Jan 19, 10 3:08pm
Mahkamah Persekutuan hari ini enggan membenarkan Felda untuk merayu dan mengarahkannya supaya membayar RM12 juta kerana menipu 354 peneroka sejak 1995.
Kira-kira 600 orang, termasuk keluarga peneroka Felda Kemahang 3 dari Kelantan, yang memenuhi dewan mahkamah di Putrajaya, gembira menerima keputusan mahkamah tersebut.
"Mahkamah puas hati bahawa tiada mana-mana bahagian dalam undang-undang bagi perkara ini disemak semula oleh mahkamah ini. Kami mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan," kata Zaiki dalam penghakiman lisannya.Dua lagi panel hakim tersebut ialah Datuk Gopal Ram dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.Ekoran keputusan itu, maka 354 peneroka masing-masing dijangka mendapat antara RM25,000 dan RM30,000.Mereka diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh Wan Rohimi Wan Daud dan Yusfarizal Yusoff.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan