ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Rabu, 9 Disember 2009

Bolasepak Perak- Dato' Seri Nizar di mata FIFA.

Cerita pertama
FA Perak diberi pilihan: mengiktiraf atau melepaskan atau mengemis

IPOH 19 Nov 2009 Pengurus Pasukan Bolasepak Perak, Ustaz Nor Azli Musa yang dihubungi melalui telefon semalam berkaitan kemelut yang melanda Pengurusan FA Perak kesal dengan kenyataan yang dihebohkan. Perkara ini menambahkan kekeruhan dan bukannya merungkai masalah kewangan Pengurusan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA).
Persatuan ini yang dipimpin oleh Presiden Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin mulai November 2008 dilihat menghadapi masalah dan sesuatu yang tak kena dari prestasi merosot Pasukan Perak di Liga Super Piala Malaysia 2009.
Sebenar Persatuan Bolasepak Negeri telahpun dihadapi hutang lapuk yang dihebuhkan itu semenjak zaman Dato’ Seri Tajol Rosli dan beban hutang ditanggung dikatakan mencecah jutaan ringgit. Ustaz Nor Azli, Pengurusan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) menjelas pimpinan Nizar tidak membuat sebarang hutang baru atau bayaran tertangguh satu senpun. Berbanding dengan Pasukan Negeri-negeri lain hutang lapuk Pasukan Bolasepak Negeri ada yang mencecah jutaan ringgit malah lebih tinggi lagi.Nampaknya fahamlah kita Nizar diberi pilihan iaitu memohon melutut mengiktiraf Kerajaan Zambry atau melepaskan pengurusan (PAFA) atau Nizar mengemis mencari dana persatuan.
Sementara itu, Dato Ngeh Koo Ham, Pengerusi DAP Perak juga meminta Kerajaan Negeri Perak mengenepikan ideologi politik demi masa depan sukan bolasepak Perak. Ini dapat dilihat semasa Pakatan Rakyat memerintah telah membantu persatuan dengan lebih RM500,000 ringgit dibelanjakan. Tambahnya, sekurang-kurangnya bantulah sementara ia mampu untuk berdikari sendiri dan mencari penaja.
Cerita kedua.
IPOH 8 DEC Piala Dato Seri Nizar akan dipertandingkan dengan penyertaan sebanyak 15 pasukan daripada seluruh daerah di negeri Perak.Pertandingan bolasepak ini juga merupakan satu langkah yang diambil oleh Pafa untuk mengenalpasti bakat-bakat baru dinegeri Perak bagi musim-musim yang akan datang, demikian dinyatakan oleh Sdr Abd Aziz Yeop Jamaluddin, ahli majlis yang diamanahkan untuk mengendalikan pertandingan Piala Dato Seri Nizar tersebut.
Setiap pasukan yang bertanding akan diberikan wang tunai sebanyak RM1,500 sebagai memudahkan persiapan mereka untuk menyertai pertandingan ini.Setiap daerah akan diminta untuk menghantar pasukan dan jika tiada pasukan yang bertanding daripada sesuatu daerah itu maka peluang akan dibuka kepada mana-mana kelab bolasepak di dalam daerah tersebut."Ini juga merupakan peluang terbaik untuk ahli-ahli gabungan Pafa menunjukkan komitmen mereka dalam memajukan sukan bolasepak negeri. Bukannya hanya memberi komen semata-mata tanpa penglibatan yang sepenuhnya." ujar beliau lagi.
Cerita ketiga
Ipoh : Sidang akhbar oleh President PAFA di Pejabat PAFA.Petang ini telah diadakan satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh President PAFA yang mana ia menyaksikan satu perlantikan ahli majlis yang baru iaitu Yb Kesavan yang telah diterima oleh semua Ahli Majlis yang menghadiri mesyuarat tersebut.
Dato Seri Nizar menjelaskan bahawa mesyuarat hari ini diadakan dan telah membincangkan apakah halatuju PAFA dan keputusan ahlijawatankuasa yang lain dalam pelbagai isu yang melibatkan PAFA,bagi memudahkan pemain-pemain utnuk terus memberikan performent yang baik.Dan untuk itu kita telah pun mengenalpasti beberapa kelemahan-kelemahan dan beberapa perkara yang baik untuk kita laksanakan.
Dato Seri juga mengangkal desas desus yang tersebar di akhbar yang mana menyatakan bahawa timbul pelbagai isu tentang PAFA yang mana Beliau menyifatkan bahawa ia tidak berapa tepat dan segala macam permasaalahan mengenai isu dan juga organisasi PAFA telah diselesaikan di dalam mesyuarat tersebut.Beliau juga memuji ketangkasan dan kebijaksanaan ahli-ahli majlis juga kematangan mereka dalam menangani isu.Ia yang sememangnya bertujuan untuk memajukan Sukan Bola Sepak Perak,maka President dan Timbalan President telah berbincang dalam suasana profesional dan akhirnya ia mencapai keputusan yang menampakkan kemajuan buat PAFA.
Dato Seri juga menafikan perkara-perkara yang tidak betul berkenaan dengan PAFA dimasa-masa yang kebelakangan yang banyak dimainkan dan digembar gemburkan.Dato Seri juga mengajak para penyokong,peminat dan semuanya untuk sama-sama kita memberikan ransangan semula kepada PAFA dan juga Pasukan Bola sepak Perak bagi menghadapi musim akan datang.Untuk itu beberapa lantikan pengurus dan jutulatih yang baru telahpun kita buat dahulu dan beberapa lantikan ahli majlis baru telah kita SAH kan dalam mesyuarat hari ini.Beliau juga menyatakan bahawa dalam mesyuarat petang ini ,PAFA akan terus berjuang untuk mempertingkatkan pretasi Bola Sepak Perak.
Dato Seri juga merakamkan penghargaan kepada M Karathu yang merupakan bekas jurulatih Perak yang telah banyak menyumbangkan ilmu bagi memantapkan Pasukan Bola Sepak Perak pada musim yang lalu.Dato Seri Nizar juga menyatakan penghargaan kepada Kerajaan Negeri kerana membantu menaikan PAFA yang mana Beliau menegaskan bahawa PAFA tidak akan menyelitkan apa-apa elemen politik di dalam sisitem pentadbiranya.
Dato seri juga menyatakan kepada pihak media bahawa semalam Beliau telah hadir dalam mesyuarat FAM yang dipengerusikan oleh President FAM iaitu Tuanku Sultan Ahmad Shah,dan Beliau telah menerangkan kepada Tuanku Sultan tentang kedudukan PAFA dalam konteks ruang yang diberikan kepada Beliau.Tuanku Sultan juga telah memberikan lonjakan penghormatan dan juga satu gaya ransangan kepada Dato Seri Nizar yang mana Tuanku Sultan tidak mahu melihat adanya eleman politik didalam corak pengurusannya.Dato Seri turut ditanya mengenai perkara adakah berlaku di dalam mesyuarat ini usul bagi mendesak Beliau melepaskan jawatannya sebagai President PAFA,dan Beliau menjawab bahawa tidak timbul dan tidak ada langsung satu usul yang bersifat demikian sambil dipersetujui oleh beberapa lagi ahli majlis yang hadir di dalam sidang media tersebut.Sidang Media berakhir sekitar jam 6.00 petang.
Cerita bagi ketiga-tiga tersebut melegakan peminat bolasepak Perak. Pada tahap kini dimana Pasokan bolasepak Perak boleh bermain diperingkat Piala Super. Melihat cerita pertama menimbulkan kegeruan pada penyokong bolasepak perak. Ada berita kata kalau tidak dapat diselesaikan diperingkan FAM ianya barangkali sampai ke FIFA. Begitu hebat sekali gerangan. Namun kerjasama yang baik dan ikhlas antara DS Nizar dan semua yang berada dalam PAFA memberikan hasilan yang bagus. umno buat kacau dalam PAFA seperti mana mereka buat kacau merompak dan merampas Kerajaan Negeri Perak. Mereka boleh gna semua yang berada dalam negeri dan negara untuk tujuan jahat mereka tapi dalam bolasepak mereka tak berdaya mengguna orang yang berada di FIFA. kerana itu kejayaan DS Nizar dalam misi bolasepak Perak sebenarnya suatu kemenangan moral dari segi politik di mata dunia luar. Mudah difahami krisis politik perak ini pada pandangan global pastinya berpihak kepada DS Nizar dan Pakatan Rakyat.
Berita rujukan PAFA ke FIFA boleh dilihat dalam suara keadilan 1-8 disember 2009 halaman 8.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan