Feb 2nd, 2010
Dato’ Seri Zambry yang sebelum ini mencabar kesemua Adun Pakatan Rakyat untuk meletakkan jawatan dalam satu sesi temubual di PerakFM juga menyatakan bahawa tidak akan ada pilihanraya di negeri Perak.
Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang juga Adun Tronoh, YB S.Sivakumar juga mempertikai kenyataan Zambry kerana cuba untuk mencabar sokongan rakyat di kawasan Pakatan Rakyat. Seharusnya Zambry juga patut mencuba nasib yang sama di kawasan mereka sendiri (BN) jika mereka rasa rakyat masih menyokong mereka.
Dalam sidang media yang sama, Pakatan Rakyat Perak mengumumkan, sempena memperingati Kudeta di Perak, semua Adun Pakatan Rakyat akan mengadakan rombongan kesemua DUN di Perak. Rombongan tersebut akan diadakan pada 6 February 2010 bermula di Pokok Demokrasi. 2 buah bas yang akan membawa kesemua Adun Pakatan Rakyat akan menuju destinasi tertentu untuk menyampaikan sumbangan dan berita berkenaan apa yang terjadi di negeri Perak. Sebuah bas akan menuju ke bahagian utara Perak dan sebuah lagi ke bahagian selatan Perak.
Adun Titi Serong yang juga Ketua Penerangan PAS Perak, YB Drs Khalil Idham Lim juga menerangkan isu balak yang disita di kawasan Grik. Beliau bersama dengan beberapa Adun Pakatan Rakyat telah membuat laporan kepada SPRM Perak berkenaan balak yang disita oleh Jabatan Perhutanan. Hasil siasatan awal mereka, balak yang disita itu adalah disebabkan pembalakan yang haram dan juga tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan