ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Khamis, 25 Februari 2010

Ilmu Allah yang maha luas

Ilmu Allah amat luas. Manusia tidak akan dapat memahaminya tanpa sebarang petunjuk dariNya.
Manusia akan mendapat sedikit dari ilmu dengan membaca dan mengalami sendiri peristiwa yang telah berlaku dan peristiwa yang sedang dihadapinya. Bagaimana manusia berhadapan dengan peristiwa yang dihadapinya merupakan suatu pengalaman dan pengalaman itu pula suatu ilmu baru. Pepatah melayu menyebut antaranya,
1. Jaus berjalan luas pandangan.
2. Dah terantuk baru tengadah
dan banyak lagi.
Allah telah mentakdir berbagai perkara yang telah berlaku. semua perkara dan peristiwa itu telah menjadi sejarah dan gedungan ilmu pengetahuan yang seharusnya menjadi iktibar kepada semua manusia.
Difokus kepada apa yang terjadi di negeri Perak. Rampasan Kerajaan PR negeri Perak yang sampai kepada Mahkamah Persekutuan. Membaca tulisan Mohd Hanipa Maidin atas perkara, Kes Perak: Apabila perlembagaan ditafsir seperti surat wasiat dalam perspektif ilmu. Sebelum 9.2.10 ada peramal telah membuat andaian dan ramalan bahawa keputusan kes itu akan berpihak kepada DS Nizar dengan keputusan 4-1. Telahan dan andaian ramai kerana masa yang diambil agak lama. Jika keputusan untuk berpihak kepada zambry keputusan cepat sahaja seperti yang berlaku dalam bulan mei yang lalu. selang sehari dua sahaja keputusan telah dibuat.
Jadi kenapa kali ini agak lewat hingga melangkau 3 bulan. Berpandukan hujahan tersebut agak manasabah dilihat pula kepada hujah peguam DS Nizar. Maknanya hakim akan terlalu sukar untuk memihak kepada zambry. Sehingga ada yang berpendapat hanya dengan tangan yang ghaib sahaja yang mungkin merubah keadaan 4-1 itu.
Tapi ternyata telahan dan ramalan 4-1 tersebut ternyata suatu yang salah secara mutlak. malah yang jadinya ialah 5-0. Habis semua peramal menjadi terkedu bisu dan melengu. bagaimana boleh jadi begitu. Sebahagian jawapan boleh diperolihi dengan membaca tulisan Mohd Hanipa Maidin. Sebahagian yang lain boleh difikir sendiri.
Dalam kontek ilmu Allah yang luas dan amat sedikit yang difahami manusia kita mungkin boleh mengemukakan perbagai persoalan???. Antaranya kenapa ada hujah kemenangan DS Nizar 4-1 ?. Kenapa ada orang yang beranggapan adanya tangan ghaib itu? dan kenapa ada berbagai soalan kenapa kenapa kenapa yang lain. Pastinya dalam membicarakan ilmu Allah setiap persoalan pastinya ada jawapan. Jawapan yang pastinya ada. yang pasti jawapan yang pasti ialah apa yang menjadi telahan ramai. Sememang benar akan keputusan 4-1 itu. sememang benar akan ada tangan ghaib yang merubahnya.
Tetapi yang paling pasti ialah yang kata bear yang tidak pasti tadi tidak dapat menunjukkan atau menghadirkan bukti. Kalau ada yang kata keputusan 4-1 siapa yang berani membuktikan siapa yang 4 dan siapa yang satu. Kalau ada yang kata ada tangan ghaib dalam merubah keputusan 4-1 kepada 5-0 siapa yang ada bukti itu?
Sesuatu yang amat pasti ialah Allah telah mentakdirkan perkara tersebut dalam fikiran manusia. Jadi perkara tersebut merupakan sebahagian dari ilmu Allah yang telah di cetuskan dalam amatan segelintir manusia. Semuanya itu sebahagian dari manifestasi Allah mengajar manusia barang apa yang manusia tidak tahu. Cetusan tersebut memberitahu akan adanya tabiat dan gelagat manusia begitu.
Tangan ghaib itu pasti tahu akan dirinya. sebagaimana orang yang terfikir keadaan begitu. Kekadang ilmu tersebut menjadi lebih nyata dengan kejadian yang dapat dilihat dan ditermahkan dalam fikiran. Contoh mudah doa tok guru pasal royalty. Tok Guru kata beliau akan doa sampai pecah perut. setakat ini belum ada pemimpin umno yang pecah perut, dan mereka memperlekehkan Tok Guru. Tetapi mereka terlupa akah terpecahnya banyak rahsia-rahsia penyelewengan yang berlaku dalam negara. Dengan enjin jet. Rahsia negara. dan berbagai-bagai.
tetapi semua itu tidak dikatakan dalam doa tok guru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan