ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Isnin, 8 Februari 2010

Tuhan Bayar tunai

Pembaca yang bijak membaca

Dalam ruangan ini beberapa hari lali kami memaparkan catatan seorang blogger yang memerhati dengan mata hati lalu kami jadikan tajuk.
Pembaca yang bijak membaca
Kali ini dengan paparan berita harakahdaily kami ambil tajuk Tuhan Bayar Tunai dan kami merasakan ianya juga suatu pembalasan Tuhan. Kami mengambil kata awal kami seperti berikut,
Dihadapan kita ada pelbagai rahsia, kepandaian kita akan mampu menterjemahkan segala peristiwa seperti berita berikut.
Pertama boleh dijelajahi dengan klik di atas.
kedua kepada Pegawai polis yang terbunuh pada malam jumaat akibat kemalangan di lebuh raya setelah pulang dari ipoh. Sesungguhnya kecurigaan rakyat kepada ketelusan polis di perak setakat ini terlalu rendah. semuanya kerana banyak peristiwa yang dilakukan terlalu berpihak. Terlalu keras kepada PR dan terlalu lonak kepada umno-bn. Rakyat hanya mampu menadah tangan ke Hadrat Allah. Semoga kemalangan itu bukanlah natijah dari doa dan munajat rakyat kepada Allah.
Ketiga Berita DSAI ditegah merucap di KL beberapa minggu lalu oleh polis brickfield. berita pada 7.2.10 pegawai tersebut dihadapkan suhakam. baca seterusnya
Berita

Tangkap peguam: OCPD hadapi siasatan awam Suhakam



Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 7 Feb: Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid terpaksa hadir di kandang siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini kerana menahan lokap lima peguam muda yang sedang melaksanakan tanggungjawab masing-masing pada 7 Mei tahun lepas.

Mereka terbabit ditangkap ekoran bersikap tegas mahu bertemu kesemua 14 peserta demonstrasi yang ditangkap polis sebelum itu kerana berhimpun secara aman di pekarangan Balai Polis Brickfields sebagai membantah penangkapan seorang penulis blog, Wong Chin Huat.

Di hadapan ketiga-tiga Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Muhammad Shafee Abdullah, Datuk Dr. Michael Yeoh dan Datuk Dr. Denison Jayasooria, Abdul Bari dalam suara yang tidak bermaya mengaku tidak tahu bahawa wujudnya Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenazah yang membenarkan setiap mereka yang ditangkap untuk mendapat khidmat peguam.

Abdul Bari juga mengaku tidak bertanggungjawab atas penangkapan Puspawati Rosman, Fadiah Nadwa Fakri, Murnie Hidayah Anuar, Syuhaini Safwan dan Ravinda Singh Dalliwal.

Puspawati yang ditemui di luar kamar siasatan awam berkata, mereka ditangkap walaupun masing-masing mengaku sebagai peguam dan berniat untuk bertemu anak guaman masing-masing.

"Mereka (polis) menyuruh kami beredar, memang kami beritahu kami peguam, tetapi mereka tetap tangkap kami," jelasnya.

Beliau yang juga angota Biro Bantuan Guaman, Majlis Peguam Malaysia turut menjelaskan bahawa ketua kepada Abdul Bari, DSP Judy Blacious Pereira bertanggungjawab menyampaikan kenyataan palsu bahawa 14 pesrta demonstrasi yang ditangkap enggan bertemu peguam-peguam terbabit.

"Judy Blacious Pereira yang beritahu mereka (anak guam) tolak khidmat guaman kami," jelasnya.

"Tapi, dia tidak menunjukkan borang 28A yang ditandatangani oleh mereka, apabila kami minta."

Menurut Murni pula, Majlis Peguam pasca mesyuarat agung luar biasa (EGM) lalu bersedia membawa kes tersebut ke mahkamah, selepas selesai siasatan awam Suhakam itu.

Tambahnya, Majlis Peguam turut memandang serius insiden tersebut kerana kes sedemikian merupakan rekod hitam pertama dalam sejarah guaman tanah air.

Ekoran itu, Majlis Peguam menyediakan tiga peguam kanan untuk mewakili kelima-lima mereka di mahkamah kelak sebagai mengambil tanggungjawab bersama.

Beliau turut menjelaskan, siasatan awam Suhakam akan diteruskan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta pada jam 8 malam esok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan