ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Isnin, 4 Januari 2010

Belum ada berita rayuan terhadap keputusan Mahkamah

Sehingga ke waktu ini belum ada sebarang berita yang menyebutkan ada pihak yang telah membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah. Kenapa ya? Persoalan yang amat mudah dijawab oleh semua. Kerana umno ingin memainkan isu ini. mereka ingat mereka boleh gugat persefahaman PR dengan isu ini.
Tahun lalu tema serangan mereka ialah perpaduan melayu. Tahun ini mereka akan bermain dengan isu yang lebih sensitif lagi iaitu isu agama. Kerana itu semua pihak dalam PR mesti terlalu berwaspada dengan tektik hina lagi kotor ini. Gelagat dan sorak mereka memperlihatkan kehinaan yang terdesak. Sorakan dan tempik mereka memperlihat kegelabahan mereka. Malah mereka lebih kuat takbirnya dari takbir ahli PAS.
Mereka berdemonstrasi tunjuk kepada siapa entah tidak diketahui. Terlonjak menjerit nak ditunjukkan kepada siapa? Bertakbir hendak dituntuk kepada siapa. Mereka kata mereka hormat kepada keputusan mahkamah tetapi mereka tunjuk perasan kepada akhbar heralg tu ke. Perbuatan dan reaksi mereka sebenarnya membodohkan rakyat. KDN itu ialah kementerian dalam negeri dia yang menjaga surat khabar, beri amaran saja kalau terbit seperti yang mereka kehendaki kerajaan akan mengharamkan pengedaran di Malaysia. mudah. Jadi yang terlonjak-lonjak tunjuk perasaan kena fokus kepada siapa yang perlu bertindak. Kena fokus siapa yang perlu bertindak segera. Yang kuat bersuara kini ialah umno kerana media dan akhbar menyiarkannya. Dipihak PAS tidak kedengaran sebab tak masuk TV dan surat khabar.
Sepatutnya NGO atau sesiapa saja sekarang mesti listkan senarai golongan yang difokuskan.
Kalau payah sangat berikut ini orang yang perlu ditujukan tunjuk perasaan.
1. PM- Kenapa lambat sangat respon. Hari khamis keputusan mahkamah, hari ahad baru respond dengan kata nak mengadap agong. Sedangkan bila keputusan mahkamah tinggi mengenai MB perak lalu tak payah mengadap sesiapa. Keputusan jam 4 berita malam PM kata BN akan merayu. Keesokannya terus merayu dan beberapa jam terus dapat perintah injunction. Soalannya dalam hal kalimah PM terlalu lembab. bermakna PM perlu letak jawatan. dalam sumpah beliau menyebutkan tetapi terlalu lambat untuk bersuara.
2. Menteri KDN - Dato Hishamudin sehingga kini tak dengar suara pasal apa.
3. Menteri JPM- Dato Nazri yang menjaga hal-hal kehakiman
4. Menteri JPM- Dato Jamil Khir
5. Para Mufti yang senyap membisu tak bersuara.
Buatlah memo minta tandatangan dari rakyat malaysia. mintak kepada orang yang difokuskan itu.
Tidak dimasukkan Agong dan Raja-raja bulkan kerana apa takut dikatakan menderhaka, sebab yang berhak mengadap Agong dan Sultan ialah PM dan MB. jadi rakyat jelata payah. Dato Seri Nizar mengadap dikatakan derhaka. DSAI nak berceramah bersama Yusof Qardawi pun tak boleh kerana Jamil Khir dah minta Sultan Selangor halang.
Sememangnya Ahli dan penyokong PAS PR mesti bijak menghadapi swing serangan umno ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan