Manusia jatuh kerana kezaliman yang dilakukan.
Ada 2 kezaliman
1. Kezaliman pada diri sendiri.
2. Kezaliman pada orang lain.
Fir aun jatuh kerana zalim pada diri dan pada orang lain.
Qarun jatuh kerana zalim pada diri sendiri.
Saklabah jatuh kerana zalim pada diri sendiri.
Namrud jatuh kerana zalim pada diri sendiri dan orang lain.
Mahathir jatuh kerana zalim terhadap diri sendiri dan orang lain.
Mahathir akan kata dia tak jatuh tapi bersara. Betullah tu.
Dia zalim pada diri sendiri bila dia menghina sunnah nabi(janggut) “masa tu mana ada gilet”
Tapi masa tu dia tak jatuh lagi. Lepas tu dia menzalimi anwar pun dia tak jatuh juga. Tetapi lepas tu dia umum letak jawatan yang menyebabkan semua orang menangis termasuk rafidah aziz. Sebabnya dia menzalimi orang ramai. Royalty yang sepatutnya diterima oleh rakyat Terengganu melalui Kerajaan Terengganu dia tukar kepada wang ihsan yang dibayar melalui umno. Itulah kezaliman Mahathir yang paling tinggi sehingga akhirnya terpantul kata dia nak letak jawatan. Entah apa doa yang terbit secara perlahan oleh rakyat Terengganu yang dhaif. Pastinya mereka menadah tangan yang Allah berilah petunjuk kepada Mahathir atau datangkanlah suatu pengajaran kepadanya.
Ustaz Fadhil Nor pernah berdoa agar Mahathir panjang umur supaya dapat melihat kemusnahan umno. Masa tu tiada siapa yang menyanggah kata Ust Fadhil. Maklumat lanjut tentang doa tu kena Tanya YB Salahuddin Ayob. Kenapa puak penyuku dan penyakat umno tak bersuara? Jawapannya mudah kerana puak umno jahil mukrakah dan depa tak Nampak pengertian dalam doa ustaz Fadhil tu. Doa ustaz Fadhil tu terselindung maknanya. Ustaz mintak DR Mahathir panjang umur yang itu mereka Nampak tetapi doa ustaz fadhil supaya Mahathir dapat melihat kemusnahan umno depa tak Nampak. Disitu memperlihat kejahilan mereka. Ustaz Fadhil telah berdoa supaya Mahathir panjang umur. Ustaz Fadhil juga telah berdoa supaya umno musnah. Tetapi yang kedua mereka tak Nampak.
Sekarang Tok guru berdoa agar lembut hati najib kalau tidak musnahkan najib dan umno. Sama dengan doa ustaz fadhil. Tapi puak-penyuku dan penyakat bangun dengan berbagai kejelekan hujah dan tafsiran. Mahathir dan Najib jenis orang yang tak percaya kepada doa orang lain. Kalau mereka percaya kepada doa orang tentunya mereka tak berlaku zalim. Sesungguhnya doa bagi orang dizalimi adalah tiada hijab dengan Allah. Jadi mereka terus meneruskan kezaliman. Begitu juga si brahim ali yang bertanding atas lambing bulan lepas tu sekarangni mencerca tok guru dan parti bulan. Jadi kalau brahimni jenis yang percaya kepada padah doa orang dia tak akan menzalimi pengundi yang member undi kepadanya.
Ali Rustam yang rasuah dalam umno tentunya tak percaya terhadap doa orang dizalimi kerana tak boleh bertanding Timbalan Presiden Umno dilantik pula jadi mkt rasuah jadi tak mengapa. Dia tak tahu, yang pemberi dan penerima rasuah itu didalam neraka. Tak ada siapa yang alim dalam umno memberitahu dia hal itu barangkali. Ada yang kata itu hal dunia saja tak sampai akhirat.
Si Zambry kadiak pula penyamun dan perompak juga tumpang. Dia yang merompak kerajaan negeri perak dikatakan hal dunia dan tak ada kaitan dengan akhirat. Penerimaan pelajaran ilmu salah yang sesat lagi menyesatkan. Jadi mereka bersuara pasal doa tok guru dengan harapan tumpang tui. Sebenarnya tumpang tui depa tu memperlihatkan kejahilan mereka sendiri.
Begitu juga dengan Mukhriz Mahathir yang tak tahu bapanya menghina sunnah serta Hishamuddin Husin yang turut menghina diri sendiri. Menghina diri sendiri merupakan menzalimi diri sendiri.
Najib sedang menempah kejatuhan bagi dirinya bila banyak kezaliman yang telah dilakukan pada diri sendiri dan orang lain. Pada dirinya sendiri tidak akan dibicarakan biarlantaklah dia dia punya pasal nak mati atau hidup. Kezaliman pada orang lain yang akan diperkatakan. Kezaliman yang lalu juga tidak akan disebut tetapi kezaliman semasa iaitu menafikan hak Rakyat Kelantan untuk mendapat Royalti.
Mahathir menzalimi anwar payah nak jatuh. Tapi lepas dia menzalimi rakyat Terengganu tiga tahun dia mengumumkan kejatuhannya. 2009 najib menzalimi rakyat Kelantan semoga 2012 berguling peringlah najib dan umno.
Doa rakyat Kelantan ditadahkan dihari raya Qurban. Dihari raya qurban itu Najib telah dihina dengan tidak berhari raya didalam Negara. Itulah petanda awal kehinaan yang bakal menimpa si Najib dan Umno.
http://www.malaysiakini.com/news/118564
Tiada ulasan:
Catat Ulasan