ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Isnin, 7 Disember 2009

Baca Pemikiran Dinsman

Kita baru berkira nak tulis rupanya Dinsman tulis lebih dulu. Sekarangni banyak sangat fitnah dan serangan yang dilakukan oleh umno dan kunco-kunconya terhadap PAS-PR. Disamping itu serangan terus dan bertalu-talu juga kepada individu dalam Pakatan Rakyat. Kepada Tok Guru Nik Aziz termasuk menantu, Kepada Tuan Guru Ustaz Hadi, yang lain-lain ramai lagi kepimpinan dalam PAS. Kalau nak disenaraikan fitnah itu boleh melangkau angka ratus sehingga tak sempat pulak nak disenaraikan Kepimpinan PR yang lain.
Dalam PKR pula DSAI menjuarai senarai yang kena fitnah. Sedangkan dimata dunia DSAI antara 32 pemikir global sedangkan di dalam negara segala haknya dinafikan. Sepatutnya kes mahkamah telah ditolak tetapi sebaliknya permohonan beliau yang ditolak. Beliau meminta untuk memeriksa bahan bukti juga masih belum berjaya. Apakah semuanya ini. Tidak lain semuanya kezaliman yang ditujukan kepada DSAI.
Dato Seri Nizar dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Perak telah, sedang, dan akan terus dizalimi. dari awal sehingga kini. yang terakhir keputusan perbicaraan di Mahkamah Persekutuan yang telah lebih sebulan tanpa keputusan. Sedangkan keputusan mahkamah Rayuan pertama hanya beberapa jam dan keputusan mahkamah rayuan kedua dalam masa 2hari. keputusan mahkamah rayuan kes kota seputih boleh siap dalam masa 2 hari.
Persoalannya kenapa jadi begitu apakah kerana terlalu sukar atau ada muslihat lain. Jika keadaan yang berlaku itu kerana muslihat maka muslihat itu merupakan suatu tindakan zalim dan jahat.
Jadi kita tak tahu akan apa yang ada dalam hati perut mereka itu. Tetapi yang ada dalam kepala Najib ialah tak mahu beri royalty kepada kelantan. Kerana itu kezaliman najib diketahui umum. Oleh itu harus mendoakan dengan menyebutkan nama beliau. tapi yang tak diketahui secara nyata kita boleh sebut secara umum.
Penegasan s/u Syura PAS Ustaz Abdul Ghani Samsudin.
Tiada kesalahan bagi individu yang dizalimi mendoakan kemudharatan kepada penzalim.
Hujah
1. Satu hadis bermaksud “ Hindarilah doa orang-orang yang dizalimi Kerana doanya tiada hijab dengan Allah.
2. Hujah Imam Bukhari telah mentakhrijkandari Abu Hurairah bahawa Rasullullah preña dari ruku’ dan telah menyebut samiaallahu liman hamidahu rabbana lakalhamdu kemudian baginda berdoa untuk kebaikan orang tertentu. Baginda berkata “ Ya Allah selamatkan Al Walid bin Walid, Salamah bin Hisyam, dan Aiyasy bin Abi Rabiah, Golongan mustadh’afin dan para mukmin. Ya Allah ketatkanlan hukumanmu kepada kaum Madhr dan jadikan hari-hari mereka seperti hari-hari kemarau eran Nabi Yusuf”
Kerana itu kita mencadangkan sempena sambutan maal hijran nanti diwaktu malam 1muharram di Stadium 4 negeri yang PR memerintah kita adakan sambutan dari waktu maghrib lagi hingga malam. Doa sebelum maghrib selepas itu solat maghrib dan seterusnya solah isya. Sebelum Isya baca surah yasin dan solat hajat. Selesai solat isya' ceramah.
Kita baca yasin dan solat hajat bagi memohon Allah memelihara kepimpinan PR dan juga memelihara kepimpinan tertentu PR yang sering dan sedang difitnah. Kita Berdoa juga semoga Allah memberi petunjuk kepada penzalim supaya tidak berlaku zalim atau jika tidak kita berdoa agar Allah mendatangkan hukuman kepada Penzalim dan sekutunya. Kita doa kemusnahan Penzalim dan juga yang bersubahat dengan penzalim itu.
Sesungguhnya doa bagi orang yang dizalimi tiada hijab dengan Allah- maksud hadis.
" Ya Allah berilah petunjukkan kepada orang-orang yang berbuat zalim ke atas Tok Guru Nik Aziz, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Dato Seri Nizar dan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak supaya menarik balik kezaliman mereka dan tak buat zalim lagi. Jika tidak Mohonlah ya Allah memusnahkan mereka yang zalim itu. Sesungguhnya Engkau Ya Allah maha Mengetahui lagi maha Adil"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan