Sewaktu 2 katak yang ditangkap kerana dikatakan rasuah tahun lalu (dalam tahun 2008). ada tudingan jari kepada ketua perhubungan umno ketika itu Dato Tajol yang kononnya menjada dalangnya. Maka bernafilah akan datok tajol dengan bersumpah " in the name of God" selepas itu dia kata pula "Wallahi"
Dalam berita ini pula begini ceritanya,
Guna Kalimah Allah Sebagai Terjemahan “God” Tidak Tepat
KUALA LUMPUR 21 Jan. – Muzakarah pakar, yang disertai tujuh ilmuwan Islam, anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) hari ini bersetuju bahawa penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan atau ganti nama kepada “God” adalah tidak tepat.Pengerusi IKIM, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, muzakarah itu merumuskan bahawa terjemahan kalimah Allah sebagai “God” juga menyalahi hakikat sebenar kerana bercanggah dengan konsep Tuhan yang dianjurkan oleh agama Islam di Malaysia.
"Dalam perbincangan ini, kita semua setuju bahawasanya kita perlu menghormati dan menjunjung Perlembagaan Malaysia yang memberikan kebebasan beragama diteruskan dalam suasana aman dan harmoni,” katanya pada sidang akhbar selepas muzakarah itu.
Tujuh pakar itu ialah
Prof. Madya Dr. Kamar Oniah Kamaruzzaman dari Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM);
Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md Zin;
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang;
anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Mohd. Nur Manuty;
bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin;
Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan IKIM, Dr. Mohd. Sani Badron;
dan Felo Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik IKIM, Md. Asham Ahmad.
Muzakarah bertajuk “Terjemahan God Sebagai Allah: Mengenal Pasti Punca Permasalahan dan Penyelesaiannya” berlangsung selama lapan jam dari pukul 8.30 pagi, dengan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah IKIM, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan. - Bernama
Banyak makna yang boleh dikupas dari dari lafaz yang dilakukan oleh pemimpin umno perak itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan