Gembiranya kerana berita ini
Jan 19, 10 3:08pm
Mahkamah Persekutuan hari ini enggan membenarkan Felda untuk merayu dan mengarahkannya supaya membayar RM12 juta kerana menipu 354 peneroka sejak 1995.
Kira-kira 600 orang, termasuk keluarga peneroka Felda Kemahang 3 dari Kelantan, yang memenuhi dewan mahkamah di Putrajaya, gembira menerima keputusan mahkamah tersebut.
"Mahkamah puas hati bahawa tiada mana-mana bahagian dalam undang-undang bagi perkara ini disemak semula oleh mahkamah ini. Kami mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan," kata Zaiki dalam penghakiman lisannya.Dua lagi panel hakim tersebut ialah Datuk Gopal Ram dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.Ekoran keputusan itu, maka 354 peneroka masing-masing dijangka mendapat antara RM25,000 dan RM30,000.Mereka diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh Wan Rohimi Wan Daud dan Yusfarizal Yusoff.
Berita harini
Posted on Tuesday, January 19 @ 17:05:34 PST
Dilulus untuk paparan oleh brucekk
Oleh: sofiwahab
"Pengerusi SPR, Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya sedang meneliti untuk memperluaskan hak pengundi pos kepada mereka yang berada dalam perkhidmatan-perkhidmatan penting, yang sebelum ini terhad untuk anggota tentera dan polis. Beliau berkata SPR sedang meneliti dari segi bilangan mereka termasuk adakah mereka (dalam perkhidmatan penting) ini boleh bergilir-gilir untuk mengundi, misalnya di sebelah pagi separuh berbuat demikian dan pada sebelah petang separuh lagi.
Menurutnya pertimbangan ini adalah untuk mereka yang terlibat dalam urusan pilihan raya.
Aziz menambah bahawa jika ini dibenarkan, bermakna hak pengundi pos yang sebelum ini dikhususkan hanya untuk pasukan tentera, polis atau pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara akan diperluaskan ke perkhidmatan penting lain.
Beliau berkata demikian kepada media di Putrajaya semalam.
Saya secara peribadi tidak pernah mendengar rungutan jururawat, doktor dan wartawan tentang kesulitan mereka untuk mengundi tetapi sering mendengar masalah tentang nama pemilih dicatatkan 2 kali dalam senarai pemilih; nama pengundi mati masih ada dalam daftar pemilih; isu pengundi hantu ; tuntutan menggunakan dakwat ; penghapusan undi pos ; ketidaktelusan SPR dan lain-lain. Tetapi SPR nampaknya lebih peka kepada masalah yang remeh temeh dan kecil berbanding dengan masalah integriti SPR itu sendiri.
Jelas sekali SPR tidak mengambil kira langsung pandangan sebahagian besar rakyat dan parti-parti politik khususnya PR yang sudah lama membuat tuntutan supaya daftar pemilih dibersihkan dari sebarang kekeliruan; tuntutan menggunakan dakwat untuk mengelakkan pengundi mengundi lebih dari sekali dan sebagainya.
Di saat rakyat dan parti politik bercakap tentang ketidaktelusan undi pos dan penipuan yang mungkin berlaku dalam urusan pengundian pos, tiba-tiba SPR ingin meluaskan penggunaan undi pos.
Jadi saya cadangkan kepada SPR mansuhkan sahaja semua pengundi awam jadikan mereka semua pengundi pos. Mudah untuk SPR buat kerja. Saya yakin BN pun lebih suka semua pengundi menjadi pengundi pos. Jadi tidak perlulah kita beratur panjang di pusat-pusat pengundian, kita hanya perlu tunggu kertas undi dihantar kepada kita di rumah dan kita mengundi di rumah. Selepas kertas undi kita pos atau petugas SPR datang sendiri ambil di rumah kita.
Harap SPR pertimbangkan cadangan saya ini, saya yakin Najib dan Muhyiddin pun setuju dengan cadangan saya ini.
Jadi kalau cadangan tersebut untuk tujuan menipu dan berusaha untuk memenangkan BN. tunggulah penghinaan dari Allah. Doa orang-orang yang ditipu(dizalimi) itu tiada hijab dengan Allah Azzawajalla.Rakyat perlu berdoa agar kerja jahat SPR ini Allah balaskan dengan kemusnahan dan kehinaan ke atas ampunya kerja buat itu sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan