Hari raya misalnya untuk orang islam. maka rumah orang islam tersebut akan dikunjungi oleh saudara mara islam dan juga rakan kenalan yang bukan beragama islam. Kita melihat berita Tok Guru kunjungi rumah pemimpin Tionghua dikelantan. Berita dalam harakah ribuan pengunjung mengunjungi kediaman ketua menteri Lim Guan Eng.
Jadi yang mengadakan hari terbuka untuk kunjungan ialah orang yang merayakan perayaan itu.
Orang yang bukan islam mengadakan hari terbuka hari raya dilakukan disebalik organisasi sosial seperti badan-badan tertentu yang menunjukkan keahlian mereka berbilang kaum. Parti gerakan selalu buat rumah terbuka hari raya dan macam lagi. disitu tidak nampak kejanggalannya. Tapi orang yang membuat hari terbuka sedangkan dia tidak terlibat dengan perayaan itu satu yang amat janggal. zambry mb mahkamah perak buat hari terbuka tahun baru cina di kediaman mb dilihat oleh setengah pihak menghina masyarakat cina, Dia tiada hak langsung untuk mengadakan hari terbuka tersebut. tetapi kerana gelabah punya pasal dia buat juga.
Masa nak dapat keputusan mahkamah dia buat solat hajat dirumah mb dengan mufti jadi imam. Mufti perak pun jadi imam. Tanpa disedari perbuatan mufti perak itu telah menghalalkan pencurian dan perampasan. Mencuri itu haram. Merampas itu lebih dari mencuri. Hukumnya adalah Khat'ee. Tapi Mufti perak pergi solat hajat minta doa yang merampas (mencuri) kerajaan negeri perak menang kes mencuri dan menjadi kerajaan sah yang disahkan oleh mahkamah.
Satu kaedah fekah reda maksiat maksiat
redha kufur kufrun
Bila mufti pergi solat hajat untuk minta menang yang haram apa jadinya.
Demikianlah setelah kembalinya Ustaz Ghazali Abdul Rahman yang selalu memberi teguran kepada Mufti Perak. Kini Ustaz Ghazali telah kembali kerahmatullah. Siapakah kawan yang akan menegur mufti. sedang mufti juga akan menegur sultan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan