ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Khamis, 18 Februari 2010

Ceramah umno di Parlimen Lenggong

Banyak ceramah diadakan di Lenggong kebelakangan ini. Kalau dulu ceramah umno akan menghentam PAS dan PKR tapi kali ini setiap kali ceramah yang dihentam ialah peribadi YDP PAS Lenggong. Banyak ceramah yang diadakan beri fokus kepada Hj Razman Zakaria. Tapi jiwa besar Hj Razman sebagai pemimpin tidak tergugat. Beliau aktif dari kesedaran yang kukuh. Beliau telah membuat persediaan yang rapi sebelum bergiat aktif dalam PAS.
Serangan peribadi terhadap beliau sebenarnya menyukarkan pemimpin umno tempatan sendiri. Siapa yang ingin mencabar beliau? Dato Shaarani yang duduk di Raban tidak bersekolah menengah di Lenggong. Dato Samsul bersekolah di Gerik. Sedangkan antara pemimpin umno yang masih berpengaruh di Lenggong ialah bekas guru kepada hj Razman iaitu Dato Umar. setakat ini Hj Razman masih belum merapat dengan bersungguh-sungguh dengan Dato Umar. Dato' Umarni seorang yang istimewa di lenggong. Dato Umar juga ada kaitan persaudaraan dengan Hj Razman. Gayanya Hj Razman ada banyak modal sebelum melibatkan diri secara aktif dengan PAS-PR. Modal kewangan insyaAllah dari kocek ahli dan penyokong yang rela menderma. Modal tenaga dan kebolehan kepimpinan. Modal dari kenalan dan modal dari keluarga besar dan berpengaruh.
Cabaran yang harus dihadapi yang paling besar oleh Hj Razman ialah tidak ambil endah ( bahasa kasar jahil ) dan tidak memikir. Mereka yang hadir dalam ceramah umno boleh dengar penghinaan peribadi yang sengaja direka-reka kepada Hj Razman. Tidak mengapa kerana Hj Razman boleh menjawab. Tetapi mereka boleh dengar dan diam saja bila penceramah menghina Nabi.
Dalam ceramah di Kampong chepor, seorang penceramah memberikan ceramah dengan mengatakan sebab Aminah setia kepada Nabi kerana Aminah ialah isteri Nabi. jadi kalau isteri sememang patut kena setia kepada Nabi. Orang kampong diam tak kata apa. Kerana ceramah tersebut bukan dialog jadi tidak dibuka sebarang pertanyaan. kalau dibuka ada orang yang akan bertanya Aminah itu isteri Nabi yang ke berapa? sebab yang diketahuinya yang nama Aminah ialah Ibu Nabi. Tok Alim pun tiada mengkhabarkan akan ada isteri Nabi nama Aminah.
Kenyataan yang mengelirukan itu kalau kapada Hj Razman dia boleh jawab. Bila kepada Nabi itu merupakan penghinaan kepada Nabi dan keluarga Nabi. Demikian berani dan celuparnya penceramah umno menghemburkan kata-kata sehingga menghina Nabi. Seluruh alam hormat kepada Nabi tetapi penceramah itu dengan lidah yang celuparnya menghina Nabi. Walaupun yang hadirnya tidak ramai mana tetapi yang menjadi saksi ramai sekali. Percakan itu didengar oleh semua makhluk disitu termasuk pokok dan rumah-rumah serta batu-batu. Haiwan-haiwan serta unggas dan serangga juga mendengar fitnah dan penghinaan itu. Semuanya menjadi saksi terhadap orang yang memfitnah itu. Semuanya juga menjadi saksi terhadap orang yang membawa pemfitnah itu. Semuanya menjadi saksi kepada orang yang berusaha menganjurkan ceramah fitnah itu.
Kadangkala kita dengar orang berkata " Rumah kata pergi, kubur kata mari" betapa sakit makhluk Allah yang mendengar kalimah penghinaan kepada Nabi pasti disusul dengan melaknat akan mereka kepada yang menghina Nabi. Melaknat akan seisi alam akan orang yang bersama orang yang menghina Nabi.
Semoga Allah melaknat ke atas mereka itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan