tak bawa ayah balik ya..?" tanya mereka, membuatkan saya, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman dan Jurugambar Nasir Sudin terdiam sejenak lantas melabuhkan tubuh sambil menenangkan sikecil yang tidak berdosa ini.
Bayangkan ketiga-tiga kanak-kanak ini, ditinggal ayah secara paksa pada suatu malam durjana, 5 April 2007. Ketika itu Ubaidah, 5 bulan baru lepas menyusu badan manakala Hidayu lantas menyiapkan sajian makanan untuk suami yang tercinta.
Dengan tidak semena-mena rumah mereka 'dirempuh' masuk. Tanpa banyak cerita, suami Muhammad Amir Mat Hanafiah digari lalu dibawa pergi kononnya atas keselamatan negara di bawah ISA, Akta tanpa jiwa.
Esakan sikecil dan rayuan isteri, tidak langsung meruntun jiwa penguasa yang tidak bermata itu. Kering dan kasar. Dan saat itu suasana di Flat murah di Petaling Jaya itu, hiba dan sayu mendengar tangisan empat beranak memecah kesunyian malam. Dan derita itu, sampai kini ditanggung badan dan perasaan.
"Saya hampir pengsan dan tak boleh nak menjamah secubit pun makanan, sedangkan anak bongsu menyusu badan...cukup sengsara waktu itu," jelas Hidayu sambill sesekali mengusap air mata dengan bucu tudungnya. Lutfi dan Nasir mendengar cukup tenang manakala kedua-dua si comel itu, lasak mengerumuni saya.
Hidayu terus menceritakan detik sayu ketika anak bongsunya dimasukkan ke Hospital Jelebu kerana sakit teruk di tekak. Dia merayu kepada pihak Kamunting dan polis agar membebaskan sementara, agar sikecil dapat bertemu ayahnya sekejap cuma.
Namun, rintihan itu tidak diambil pusing. Kata mereka tiada menteri yang boleh tandatangan surat pelepasan suami kerana hari itu, hari cuti.
"Saya sedih sangat. Anak sakit teruk dan anak sebut nama ayah tapi tak ada yang endah..." luah Hidayu dengan nada yang tersekat-sekat. Malah, bulan Julai baru-baru ini ketika melawat ayahnya di Kementa, si bongsu dan Uwais meronta-ronta tidak mahu melepaskan ayahnya setelah waktu melawat tamat.
Lebih pilu, hanya tatkala berlaku kematian, barulah penguatkuasa tersentak dan memberi izin tahanan ISA menziarahi jenazah insan tercinta dengan masa yang sangat suntuk.
Itulah yang berlaku kepada dua tahanan ISA, Mat Sah Mohd Satray, 46 yang sudah ditahan lebih 8 tahun ketika ibu tercinta meninggal dunia dan saat Shahrial kehilangan anak tersayang, yang jatuh nazak secara tiba-tiba sehari sebelumnya.
Pastinya di saat ibu Mat Sah, Saoda, 71 bergelumang maut, wajah anaknya yang tercinta cukup didambakan. Begitu juga Aina Mardhiah Shahrial, 17 pasti mengharapkan belaian manja tangan sang ayah, Shahrial buat kali yang penghabisan.
Tapi apa kan daya, Akta dan penguasa lebih rela membiarkan kedua-dua mereka menatap wajah jernih jasad kaku pergi tanpa salam perpisahan.
Beginilah antara derita, kepiluan dan trauma yang dilalui keluarga mangsa ISA. Siang malam, jadi igauan ngeri. Tanpa kecuali gangguan panggilan misteri dan aneka tekanan yang diterima anak dan isteri.
Setelah mendengar kisah duka Hidayu dan menceriakan seketika keletah tiga anaknya, kami berangkat pulang sambil Lutfi menghulurkan wang derma hasil sumbangan orang ramai yang begitu simpati dan prihatin nasib malang yang menimpa keluarga-keluarga mangsa ISA ini.
Sekurang-kurangnya, sumbangan itu bak cahaya lilin mampu menerangi Ramadan dan Syawal mereka yang tak beerti ini.
Minggu depan, 15 September, Ketua Pengarang Harakah ini akan terbang ke Sabah, menunaikan hajat orang ramai untuk terus membantu dan menyampaikan dana lebih 10 keluarga mangsa ISA di Sandakan, Tawau dan sekitarnya. Khabarnya, kisah dari sana juga turut menyayat hati sanubari.
Ada ibu yang membesarkan 7 anak, ada yang daif dan buta huruf,malah anak-anak tidak pernah menjenguk dan menjejak kaki ke sekolah, lantaran pencari rezeki - siayah dan suami tersumbat sepi di tirai besi.
Dan apalah ertinya sambutan Hari Raya apabila kasih sayang terpisah jua.
ISA kejam memisahkan suami dengan isteri, ayah dan putera-puterinya, juga anak dari ibu bapa. Ada keluarga berantakan, cerai-berai dan terjerumus ke lembah hina malah ada anak yang akhirnya menjadi gila! Begitu puaka akta itu.
Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, kami berkali-kali cuba menghubungi sebuah keluarga mangsa ISA yang tinggal di sekitar Kuala Pilah, namun tidak berjawab sedangkan sebelum ini, mereka cukup menyantuni dan mengalu-alukan kedatangan kami.
Tapi kali ini sepi. Andaian mungkin, keluarga mereka dikenakan syarat tertentu, untuk tidak mendedahkan diri kepada pihak media, setelah tahanan dibebaskan.
Saya masih lagi teringatkan Fathur yang bersama ibunya tiap Hari Raya kedua, membelah gelap subuh pagi menuju ke utara dengan menaiki bas. Selama lima jam perjalanan, dibalas dengan sejam masa lawatan. Alangkah sedihnya
Panggilan 'ayah' tidak putus di bibir sang anak. Menghilangkan rasa rindu, datuknya juga dipanggil ayah. Malah kehadiran kami selama sejam, dirasai cukup bermakna, kerana untuk seketika, ada teman sepermainan dan gurau senda mereka.
Mata Hidayu berkaca ketika menceritakan Fathur yang saban hari menyebut nama ayahnya malah lebih sayu melihat anak sulungnya itu terpinga-pinga tanpa jawapan pabila kawan-kawan tadikanya bertanyakan di mana ayahnya itu.
"Ini kali ketiga mereka sambut Raya tanpa ayah...entahlah, bagaimana mereka lihat orang lain ada ayah sedangkan dia tidak..." jelas Hidayu.
Kemudian imbauan saya terkenang pula lokasi Kampung Sg. Tiram, Johor, menyelami derita seorang kanak-kanak perempuan Hawa Baraah Zakaria, 7 tahun yang 'kehilangan' ayahnya secara tiba-tiba, seminggu selepas hari raya beberapa tahun yang lalu.
Hawa, ketika saya tiba bersama Lutfi tahun lalu, kelihatan pucat lesi. Matanya buntang melihat begitu ramai mengunjungi rumah kecilnya itu. Dia mengesyaki seolah-olah saya akan membawa 'pergi' ibunya sama seperti ayahnya juga.
Lantas, dalam keadaan kelihatan canggung dan takut-takut terus merapati sambil tangannya tak lekang dari jemari ibunya. Tidak ada senyuman diraut wajahnya nan comel itu.
"Maafkan anak saya ini. Dia takut-takut sejak dari penahanan ayahnya itu sehingga dia merasakan ada orang nak memisahkan antara saya dan dia," kata ibunya, Saodah Matin, 26.
Akibat dari trauma dan ketakutan yang amat sangat, Hawa tidak pernah bersekolah sedangkan rakan sebayanya sudah berada di dalam darjah satu. Tidak mahu ketinggalan dalam pelajaran, Saodah terpaksa mengupah guru mengajar di rumahnya dengan bayaran RM200 sebulan.
Teringat juga saya kepada sebuah keluarga bekas pensyarah Institusi Pengajian Tinggi Awam, yang turut menjadi mangsa akta ISA ini.
"Suami dan menantu saya ditahan pada Januari 2002 sebelum menunaikan solat subuh. Rumah kami digeledah sementara kami sekeluarga diarah duduk di anjung rumah bersama anak-anak yang lain," kata Zakiah Mat menceritakan trauma enam tahun lalu.
Wajahnya yang kelam dan tunduk ketika ditanya menzahirkan segala kesusahan yang dirasai. Menampung kehidupan, isteri pensyarah ini membuat dan menjual kuih 'Tepung Pelita' sekitar kawasan perumahannya.
Ya, seorang demi seorang anak-anak hilang kasih sayang, lantaran akta padah ini. Mereka 'ahli-ahli syurga' yang dicengkam derita dan terpaksa melalui kehidupan sengsara, tidak seperti rakan-rakan yang lain yang riang gembira.
Bermain-main, bersenda-loka dan memeluk erat tubuh ayah, suatu nikmat seorang anak yang dianugerahkan Tuhan kepada 'ahli-ahli syurga' ini. Si kecil ini tidak pernah mahu apa-apa melainkan, ada ayah di sisi di kala malam hari, di waktu lepas sekolah siang hari dan tatkala tiba Syawal nanti.
Namun itu hanyalah mimpi, selagi pengubal, pencipta, pemimpin dan pelaksana akta ini tidak pernah ambil peduli. Letakkanlah, diri kita di tempat mereka atau bagaimana anak-anak kita, seperti mereka?
Dan soalan bertali arus ini tidak pernah putus dari ingatan selagi Akta ini masih ada di depan mata.
Bantu mereka yang teraniaya, hulurkanlah tangan untuk meringankan beban keluarga mangsa tahanan ISA. Sudilah menyalurkan derma ikhlas anda ke akaun Maybank HARAKAHDAILY DOT COM bernombor 5640 7000 0336.
Dengan sedikit perhatian dan dana, moga dapat menyinari hati dan perasaan keluarga mereka yang duka lara tanpa insan yang tercinta menjelang Syawal tiba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan