Komponen ini berkuasa. kerana itu ahli dan penyokong PAS-PR semuanya sekali perlu berbuat sesuatu. Setiap orang mesti ada peranan masing-masing.
Masing-masing ada tugasan tertentu. Pastinya kalau pengkesahan ini diserikan oleh Dinsman tentu lebih bergaya dan bersemangat.
Yang pekak menjaga meriam diperbatasan sesuai dengan keadaannya. Yang berkurap pula mengambil buluh. Gatal kerana kurap melebihi gatal miang buluh. Yang pekung menjaga padi jemuran.
Berbalik kepada politik
Jadi bila komponen tersembunyi mula bersuara ( SPR dengan pengundi pos) maka semua ahli dan penyokong PAS-PR perlu berbuat sesuatu. Peringkat ahli biasa perlu lakukan sesuatu yang terdaya. dalam hal terdaya ini yang paling mudah ialah berdoa. Sentiasalah wahai semua ahli dan penyokong PAS PR berdoa kehadrat Allah semoga segala perancangan jahat komponen tersembunyi digagalkan Allah dan tangan-tangan atau ampunya diri yang jahat merangka penipuan itu dilaknat dan dimusnahkan oleh Allah. Berdoalah dalam berbagai keadaan semada berdiri atau duduk. Dalam ruku' atau sujud. Disiang hari atau dikala malam yang sunyi sepi.
Sesungguhnya Allah itu maha mendengar dan maha mengetahui. Jauhi dari perasaan jemu dan berputus asa terhadap Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan