ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Selasa, 8 Disember 2009

Cara yahudi

Kita lihat di asia barat. Kita lihat bagaimana mereka berperang dengan orang arab. Orang arab guna batu sebagai senjata. dan mereka guna pelbagai senjata yang hebat. Orang arab tak boleh guna kereta kebal, peliru berpandu. Arab terpaksa buat sendiri senjata tetapi yahudi boleh beli dari kuasa besar dunia. mudah kata yahudi sekat segala senjata arab. pertentangan yang tidak adil antara yahudi dan arab. Segalanya dikuasai oleh yahudi.
Tetapi si yahudi lupa yang mereka tidak mampu menguasai hati manusia dan tidak juga mampu menguasai akal manusia. kerana itu banyak negara tidak bersetuju dengan cara tindakan yahudi itu dan ada juga berbagai kaedah dan cara untuk menentang dengan yahudi dari kalangan arab. Kemunculan kumpulan yang mampu menggugat keangkuhan kuasa besar. Di Mesir muncul Ikhwan Muslimin, di Palentin muncul gerakan hamas, di lebanon muncul Hizbollah. dengan berpaksikan aqidah mereka mengenbelingkan tenaga menentang kerakusan yahudi. Di Palentin juga muncul gerakan Fatah tetapi tidak digeruni oleh yahudi.
Peperangan yahudi dengan Hizbollah selama 34 hari membunuh keangkuhan Ehud Olmert. Peperangan Gaza menentang hamas membunuh keangkuhan stepnie levi. Sedangkan fatah terus dipermainkan 0leh yahudi.
Kesimpulan awal ialah untuk berhadapan dengan yahudi ini memerlukan asas spiritual yang kukuh (ikhlas). Kekuatan persenjataan yang lengkap pastinya akan memusnahkan terus yahudi. Dalam keadaan persenjataan yang tidak sempurna yahudi gagal bila berhadapan arab yang memiliki kekuatan spiritual yang tinggi.
Di Malaysia juga begitu. Apa yang dimiliki oleh PAS dan PR terlalu dhaif. PAS dan partn dalam PR hanya memiliki kekuatan semangat dan kekuatan ilmu berbicara (Kepetahan berkata) dengan mengolah sesuatu isu. Kadang-kadang olahan tersebut tidak berkesan kerana dakyah kuat dari media dan juga sogokan. Isu rasuah umpamanya sebahagian tak begitu diterima. Terlalu sukar bagi pemimpin PR menerangkan isu rasuah. Mendiang Teoh kerana RM2400 sampai terbunuh dia. Ong Tee Kiat dengan RM10juta dan Khir Toyo dengan rumah RM24juta. kedua-duanya dalam selesa sedang Teoh mati. Begitu sukar bagi PR untuk memberitahu rakyat umum. Dalam pada itu terdapat kepayahan pula untuk menerangkan kepada umum dengan keperluan permit polis dan tempat untuk ceramah. Kepayahan untuk menyatakan perasaan melalui demo (berhadapan dengan polis) sedangkan bila umno bn buat demo tiada masalah dengan polis.
Bila berhujjah dengan sesuatu isu akan berhadapan pula dengan manipulasi oleh media. Sekali pemimpin PR bercakap, dan media berperanan bertanya orang tertentu yang menyokong umno-bn. Orang yang menyokong umno-bn pastinya akan mengkritik pemimpin PR tadi dan pemimpin PR tiada ruang untuk memberi penjelasan lanjut. Serangan yang bertalu taluan dan bertalian arus menyebabkan pemimpin PR menjadi sukar.
Pendek kata terlalu banyak ranjauan yang terpaksa dilalui oleh kepimpinan PR dalam memberi khidmat kepada rakyat. manakala umno dan bn terus mengasak dengan memperbodohkan rakyat. Dalam isu terbaru ialah isu doa Tok Guru. Mereka cuba menyekat Tok Guru dan pemimpin PR berdoa dalam menghadapi kezaliman umno-bn. Sedangkan doa itu ialah hak indivivu dan umum untuk mengharap sesuatu dari Allah. Mereka marah bila tok guru berdoa. Semua yang mereka lakukan persis seperti yang dilakukan oleh yahudi. malah lebih dari yahudi. Yahudi pun tak marah bila arab berdoa kemusnahan yahudi. Orang yang berpuasa di makkah dalam bulan Ramadhan pasti melalui doa diakhir ramadhan dengan qunut nazilah. Iman Abdul Rahman Sudais mengetua doa selepas ayat lazim annas hampir sejam. tapi bila tok guru berdoa tak sampai 10 minit saja sudah hiruk pikok keluar dari mulut orang yang mengaku dia anak orang alim. terbit dari orang mengata dia orang alim, malah yang mengaku dia mufti dan orang panggil mufti.
Ada orang pernah kata
Tiada manusia dalam masyarakat monyet
Tetapi ada monyet dalam masyarakat manusia
Menggunakan analogy yang sama
Tiada melayu dalam masyarakat yahudi
tetapi ada yahudi dalam masyarakat melayu
Doa ialah ibadah
Orang yang berdoa dikasihi Allah.
Teruskan doa dan Allah pasti akan mengkabulkan.
antara yang perlu didoakan
1. Doa untuk diri dan keluarga sendiri.
2. Doa untuk saudara mara
Sekarangni banyak sangat yang perlu didoakan
1. Saudara di Palestin memerlukan doa kita
2. Wabak perlu doa untuk menghindarkannya
3. Rakyat kelantan yang dizalimi dengan penafian hak royalty
4. DS Nizar penantian keputusan mahkamah
5. DSAI dengan tuduhan jahat keatasnya
banyak lagi yang memerlukan doa.
kerana itu berdoalah dengan istiqamah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan