ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Khamis, 11 Februari 2010

Mencuri-Merompak-Merampas sama tapi tak serupa

Mencuri ambil barang orang tapi tidak diketahui oleh tuannya. Kuantiti tidak pasti banyak atau sedikit tapi boleh saja samada banyak atau sedikit. Boleh diketahui dengan cepat atau lambat diketahui. Bawak kemahkamah tak ade bukti terlepaslah pencuri itu.
Merompak ambil barang orang juga tetapi cepat diketahui oleh tuannya. Menyebabkan kerosakan kepada barang lain orang yang kena rompak itu. Boleh jadi tuan punya tak kenal pelaku. Kerugian biasanya besar. Takkanlah nak merompak ayam seekor. Bawak ke pengadilan belum tentu boleh menang kepada orang kena rompak.
Perampas lebih kurang sama dengan penyamun. ambil barang atau hak orang lain berdepan-depan dengan tuan punya atau pemilik. Barang yang dirampas itu boleh jadi kecil dan boleh jadi besar. Bawak kemahkamah kalau ada dengan saksi boleh menang tuan punya barangan itu.
Ketiga-tiga itu sama tetapi ketiganya juga tak serupa. Yang sama dari segi ambil hak orang. yang tak serupa dari segi saiz dan cara. diketahui atau tidak.
Dari segi hukum tanyalah kepada sapa sahaja hukumnya HARAM. Boleh tanya ustaz sekolah tadika pun itulah jawapannya. Kalau tanya yang mengajar di Universiti kena marah pulak kita barangkali. Kerana disangkakan kita nak permainkan dia pula.
Begitu juga tanya kepada kanak-kanak yang di tadika pun dia tahu berdosa. Kalau tanya yang di pasti comfirm kata berdosa.
Mana ada Mufti yang kata mencuri itu berdosa? tunjukkan kalau tak mampu dengan jari tnjukkan dengan kaki? Kalau ada yang dah mati pun sebutkan nama biar orang tahu ada mufti yang kata mencuri itu tidak berdosa.
Mungkin ada yang berloyar buruk dengan kata isteri curi yang suaminya. Anak curi yang ibubapanya. Kalau ada mufti yang berloyar buruk macam itu terduduklah kita. Mungkin yang akan kata zaman saidina umar ada gembala kambing yang mencuri dan Saidina Umar menghukum tuanpunya kambing itu.
Tiada siapa yang dapat tunjukkan ada mufti sejak dari zaman bermulanya institusi mufti hingga kini yang kata mencuri tidak berdosa. Tapi tapi tapi mufti perak jadi imam solat hajat mintak perampas kerajaan negeri perak menang dalam kes mahkamah persekutuan. Mahkamah juga kata kacam tu. Merampas tu tak berdosalah. kalau salah dan berdosa mengapa mufti perak pergi jadi imam. Cerita orang mencuri ayam bagi kepada tok imam suruh sembeleh. Lepas sembeleh ajak tok imam makan lepas itu baru cerita pada tok imam yang ayam tadi tu ayam curi. maka tok imam (rekaan) sendawa berbunyi eark. dan ada yang kata Alhamdulillah.
YALLAH ENGKAU MAHA MENGETAHUI. YA ALLAH SEKSA ENGKAU AMAT PEDIH.
YA ALLAH TUNJUKKANLAH KEADILANMU KEPADA MEREKA YANG ZALIM. AMIN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan