ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Khamis, 14 Januari 2010

Demonstrasi kepada siapa?

Telah diperkatakan sebelumni, terbaru YB Khalid Samad mendedahkan yang JAIS dan Mais juga turut serta dalam demonstrasi.
Khalid: Mengapa Mais, Jais sertai protes?
Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad membidas Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana menganjurkan protes Jumaat lalu, membantah penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Bercakap dalam ceramah Pakatan Rakyat mengenai isu-isu semasa di Kota Damansara malam tadi, beliau mengecam Mais dan Jais kerana mengarahkan wakil mereka menyertai protes tersebut di Shah Alam.
Menurutnya, nama Mais dan Jais tertulis pada kain rentang yang mengecam penggunaan kaliman Allah oleh bukan Islam dan mereka yang menyertai protes itu turut memijak gambarnya (Khalid).
Khalid berkata, sekiranya pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi mahu terbabit dalam politik, maka beliau hendaklah menubuhkan sebuah parti dan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.
Khalid turut membidas pemimpin BN yang menurutnya mengamalkan 'double standard' dengan membenarkan protes tersebut, dengan syarat pesertanya berada dalam halaman masjid.
Beliau menyifatkannya sebagai amat ganjil kerana sewaktu demonstari diadakan terhadap 'tiga katak' di Ipoh, pemimpin BN berkata 'ini bukan budaya kita'.
"Jadi mengapa ia kini menjadi budaya kita sekrang," soalnya.Khalid merujuk kepada demonstrasi yang diadakan di Ipoh Februari lalu ketika tiga ADUN dari PKR dan DAP mengisytihar menjadi wakil rakyat Bebas, sehingga mencetuskan krisis perlembagaan di Perak.
Mengenai pendiriannya dalam isu 'Allah', Khalid berkata beliau secara tidak adil menjadi sasaran kerana berkongsi pandangan mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Dengan memetik ayat-ayat al-Quran, Khalid mengulangi bahawa asas-asas sebenar Islam tidak melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Beliau juga turut mempertikaikan dakwaan ahli-ahli Umno bahawa undang-undang Selangor telahpun melarang penggunaan Allah oleh bukan Islam.
Menurut Khalid, Enakmen 1988 itu tidak digunakan hingga sekarang dan "sekarang mereka (Umno) menggunakannya untuk mewujudkan ketegangan antara orang Islam dan bukan Islam.Enakmen tersebut menyatakan bahawa sejumlah 25 nama, termasuk Allah, tidak boleh digunakan oleh bukan Islam. Bagaimanapun, wujud perdebatan mengenai isu tersebut di kalangan ulama dan pakar undang-undang.
Lepas tu ada pula NGO

Isu 'Allah': NGO gesa Majlis Raja-Raja bersidang
Salhan K Ahmad Jan 13, 10 4:17pm
Muzakarah pemimpin 30 NGO Islam hari ini menggesa Majlis Raja-Raja supaya membuat keputusan muktamad bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh orang Islam sahaja.
Ia adalah antara resolusi yang diputuskan dalam muzakarah itu, yang akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk tujuan tersebut.
Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata wakil gabungan NGO itu akan memohon untuk mempersembahkan sendiri resolusi tersebut kepada Seri Paduka.
"Hari ini semacam ada permuafakatan oleh wakil-wakil yang datang bahawa resolusi ini telah diluluskan dan kita akan segera menghubungi pejabat pemegang mohor Majlis Raja-Raja Melayu bagi menentukan tarikh kita boleh menghantar (resolusi).
"Tapi kita akan memohon untuk mengadap sendiri Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat," katanya kepada media selepas selepas forum yang dihadiri lebih 200 orang itu.
TERAS merupakan salah sebuah daripada kira-kira 30 NGO yang menyertai forum tertutup itu di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pagi ini.
Turut berucap forum itu ialah timbalan mursyidul am PAS Datuk Dr Harun Din, felo Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Mohd Asham Ahmad, dan juga setiausaha agung Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Ang Wan Seng.
Bercakap dalam sidang media yang sama, Mohd Azmi menjelaskan 12 resolusi diluluskan yang secara umumnya menyatakan penggunaan kalimah Allah merupakan hak eksklusif orang Islam sahaja.
"Isinya ialah kita pertegaskan bahawa kalimah Allah ini adalah eksklusif kepada orang Islam dan kita tidak mahu ketegangan ini berterusan.
"Kita memohon dan merayu sungguh-sungguh supaya Raja-Raja Melayu mengambil peranan yang muktamad, tidak membiarkan ini berlarutan dan kami bersetuju supaya pihak Katholik menarik balik niatnya untuk menggunakan Kalimah Allah.

Muzakarah pemimpin 30 NGO Islam hari ini menggesa Majlis Raja-Raja supaya membuat keputusan muktamad bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh orang Islam sahaja.
Ia adalah antara resolusi yang diputuskan dalam muzakarah itu, yang akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk tujuan tersebut.
Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata wakil gabungan NGO itu akan memohon untuk mempersembahkan sendiri resolusi tersebut kepada Seri Paduka.
"Hari ini semacam ada permuafakatan oleh wakil-wakil yang datang bahawa resolusi ini telah diluluskan dan kita akan segera menghubungi pejabat pemegang mohor Majlis Raja-Raja Melayu bagi menentukan tarikh kita boleh menghantar (resolusi).
"Tapi kita akan memohon untuk mengadap sendiri Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat," katanya kepada media selepas selepas forum yang dihadiri lebih 200 orang itu.
TERAS merupakan salah sebuah daripada kira-kira 30 NGO yang menyertai forum tertutup itu di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pagi ini.
Turut berucap forum itu ialah timbalan mursyidul am PAS Datuk Dr Harun Din, felo Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Mohd Asham Ahmad, dan juga setiausaha agung Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Ang Wan Seng.
Bercakap dalam sidang media yang sama, Mohd Azmi menjelaskan 12 resolusi diluluskan yang secara umumnya menyatakan penggunaan kalimah Allah merupakan hak eksklusif orang Islam sahaja.
"Isinya ialah kita pertegaskan bahawa kalimah Allah ini adalah eksklusif kepada orang Islam dan kita tidak mahu ketegangan ini berterusan.
"Kita memohon dan merayu sungguh-sungguh supaya Raja-Raja Melayu mengambil peranan yang muktamad, tidak membiarkan ini berlarutan dan kami bersetuju supaya pihak Katholik menarik balik niatnya untuk menggunakan Kalimah Allah.
Bagaimanapun, katanya, resolusi tersebut tidak boleh didedahkan buat masa ini, sebelum ianya dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Beliau juga berkata muzakarah itu menyatakan kebimbangan atas ketegangan yang kini timbul di ka Turut bercakap dalam sidang media sama ialah presiden MACMA Datuk Mustafa Ma, yang menyuarakan seruannya kepada masyarakat Katholik."Kita merayu, khususnya kepada saudara Katholik kita, supaya menggunakan pengaruh mereka bagi meminta (penerbit mingguan Katholik, Herald ) untuk menggunakan perkataan Tuhan (bagi menggantikan kalimah Allah yang kontroversi)," katanya. langan masyarakat berikutan perkembangan isu tersebut yang semakin berlarutan.
"Kita bimbang bukan sahaja tentang keputusan mahkamah, tapi juga sentimen masyarakat, ianya sangat-sangat rapuh.
"Jika dibiarkan lebih lama, keadaan akan menjadi bertambah panas, ada orang akan ambil peluang untuk berbuat sesuka hati mereka," tambahnya.

Sepatutnya semua NGO buat memo hantar kepada Peguam negara kerana apa Peguam negara tak bersungguh mempertahan kalimah tersebut. Sepatutnya Peguam Negara sendiri yang berhujjah dalam sidang mahkamah tersebut.
Apa yang terjadi bila kes tersebut kerajaan kalah, mereka membuakkan sentimen sensitive rakyat.
Gelagat mereka itu sebenarnya menghina Raja-raja dan menghina umat islam sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan