ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Selasa, 2 Februari 2010

Kekuatan Pemimpin Politik di Malaysia siri 2

Difokuskan kepada kawasan Parlimen Lenggong dan Gerik.
Semasa PRU tahun 1990 sebelum itu krisis dalam umno sehingga munculnya S46. Dato Saidin Mat Piah Ahli Parlimen Cenderoh waktu itu. Bertanding melawan Hamzah dari BN. Dato Saidin Kalah dan Hamzah Zain menang. Kira ketika itu Dato Saidin ialah Ketua bahagian umno Chenderoh ketika itu. Hebat dengan pidatonya tetapi kekuatan peribadinya tak mampu menyaingi umno ketika itu kekuatan keluarga besarnya juga tidak mampu meraih simpati keluarganya. Tahun 1999 pilihanraya umum di parlimen Chenderoh menyaksikan pertandingan antara Dato Nazri dengan Hamzah Zain. Tahun 95 Hamzah tak bertanding kerana umno memberi laluan kepada Dato Nazri (umno nak cendeh Hamzah). hamzah yang menang dengan Dato Saidin kalah lagi dengan Dato Nazri. Hamzah semacam tiada penyokong habis saudaranya dalam umno tak mahu menolongnya. Kalah lagi Hamzah. Tahun 2004 Bertanding lagi tapi kalini peringkat negeri melawan Dato Shaarani. Si shaarani pulak tidak ramai sedara mara yang rapatnya dibanding dengan Hamzah tetapi Hamzah kalah lagi. kenapa ? kerana kekuatan personality hamzah tak berupaya menyaingi penerimaan ramai terhadap umno.
Bukan kerana Shaarani kuat. Kalau shaarani bertanding atas tiket bebas dan umno tidak bertanding dan Hamzah bertanding atas bebas juga baru tahu siapa yang menang. Adakah kemenangan akan pergi kepada yang banyak duit atau yang lebih pengaruh.
Kelihatan di Lenggong Dato Umar ada pengaruh, tetapi pernah Dato Umar kalah dalam merebut jawatan dalam umno bahagian Cenderoh ketika itu. Jadi Pemimpin umno lenggong kalau yang berani berlabun besar tu sedar dirilah sedikit. Tiada kekuatannya anda tu. Pemimpin umno kini mengamalkan kepimpinan bodoh. Mereka memanggil orang lain untuk datang membalun pemimpin PR secara peribadi. Sedangkan Pemimpin PR ada hubungan darah dengan mereka. Hj Razman dari luat ada kaitan dengan rapat dengan Samsul Nasarah (samsul Nasarah juga dari luat) Shaarani dari raban Hamzah dari Kuak dekat sangat tu. Tapi mereka panggil orang luar dan menyuruh orang luar itu menghina saudara sendiri. Bodoh punya pembawakan. Dato Umar juga pemimpin umno tapi beliau tidak menyerang lawan politik secara peribadi. Tetapi ketandusan pemimpin umno yang berakhlak menjadikan mereka tidak bermoral.
Kelak pastinya mereka akan balik seperti kupang tembaga. Tengok saja bekas yb yang ada dok melelau dilenggong orang tak hormat. Orang lenggong lebih mesra dengan Hj Razman, Hamzah, Shukri, Ust Ibrahim.
Dato Shaarani singgah kat benting beli pau orang tak peduli. Dato Khansiah langsong tak nampak rupa main kok lenggong. Roslan Latif masa dekat PRU12 dulu tiap-tiap minggu balik ke lenggong.
Next Parlimen Gerik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan