ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Khamis, 10 Disember 2009

Mahathir v Nazri (2)


Nazri: Saya tidak akan mohon maaf pada Dr M
Dec 9, 09 5:51pm
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak akan menarik balik kenyataannya yang menyifatkan pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai modul Kursus Biro Tatanegara (BTN) bersifat perkauman.
Katanya walaupun pelbagai pihak mengkritik kenyataannya itu termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau tetap tidak akan memohon maaf kepada Dr Mahathir kerana berpendapat modul baru BTN haruslah selari dengan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Sekarang ini di bawah Datuk (Seri) Najib kita ada 1Malaysia, maka sudah tentulah kita (BTN) punya kurikulum yang menampakkan 1Malaysia, sama ada dibuat sekarang...dulu tak kiralah, tapi dipinda, itu yang penting. Jadi kita nak sesuaikan dengan apa yang Najib nak, beliau Perdana Menteri," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, lapor Bernama.
Beliau berkata terdapat anggota parti pembangkang yang dahulunya terlibat secara langsung dengan BTN sebagai pengarah dan fasilitator, oleh sebab itu kerajaan tidak boleh menafikan bahawa kumpulan ini tahu kandungan sebenar modul kursus itu.
"Apa kebaikan yang anda dapat daripada modul yang memberitahu audiens bahawa hanya orang Melayu berjuang bagi kemerdekaan? Apa kebaikan yang anda dapat daripadanya? Adakah anda mengatakan bahawa orang Cina dan India tidak berjuang (bagi kemerdekaan)? Adakah anda mengatakan yang mereka bersama-sama dengan penjajah? Itu tidak adil," katanya.
Mohamed Nazri menjelaskan beliau tidak bermaksud untuk tidak menghormati bekas perdana menteri itu dan ucapan beliau itu hanya merupakan hujahan balas terhadap kritikan Dr Mahathir terhadapnya."Jangan anggap yang saya bersikap tidak hormat. Beliau bebas memberikan komen terhadap kita, dengan itu beliau perlu menerima hakikat yang beliau juga terbuka kepada kritikan," katanya.Mohamed Nazri juga berkata yang beliau tidak akan meletak jawatan berhubung perkara itu dan tidak akan menarik balik komennya terhadap Dr Mahathir.
Ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin semalam, Mohamed Nazri berkata orang ramai berhak tahu pandangan daripada kedua-dua belah pihak dan pemimpin tidak boleh menyembunyikan fakta daripada orang ramai."Malahan pembangkang juga saling mempertikaikan antara satu sama lain secara terbuka. Ini zaman teknologi maklumat, bagaimana anda nak sembunyi? Apa salahnya saling mempertikaikan antara satu sama lain secara terbuka?," katanya.Semalam Muhyiddin berkata adalah lebih berfaedah sekiranya semua pihak mengambil pendekatan kurang bercakap dan tidak dilihat berdebat atau berpolemik secara terbuka mengenai agensi-agensi kerajaan seperti BTN. Bagaimanapun Mohamed Nazri berkata beliau menghormati pandangan Muhyiddin dan berpendapat timbalan perdana menteri itu mengambil peranan untuk cuba menyelesaikan masalah."Tak apalah dia nak komen, biarlah. Dia tak mahu tengok benda ini berlarutan. Jadi tak apalah, itu pandangan dia," katanya.

Nazri: Dr M 'bapa segala perkauman'
S Pathmawathy Dec 9, 09 7:07pm
Sebelum persaraannya pada 2003, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mentadbir negara selama dua dekad, digelar sebagai "Bapa Pemodenan".Hari ini, beliau diberi gelaran baru oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.
Beliau menggelar Dr Mahathir sebagai 'bapa segala perkauman'.Hari ini, Nazri meneruskan perang mulut dengan bekas presiden Umno itu berhubung kontroversi mengenai program Biro Tatanegara (BTN).
Menteri itu mahu kurikulum program tersebut dirombak semula, manakala Dr Mahathir pula mempertahankannya, dan berikutan itu, Nazri menuduhnya rasis.Semalam, Dr Mahathir membalas balik dengan mencabar Nazri meletak jawtan dari Umno, yang disifatkannya sebagai sebuah pertubuhan rasis.Nazri pula menjawab, oleh kerana Dr Mahathir telah mengesahkan bahawa Umno sebuah parti rasis, maka beliau (Dr Mahathir) adalah 'bapa segala perkauman' kerana menjadi presidennya selama 22 tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan