ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Isnin, 28 Disember 2009

Walaupun apa yang orang kata tapi kita yakin

Minta izin dari tranungkite.
Sumpahan Masjid Bujal menghambat Mat Said
Posted on Sunday, December 27 @ 22:36:13
PST Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih Oleh Tok Pepijat
Nasib malang MB Terengganu Ahmad Said terus berpanjangan. Sebaik sahaja Mat Said pijak bumi Penyu dari Tanah Suci Mekah, "sial dan sumpahan" terus menjamah Mat Said. Peristiwa " keruntuhan" bersambung kembali. Kini Kuala Berang wilayah Rosol Wahid penentang "wahid" terhadapnya pula menerima bala. Terminal Bas Kuala Berang runtuh pula.
Bermula Stadium Sultan Mizan Gong Badak kemudian Masjid Batu Putih Kemaman dan terkini Terminal Bas Hulu Terengganu.
Nampaknya Mat Said terpaksa menerima nasib malang ini angkara Kerajaan Deris dulu. Deris yang "berak", Mat Said terpaksa suci dan basuh "tahi " Kerajaan Deris. Semua projek yang runtuh itu adalah diluluskan oleh Kerajaan Deris.
Banyak projek hebat berlaku zaman Kerajaan Deris. Antaranya seperti Masjid Kristal, Stadium Sultan Mizan, Taman Tamadun Islam dan Monsun Cup.
Tetapi yang "paling hebat" ialah merobohkan tempat orang Islam solat, Masjid Bujal dalam Mukim Kijal tempat Mat Said jadi ADUN.
Mat Said pernah ajak ADUN Wakaf Mempelam "bergocoh" , bila ADUN Wakaf Mempelam mengibaratkan Kerajaan Deris lebih jahat dan zalim dari rejim Zionis Yahudi kerana meroboh Masjid Bujal.
Sekonyong-konyong Mat Said bangun ajak bergocoh.
Sekarang tiba saatnya Mat Said terima "pembalasan Tuhan" !
Rasanya banyak benda telah dibuat Mat Said untuk buang "sial dan sumpahan"nya. Antaranya ambil "berkat" Ustaz Harun Taib melalui pembelian kambing Boer. Dan yang terkini pergi mengerjakan haji. Pun sial dan sumpahan masih menghantui Mat Said.
Mungkin selepas ini Mat Said pergi jumpa Dr Haron Din pulak !
Hoi Mat Said ! "Sial dan sumpahan" itu hanya dapat diubati jika kamu bina semula Masjid Bujal. Itu sahaja penawarnya.
Dipercayai runtuhan demi runtuhan bakal berlaku di bumi Penyu selagi Mat Said tidak bina semula Masjid Bujal.
Mungkin anda tak percaya. Tapi saya yakin dan percaya. Sama-sama kita lihat!
Kepada Mat Said yang saya kasihi, bermuhasabalah dan bertaubatlah. Jika Khalid Al Walid yang menjadi punca kekalahan Tentera Islam dalam Perang Uhud boleh bertaubat dan insaf seterusnya Khalid menjadi Wira Islam dalam Perang Mu'tah, apakah Mat Said tidak boleh ?
Apakah belum sampai masanya untuk anda bertaubat?
Kerana itu usaha bersungguh perlu dilakukan oleh ahli dan penyokong PAS dan PR dalam berhadapan dengan puak-puak umno-bn ini. Usaha yang dilakukan hendaklah secara istiqamah. Jangan cepat berputus asa. Pastinya Allah akan makbulkan permintaan kita yang bersungguh.
Sekarang kita berkuasa berkuasa di 4 negeri, kita buat macam mana tok guru buat, distadium kita bersolah hajat dan mohon pertolongan Allah. Kita sebut nama-nama pemuka-pemuka yang jahat itu. Kita mohon semoga Allah beri pembalasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan