ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Isnin, 30 November 2009

Kejatuhan manusia.

Kejatuhan manusia.
Manusia jatuh kerana kezaliman yang dilakukan.
Ada 2 kezaliman
1. Kezaliman pada diri sendiri.
2. Kezaliman pada orang lain.
Fir aun jatuh kerana zalim pada diri dan pada orang lain.
Qarun jatuh kerana zalim pada diri sendiri.
Saklabah jatuh kerana zalim pada diri sendiri.
Namrud jatuh kerana zalim pada diri sendiri dan orang lain.
Mahathir jatuh kerana zalim terhadap diri sendiri dan orang lain.
Mahathir akan kata dia tak jatuh tapi bersara. Betullah tu.
Dia zalim pada diri sendiri bila dia menghina sunnah nabi(janggut) “masa tu mana ada gilet”
Tapi masa tu dia tak jatuh lagi. Lepas tu dia menzalimi anwar pun dia tak jatuh juga. Tetapi lepas tu dia umum letak jawatan yang menyebabkan semua orang menangis termasuk rafidah aziz. Sebabnya dia menzalimi orang ramai. Royalty yang sepatutnya diterima oleh rakyat Terengganu melalui Kerajaan Terengganu dia tukar kepada wang ihsan yang dibayar melalui umno. Itulah kezaliman Mahathir yang paling tinggi sehingga akhirnya terpantul kata dia nak letak jawatan. Entah apa doa yang terbit secara perlahan oleh rakyat Terengganu yang dhaif. Pastinya mereka menadah tangan yang Allah berilah petunjuk kepada Mahathir atau datangkanlah suatu pengajaran kepadanya.
Ustaz Fadhil Nor pernah berdoa agar Mahathir panjang umur supaya dapat melihat kemusnahan umno. Masa tu tiada siapa yang menyanggah kata Ust Fadhil. Maklumat lanjut tentang doa tu kena Tanya YB Salahuddin Ayob. Kenapa puak penyuku dan penyakat umno tak bersuara? Jawapannya mudah kerana puak umno jahil mukrakah dan depa tak Nampak pengertian dalam doa ustaz Fadhil tu. Doa ustaz Fadhil tu terselindung maknanya. Ustaz mintak DR Mahathir panjang umur yang itu mereka Nampak tetapi doa ustaz fadhil supaya Mahathir dapat melihat kemusnahan umno depa tak Nampak. Disitu memperlihat kejahilan mereka. Ustaz Fadhil telah berdoa supaya Mahathir panjang umur. Ustaz Fadhil juga telah berdoa supaya umno musnah. Tetapi yang kedua mereka tak Nampak.
Sekarang Tok guru berdoa agar lembut hati najib kalau tidak musnahkan najib dan umno. Sama dengan doa ustaz fadhil. Tapi puak-penyuku dan penyakat bangun dengan berbagai kejelekan hujah dan tafsiran. Mahathir dan Najib jenis orang yang tak percaya kepada doa orang lain. Kalau mereka percaya kepada doa orang tentunya mereka tak berlaku zalim. Sesungguhnya doa bagi orang dizalimi adalah tiada hijab dengan Allah. Jadi mereka terus meneruskan kezaliman. Begitu juga si brahim ali yang bertanding atas lambing bulan lepas tu sekarangni mencerca tok guru dan parti bulan. Jadi kalau brahimni jenis yang percaya kepada padah doa orang dia tak akan menzalimi pengundi yang member undi kepadanya.
Ali Rustam yang rasuah dalam umno tentunya tak percaya terhadap doa orang dizalimi kerana tak boleh bertanding Timbalan Presiden Umno dilantik pula jadi mkt rasuah jadi tak mengapa. Dia tak tahu, yang pemberi dan penerima rasuah itu didalam neraka. Tak ada siapa yang alim dalam umno memberitahu dia hal itu barangkali. Ada yang kata itu hal dunia saja tak sampai akhirat.
Si Zambry kadiak pula penyamun dan perompak juga tumpang. Dia yang merompak kerajaan negeri perak dikatakan hal dunia dan tak ada kaitan dengan akhirat. Penerimaan pelajaran ilmu salah yang sesat lagi menyesatkan. Jadi mereka bersuara pasal doa tok guru dengan harapan tumpang tui. Sebenarnya tumpang tui depa tu memperlihatkan kejahilan mereka sendiri.
Begitu juga dengan Mukhriz Mahathir yang tak tahu bapanya menghina sunnah serta Hishamuddin Husin yang turut menghina diri sendiri. Menghina diri sendiri merupakan menzalimi diri sendiri.
Najib sedang menempah kejatuhan bagi dirinya bila banyak kezaliman yang telah dilakukan pada diri sendiri dan orang lain. Pada dirinya sendiri tidak akan dibicarakan biarlantaklah dia dia punya pasal nak mati atau hidup. Kezaliman pada orang lain yang akan diperkatakan. Kezaliman yang lalu juga tidak akan disebut tetapi kezaliman semasa iaitu menafikan hak Rakyat Kelantan untuk mendapat Royalti.
Mahathir menzalimi anwar payah nak jatuh. Tapi lepas dia menzalimi rakyat Terengganu tiga tahun dia mengumumkan kejatuhannya. 2009 najib menzalimi rakyat Kelantan semoga 2012 berguling peringlah najib dan umno.
Doa rakyat Kelantan ditadahkan dihari raya Qurban. Dihari raya qurban itu Najib telah dihina dengan tidak berhari raya didalam Negara. Itulah petanda awal kehinaan yang bakal menimpa si Najib dan Umno.
http://www.malaysiakini.com/news/118564

Ahad, 29 November 2009

Peneraju Fitnah kepada Tok Guru

Tidak lain ialah astro awani. Semoga Allah melaknat keatas mereka yang berada dalam kumpulan ini. Kerana mereka ini berniat jahat dalam melemparkan fitnah. Mereka tidak membaca "Al-fitnatu asaddu minal qatl"
Biarpun mereka hantar orang untuk melapurkan haji tetapi mencampurkan yang hak dan batil juga merupakan kezaliman. Tidak lekang seminit usaha mereka untuk memfitnah Tok Guru. mereka berlindong disebalik orang yang jahil. Mereka pergi tanya kepada brahim ali yang menjadi yb katak bertanding atan lambang PAS, ali rustam yang disekat bertanding Timb Presiden kerana rasuah, zambry kadiak yang merompak kerajaan perak dengan membelakangkan perlembagaan. Mereka pergi ambil kenyataan dari abdullah sa'amah pengasas pondok geting yang tiada tauliah mengajar di masjid. s/u najib tak payah nak royak lah mesti akan bela najib. semua jenis manusia yang diajukan oleh astro adalah dari jenis akhlak yang hina yang dikemukakan untuk menjadi penegak hujah.
Semoga Allah melaknat atas mereka-mereka ini kerana sikap dan kelakuan jahat yang mereka kata dan mereka buat serta yang mereka rancangkan.
Sememang semua orang dah tahu akan tektik astro awani talam dua muka dan bermuka-muka. Sedikit ditanya kepada pemimpin PAS-PR selepas itu diberi ruang yang seluasnya kepada orang-orang yang membenci PAS-PR menghentam PAS-PR. Kepimpinan PAS-PR sudah mengenali akan watak yang selalu muncul pada layar satro awani. Watak yang semata-mata menghamun PAS-PR sentiasa mendapat tempat untuk pelbagai perbincangan. Manakala watak yang dikira bebas dikurangkan untuk di ajak dalam perbincangan.

Sabtu, 28 November 2009

BTN Semua orang tahu

Semua orang tahu BTN tu siapa. yang kena panggil BTN pula siapa?
Orang cina dan india tak kena.
yang ramai kena panggil ialah kakitangan kerajaan.
diasak macam-macam
dipaksa nyanyi anak kecil main api
semua orang tahu lah
jangan dok bohong.
dipanggil atas nama BTN negeri
tapi yang bayarnya siapa?
yang mengajarnya siapa pula
tanyalah kepada orang yang pernah pergi.

Serangan Kepada Tok Guru

Nampaknya menjadi-jadi kini serangan kepada Tok Guru Nik Aziz. Sekarangni dah sampai kepada pengganti Tok Guru. Yang disebut sebagai pengganti Tok Guru sebagai MB. Jangan pula pemimpin PAS turut menyumbang kepada mainan media jahilun dan media yahudiun.
Pemimpin PAS mesti bijak dalam mengeluarkan kenyataan. Pemimpin PAS mesti bijak memahami bahawa media yahudium dan media jahilun sememang bijah memutarkan kenyataan dalam menjadikan yang benar itu palsu dan yang palsu dan tipu itu menjadi benar. Jangan ketagih sangat nak keluar kenyataan. Jangan megah sangat muka masuk TV atau surat khabar jahilun.

Majlis Qurban PAS Lenggong

Qurban tersebut ajan diadalkan harini bertempat di surau jambatan kg luat. Solat zohor tazkirah qurban sembelehan jam 2 petang

Khamis, 26 November 2009

Kelibat Dr Abu Hasan di lenggong

Pagi tadi sekitar jam 12th. Kelihatan beliau berada di pekan lenggong. Samada sedang membuat kajian atau dalam perjalanan pulang berhariraya ke kelantan. Apa-apa pun beliau dikenali kerana sering keluar di layar TV dengan analisa dan ungkapan yang bebas dan berani memberi pendapat.
Beliau kelihatan bersahaja walaupun berjiwa besar.

PRK yang ditangguhkan

Mengimbau PRK yang dah lama berlalu, iaitu PRK Bukit Payong. Diadakan kerana keputusan mahkamah. SPR tak bantah selepas PRK BN menang. Kedua ialah PRK Gua Musang, D Husin Serama tah bagaimana silap borang pencalonan ditolak oleh SPR pilihan raya sekali lagi lawan Tengku Razaligh. Mahkamah kata SPR salah tolak kertas pencalonan Husin maka tengku terpaksa sekali lagi bertanding.
SPR akur dan buat pilihanraya tu. Lepas pilihan raya 12, SPR salah umum, sepatutnya Ust Hashim Jasin yang diumumkan menang. tapi di umum BN yang menang. Jenuh bergegas naik turun Ust Hashim dimahkamah. Mahkamah kata Ust Hashim yang menang. SPR nak buat pilihanraya.Jenuh juga Ust Hashim panjat mahkamah lagi akhirnya beliau menang dengan tak payah PRK sekali lagi. itu berlaku tahun 2008.
Bila 2009 dah jadi banyak sangat PRK penyudah nya sampai jadi takut pulakSPR dengan PRK. dah jadi banyak sangat PRK mula dengan PRK KT lepas tu di 3B, lepas tu penanti, Manik urai, Permatang Pasir, dah B Pinang. Sebelum bagan pinang Speker kedah kata kota seputih, bila speaker kata kota seputih, SPR dengan pakar undang-undang kata tiada kekosongan. Speaker bawa kes ke mahkamah dan menang SPR pulah mintak perintah tangguh pilihanraya.
Yang tak mahu pilihanraya sekarang ialah orang yang ditugaskan mengendalikan pilihanraya.
Tu dia punya cerita.

Selasa, 24 November 2009

Serangan seterusnya dari Jahilun

Jahil bukan semata-mata bodoh. Jahil sebenarnya termasuk bodoh serta jahat terhadap islam atau Rasullullah. Abu Jahl itu orang yang bijak malah pemimpin. dia Jahil kerana bodoh dalam ilmu ketuhanan dan jahat terhadap Rasullullah. Dan dia dipenggil Abu Jahl.
Serangan seterusnya kepada PAS-PR dan pemimpinnya sekarang telah mencapai kepada peringkat peribadi Tok Guru serta keluarga. Jahilun bersungguh-sungguh menggunakan tenaga jahilun mereka yang dibantu oleh puak-puak yahudian. Siapakah puak-puak jahilun dan yahudiun itu? semua orang boleh kenal yang terdiri dari pihak media yang beragenda tersembunyi serta agensi kerajaan yang bertindak seperti yahudiaun.
Kes taja haji SPRM sepantas kilat menyiasat. Kes RM2500 sampai mati TBH. tetapi dalam kes rumah RM24juta tiada laporan. banyaklah lagi ceritanya lagi.

Ahad, 22 November 2009

Serangan demi serangan

Kali ini dari media dan kepada Husam pula, Berita dalam astro awani semalam menceritakan hal tersebut. Berita konon Tok Guru tak mahu layan media disiarkan. Sebenarnya berita tok guru tak mau layan media itu kalau benar mengembirakan ahli dan penyokong PAS-PR. Tak banyak sumbangan media dalam memperkasakan PAS. RTM dan kumpulan TV3 telah melebelkan PAS sebagai pihak yang perlu disekat. Bernama yang agak bebas sikit telah mengalami kerugian. Astro masih bertahan kerana dasar talam dua muka yang banyak mengampu umno dan mencari peluang menghentam PAS.
Dalam kegilaan wartawan dan media membalun PAS - PR semua ahli dan penyokong PAS-PR perlu bijak. Hendaklah sentiasa menadah tangan memohon Allah membalasi tangan dan mulut wartawan yang membaca dan menulis berita yang sengaja menyakit hati orang lain. Sedangkan berita itu sebenarnya fitbah dan penipuan belaka.
Kumpulan tersebut ternyata tidak beriman pada hari pembalasan.
"Ya Allah Kemi serahkan kepada Engkau jenis wartawan yang jahat ini untuk pembalasan dan pengajaran dari Engkau sesungguhnya engkau maha Mengetahui lagi maha Perkasa"
Amin

Sabtu, 21 November 2009

Tahniah Tok Guru

Tahniah kepada Tok Guru, Tahniah juga kepada PAS, Tahniah juga kepada Ahli dan penyokong Pakatan Rakyat. Tahniah juga kepada seluruh rakyat Malaysia. Permata dan mutiara yang berharga kepada umat dan rakyat.
Disaat beliau diuji, difitnah dan di mehnah. Allah mengangkat hambanya ke persada antarabangsa.
Dalam negeri dengan ujian yang berbagai sampaikan nak ditaja mengerjakan haji pun beliau terpaksa batal. Amaun RM65,000.00 terlalu dibesar-besarkan. sehingga SPRM membuka fail siasatan. Tetapi yang 40 lebih MP BN yang ketaiwan sebelum 16.9.2008 tak sapa yang siasat. Ternyata macam benar SPRM menjadi komponen tersembunyi.
Semoga Allah mengangkat darjah hambanya yang ikhlas. Semoga Allah memberi pembalasan kepada hambanya yang jahat.

Katak yang melompat ke longkang kotor

Sang katak yang bertanding kerusi pasir mas pakai lambang PAS terlalu lalu sekarang ini memaki hamun dan mencerca PAS. Sang katak itu sekarangni tidak memanggil Tok Guru sebagai Tok Guru. Nama tok guru saja yang disebut malah dia kata mb saja. Begitulah perangan sang katak. Dia yang mintak menjadi anak angkat PAS. tapi itulah perangai huduh dan buruknya.
Semua orang tahu Dato Nazri Aziz tu UMNO tapi dato nazri pergi kelantan jumpa Tok Guru dan memanggil Tok Guru sebagai Tok Guru.
Itulah sekadar nak memperbandingkan yang UMNO tulin dengan katak.

Khamis, 19 November 2009

Sekadar Renungan

Ada satu kematian. Setelah dikebumikan tok imam membaca talkin dikubur, bila sampai kepada imam menyeru nama simati, Tok Imam berkata " Wahai Dato' ****** bila datang kepada kamu dua orang malaikat, janganlah kamu takut dan gentar, mereka itu juga makhluk Allah juga"
Dato' tadi bukan nama simati. Tetapi Dato itu dari anugerah Sultan. Bila simati dikapankan segala pingat itu tidak di kapan sekali jenazah. Jadi kok mana tok imam yang appriciate simati sampai keliang lahad? Begitulah kefanatik dan kebengongan pembaca talkin itu.
macam-macam boleh jadi.
Cerita di atas bukan rekaan tapi betul-betul.

Pengundang Malapetaka

Mereka ialah orang yang suka berbohong dan suka membuat fitnah.
Di Lenggong baru-baru ini ada pemimpin yang berani berbohong dan membuat fitnah. Semasa memberi bantuan banjir di Kampong Sumpitan. Dalam pembohongan dan fitnah itu, yang dikatakan pemimpin itu mengatakan bahawa banjir di sumpitan disebabkan oleh aktiviti pembalakan semasa kerajaan PR. Itulah dusta dan pembohongan si pendusta. Sebenarnya Pembalakan yang berlaku di situ dari zaman bn yang memerintah. Selain itu juga bn luluskan ladang rusa di kawasan tersebut. dan ditambah lagi dengan kawasan yang baru. Semoga celakalah kepada si pendusta itu.

Selasa, 17 November 2009

Mahathir pun serupa

Mahathir kata Anwar hanya pandai cakap. Tapi kalau dia tahu pasal apa dia lantin Anwar jadi timbalan dan menteri kewangan. Cakap yang menempelakkan diri sendiri.

Fakta mengeliru astro awani

Berita 7.45 malam jumaat, Pemberita astro awani mengatakan pemerintahan Najib telah melebihi 100tahun. Dia nak sebut 100 hari tapi silap barangkali. Sepatutnya taklah sampai seghairah itu.

Isnin, 16 November 2009

Serangan yang menundang malapetaka

Kerajaan menyerang dengan berterusan kepada Dr Azhari dan Nordin Mat Top mengundang bencana alam di Indonesia. Amerika dan Pakistan menyerang Osama di Afghanistan berterusan tahun 2005 dulu gempa bumi besar di Pakistan. Taksin menyerang masjid krisik dan masyarakat Islam Pattani Tsunami di Thailand dan Taksin sendiri berguling pering dibuang negeri. Semoga serangan yang bertalu-talu umno-bn kepada PAS - Pakatan Rakyat akan memantapkan Pakatan Rakyat dan mempercepatkan berkuburnya umno-bn. Ahli dan penyokong PAS-PR perlu bersabar dan teruskan dengan pelbagai doa semoga Allah mengukuhkan kesepakatan PR dan menghancurkan perancangan jahat umno-bn dan puak-puaknya yang tersembunyi dan menyembunyi.

Ujian meningkatkan martabat

Rasullullah diuji dengan kematian isteri Baginda Siti Khadijah. Baginda juga diuji dengan kematian bapa saudara Baginda dan pada penghujung ujian itu Allah kurniakan kepada Baginda dengan Isra' dan Mi'raj. Segala puji bagi Allah. Maksud ayat Qur an " Maha suci Allah yang menjalankan hambanya disuatu ketika malam dari Masjidil Haram kepada Masjidil Aqsa. Dan kami berkati ke atasnya ila akhr ayat"
Sejak kesekian lamanya kepimpinan PAS-Pakatan Rakyat diuji dan disudi, dengan serangan yang bertali arus. Serangan yang datang dari musuh yang nampak jelas dan yang tersembunyi dan juga musuh yang menawarkan diri. Serangan yang membabi buta dan semberono yang memperlihatkan kerakusan penyerang yang jauh terpesong dari akhlak kemanusiaan. Mereka terlalu hina dimata makhluk. Mereka mencari segalanya untuk menyerang. Membabitkan keluarga pemimpin PAS-PR. Barangkali kemanusiaan mereka hilang.
Kepimpinan dan ahli serta penyokong PAS-Pakatan Rakyat perlu meningkat daya tahan masing-masing. Perlu diingat bahawa ujian terhadap Nabi dan Rasul terdahulu lebih hebat begitu juga pemimpin terdahulu. Kerana itu dipaparkan anugerahkan Allah kepada Rasullullah hasil dari kesabarannya.
Berkat dari dari kesabaran YB Lim Kit Siang tahun 2004 beliau kembali ke Parlimen, begitu juga YAB Lim Guan Eng dilantik menjadi KM Pulau Pinang. YB DSAI dengan sabar beliau akhirnya beliau menang dan berada di Parlimen. Berkat kesabaran Tok Guru Nik Aziz, Dato Zaid Ibrahim cadangkan beliau jadi Ketua Pakatan Rakyat dan harini YB Lim Kit Siang mengatakan Kelantan lulus KPI.
Lihat dan amati dari apa yang berlaku dan natijahnya.
Tok Guru

Sabtu, 14 November 2009

Serangan semakin hebat kepada PAS dan PR

Dr Lo' Lo' melapurkan begitu, semua merasai begitu. terkini fokus serangan berfokus kepada kepimpinan utama. Sejak PRK Permatang pasir mereka memulakan serangan keatas Tok Guru Nik Aziz disambung dalam PRK Bagan Pinang. Selepas itu mereka hentam Tok Guru dengan ide EGM, kini dengan taja haji. Ada banyak lagi serangan berbagai-bagai. Tok Guru membuat pemeriksaan di IJN juga dipolimikkan. sebenar PAS dan PR sedang menghadapi ujian demi ujian. Bagi ahli dan penyokong PAS-PR ujian merupakan suatu yang memantapkan.
DS Anwar teruk diuji dengan dipenjarakan, Bila dibebaskan Allah angkatkan menjadi penyatu PAS dan DAP sehingga menbentuk Pakatan Rakyat. Natijah dari sabar. Dalam keadaan DS Anwar yang menjadi ikon kepada Pakatan Rakyat dan rakyat, umno merasakan Anwar merupakan pemimpin PR, Jika Anwar dapat di hapuskan pastinya PR akan turut terkubur. Kerana itu umno menuduh dan mereka-reka pertuduhan liwat ke atas DSAI. DSAI menang bergaya di Permatang Pauh. Itulah berkat kesabaran dan keikhlasan DSAI.
Ikon dalam PAS ada dua orang Tok Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi. Serangan yang sedang dilancarkan dan bertubi-tubi kini ialah kepada Tok Guru Nik Aziz. Begitu hebat sekali serangan tersebut. Telah dikerah segala bala tentera mereka yang nyata dan tersembunyi. Dalam isu masuk syorga para tentera umno tersembunyi ( yang dikategori orang alim) bersuara. Dalam PRK Bagan Pinang gambar Tok Guru dilawati oleh najib dinaikkan. tapi board yang gambar pemimpin Pakatan Rakyat diturunkan oleh SPR (Komponen tersembunyi bn).
Yang terkini taja haji dan baiah kita lihat gelagat tentera umno tersembunyi (media elektronik) hebat menyerang dan menyerang.
Dalam serangan yang bertalu-talu itu tiba-tiba Dato Zaid yang mendapat mandat mengetua PAD,DAP dan PKR untuk menggubal Pakatan Rakyat telah menghantar cadangan PR tersebut dan mencadangkan Tok Guru Nik Aziz sebagai Ketua Pakatan Rakyat. Sepatutnya Dato Zaid cadangkan DSAI tetapi kebijaksanaan dan jiwa besar beliau meletakkan beliau sebagai pemimpin yang sejati.
Cadangan Dato Zaid juga memusnahkan persepsi umno bahawa jika DSAI tiada tersebut akan terhapuslah PR. Sesungguhnya ujian mematangkan Kepimpinan PR. Paparan berikut ada ceritanya

Sebahagian Rasional Cadangan Zaid

Melihat dari satu sudut cadangan Dato Zaid Ibrahim
Pakatan Rakyat memiliki watak kepimpinan yang amat syahdu
pada pandangan rakyat.
DS Anwar sememangnya dikenali sebagai Ikon rakyat, bersamanya
dalam PAS, DAP dan PKR.
Dato Nik Aziz
DS Anwar
DS Haji Hadi
YB Limkit siang
Merupakan saf utama kepimpinan PR









Jumaat, 13 November 2009

Cakap orang bengong

Dah tiada modal hendak mencerca Tok Guru.
Dihebohkan cerita taja haji. Kerana yang mereka itu tak mengerti atau bangang.
Dalam mengerjakan haji ada yang menyebutkan haji Baddal (Upah haji). Perlaksanaannya contoh diberi seperti berikut, seorang itu meninggal dunia, sedangkan beliau belum sempat mengerjakan haji, maka orang itu terhutang dengan Allah. Bagi orang itu jika ada anak, patut sangat si anak membelanjakan wang tinggalan bapanya yang tak sempat mengerjakan haji itu. Caranya satu kirim kat orang yang nak mengerjakan haji untuk dilakukan oleh saudarama yang berada di Makkah. atau yang mudah sekali bagi kat orang tabung haji. mereka akan menguruskannya. harga upah haji boleh jadi sekitar RM2,500.00.
Cara lain ialah sianak itu sendiri mengerjakannya. contohnya sianak itu yang telah haji, jadi dia mengambil sebahagian wang tinggalan bapanya dan pergi mengerjakan haji untuk bapanya.
Cara lain taja satu orang lain untuk mengerjakan haji bagi sibapa yang belum haji tersebut dengan menaja satu orang lain. Haji yang mabrur balasannya ialah Syorga. Jadi kalau nak taja orang untuk mengerjakan haji untuk sibapa yang mati sianak tentunya mencari orang yang diyakini keagamaannya dan takwanya. Sianak kena tengok itu kerana dia terpaksa membelanja banyak. Kadar sekarang RM12,000.00 itu tiada duit poket dan untuk jemaah haji biasa. Kalau pakej yang kasar saja RM17,000.00 ditambah duit poket RM5,000.00 angka menjadi RM17,000.00 atau RM23,000.00.
Kerana kebodohan dan hati yang jahat mereka hendak menyekat orang yang ingin beribadat. Barangkali puakni akan kata kenapa bagi tok guru. Suka hati penajalah kerana duit tu duit penaja dan mereka menerima tok guru sebagai pemimpin dan guru mereka. Bukan macam puak yang berhati bisuk dan jahat. puak hatinya busuk dan jahat itu jenis haru biru.
Barangkali ada yang kata kenapa banyak sampai RM65,000.00. nak buat macammana depa tu tak pernah sampai kemekah barangkali. tak tahunya depa kalau duduk kat hotel hilton yang dekan dengan masjid berapa harganya.
Seperti sang katak yang berlagak untuk menasihat tok guru semasa tok guru beri peluang untuk menasihat di cerca dan maki hamun tak payah bagi sang katak itu untuk berlagak cukuplah dengan kata memuji umno mudahan dapat masuk umno.
Orang ramai yang bijak bistari tidak termakan dengan cerita dan pembodohan yang jahat.

Rabu, 11 November 2009

Salakan yang tidak diendah

Kita nak kritik Dr Mahathir.
Sewaktu Abdullah Badawi PM selepas PRU 11, Dr Mahathir kata kat dolah bagai nak ghak. banyak katanya agak kesian juga kepada pak dolah tu. tapi mahathir hentam semacam. cuba dijawab oleh budak tingkat 4 dia kata beringus. Begitu teruk punya sampai dia keluar umno. tapi bila najib naik pulak dia kata najib tak ikut. apa saja dia kata najib tak ikut. PRK penanti dia suruh bertanding najib kata tak payah. Calon permatang pasir dia tak setuju najib teruskan juga. PRK Bagan Pinang dia kata jangan ambil Isa najib ambil juga isa. Semua yang mahathir kata najib tak layan.
Kerana itu simahathirni nak cari populariti dia kena cari isu. dalam PAS atau PKR. Semua cakap dia menambah jelas lagi jahat umno. sekaligus menambah jelas akan kejahilan umno.
Dalam isu syorga neraka si mahathir cuba menyampuk setelah sang mufti perak juga menyampuk. Dengan Jakim mufti tersungkur dalam mempertahankan kejahilan si mahathir terjerobab di longkang hina. Selama ini dah lebih 80 tahun beliau hidup beliau tak tahu jalanan kesyorga.
Dalam isu ego mengkritik juga situa ini. menyuruhnya akan Tok Guru bersara. situa itu diawal kerja pm kata nak kerja sampai mati dah tu suruh tok guru bersara. Bodoh juga situa itu. Ibadah itu tiada istilah bersara. Kebodohan situa itu kerana dia fanatik dalam amalan politik sikular. Jauh baginya hikmah agama. dia kata tak patut sebab akan kartika.
Kalau nak dibicara akan kebodohan situa bangka itu banyak dan yang akhir dia bersuara pasal bai'ah. dia suruh semua orang buat aku janji pakai kertas. masa krisis umno 88 dulu dia suruh semua pemimpin umno ikrar kepadanya. Nampaknya situa itu nak kata kepada orang lain yang jadi membangkitkan kesah silam dia buat kerja menekan orang.

Selasa, 10 November 2009

Selepas Kelantan kalah piala Malaysia

Media kata Tok Guru terima baik kekalahan kelantan. ( Siapa seronok dengan kalah?) Ha tu dia perangai jahat dan buruk hati media pada PAS-PR. Sengaja mereka petik tajuk itu. supaya membangkitkan marah rakyat kelantan dan orang lain. Ahli dan penyokokg PAS-PR mesti perihatin keadaan ini. Media sememangnya berniat jahat kepada Pakatan. Sengaja mereka belitkan cerita. Sekarangni isu bai'ah.
setelah memperlihatkan jahil pasal gender yang ditanya kepada orang lain dan orang yang jawab merapu tak tak ketahuan hala. Berani juga nak mengomen pasal bai'ah. Tolong bagi hukum orang bukan islam masuk masjid yang Jais kata tak boleh tu pasal apa?
Banyak lagi yang memualkan berlaku dalam sistem umno. dakwa Anwar bahan bukti tak bagi untuk bela? Pasal apa Jamil Khir duk diam? Ternyata JK ini hanya berdegor-degor kokok semasa dalam forum perdana ehwal islam saja. Sekadar tong kosong. atau ada kepentingan iaitu jadi menteri.

Jumaat, 6 November 2009

Orang yang Kedatangan Haid masuk masjid

Orang yang kedatangan haid tak boleh masuk masjid, betul tu. tetapi kalau dia masuk juga siapa yang berdosa? dia atau jawatankuasa Masjid ? jawapannya ialah individu itu tersrndiri. Orang lain samada JK Mesjid atau Pengarah Jabatan Agama atau Mufti atau sesiapa tak berdosa sebab tak tahu. Takkanlah kita nak tanya kepada cik-cik dan puan-puan itu pulak.
Surah Abbas asbabul nuzulnya mengesahkan pertemuan Rasullullah dengan pembesar quraisy yang masih belum islam. Pertemuan itu dalam masjid. Jadi macam manalah kata orang bukan islam macam perempuan yang kedatangan haid? Tak taulah apa nak jadi. Tunggulah dulu mufti bagi fatwa jangan menghukum ikut sedap mulut saja.
nota asal
Seorang ahli jawatankuasa Masjid Taman Sri Andalas mempertahankan tindakan menjemput exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar berucap di satu majlis berbuka puasa di situ, Ogos lalu.Mohamad Tarmizi Ismail berkata, setakat ini tidak ada arahan rasmi daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang melarang masjid-masjid di negeri itu dimasuki oleh orang bukan Islam.
Beliau diminta mengulas kenyataan Pengarah Jais, Datuk Mohamed Khusrin Munawi untuk mengambil tindakan terhadap jawatankuasa majlis itu kerana membenarkan Dr Xavier, yang juga ADUN PKR bagi Seri Andalas, berucap di dewan utama masjid itu.Kehadiran Dr Xavier di masjid tersebut dibantah oleh pergerakan Pemuda Umno Kota Raja yang menghantar memorandum kepada Jais memintanya menyiasat tindakan jawatankuasa masjid itu."Setakat ini tidak ada apa-apa arahan kepada masjid yang melarang orang bukan Islam daripada memasuki masjid," tegas Mohamad Tarmizi."Sepatutnya Jais keluarkanlah arahan rasmi (dahulu) supaya jelas kepada seluruh umat Islam di Selangor," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Ditanya mengenai kenyataan pengarah Jais itu bahawa orang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid kerana mereka dikategorikan sama seperti wanita Islam yang didatangi haid, Mohamad Tarmizi menjawab: "Itu saya tidak boleh jawablah, sebab saya bukan mufti.
Bila masjid dibaiki, yang mendapat kontrak itu orang bukan islam macam masjid Sumpitan di Lenggong, apa macam tak boleh buatle. habis bila nak siap masjid tu. Berhujah menggunakan kuasa tak mengguna ilmu. Orang meluat dan menyampah. Mereka memalukan institusi agama islam sendiri.
Di Perak sebelum ini Pengarah Jaip bukan dari kelulusan Agama. (tidak memiliki ijazah dalam disiplin Islam)

Fakta meragukan dari Astro Awani

Dalam berita astro awani semalam jam 7.45, pernyataan yang meragukan. disebutkan oleh pembaca berita perjanjian 1975 ditandatangani antara Petronas dan MB Kelantan Datok Mohammad Yaakob. Sedangkan pada masa itu MB kelantan mungkin Dato Muhammad Nasir . Tahun 1975 PAS bersama BN dan PAS menang lebih dari 20 kerusi. jad MB ialah Dato Mohammad Nasir dan bukan seperti yang dinyatakan oleh astro awani. Fakta salah tersebut menjatuhkan kepercayaan orang ramai terhadap syarikat media tersebut.

Keadilan yang jauh

Meneliti kepada dua berita berikut ini, sebenarnya terdapat masih banyak lagi kejadian yang serupa dan tidak dihebahkan.
Jumaat 6 November 2009 18 Dzulka'edah 1430 Hijrah

'Jais guna kuasa untuk elak berhujah secara ilmiah'
Harakahdaily Thu Nov 05, 09 4:34:47 pm MYT
KUALA LUMPUR, 5 Nov: Sokongan kepada bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin bertambah lagi apabila dua badan bukan kerajaan, Forum Profesional Muslim (MPF) dan Barisan Perubahan Islam (IRF) melahirkan sokongan kepada Asri dan mengkritik Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam satu kenyataan bersama hari ini.
Badan tersebut mengkritik Jais sebagai menggunakan kuasa kerana tidak mampu untuk berdabat secara ilmiah dalam menangani isu pentauliahan Asri untuk mengajar agama di negeri Selangor.
Mengulas serbuan yang dilakukan ke atas majlis agama oleh Asri itu, kenyataan itu menjelaskan bahawa "tindakan Jais ini hanya menzahirkan bahawa institusi itu tidak bersedia dan berkemampuan untuk berhujah dengan pengkritiknya di pentas intelektual dan terpaksa beralih kepada penggunaan kuasa kekerasan."
Menurut kenyataan itu lagi, alasan pentauliahan Asri yang dijadikan alasan Jais bercanggah dengan "prinsip kebebasan intelektual" yang dilihat sepanjang sejarah Islam, dan ini memudahkan pengkritik jabatan agama itu untuk menuduhnya sebagai alat "segelintir tokoh-tokoh agama" untuk memaksa pandangan mereka diterima.
MPF dan IRF juga dalam kenyataan itu menggesa kumpulan dan gerakan Islam menerima kebebasan pendapat dengan menghadapi perbezaan melalui hujah dan mengelakkan serangan peribadi.
Kenyataan ini meningkatkan lagi sokongan kepada tokoh agama popular itu dan meletakkan Jais dalam kedudukan defensif, ditambah dengan sokongan terbuka pemimpin-pemimpin politik dan tokoh-tokoh berpengaruh daripada pelbagai latar politik terhadap Asri.
05 Nov
Keputusan Mahkamah Rayuan Esok.
By Anwar Ibrahim 0 Comments
Categories: Anwar, Hebahan, Isu Semasa and Malaysia
Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan ekoran dari rayuan yang dibuat oleh pihak pendakwaan bagi menghalang pasukan peguam pembela Dato’ Seri Anwar dari mendapatkan dokumen/bahan bukti. Berikut adalah butiran mengenai kes tersebut:
Hari: Jumaat, 6hb November 2009
Masa: Jam 3 petang
Tempat: Mahkamah Rayuan 2, Putrajaya.

Persoalan kalau tak diberi bahan bukti bagaimana hendak dibicarakan?
menghalang pasukan peguam pembela Dato’ Seri Anwar dari mendapatkan dokumen/bahan bukti.
analogi kepada lawan bola,
pengadil dah depa,
pemain kita dah diikat ditutup mata pulak,
gol post boleh di angkat-angkat
jadi bagaimana.
Begitulah dengan keadaan yang pertama.
kini dunia berada dalam ketamadunnan kebendaan dan tamaddun ilmu. ramai orang bijak dalam pembacaan masing-masing.

Khamis, 5 November 2009

Mengamati Pesanan Naib Presiden

Khamis 5 November 2009 17 Dzulka'edah 1430 Hijrah
Jangan terperangkap! serang 'sahabat satu jemaah' lebih hebat dari serang musuh
Nazri Abdullah Thu Nov 05, 09 11:02:46 am MYT
KUALA LUMPUR, 5 Nov: Seluruh petugas PAS diingatkan jangan terperangkap dengan 'agenda musuh' sehingga mencetuskan polimik sesama sendiri dan lupa fokus paling utama untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sama ada sedar mahupun tidak, PAS katanya sedikit demi sedikit telah masuk ke perangkap musuh apabila menyerang 'sahabat dalam satu jemaah' lebih hebat dari menyerang musuh sebenar.
Selain merugikan jemaah, membuang masa, tenaga dan wang ringgit, tindakan itu juga seperti menghulurkan peluru kepada musuh untuk menyerang PAS itu sendiri.
"Jangan masuk perangkap musuh yang sengaja menimbulkan perpecahan di kalangan kita. Di mana ukhuwah jamaah, sehingga kita menyerang sahabat dalam satu jamaah lebih hebat dari kita meyerang 'musuh' kita sebenar.
"Apakah sudah hilang ukhuwah jamaah, sudah hilang rasa sayang pada saudara sesama jamaah, sehingga kita sanggup memberikan peluru kepada musuh untuk menyerang sahabat kita," tulis dalam blognya http://tuanibrahim.blogspot.com.
Beliau yang juga pengerusi Lembaga Disiplin PAS berkata, Petugas PAS perlu sedar bahawa Umno sudah menukar strategi mereka setelah melihat sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat semakin meningkat sejak PRU ke-12 dan tujuh pilihanraya kecil berikutnya.
Umno kini katanya menggunakan strategi menimbulkan pergolakan dalaman parti parti dalam PR sehingga timbul pelbagai pandangan dalaman yang berbeza yang mampu menggawatkan parti masing masing.
Strategi itu katanya dilihat berjaya apabila disokong sepenuhnya media arus perdana dan media baru yang mengalihkan perhatian masyarakat dengan menumpukan kepada krisis dalaman PR.
"Kaedah mengalih perhatian diguna sepenuhnya oleh media perdana dan media baru sehingga kini dilihat berjaya.
"Pengalihan pandangan dan pemerhatian ini menyebabkan seluruh pemerhatian tertumpu kepada soal krisis yang diciptakan menyebabkan terlalu banyak masa, tenaga dan fikiran tertumpu kepada perkara yang tidak sepatutnya dihabiskan," tulisnya lagi.
Namun katanya, keadaan masih belum terlewat untuk petugas PAS kembali kepada fokus sebenar iaitu merancang straregi menang PRU ke-13.
"Jangan kita terperangkap dengan agenda musuh agar kita menghabiskan masa kepada perkara yang bukan menjadi tugas kita.
"Dengan kata lain jangan anda habis masa, tenaga dan wang ringgit memikirkan masalah yang sebenarnya bukan masalah," tegasnya.
Keadaan yang berlaku pada PAS kini turut dianalogikan dengan kisah 'enam pelabur' bercadang menternak kambing.
Biarpun projek mereka belum berjalan namun masing-masing sudah bergaduh memikirkan pembahagian keuntungan.
Sehingga salah seorang dari mereka dilaporkan berkata:
"Kita nak bahagi keuntungan, tapi di mana kambingnya. Kambing pun tak ada lagi, dah bincang untung rugi". ceritanya dipetik.
"Barulah mereka sedar rupanya mereka bincang perkara yang tak ada. Menghabiskan masa, tenaga dan memeningkan kepala saja," katanya. _

Rayuan Dato Seri Nizar

Semua ahli dan penyokong PAS-Pakatan Rakyat diminta membuat sesuatu agar beroleh kemenangan. Berdoa dan bersolat hajat. Kita memohon agar hakim menegakkan keadilan. Adil itu tuntutan Allah. Allah itu Hakim yang maha adil. Semoga Allah memberi kekuatan kepada hakin supaya memberi hukuman yang adil. Sesungguhnya berlaku Adil itu menghampiri taqwa.

Isnin, 2 November 2009

Anih juga

Bila membaca Dr Asri kena tangkap disebabkan mengajar tanpa tauliah sedangkan beliau bekas mufti dan memiliki PhD. Kenapa jadi begitu. Ada pemberita pula pergi tanya Dr Hasan Ali pula. Apa pemberita itu ingat yang suruh tangkap Dr itu barangkali Dr Hasan Ali boleh jadi. Nampaknya sudah menjadi haru biru. asyik nak tala kat orang untuk cari salah saja. Semalam dalam tv tunjuk gambar dan temu bual dengan pembesar kerajaan langit yang di panggil orang ayah pin. Cerita pengikut kahar juga belum dapat dapat dipulihkan tup-tup Dr Asri pula kena cekup.
Semalam dengar dan tengok berita persidangan Gerakan. Begitu menyinga DS Najib marah kepada seseorang yang mengkritik beliau melantik Dr Koh Soh Koon menjadi Senator dan Menteri KPI. Barangkali terkebil-kebillah yang mengkritik itu. berani sangat nak kritik konon. Tetapi kita bukan nak kritik samada Najib atau sapa-sapa tetapi kita nak kritik astro awani yang menyiar berita itu. AW menyebutkan yang mengkritik itu ialah ADUN Seri Gading. Tetapi yang sebenarnya ialah Ahli Parlimen Seri Gading. Dengan sebab AW sebut ADUN seri gading barangkali MP itu tak terasa apa-apa.
Persoalannya apakah AW tak tahu yang mengkritik itu MP? Sebagai syarikat berita besar tak patut salah melakukan kesilapan begitu. Nasib baik dia sebut sikit saja dan yang kena itu MP BN kalau MP Pakatan Rakyat huru hara jadi seluruh negara. Semenangnya orang ramai peka keadaan sebarang sebutan fakta yang salah diketahui umum dengan cepat. Orang ramai akan menjueh mulut dengan berita yang dipalsukan. Jangan biarkan orang ramai menyampah dan menyumpah media.