Makin banyak nama berganda dikesan
Jimadie Shah Othman Oct 7, 09 12:50pm sedutan dari malaysiakini
PAS mengesan lebih banyak pemilih yang namanya dimasukkan dua kali dalam daftar pemilih, termasuk melalui kad pengenalan tentera, yang akan digunakan pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Ahad ini.
Naib presidennya Salahuddin Ayub berkata, setakat semakan mereka sehingga tengah hari ini, sekurang-kurangnya 500 pemilih terlibat dengan keganjilan itu – yang membimbangkan parti kemungkinan pengundian dua kali.
Semalam Malaysiakini melaporkan parti itu mendakwa ia berjaya mengesan nama kira-kira 200 pemilih yang didaftarkan sebanyak dua kali di daftar tersebut.Sehubungan itu, beliau akan membangkitkan kontroversi ini dalam pertemuan rombongan PAS dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Putrajaya jam 3 petang ini."Kita harap, daftar pemilih ini dapat diputihkan," kata Salahuddin kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.
Satu lagi cadangan mengatasi perkara ini ialah semua pengundi yang mengundi secara pos atau pada hari pembuangan undi dikehendaki mengunakan dakwat kekal selepas pengundian. Dengan cara ini tidak akan berlaku yang nama berganda untuk mengundi kali kedua dan seterusnya.
Lagipun dakwat yang dibeli tahun 2008 dulu masih ada dan dah dibelanjakan berjuta untuk tujuan tersebut. Kerajaan 1malaysia arahkan SPR supaya guna dakwat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan