ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Selasa, 22 Disember 2009

Tahap Keselamatan Negara

Satu ketika dahulu dalam tahun 90an, semua orang masih ingat cerita di Bukit Jenalik. Kononnya sekumpulan orang telah menerobus kem tentera di gerik dan melarikan banyak senjata. Ya peristiwa al-maunah bunyi cerita. Sampai mati bekas tentera dan beberapa temannya itu dihukum gantung.
Dalam kes atantuya yang dibom dengan C4 tak diketahui siapa yang bawa keluar benda itu. kawalan yang tak dapat nak disiasat pulak tu. Dan yang terkini dalam lingkongan ketenteraan pula ialah hilang enjin pesawat pula.
macam mana boleh jadi perkara seperti ini. Kita sering mengagungkan kecekapan anggota keselamatan kita samada polis dan juga tentera. Tentera kita mendapat pengiktirafan dunia untuk mengawal kawasan panas dunia. tetapi barang kelangkapan persenjataan kita boleh dicuri, dikeluarkan dan dijual dengan mudah.
Siapa yang boleh diharap dalam hal ini. Pembelian kapal selam katanya wang undercounter mencecah ratusan juta. Jual enjin jet, keluar senjata yang tak boleh trace.
Satu ketika dulu dengar khabar saja sewaktu Genral Ghazali Che Mat selaku Ketua Turus ATM. Beliau sendiri yang menangkap anggota tentera yang menjual minyak. Beliau sendiri tanya kepada anggota yang menjual minyak itu pegawai tak tahu ke kegiatan itu. Mereka menjawab mereka lakukan diluar pengetahuan pegawai. Pegawai duduk sedap dalam pejabat depa meronda dan jual minyak. anggota itu tak kenal kepada General itu. General itu turun padang dalam menyamar dan tidak menyombong diri. Kerana itu General itu dapat menangkap kesalahan orang bawahannya.
Sekarangni bagaimana?
Komision kapal selam siapa yang dapat, jadi kalau betul yang diperkatakan orang habis yang bawah jual minyak atau skru atau tayar semuanya boleh berlaku. Jadi kalau yang boleh jual engin jet pulak tu dah tentu yang boleh pandu jet tersebut. Kalau tak ramai yang dapat makan dah lama yang kena tangkap.
Sekarang sebab yang makan tu ramai dan besar pulak tu payah dan barangkali tak dapat ditangkap.
Tengok saja PKFZ kata bagi kepada presiden MCA RM10juta. payah sangat nak dapat bukti ke?
Teoh Beng Hock disiasat sebab wang RM2400.00 sahaja sampai mati dikerjakannya. Khir Toyo buat rumah RM24juta sekejap saja disoal. Ust Idris kata hilang engin macam hilang kotak mancis
Jadi dimana tahapkeselamatan negara dan sejauhmana tangkas pegawai penyiasat negara. Hanya cekap bila siasat pembangkang. Tahap keselamatan negara tinggi bila berhadapan dengan ceramah pembangkang.
Rakyat seluruhnya hilang keyakinan kepada semua yang ada dalam negara.
Tentera dah jual senjata untuk kepentingan diri.
Bangunlah rakyat malaysia dan perkatakan sesuatu.
Jangan terpesona dengan selogan 1Malaysia hilang daya kreatif untuk bersuara. Bersuara dan bersuara. Umno buat macam untuk mengkayakan puak mereka dan menipu dan menindas orang lain. Sekarang kita sudah berada di abad 21 kita sudah bijak. jangan biarkan kepala kita dipijak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan