ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Rabu, 28 Oktober 2009

Fitnah ke atas Siti Aishah

Dalam perjalanan pulang dari satu peperangan, Saidatina Aishah tertinggal kerana suatu masalah. Akibat dari itu beliau tertinggal dalam perjalanan. Atas rasa sat tanggung jawab seorang sahabat, mengiringi perjalanan Saidatina Aishah pulang ke Madinah. Malang selepas itu fitnah menimpa. Fitnah itu datang dari seorang yang munafik.
Itulah sebahagian dari perlbagai warna kehidupan yang harus dilalui oleh seseorang untuk meneruskan kehidupan. Walaupun Saidatina Aishah Isteri Rasullullah, tetapi tidak terlepas.
Begitu juga dalam kehidupan berorganisasi. PAS tidak terlepas dari tuduhan fitnah dan khianat. Membaca cerita Brahim Ali macam-macam yang dia kata, macam yang dia kritik PAS. Dia kata dia yang tolong PAS. Dia kata kalau dia tak tanding bebas mungkin PAS kalah dikelantan. Jadi bila dia tanding bebas dengan lambang PAS dia kata dia bebas nak kata apapun. Dia kata PAS macam-macam tetapi kepimpinan PAS tak terasa kerana dah tahu perangai dia. Dia sendiri yang menyatakan dirinya menatang brahim ali. Jadi kerana PAS dah tahu perangai dia, PAS suruh dia letak jawatan, dia tak mahu PAS boleh buat apa. Tunggu PRU13 nanti. sekarang kita buat kerja.
Sekarang Dr Aziz Bari menegur PAS. Pakar ini yang kelihatan tidak berparti dan hanya mengatakan sesuatu berdasarkan undang-undang. Tegoran beliau barangkali berdasarkan pemerhatian dan renungannya. Siapa kita nak label kepada beliau ini. Pastinya kita akan meletakkan beliau seperti penasihat, Jauh sekali dari melebelkan beliau seorang yang jahat. Kita mengharapkan teguran beliau itu suatu yang ikhlas seperti mana beliau kelihatan ikhlas dalam memperkatakan perkara dan situasi politik bersandarkan undang-undang.
Dalam qur an ada menyebutkan " jika datang kepada kamu orang fasik membawa berita hendaklah kamu siasat supaya kamu tidak menzalimi terhadap sesuatu kaum". Sekarang kita ditegur maka apa yang perlu kita buat?
Kerana itu atas tanggungjawab sebagai Mursidul Am, Tok Guru mencadangkan suatu maukamar Khas bagi membincangkan teguran tersebut. Nampaknya Tuan Guru Presiden cekap membaca fikiran Mursyidul Am. Begitu juga S/U Agong yang diasak bertalu-talu oleh wartawan.
Yang menjadi masalah sekarang ialah PAS berhadapan dengan komponen BN yang tersembunyi. Wartawan sengaja mengambarkan buruk dan negetive dalam PAS. Kerana itu seperti yang disarankan oleh Tok Guru, sebaiknya PAS menjemput DR Aziz Bari dalam muktamar khas tersebut. Kita boleh ucap terima kasih kepada beliau dan kita boleh tanya beliau dari aspek yang bagaimana beliau membuat andaian tersebut. Kita ambil pendekatan Saidina Umar mengucapkan terimakasih kepada yang akan menegur beliau.
Selama ini kita sememangnya melayan dan mengiktiraf tokoh-tokoh ilmuan dengan baik. Kita memberi penghormatan yang tinggi kepada tokoh-tokoh. Lihat bagaimana PAS menghormati Pak A Samad Said, sehingga sanggup tokoh itu bermandikan pancutan air dalam demonstrasi mansuh PPSMI. Kerana itu sewajarnyalah PAS memberi penghormatan Dr Aziz Bari yang memberi teguran. Kepada yang nama disebut pula inilah peluang untuk mendapat kepastian terhadap teguran tersebut. Penama yang disebut seharusnya mengambil iktibar dari Saidina Umar yang berlapang dada terhadap teguran. Saidina Umar ialah pemimpin yang berjiwa besar lagi bertaqwa.
Semoga PAS akan terus mara dalam membawa wadah seperti catatan Tuan Guru Haji Hadi,
PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan