ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Ahad, 3 Januari 2010

Kalimah Allah

Keputusan mahkamah pada 31.12.2009.
Mula heboh pada 2hb.1.2010
Hari jumaat 1hb.jan.2010 tak heboh sebab leka bercuti.
Kehebohan masing ingin menunjukkan juara. Kerana mereka menguasai media mereka yang kononnya bersuara. MP sri gading juga bersuara, minta raja bersegera. ramai lagi yang bermuka untuk mensari popular. ada yang berdemonstrasi. Malam semalam menteri jpn kata akan merayu setelah ramai yang bersuara. Ada suara minta kdn membuat rayuan. Tapi belum dengar Dato Nazri arah buat rayuan barangkali tak kena saluran.
Dalam hal yang banyak itu ada pihak yang nampak isu ini sengaja dimainkan oleh umno. umno menggunakan kejahilan mereka untuk menjual agama dengan menghina nama Allah. Menggunakan mahkamah untuk memerangkap ramai. Barang siapa yang mempertikaikan mahkamah akan dikenakan tindakan menghina mahkamah. sedangkan umno sengaja untuk menutup mulut umat islam sendiri. sedangkan rakyat nampak umno yang sendiri menjual agama dan menghina kalimah Allah.
Kenapa lambat sekali pihak berwajib mengeluarkan kenyataan untuk membuat rayuan adalah persoalan utama dan pertama? mari kita lihat rentetan peristiwa yang melibat mahkamah yang memperlihat kepantasan tindakan dan juga kelemahan pendakwa. dan kita akan dapat mengesan bagaimana umno menipu rakyat dan agama dalam keadaan kejahilan yang nyata.
Keputusan mahkamah tinggi terhadap keesahan Nizar sebagai MB Perak. Mengambil masa berbulan-bulan.
Kepantasan Rayuan injunksi dalam masa beberapa jam sahaja. tak sampai 20jam DS Nizar berkuasa semula. Pantas merayu dan pantas hakim buat keputusan. Peguam negara turut bergerak pantas. Najib segera umum "BN akan merayu" maknanya tak sempat siang rayuan dah dibuat. dicari pula hakim. begitulah seterusnya dalam
Kepantasan Rayuan kes MB perak- hari khamis mendengar hari jumaat keputusan dan
keputusan lebihkurang 5 minit sahaja. Keputusan bertulis hampir-hampir 1 bulan.
kita lihat pula,
Kes injunksi menghalang mesyuarat dun bawah pokok- beberapa jam sahaja procedingnya
dan yang berikutnya
Kelambatan keputusan mahkamah persekutuan terhadap kes DS Nizar sehingga selasa 5 hb januari masanya mencecah 2 bulan.
Keputusan mahkamah tinggi terhadap kes ADUN Kota seputih.- Pantasnya SPR dan adun buat rayuan. tak tunggu respon orang ramai.
Keputusan pantas terhadap rayuan spr terhadap kes ADUN kota seputih. Penangguhan PRK
Kes Kartika- sampai kini belum dihukum kerana?
Rayuan DS Anwar melihat bahan bukti.- handalnya pasukan pendakwa.
Kes liwat DSA pertama- usung tilam, dan pinda tarikh, tivolli villa belum siap.-handalnya Gani Patail
Kalah pendakwa terhadap kes atantuya dan Razak baginda selamat- lemah pasukan pendakwaraya Handalnya peguambela Razak Baginda. Tapi dua orang anggota polis tersebut kena.
Kes rasuah anwar dengan hakim yang selalu kata tak releven. kalah DSA kerana handalnya pendakwa. dan harini hakim tersebut dah meninggal dunia.
Kes pulau batu putih-lemahnya peguam Negara
Kes pulau sipadan dapat kat Malaysia – Cekapnya peguam Malaysia.
Pencolikan 3 adun perak bila ditemui najib boleh mengadap sultan Perak 3hari lepas tu si zambry angkat sumpah mb kudeta
Jamil Khir dikatakan mengadap Sultan Selangor memohon supaya DSA tak turut berceramah semasa Yusof Qardhawi memberi syarahan di Masjid negeri selangor.
Soalan mengapamereka meminta sultan bangun melalui media? sedangkan dalam cara yang hina mereka boleh mengadap sultan. Mereka lah yang menghina sultan dan menghina islam.
Semoga Allah melaknati seluruh pemimpin umno dan talibarutnya.
banyak lagi yang boleh dilihat. sudah terang lagi bersuluh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan